Khamis, Ogos 01, 2019

Blogger Challenge: Day 7~ Best advice you ever got

Assalamualaikum dan selamat pagi. Nasihat paling terbaik yang pernah aku dapat adalah nasihat dari seorang ayah. Sebenarnya banyak sahaja nasihat dari ayah tapi aku rasa nasihat yang satu ini  antara yang terbaik.

"Awak jenis berangin, guna angin awak buat benda sampai jadi. Jangan sebab marah kerja tak jalan. Alang-alang buat, biar sampai jadi."

Bila difikirkan balik, ayah maksudkan...aku ada kelemahan, tapi jangan jadikan kelemahan sebagai penghalang untuk berjaya sebaliknya gunakan kelemahan sebagai pemangkin untuk berjaya. Untuk mengatasi kelemahan adalah dengan belajar.

Kisah di sebalik nasihat adalah, aku marah apabila semua adik lelaki tak nak bersihkan ayam yang disembelih, saat itu aku tak tahu pun yang adik-adik lelaki aku belum pandai bersih ayam yang sembelih sendiri. Tapi aku tak dapat nak suruh mak aku buat sebab mak aku tak akan makan ayam tu, kalau dia yang bersihkan.  Masa aku tengah hidupkan kayu api sebab nak rebus air untuk celur ayam, ayah bagi nasihat tu. Aku kalau marah sikit banyak cakap tapi kalau marah banyak diam seribu bahasa. Aku buat kerja tak cakap apa-apa, itu yang ayah masuk campur sambil tolong kibas surat kabar nak bagi api hidup. Api dah hidup ayah aku blah. Kenapa ayah blah, sebab dia nak bagi aku masa bertenang dan dia bosan cakap sorg. Adik aku Iwan tak makan kena marah, dia boleh datang balik sengih-sengih cakap, "sian ke mung wat sorg, nok makan ramai, meh aku tolong." Aku balas, "mung buang perut ayam."  Tetiba Iwan jerit, "Din. ini suruh buang perut ayam." Udin datang dengan tangan berbalut plastik. Iwan cakap dekat udin, "Aku nok pakai plastik gok." 

Masa tu aku tengok besor kecik je adik-adik aku, nok  buang perut ayam je, siap pakai plastik. Aku tanya kenapa pakai, jawapan geli dalam perut ada tahi. Tapi bila tengok dorg terkial-kial nak keluarkan perut ayam, aku tanya lagi ,"sebenarnya mung dua orang tahu dop nok bersih ayam sembelih ni?" Mereka jawab, tak pandai. Maka baru aku tahu, yang itu adalah pengalaman pertama mereka bersih ayam yang disembelih sendiri. Hasilnya hati ayam yang dikeluarkan hancur. 

Kehidupan mengajar lebih dari sepatutnya. Jadi ke ayam yang aku bersihkan itu? jadi lah untuk mak aku masak tapi yang paling berjaya dan menjadi adalah adik-adik lelaki aku berjaya belajar teknik bersihkan ayam cara tradisional.  Lepas daripada itu, kalau sembelih ayam sendiri, aku tengok dan tolong sikit-sikit sahaja. Kebanyakkan mereka buat. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik