Sabtu, September 07, 2019

Resepi Muffin Coklat Cip


Assalamualaikum. Ini adalah resepi mufin coklat cip yang selalu aku guna kalau nak buat lah. Aku lebih suka buat mufin berbanding kek sekarang sebab ia mudah dan lebih ringkas. Terus kepada resepi kita.

Bahan-Bahan

  1. 1 1/2 cawan tepung gandum*
  2. 1/2 cawan serbuk koko*
  3. 1sk soda bikarbonat*
  4. 1sk Baking powder*
  5. 3/4 cawan gula perang
  6. 1/4 cawan minyak sayuran (aku selalu guna minyak masak kat dapur tu je)
  7. 1 cawan susu cair
  8. 1biji telur
  9. Sedikit asen vanila
  10. 1/2 cawan coklat chip.
  11. secubit garam
  12. Cup Muffin
Cara-cara
  1. Bahan bertanda * perlu diayak 2 kali agar mufinnya cantik mengembang dan lebih gebu.
  2. Gaul bahan yang diayak dengan gula perang sehingga sekata.
  3. Pukul sedikit telur dengan garfu, tak perlu sehingga kembang.
  4. Campurkan telur, susu cair, minyak dan asen vanilla sehingga sekata.
  5. Masukkan bahan-bahan cair kedalam bahan kering. Gaul biar sekata, kemudian masukkan setengah coklat chip. Coklat chip yang selebihnya digunakan untuk hiasan. 
  6. Masukkan sedikit garam dan gaul
  7. masukkan adunan ke dalam cup mufin. Jumlah muffin yang diperolehi berdasar saiz cup.
    • Saiz L - 6 biji
    • Saiz M - 12 biji
    • Saiz S - 20 biji
  8. Panaskan Air fryer pada suhu 160°C. Apabila telah siap maka bakar selama berikut:
    • Cup saiz L- 15-18minit
    • Cup saiz M - 12minit
    • Cup saiz S- 10minit

Jumaat, September 06, 2019

Naimy Art: Selamat Hari Lahir Sahabat

Naimy Art: Selamat Hari Lahir Sahabat: Assalamualaikum, selalu apabila sampai tarikh hari lahir maka pelbagai ucapan selamat dan doa akan diterima. Adakala dalam keseronokan meny... Inginkan design unik dan khas boleh hubungi kami. http://www.facebook.com/messages/NaimyArt @ Whatsapp: 0196998384/0196158384

Singgang Ayam

Assalamualaikum, siapa pernah dengar dan cuba singgang ayam. Aku sebagai rakyat jati terengganu tak pernah dengar dan cuba singgang ayam. Tahu akan kewujudan pun apabila kakak aku share resepi dekat group whatsapp. Maka dengan gigih aku study lah cara buat singgang ayam ni.


Cara buat macam masak singgang biasa je, cuma ganti ikan dengan ayam. Sebenarnya sampai hari ini aku belum lepas lagi buat singgang ikan, daging atau sotong. Sekarang tambah singgang ayam pulak. Selalu kalau nak makan singgang aku suruh adik atau kakak aku buat. Erm...sedapnya singgang cicah budu.

Khamis, September 05, 2019

Sambutan Hari Merdeka dengan "Arissto Coffee Party"

Assalamualaikum...

Sambutan Hari Merdeka dengan "Arissto Coffee Party" ditaja oleh Mr.Y. Alkisahnya hari merdeka kami sekeluarga menziarah kakak ipar yang ada di Masjid Tanah, Melaka. Sebelum bertolak, awal-awal mereka pesan untuk bawa mesin kopi dan kapsul kopi. Katanya abang ipar dah war-warkan dekat kawan-kawan dan saudara mara pasal Mesin Kopi sewa RM1 sebulan. Apabila berita disebarkan, maka ramai lah berminat nak tahu. Benda murah kan. seringgit je sebulan.

Ramai peminat nampak Mr.Y

Siap rakam video abang kita ni.
Antara yang hadir adalah pengusaha kantin dan pembekal makanan. Bila kata seringgit sebulan, orang niaga ni terus nampak peluang perniagaan. Salah seorang yang hadir juga merupakan seorang yang tak minat minum kopi. Tapi bila rasa kopi Arissto, eh sedap pulak..dari kopi O, dia minta rasa kopi susu.





Walaupun Hana tak sihat, Mr.Y tetap meneruskan misi mendemostrasi Arissto. Tengok lah gambar hana bergantung di kaki Mr.Y. Anggaplah ini antara cabaran kecil yang perlu kami hadapi dalam mengejar impian.



K-Fine Cream Super, siapa ada pengamalan guna?

Assalamualaikum dan selamat pagi, beberapa bulan lepas kakak ipar bawa benda bernama K-Fine Cream Super yang digunakan dalam proses pembuatan roti dan kek. 
Ini adalah K-Fine Cream Super yang diambil ihsan dari Mr.Google.

Sebenarnya aku tak pernah tahu pun pasal K-fine sebelum ini. So aku start cari resepi yang menggunakan K-Fine. Agak banyak resepi yang dikongsikan. Rasanya boleh dah nak try buat donut atau pizza sebagai aktiviti tambahan dengan anak-anak. Bila fikir balik agak lama tak mendonut dengan anak-anak. 

K FINE CREAM SUPER (KFCS) 
*Bahan yang bertindak sebagai pelembut, pelembab dan menambah saiz roti serta daya tahan lama roti dan kek.
* juga sesuai utk pembuatan roti chanai, biskut & lain2
*Mempercepatkan proses elastik doh.
*Mempercepatkan proses pengembangan (proofing)
*Mengekalkan kelembapan roti
*100% halal daripada produk bumiputera Malaysia, berasaskan minyak kelapa sawit dan mendapat pengesahan halal drp JAKIM.
*Sesuai untuk semua jenis masakan yang berasaskan yis seperti roti, pau dan donat,
*Sesuai juga utk kek2 seperti kek marble @ kek pound utk lebih gebu & lembab
*Penggunaan yang minima serta jimat, hanya perlukan 20gm untuk 1 kilo tepung dan tidak perlu lagi menggunakan bread softner dan bread improver
*Boleh bertahan selama 1 tahun. Seeloknya disimpan dalam peti ais
*Gunakan tanpa was was

Next misi kita guna dalam muffin ye...agak-agak gebu gebas tak muffin nanti? Ada kawan-kawan blogger pernah guna benda ini tak?