Selasa, Julai 30, 2019

Blogger Challenge: Day 5~ A Letter to someone.Anyone

Surat untuk seseorang, siapa sahaja....ok, ini lah dia.


Assalamualaikum bonda,

Apa kabar bonda disana? Adakah bonda selesa dan bahagia? Cukup atau tidak kiriman doa dari anakanda? Anakanda setiap hari merindui bonda, tapi hanya kiriman doa yang mampu anakanda berikan. 

Bonda,
Semenjak pemergian bonda, anakanda hilang tempat untuk mengadu dan bercerita. Bukan tiada insan lain tetapi perasaan bercerita dan mengadu pada bonda itu amat istemewa. Semenjak pemergian bonda, tiada lagi nasihat dan teguran tulus ikhlas anakanda dengari. Ramai insan yang menasihati dan memberi panduan kepada anakanda tetapi tidak sama seperti bonda. 

Bonda,
Di awal pemergian bonda, anakanda tidak dapat mengurut ibu mertua kerana setiap kali anakanda menyentuh minyak urut dan kakinya, hati, minda dan perasaan terus didatangi rindu yang amat. Anakanda cuba berbakti mengurut selama yang mampu tetapi perasaan dan kerinduan itu tebal...


ok setakat itu sahaja surat buat bonda... penulis tak dapat meneruskan penulisan... Orang kata sakit yang tiada ubat adalah, sakit rindu kepada mereka yang telah tiada. Maka nasihat buat diri sendiri, hargai insan yang masih ada disekeliling kita. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik