Rabu, Ogos 28, 2019

Boboiboy the movie 2 ~ Family Time


Sehari selepas raya korban kami bawa anak-anak tengok boboiboy the movie 2. Memang dari awal keluar thriller aku dah cakap kat Mr.Y yang aku nak tengok wayang gak. Mr.Y bagi dengan syarat kalau Uzayr menangis kena keluar. Ok lah kita terima syarat tersebut.

Kira pecah rekod setelah 8tahun tak menjejak kaki ke pawagam. Last tengok movie dekat wayang masa mengandung Humaira, sekarang humaira dah 7 tahun. Masa dorg tengok upin ipin keris siaman tunggal pun tak dapat join walaupun hati rasa nak sangat join. Kisahnya rasa Uzayr sangat tak sesuai untuk bawak masuk wayang time tu, umur baru masuk setahun. Kira sekarang dah setahun 6 bulan. 

Reaksi uzayr memang diluar jangkaan, dia enjoy tengok movie terutama bila keluar watak papa zola dan pipi zola. Tengah cerita dia bosan nak jalan tapi tak jadi jalan jauh sebab watak papa zola dan pipi zola keluar lagi. 



kesimpulan untuk next movie ejen ali ummu boleh join lagi...tapi uzayr mcm tak minat sangat cerita ejen ali.hurm......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik