Memaparkan catatan dengan label blogger challenge. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogger challenge. Papar semua catatan

Ahad, Februari 27, 2022

Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.com


 

Assalamualaikum dan salam semua. Hari ni nampak ada rakan blogger join give away kereta lembu dari melaka. Sebagai tanda menyokong giveaway dari sahabat blogger maka kita join. Jika ada yang berminat nak join sila klik banner kat atas. 

Bagi ulat buku, hadiah dia amat menarik...iaitu buku dan 2 pemenang akan dipilih.

Khamis, Ogos 08, 2019

Blogger Challege: Day 11~ A difficult time in your life.

Masa paling sukar dalam hidup....? apa ek? ok rasanya belum betul-betul menghadapi masa paling sukar dalam hidup. Masa sukar itu ada tapi rasanya belum sampai tahap terlalu sukar. 

Setakat ini yang paling sukar adalah sakit gigi saat mengandung kot. Ko dah trimester ke-3 tetiba gigi geraham sakit yang amat, makan masa berminggu-minggu. Sudahnya pergi klinik gigi cabut dengan risiko tanggung sendiri. 


Isnin, Ogos 05, 2019

Blogger Challenge: Day 10~If you could have any job in the world. What would it be.

Cabaran hari ini buat kita berangan lebih ini. Aku pilih 'National Geographic Photographer'. 

Kenapa?
Pertama kerana skop photo yang diambil adalah luas, kamu mungkin ditugaskan untuk mengambil gambar indidvidu, funtion, kemelut, animal, tumbuhan, cara hidup dan pelbagai. Kedua kerana kamu berpeluang untuk mengembara. 



Blogger Challenge: Day9~ How you stay positif

Bagaimana untuk kekal positif? Sebenarnya bukan semua orang dapat mengawal pemikiran positif. Banyak keadaan manusia gagal mengawal pemikiran positif sama ada kepada situasi atau kepada individu. Dalam kata lain, gagal berfikiran positif adalah bersangka buruk. Apabila kita gagagl untuk berfikiran positif kepada sesuatu situasi, maka kita cenderung menyalahkan takdir. Manakala kalau kita gagal berfikiran positif kepada individu maka kita akan menyalahkan insan lain.

Kita melihat keadaan seorang ibu atau bapa yang sering membawa anak ke hospital bagi mendapatkan rawatan anak, kita akan kata "kenapa lah takdir dia dapat anak macam tu, anak asyik sakit je." Tahu tak sebab anak sakitlah, si suami lebih menghargai isteri, sebab anak sakit, rezeki yang tak berkat dapat dikeluarkan, sebab anak sakit ibu bapa lebih peka kepada perkembangan anak, sebab anak sakit ibubapa kembali memohon kepada Allah dan kerana seorang anak sakit, anak-anak lain memahami dan lebih mengerti pengorbanan mak bapak mereka.

Jika kita melihat seorang anak yang berkelakuan tidak senonoh atau nakal, masyarakat cenderung mengatakan "Ini mesti mak bapak dia tak ajar." Tahu ke kita yang tiap-tiap malam mak bapak dia buat tahajud memohon agar anak mendapat hidayat. Tahu ke kita bahawa dari kecil anak tersebut didik dengan asas akidah dan iman yang kukuh, tahu ke kita bahawa sudah puas mak bapak menasihati, tahukah kita pelbagai cara telah dilakukan bagi mengubah sikap anak tersebut. Tetapi mungkin Allah nak menguji kesabaran, ahli keluarga tersebut. Allah dah bagitahu, iman seseorang meningkat apabila diuji. Allah uji sebab allah nak kita ingat dia.

Bagaimana aku kekal positif?
Kembali kepada cabaran hari ini, bagaimana aku kekal positif. Aku macam orang lain, ada pasang surut pemikiranya. Pertama, jangan cepat mengelabah bila ditimpa sesuatu. Kedua, banyakkan pembacaan yang positif. Ketiga, bergaul dengan insan yang mempunyai aura positif. Keempat, pandang sesuatu dari sudut yang memberi kebaikan. Kelima, jika ada dengar orang yang bercakap dengan kita mula bau-bau negatif, cepat-cepat selesaikan perbualan. 

Sebenarnya aku tak tahu macam mana nak bagitahu untuk kekal positif sebab secara amnya, aku banyak ikut pandangan dari ibubapa aku. Ibubapa aku payah sangat nak lihat sesuatu dalam bentuk negatif. Aku tak pernah dengar dia kutuk orang dan keadaan seseorang. Apa yang aku selalu dengar adalah, ujian untuk dia, Allah sayang dia, Insyaalah itu saham akhirat dia, Allah nak usaha lebih lagi tu dan lain-lain.

Apa yang aku faham di sini adalah, kita sebagai ibubapa yang akan bentuk pemikiran positif dalam diri anak-anak. Maka sebaiknya aku cuba untuk tidak mengata orang lain dan tidak memandang sesuatu dalam keadaan negatif. Doakan aku berjaya membentuk pemikiran seperti itu dalam jiwa anak-anak.


Jumaat, Ogos 02, 2019

Blogger Challenge: Day 8~Something for your kids to know


Sesuatu yang anak aku perlu tahu adalah, aku pernah bekerja satu pejabat dengan abi mereka suatu masa dahulu. Walaupun bekerja satu pejabat tetapi cinta bukan berputik disitu dan hanya sekali kami bertemu iaitu hari pertama aku lapor diri,. Sebulan lepas itu abi mereka tukar tempat kerja. 



Khamis, Ogos 01, 2019

Blogger Challenge: Day 7~ Best advice you ever got

Assalamualaikum dan selamat pagi. Nasihat paling terbaik yang pernah aku dapat adalah nasihat dari seorang ayah. Sebenarnya banyak sahaja nasihat dari ayah tapi aku rasa nasihat yang satu ini  antara yang terbaik.

"Awak jenis berangin, guna angin awak buat benda sampai jadi. Jangan sebab marah kerja tak jalan. Alang-alang buat, biar sampai jadi."

Bila difikirkan balik, ayah maksudkan...aku ada kelemahan, tapi jangan jadikan kelemahan sebagai penghalang untuk berjaya sebaliknya gunakan kelemahan sebagai pemangkin untuk berjaya. Untuk mengatasi kelemahan adalah dengan belajar.

Kisah di sebalik nasihat adalah, aku marah apabila semua adik lelaki tak nak bersihkan ayam yang disembelih, saat itu aku tak tahu pun yang adik-adik lelaki aku belum pandai bersih ayam yang sembelih sendiri. Tapi aku tak dapat nak suruh mak aku buat sebab mak aku tak akan makan ayam tu, kalau dia yang bersihkan.  Masa aku tengah hidupkan kayu api sebab nak rebus air untuk celur ayam, ayah bagi nasihat tu. Aku kalau marah sikit banyak cakap tapi kalau marah banyak diam seribu bahasa. Aku buat kerja tak cakap apa-apa, itu yang ayah masuk campur sambil tolong kibas surat kabar nak bagi api hidup. Api dah hidup ayah aku blah. Kenapa ayah blah, sebab dia nak bagi aku masa bertenang dan dia bosan cakap sorg. Adik aku Iwan tak makan kena marah, dia boleh datang balik sengih-sengih cakap, "sian ke mung wat sorg, nok makan ramai, meh aku tolong." Aku balas, "mung buang perut ayam."  Tetiba Iwan jerit, "Din. ini suruh buang perut ayam." Udin datang dengan tangan berbalut plastik. Iwan cakap dekat udin, "Aku nok pakai plastik gok." 

Masa tu aku tengok besor kecik je adik-adik aku, nok  buang perut ayam je, siap pakai plastik. Aku tanya kenapa pakai, jawapan geli dalam perut ada tahi. Tapi bila tengok dorg terkial-kial nak keluarkan perut ayam, aku tanya lagi ,"sebenarnya mung dua orang tahu dop nok bersih ayam sembelih ni?" Mereka jawab, tak pandai. Maka baru aku tahu, yang itu adalah pengalaman pertama mereka bersih ayam yang disembelih sendiri. Hasilnya hati ayam yang dikeluarkan hancur. 

Kehidupan mengajar lebih dari sepatutnya. Jadi ke ayam yang aku bersihkan itu? jadi lah untuk mak aku masak tapi yang paling berjaya dan menjadi adalah adik-adik lelaki aku berjaya belajar teknik bersihkan ayam cara tradisional.  Lepas daripada itu, kalau sembelih ayam sendiri, aku tengok dan tolong sikit-sikit sahaja. Kebanyakkan mereka buat. 



Rabu, Julai 31, 2019

Blogger Challenge: Day 6~ Everyday make up look. A picture of you.

Setiap hari aku tak pakai apa-apa make up. Kadang-kadang sahaja pakai lip balm.  In fact barang make up yang ada pun dah aku buang atas arahan Mr.Y. Kenapa? Sebab Mr.Y dapat maklumat barang yang aku guna itu, tempat penghasilan dia turut memproses babi. Maka sebagai seorang islam, aku elakkan perkara shubhah. 




Polos je muka aku kan.... mak aku dulu kata telanjang tak pakai apa-apa walaupun sekadar bedak debu,



Selasa, Julai 30, 2019

Blogger Challenge: Day 5~ A Letter to someone.Anyone

Surat untuk seseorang, siapa sahaja....ok, ini lah dia.


Assalamualaikum bonda,

Apa kabar bonda disana? Adakah bonda selesa dan bahagia? Cukup atau tidak kiriman doa dari anakanda? Anakanda setiap hari merindui bonda, tapi hanya kiriman doa yang mampu anakanda berikan. 

Bonda,
Semenjak pemergian bonda, anakanda hilang tempat untuk mengadu dan bercerita. Bukan tiada insan lain tetapi perasaan bercerita dan mengadu pada bonda itu amat istemewa. Semenjak pemergian bonda, tiada lagi nasihat dan teguran tulus ikhlas anakanda dengari. Ramai insan yang menasihati dan memberi panduan kepada anakanda tetapi tidak sama seperti bonda. 

Bonda,
Di awal pemergian bonda, anakanda tidak dapat mengurut ibu mertua kerana setiap kali anakanda menyentuh minyak urut dan kakinya, hati, minda dan perasaan terus didatangi rindu yang amat. Anakanda cuba berbakti mengurut selama yang mampu tetapi perasaan dan kerinduan itu tebal...


ok setakat itu sahaja surat buat bonda... penulis tak dapat meneruskan penulisan... Orang kata sakit yang tiada ubat adalah, sakit rindu kepada mereka yang telah tiada. Maka nasihat buat diri sendiri, hargai insan yang masih ada disekeliling kita. 




Ahad, Julai 28, 2019

Blogger challenge Day 3~Picture of your handwriting

Assalamualaikum, cabaran ketiga adalah letak gambar tulisan tangan. ok ini lah dia


Apa pendapat anda? boleh baca tak?


Jumaat, Julai 26, 2019

Blogger Challenge : Day 2~Your Current Relationship


Assalamualaikum dan hai, soalan ke 2~your current relationship.

Sebenarnya, perkataan dan makna perhubungan kita boleh jelaskan dengan lebih meluas. Tapi dekat sini kita fokus kepada relationship antara lelaki dan perempuan. Status sekarang adalah... aku seorang isteri kepada seorang pegawai sains di Jabatan Kimia Malaysia. Dalam dunia blog aku gelar dia Mr.Y. 

Gambar dekat atas ada kisah sebenarnya, beberapa minggu lepas Mr.Y share live location dengan aku, lepas tu dia tanya aku nampak tak dia kat mana. Aku saja jawab main-main, "kat mana lagi kalau bukan dekat hati saya" Sekali dia reply, "buktikan."  Agaknya dia nak bukti macam dia buat kerja makmal kot. Ada hitam dan putih. Nak aku pun edit gambar aku dan uzayr...dekat organ jantung aku letak muka dia. Terus diam tak berbalas. Bukti kukuh lah kot tu.  

OK, kita ke next Blogger challenge Day 3~Picture of your handwriting


Khamis, Julai 25, 2019

Blogger Challenge : Day 1~Introduction and your recent photo

Assalamualaikum dan selamat petang.
Pengenalan dan gambar terkini. Secara am, pengenalan boleh tengok dekat about me. Sebagai tambahan, sekarang aku dah berpindah ke Kuala Lumpur dan tidak lagi bekerja sebagai guru KAFA. Kira sekarang jadi fulltime house wife. Bilangan anak pun dah bertambah menjadi empat, 2 puteri dan 2 putera.

Mula berblog sejak 2009. Sekadar suka-suka dengan kawan-kawan kerja asalnya, tak sangka blog ini boleh bertahan sehingga kini. Selain suka menaip dan berangan aku suka juga baca blog-blog lain terutama yang mencerita kisah pengembaraan, traveling, fotografi dan kehidupan. Mana yang buat blog posting banyak pasal review produk aku kurang suka kecuali kalau aku mencari barang tersebut. 

Oleh kerana aku minat mengambil gambar, bukan diambil gambar, apatah lagi swafoto. Maka amat susah nak cari gambar terbaru yang aku sendirian. 

Gambar ahad lepas....

Ok, rasa itu je untuk yang pertama. Next Blogger Challenge : Day 2~Your Current Relationship




Blogger Challenge

Assalamualaikum dan hai semua, lately nampak banyak pulak post kawan-kawan pasal blogger challenge. Ada 15 soalan maka makan masa masa 15 hari lah kan. 


Soalan-soalan adalah seperti berikut:



Antara 15 soalan yang ditanya, rasanya soalan nombor 5 dan masa sukar dalam hidup anda. Pada pendapatan aku soalan-soalan ini bukan sekadar menampakkan siapa kita sebenar tetapi juga membolehkan kita berfikir panjang dan mengenali diri sendiri juga.

Ada beberapa jawapan dan catatan dari blogger lain yang sempat aku baca. Best dan rasa macam dekat je dengan penulis. Hakikat itu lah pertama kali aku lawat blog dia.

Maka ambil dari sudut positif, cabaran ini dapat merapatkan ukhuwah sesama blogger.

Sekian dari sudut pandang aku...