Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan

Isnin, Julai 25, 2016

Renungan aidilfitri 2016

Ini kisah raya kami pada 2016. Hari raya ke-2 uwais masuk wad kerana demam dan tonsil. Bukan hendak bercerita pasal keadaan uwais tetapi hendak bercerita tentang 2 kisah yang boleh diambil iktibar serta pengajaran sepanjang berada di wad KK1 HKL...
Kisah 1
Seorang ibu muda mendodoi anak sambil mendukung ke hulu ke hilir. Dalam masa yang sama mulut sentiasa berzikir. Oleh kerana uwais pun tak dpt nak tdo maka aku pun bawa lah dia berjalan dan secara tak langsung menegur ibu muda ini. Menurut ibu ini saat mengandung tiada masalah. Bayi dilahirkan secara induce akibat terlebih tempoh. Apa yang berlaku selepas kelahiran amat menguji jiwa dan iman seorang ibu. Saat ini lah sokongan suami dan keluarga penting. Terutama sokongan dan rangsangan ahli keluarga. Setelah melahirkan anak, ibu hanya dapat melihat anak untuk pengenalan jantina sahaja. Setelah itu anak terus dibawa ke hospital lain yang ada kepakaran yang lebih baik manakala ibu di tahan di wad akibat berlaku tumpah darah. Mesti anda tertanyakan, kenapa dengan bayi itu. Bayi ini lahir tanpa lubang punggung dan satu buah pinggang. Ya Allah,  berat ujian untuk wanita ini. Selepas hampir 2 minggu baru dapat ibu dan anak bertemu kembali. Itu cerita 3 bulan lps.
Ibu ini menceritakan ramadhan dia kali ini lsg tidak seronok. Aku bertanya kenapa. Jawabnya, kebanyakkan masa dia berada di wad tersebut. Awal ramadhan, pertengah ramadhan dan hujung ramadhan bayi masuk wad akibat demam. Demam berpunca dari punca yang berbeza-beza. Tetapi paling lama bayi berada di wad adalah hujung ramadhan...sehingga seminggu raya masih berada di wad. Sepanjang bayi berada di wad, sepanjang itu lah ibu berada di wad. Jika orang lain beraya dapat merasa juadah raya, baby dpt kumpul duit raya tetapi bagi ibu ini juadah hospital itu lah juadah rayanya dan baby kumpul segala macam antibiotic dan ubat-ubatan.
Pengajaran:
*Bersyukur Allah anugerahkan rezeki anak yang sihat dan sempurna.
*Redha dengan ujian yang sedikit kerana ada yang lebih teruk.
Kisah 2
Anak yatim bernama adam...mula-mula, aku ingat yang menjaga nya adalah kakak dia. Tapi agak terkejut apabila mak bagitahu yang jaga adam adalah penjaga rumah anak yatim. Setelah habis waktu melawat tinggal lah kami penjaga pesakit disini. Malam itu adam asyik mengadu sakit perut. Adam bari berusia 4tahun, apabila di tanya dia hanya mampu menunjukan tempat sakit. Doktor yang datang memeriksa berailih ganti tetapi tiada seorang memberi kata putus. Sehingga akhirnya turun pakar dan mengatakan esok jika sakit masih berterusan mereka akan buat scan. Akhirnya adam tertidur juga akibat kepenatan menahan sakit. Saat adam tidur aku memberanikan diri menegur penjaganya yang bernama fatin. Fatim rupanya seeang cuti dan akan sambung pengajian. Dia korbankan saat beraya bersama keluarga hanya untuk membantu pihak rumah anak yatim menjaga adam di hospital. Semoga allah membalas jasanya.
Keesokan pagi berlaku sesuatu yang amat menyentuh hati kecil ini. Ketika doktor sedang membuat rondaan dan 'review record' pesakit sampai ke katil adam, penjaga pergi ke tandas. Maka doktor hertanya "Adik, mak mana?" Adam diam, doktor tanya lagi, "Raya mak bawak jalan pegi mana?" Adam diam lagi, muka adam saat itu sayu sangat aku nampak. Seterusnya doktor tanya lepada jiran2 katil adam kemana pergi mak adam. Kakak depan katil adam. memberitahu, "doktor dia anak yatim, yang jaga penjaga rumah anak yatim, pwnjaga dia peegi tandas." Muka doktor agak terkejut, mungkin dalam masa yang sama terbit rasa bersalah dalam hati doktor.
Pengajaran:
*Hargai insan-insan yang masih bersama kita, nikmati masa-masa yang ada dengan sebaik mungkin.
*Jangan berkira untuk melakukan kebaikan, tak salah korbankan kegembiraan dan keseronokkan kita demi kemudahan insan lain.
*Hati-hati dalam mengutarakan soalan.

Selasa, Mac 15, 2016

Tanamkan dalam hati bahawa;

Assalamualaikum
Kita punya anak... ambil masa untuk baca��������

Mesej dari TKPPM.

Pesanan untuk semua ibu bapa... cikgu juga adalah ibu bapa pd seseorang anak... peringatan untuk semua... mudah2an membantu membentuk anak2 dlm masyarakat yg perihatin...

Tanamkan dalam hati bahawa;

1. Anak kita bukan baik sangat.

Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.

Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu.

Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

4. Anak kita layak dimarah.

Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.

Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.

Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.

Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. Duit bukan segalanya.

Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.

Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.

Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.

Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
Amal kita?

12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.

Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.

Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.

Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.

Tepuk dada, tanya hati.

Selasa, Mac 08, 2016

Perkongsian hari ini

Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing..

Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu..

��������

Seorg budak prempuan bersujud ketika lihat ais krim. Maka org tnya kpd dia: kenapa sujud? Dia pun jwb: mak saya bila dia gembira dia akan sujud tanda syukur pd Ilahi.
Perelokkanlah didikan ke atas anak²mu.

��������

Seorang lelaki membaiki penghawa dingin masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid.
Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kbaikannya.

��������

Seorg org yg soleh ditanya mengapa pergi ke masjid sblum azan.  Dia jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap aku tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan,keselamatn dunia akhirat)

��������

Aku tnya dia knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi gnjaran.

��������

Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 ttg sseorg drpd mereka maka biarlah gosip tu terhenti stakat kamu shj. Dan klau betul terjadi berita tu berhenti stakat kamu shj, brmakna kmu tlah dpt phala tutup aib org. Baragsiapa yg tutup aib mna2 muslim, Allah akn tutup juga aib dia.

��������

3 doa yg wajar kmu ingt utk dibaca semasa sujud2 kamu:-
1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik.
2. Ya Allah, kurnialah kpd ku taubat nasuha sblum aku mati.
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.
(Tnpa sbrang pengkhususan)

��������

Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkn shj tu pun dh dikira sbg kbaikan. Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.

Pringatn: Buatlah baik walau sekecil kecilnya...

Rabu, Mac 02, 2016

Merajuk dengan tuhan

Alhamdulillah pagi ni berkesempatan mendengar rancangan tanyalah ustaz sambil buat kerja rumah. Topik hari ini amat menarik perhatian, secara tak langsung menarik hati untuk berkongsi dengan pengunjung blog semua.

Apabila kita kata merajuk, selalunya ia melibatkan seseorang yang bersalah kepada kita. Tetapi ada ketika merajuk kerana salah faham. Situasi ini sering berlaku antara manusia dan pencipta. Sedarkah kita, tuhan tak pernah bersalah kepada kita.

Kenapa berlaku salah faham dengan musibah yang melanda. Sedar atau tidak bahawa musibah itu adalah ujian dari tuhan, ia menunjukkan tuhan sayang dan ingat akan kita. Salah faham berlaku apabila kita melihat musibah sebagai masalah yang tak dapat diselesaikan dan tak redha dengan musibah yang melanda. Apabila tak redha maka kita akan melihat musibah yang melanda sebagai satu masalah yang besar. Sedangkan jika kita redha, tuhan akan buka jalan penyelesaian.

Bagaimana nak tahu kita redha? Apabila kita merasa tenang menghadapi musibah. Untuk tenang kita ikhlas.

Kita tak layak untuk merajuk dengan allah, kerana apabila merajuk kita tidak akan cuba cari penyelesaian. Sedangkan, islam mengajar umatnya untuk berubah kearah kebaikan.

Sabtu, Februari 27, 2016

Allah sayang kita

Suatu hari seorang ibu terlambat untuk mengambil anak pulang dari sekolah. Setelah sampai di sekolah dan anak pun masuk dalam kereta dalam keadaan muka masam mencuka, anak meluahkan perasaannya.

Anak: ibu, kakak sedih.
Ibu: kebapa kakak sedih?
Kakak: kerana ibu lambat menjemput kakak.
Maka si ibu memikirkan jawapan terbaik untuk anak kecil, agar jawapanya nanti tidak mengecewakan perasaan anaknya.
Ibu: kakak, kita bertemu kerana Allah, kita berpisah kerana Allah. ALLAH sayang kita.

Alhamdulillah si anak dapat menerima jawapan dengan tenang. Maka mereka meneruskan perjalanan untuk mengambil anak kedua yang bersekolah di sekolah yang lain. Oleh kerana ibu dan kakak lambat sampai, si adik sudah menangis melihat semua kawan-kawan pulang tetapi ibu dan kakaknya belum kelihatan. Apabila si ibu sampai, si adik memasuki kereta dalam esakkan tangisan. Maka kakak memainkan peranan memujuk adik.

Kakak: adik jangan sedih tahu. Kita bertemu kerana allah, kita berpisah kerana allah. Allah sayang kita.

Sumber: petikan dari rancangan tanyalah ustazah, tv9

Pengajaran dari kisah ini.
*Anak itu amanah, jangan dikhianati walaupun mereka masih kecil mungkin tidak memahami apa yang kita ucapkan tetapi mereka akan tetap meniru perbuatan dan perkataan kita. Maka setiap perbuatan dan perkataan yang lahir dari mulut dan jasad hendaklah jujur.

Ahad, Februari 21, 2016

Siapa dia "clever housewife"?

Ini ada petikan teks status Fb seseorang. Maaf tak dapat nak screenshot. (Malas nak berusaha)
Malam-malam, tiba-tiba teringat kata-kata Ayah;
"Isteri-isteri orang Melayu nie banyak sangat habiskan masa di dapoq. Sebab apa? Sebab dok berat tang makan.
Breakfast saja pun gigih bangkit awai buat nasi lemak, bihun goreng, cekodok, etc. Makan tengahari & malam pulak kalau takdak 6,7 jenis lauk penuh meja tak sah.
Pahtu kalut nak tumbuk sambai apa semua. Dalam sehari 24 jam tu banyak masa dok abih tang makan.
Walhalnya kita makan nie untuk kenyang saja. What you need actually healthy simple meals. Asalkan boleh bagi khasiat & tenaga dah cukup.
Cuba tengok omputih. Walaupun isteri depa tak kerja, those women ada masa membaca buku ilmiah, pi kelas-kelas ilmu like baking class ka sewing class ka, libatkan diri dengan aktiviti masyarakat & aktiviti sekolah anak-anak.
They always keep things simple. Masak pun simple like grilled chicken with salad ka asalkan berkhasiat. Depa guna sebaik mungkin masa yang ada. Yang penting kualiti dalam setiap rutin. What you suppose to do is be a clever housewife. Bukan kata jadi housewife tu kena dok cerok dapoq ja."
Something to ponder. :-)
# It is all about mentality. Masalah masyarakat Melayu nie bila si ibu/isteri masak nasi goreng yang memang siap-siap dah ada khasiat dari ayam, telur, sawi & carrot pun dilabel sebagai "pemalaih". Dang!
P.s:  cp kak Aida hashim.
Ini pula adalah pendapat aku tentang isu ini.
Semua bergantung kepada bagaimana ketua keluarga mencorakkan keluarga. Aku pernah ditanya oleh 'traditional malay house wife' apabila aku hanya buat 2 lauk sahaja untuk lunch. Lepas tue, lauk lunch itu lah jadi lauk dinner. Aku cakap my husband tak kisah selagi masakan itu berkhasiat dan dimasak oleh wife dia. Sampai sekarang aku masih masak 1-2 lauk sahaja untuk satu hari.
Jika suami nak isteri bijak, maka suami bertanggungjawab membawa isteri ke majlis ilmu. Jika tak mampu bawa, mungkin risau anak kecil akan ganggu majlis ilmu maka balik cerita lah dekat isteri apa yang diperolehi dari majlis ilmu.
Sediakan bahan bacaan untuk ahli keluarga. Jika bapa baca buku, anak akan sibuk nak baca. Isteri mungkin sibuk lipat kain malam, tak salah suami berkongsi apa yang di baca.
Cuba bayangkan bagaimana ulama itu dilahirkan jika bukan dari tangan ibu bapa yang berilmu. Walaupun mereka sering berada di ceruk dapoq tapi mereka lah yang menyebarkan ilmu kasih sayang, kesabaran dan kesungguhan kepada anak-anak.
Photo: Mr.Y bersama baby uwais ketika majlis tazkirah maulidul rasul 2016 di surau al-mustaqim.

Khamis, Februari 18, 2016

Perbahasan Bidaah

Ta’rif Bid‘ah Dari Segi Bahasa: 

Bid‘ah dari segi bahasa diambil dari kata بَدَعَ .

Berkata Ibn Manzur (ابن منظور) rahimahullah:

 بدع الشيءَ يَبدَعُه بَدعا، وابتدعهُ: أنشأه وبدأه. 
Telah membuat sesuatu bid‘ah (past tense), sedang membuatnya (present tense) dan bad‘an (masdar/ kata terbitan) bererti mengadakan dan memulakan. 

Berkata Muhammad bin Abi Bakr al-Razi rahimahullah:

 بدع الشيء: اخترعه لا على مثال. 
Membuat bid‘ah sesuatu bermaksud mengadakannya tanpa ada suatu contoh. 

Dalam al-Mu’jam al-Wajiz disebutkan hampir sama seperti di atas iaitu mengadakan sesuatu tanpa contoh sebelumnya.

Demikian kesemua mu’jam bahasa arab menyebut makna yang hampir sama.

Inilah bid‘ah dari segi bahasa iaitu membuat sesuatu yang belum ada contoh sebelumnya.

Ta’rif Bid‘ah Dari Segi Istilah: 

Ta’rif (definisi) yang baik bagi perkataan bid‘ah dari segi istilah ialah ta’rif yang dikemukakan oleh al-Imam Abu Ishaq al-Syatibi (الشاطبي) rahimahullah (790H) dalam kitabnya  yang masyhur berjudul al-I’tishom (الاعتصام). Kebanyakan para pengkaji bersetuju bahawa al-Syatibi telah mengemukakan ta’rif  jami’ dan mani’ ( جامع ومانع). Antaranya Dr. Ibrahim bin ‘Amir al-Ruhaili dalam tesis Ph.Dnya ketika membandingkan beberapa ta’rif yang dibuat oleh beberapa tokoh terdiri daripada Ibn Taimiyyah, al-Syatibi, Ibn Rajab dan al-Sayuti rahimahumullah, menyimpulkan bahawa ta’rif al-Syatibi adalah yang paling terpilih. Al-Syatibi mena’rifkan bid‘ah sebagai:

 طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله سبحانه 
 Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Huraian al-Imam al-Syatibi Terhadap Ta’rif Bid‘ah al-Imam al-Syatibi rahimahullah setelah memberikan ta’rif ini, tidak membiarkan kita tertanya-tanya maksudnya, sebaliknya beliau sendiri telah menghuraikan maksud ta’rif ini. 

Di sini dinyatakan beberapa poin penting huraian al-Imam al-Syatibi: 

Pertama: Dikaitkan jalan (طريقة) dengan agama kerana rekaan itu dilakukan dalam agama dan perekanya menyandarkan kepada agama. Sekiranya jalan rekaan hanya khusus dalam urusan dunia ia tidak dinamakan bid‘ah, seperti membuat barangan dan kota. Oleh kerana jalan rekaan dalam agama terbahagi kepada apa yang ada asalnya dalam syariat dan kepada apa yang tiada asalnya dalam syariat, maka dimaksudkan dengan ta’rif ini ialah bahagian rekaan yang tiada contoh terdahulu daripada al-Syari’ (Pembuat syariat iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala). Ini kerana ciri khas bid‘ah ialah ia terkeluar daripada apa yang digariskan oleh al-Syari’. Dengan ikatan ini maka terpisahlah (tidak dinamakan bid‘ah) segala yang jelas – sekalipun bagi orang biasa – rekaan yang mempunyai kaitan dengan agama seperti ilmu nahu, saraf, mufradat bahasa, Usul al-Fiqh, Usul al-Din dan segala ilmu yang berkhidmat untuk syariat. Segala ilmu ini sekalipun tiada pada zaman yang awal, tetapi asas-asasnya ada dalam syarak. Justeru itu, tidak wajar sama sekali dinamakan ilmu nahu dan selainnya daripada ilmu lisan, ilmu usul atau apa yang menyerupainya yang terdiri daripada ilmu-ilmu yang berkhidmat untuk syariat sebagai bid‘ah.  Sesiapa yang menamakannya bid‘ah, sama ada atas dasar majaz (bahasa kiasan) seperti ‘Umar bin al-Khattab radhiallahu 'anh yang menamakan bid‘ah solat orang ramai pada malam-malam hari di bulan ramadhan atau atas dasar kejahilan dalam membezakan sunnah dan bid‘ah, maka pendapatnya tidak boleh dikira dan dipegang.

Kedua: Maksud (تضاهي الشرعية) ialah menyerupai jalan syarak sedangkan ia bukanlah syarak pada hakikatnya. Bahkan ia menyanggahi syarak dari beberapa sudut: Antaranya: Meletakkan batasan-batasan seperti seseorang yang bernazar untuk berpuasa berdiri tanpa duduk, berpanas tanpa berteduh, membuat keputusan mengasing diri untuk beribadah, menghadkan makanan dan pakaian dari jenis tertentu tanpa sebab. Antaranya: Beriltizam dengan cara (kaifiyyat كيفيات ) dan bentuk (haiat هيئات ) tertentu. Ini seperti zikir dalam bentuk perhimpunan dengan satu suara, menjadikan perayaan hari lahir Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan seumpamanya.   Antaranya: Beriltizam dengan ibadah tertentu dalam waktu tertentu sedangkan tidak ada penentuan tersebut dalam syarak. Ini seperti beriltizam puasa pada hari Nisfu Sya’ban dan bersolat pada malamnya. Kemudian bid‘ah-bid‘ah tersebut disamakan dengan perkara-perkara yang disyariatkan. Jika penyamaan itu adalah dengan perkara-perkara yang tidak disyariatkan maka ia bukan bid‘ah. Ia termasuk dalam perbuatan-perbuatan adat kebiasaan.

Ketiga: Maksud (يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله): “Tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah” ialah menggalakkan ibadah. Ini kerana Allah berfirman: 

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ 
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [al-Zariyat 51:56]

Seakan-akan pembuat bid‘ah melihat inilah tujuannya. Dia tidak tahu bahawa apa yang Allah tetapkan dalam undang-undang dan peraturan-peraturan-Nya sudah memadai. Seterusnya al-Imam al-Syatibi menjelaskan: Telah jelas dengan ikatan ini (yang dijelaskan) bahawa bid‘ah tidak termasuk dalam adat. Apa sahaja jalan yang direka di dalam agama yang menyerupai perkara yang disyariatkan tetapi tidak bertujuan beribadah dengannya, maka ia terkeluar dari nama ini (bid‘ah).

Kesimpulan Ta’rif al-Imam al-Syatibi Daripada apa yang dita’rifkan dan dihuraikan oleh al-Imam al-Syatibi rahimahullah, dapat dibuat beberapa kesimpulan: Bid‘ah ialah jalan syarak yang baru di reka dan dianggap ibadah dengannya. Adapun membuat perkara baru dalam urusan dunia tidak boleh dinamakan bid‘ah. Bid‘ah ialah sesuatu yang tidak ada asal dalam syariat. Adapun apa yang ada asalnya dalam syariat tidak dinamakan bid‘ah. Ahli bid‘ah menganggap jalan, bentuk, cara bid‘ah mereka adalah satu cara ibadah yang dengannya mereka mendekatkan diri kepada Allah. Bid‘ah kesemuanya buruk. Apa yang dinamakan Bid‘ah Hasanah yang membabitkan perkara-perkara duniawi bukanlah bid‘ah pada istilahnya.

Sumber : Copy paste whatsapp grup usrah surau

Rabu, Februari 10, 2016

SEDEKAH UNTUK ORANG TUA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA[1] Oleh Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas حفظه الله

Sedekah yang dikeluarkan seorang anak untuk salah satu atau untuk kedua orang tuanya yang telah meninggal dunia, maka pahalanya akan sampai kepada keduanya. Selain itu segala amal shalih yang diamalkan anaknya maka pahalanya akan sampai kepada kedua orang tuanya tanpa mengurangi pahala si anak tersebut, sebab si anak merupakan hasil usaha kedua orang tuanya.
Allâh Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ
Dan bahwa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya. [an-Najm/53:39].

Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ أَطْـيَبَ مَـا أَكَـلَ الرَّجُلُ مِـنْ كَـسْبِهِ ، وَإِنَّ وَلَـدَهُ مِنْ كَسْبِـهِ.
Sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang adalah dari hasil usahanya sendiri, dan sesungguhnya anaknya adalah hasil usahanya.[2]

Apa yang ditunjukkan oleh ayat al-Qur`ân dan hadits di atas diperkuat lagi oleh beberapa hadits yang secara khusus membahas tentang sampainya manfaat amal shalih sang anak kepada orang tua yang telah meninggal, seperti sedekah, puasa, memerdekakan budak, dan lain-lain semisalnya. Hadits-hadits tersebut ialah:

Dari ‘Aisyah Radhiyallahu anhuma :
أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ أُمّـِيْ افْـتُـلِـتَتْ نَـفْسُهَا (وَلَـمْ تُوْصِ) فَـأَظُنَّـهَا لَوْ تَـكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ، فَـهَلْ لَـهَا أَجْـرٌ إِنْ تَـصَدَّقْتُ عَنْهَا (وَلِـيْ أَجْـرٌ)؟ قَالَ: «نَعَمْ» (فَـتَـصَدَّقَ عَـنْـهَا).
Bahwasanya ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , “Sesungguhnya ibuku meninggal dunia secara tiba-tiba (dan tidak memberikan wasiat), dan aku mengira jika ia bisa berbicara maka ia akan bersedekah, maka apakah ia memperoleh pahala jika aku bersedekah atas namanya (dan aku pun mendapatkan pahala)? Beliau menjawab, “Ya, (maka bersedekahlah untuknya).”[3]

Dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu anhuma :
أَنَّ سَعْـدَ بْنَ عُـبَـادَةَ -أَخَا بَـنِـيْ سَاعِدَةِ- تُـوُفّـِيَتْ أُمُّـهُ وَهُـوَ غَـائِـبٌ عَنْهَا، فَـقَالَ: يَـا رَسُوْلَ اللّٰـهِ! إِنَّ أُمّـِيْ تُـوُفّـِيَتْ، وَأَنَا غَائِبٌ عَنْهَا، فَهَلْ يَنْـفَعُهَا إِنْ تَصَدَّقْتُ بِـشَـيْءٍ عَنْهَا؟ قَـالَ: نَـعَمْ، قَالَ: فَـإِنّـِيْ أُشْهِـدُكَ أَنَّ حَائِـطَ الْـمِخْـرَافِ صَدَقَـةٌ عَلَـيْـهَا.
Bahwasanya Sa’ad bin ‘Ubadah –saudara Bani Sa’idah– ditinggal mati oleh ibunya, sedangkan ia tidak berada bersamanya, maka ia bertanya, “Wahai Rasûlullâh! Sesungguhnya ibuku meninggal dunia, dan aku sedang tidak bersamanya. Apakah bermanfaat baginya apabila aku menyedekahkan sesuatu atas namanya?" Beliau menjawab, “Ya.” Dia berkata, “Sesungguhnya aku menjadikan engkau saksi bahwa kebun(ku) yang berbuah itu menjadi sedekah atas nama ibuku.”[4]

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu bahwa ada seorang laki-laki bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam :
إِنَّ أَبِـيْ مَاتَ وَتَـرَكَ مَالًا، وَلَـمْ يُـوْصِ، فَهَلْ يُـكَـفّـِرُ عَنْـهُ أَنْ أَتـَصَدَّقَ عَنْـهُ؟ قَالَ: نَـعَمْ.
“Sesungguhnya ayahku meninggal dunia dan meninggalkan harta, tetapi ia tidak berwasiat. Apakah (Allâh) akan menghapuskan (kesalahan)nya karena sedekahku atas namanya?” Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam men-jawab, “Ya.”[5]

Imam asy-Syaukani t berkata,
"Hadits-hadits bab ini menunjukkan bahwa sedekah dari anak itu bisa sampai kepada kedua orang tuanya setelah kematian keduanya meski tanpa adanya wasiat dari keduanya, pahalanya pun bisa sampai kepada kedua-nya. Dengan hadits-hadits ini, keumuman firman Allâh Subhanahu wa Ta’ala berikut ini dikhususkan:
وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
Dan bahwa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya. [an-Najm/53:39].

Tetapi, di dalam hadits tersebut hanya menjelaskan sampainya sedekah anak kepada kedua orang tuanya. Dan telah ditetapkan pula bahwa seorang anak itu merupakan hasil usahanya sehingga tidak perlu lagi mendakwa ayat di atas dikhususkan oleh hadits-hadits tersebut. Sedangkan yang selain dari anak, maka menurut zhahir ayat-ayat al-Qur`ân, pahalanya tidak akan sampai kepada orang yang sudah meninggal dunia. Maka hal tersebut tidak perlu diteruskan hingga ada dalil yang mengkhususkannya.[6]

Syaikh al-Albani rahimahullah mengomentari pernyataan di atas dengan berkata, “Inilah pemahaman yang benar yang sesuai dengan tuntutan kaidah-kaidah ilmiah, yaitu bahwa ayat al-Qur`ân di atas tetap dengan keumumannya, sedangkan pahala sedekah dan lain-lainnya tetap sampai dari seorang anak kepada kedua orang tuanya, karena ia (anak) hasil dari usahanya, berbeda dengan selain anak…”[7]

Adapun pengiriman pahala bacaan al-Qur`ân, Yasin, al-Fâtihah, kepada orang yang sudah meninggal maka tidak akan sampai, karena semua riwayat-riwayat hanya menyebutkan tentang sampainya pahala sedekah anak kepada orang tua (bukan bacaan al-Qur`ân). Berdasarkan ayat:
وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ
Dan bahwa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya. [an-Najm/53:39].

Ketika menafsirkan ayat di atas, al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah berkata, "Sebagaimana dosa seseorang tidak dapat dipindahkan kepada orang lain, maka demikian pula ganjaran seseorang (tidak dapat dipindahkan/dikirimkan) kepada orang lain, kecuali apa yang didapat dari hasil usahanya sendiri. Dari ayat ini Imam asy-Syafi’i dan orang (para ulama) yang mengikuti beliau beristinbat (mengambil dalil) bahwa mengirimkan pahala bacaan al-Qur`ân tidak sampai kepada si mayit karena yang demikian bukanlah amal dan usaha mereka. Oleh karena itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah menyunnahkan ummatnya (mengirimkan pahala bacaan al-Qur`ân kepada mayyit) dan tidak pernah mengajarkan kepada mereka dengan satu nash yang sah dan tidak pula dengan isyarat. Dan tidak pernah dinukil ada seorang sahabat pun yang melakukan demikian. Seandainya hal itu (menghadiahkan pahala bacaan al-Qur`ân kepada mayit) adalah baik, semestinya merekalah yang lebih dulu mengerjakan perbuatan yang baik itu. Tentang bab amal-amal qurbah (amal ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah) hanya dibolehkan berdasarkan nash (dalil/contoh dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ) dan tidak boleh memakai qiyas atau pendapat.”[8]

Apa yang telah disebutkan oleh Ibnu Katsir dari Imam asy-Syafi’i itu merupakan pendapat sebagian besar ulama dan juga pendapatnya Imam Hanafi, sebagaimana dinukil oleh az-Zubaidi dalam Syarah Ihya’ ‘Ulumuddin (X/369)[9].

Wallâhu a’lam. Jawapan bolehkah pahala sedekah dibagi kpd si mati.

Ahad, Januari 31, 2016

MENANGIS KERANA ANAK DI TENGAH MALAM.

MENANGIS KERANA ANAK DI TENGAH MALAM.

Suatu hari kami menonton rancangan tanyalah ustAzah. Ustazah menceritakan dia membawa beberapa orang wanita dalam suatu program  berjumpa dengan seorang kiai untuk bertanyakan kepada kiai tersebut. BAgaimana kiai itu mendidik dan membesarkan anak seramai 11 orang sehingga semua berjaya. Jawapan kiai sangat mudah dan simple....MENANGIS KERANA ANAK DI TENGAH MALAM...pendek kata MENANGIS DALAM SOLAT TAHAJUD.

Kita mungkin, telah menyediakan pendidikan terbaik, kehidupan terbaik dan keperluan terbaik untuk anak kita Tetapi kenapa anak kita masih belum berjaya, susah diatur dan banyak karenah. Ini mungkin kerana kita kurang atau mungkin tak pernah MENANGIS KERANA ANAK DI TENGAH MALAM.

Andai kita sudah sering menangis dalam tahajud kerana anak, tetapi masih juga tiada perubahan. Mungkin belum masa Allah nak kabulkan permintaan kita.

KATA ARWAH CIK, "ALLAH SIMPAN DULU PERMINTAAN KITA. KALAU TAK KAT DUNIA, INSYALAH DI AKHIRAT ALLAH BAGI APA YANG KITA MINTAK.."

Ahad, Januari 17, 2016

Tips Mencari Pasangan

Ini adalah coretan sebagai panduan untuk adik-adik yang masih mencari pasangan hidup... tips ni sebenarnya adalah nasihat dan panduan dari arwah bonda..

Sewaktu mula-mula kenalkan MR.Y kepada ahli keluarga yang lain macam-macam persoalan di utarakan.. Tetapi persoalan yang paling lain dapat dari cik. Antara soalan nya adalah:

  1. Adakah dia solat?
  2. Cukup 5 waktukah solatnya?
  3. Pandai baca quran tak?
  4. Quran khatam tak?
  5. Suka belajar tak?
Soalan seterusnya adalah sama macam soalan orang kebanyakkan...seperti..keja apa? ada rumah? belajar setakat mana?

ok tak nak belebel banyak...jom kita tengok tips mencari pasangan

1. Jaga Solat
    Kenapa perlu cari lelaki yang jaga solat. kerana solat mengelakkan perkara mungkar. Ye lah dugaan orang bercinta ini besar. Syaitan akan sentiasa menghasut kearah kemaksiatan. Insyalah jika dia menjaga solat, maka kita nant akan dijaga sebaik mungkin,

2. Al-quran
    Jadikan ia bahan bacaan utama. Ia juga adalah sumber ilmu. Perlu seorang pasangan yang tahu baca al-quran supaya senang nant nak mengajar anak-anak. 

3. Menuntut ilmu
    Seorang yang rajin menuntut ilmu pasti tidak akan susah hiduonya selagi mana ilmu yang di pelajari bermanfaat.

Maka adik2 perlu pastikan 3 perkara tersebut selain yang sering kita pastikan.
    

Rabu, Julai 24, 2013

Persoalan Sedekah Al-Fatihah Kepada Si Mati

Satu amalan yang biasa dilakukan dalam masyarakat kita apabila mendengar kematian seseorang ialah, menyedekahkan bacaan Al-Fatihah…”Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Si Fulan bin Si Fulan yang baru sahaja meninggal sebentar tadi…” demikianlah antara ungkapan yang biasa kita dengar.

Membaca Al-Fatihah kepada si mati adalah dengan tujuan menyedekahkanPAHALA bacaan tersebut. Kerana, dengan membaca Al-Quran telah dijanjikan balasan pahala.

عبد الله بن مسعود يقول : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من قرأ حرفا من كتاب الله فله به حسنة والحسنة بعشر أمثالها لا أقول آلم حرف ولكن ألف حرف ولام حرف وميم حرف

Maksudnya : Berkata Abdullah bin Mas’ud : Bersabda Rasulullah SAW “ Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitab Allah (Al-Quran), maka baginya satu hasanah (kebaikan), dan setiap satu hasanah baginya 10 pahala. Aku tidak katakan آلم satu huruf, bahkan alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.

(Hadith Sunan Tirmizi (No.2910) dengan komentar “Hadith ini Hasan Sohih Ghorib”. Hadith yang sama maksud boleh didapati dalam kitab Musannaf Ibnu Abi Syaibah (No.29933), Sya’bu Al-Iman (No. 1983), Kanzu Al-‘Amal (No.2429), Sohih Targhib Wa Tarhib (No.1416), Riyad As-Solihin (No.999). Disepakati status hadith ini adalah sohih)

Persoalannya, benarkah kita dituntut, atau dianjurkan, atau digalakkan oleh Baginda Nabi SAW untuk sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada si mati? Inilah yang cuba penulis kupaskan dalam artikel ini. Diharapkan pembaca tekun membaca dan memahami perkara ini.

APA SEBENARNYA YANG DIANJURKAN?

Sebenarnya, Baginda Nabi SAW tidak pernah menganjurkan para sahabat yang hidup menyedekahkan Al-Fatihah kepada sahabat yang meninggal. Bahkan apa yang sebenarnya dianjurkan oleh baginda ialah MENDOAKAN si mati…

Perkara ini dapat dibuktikan dengan dalil berikut :

عن أم سلمة قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم " إذا حضرتم الميت فقولوا خيرا فإن الملائكة يؤمنون على ما تقولون " فلما مات أبو سلمة قلت يارسول الله ما أقول ؟ قال " قولي اللهم اغفر له وأعقبنا عقبى صالحة " قالت فأعقبني الله تعالى به محمدا صلى الله عليه وسلم . 

Maksudnya : Daripada Ummu Salamah katanya : Bersabda Rasulullah SAW “ Apabila kamu menziarahi mayat maka katakanlah yang baik-baik. Sesungguhnya para Malaikat percaya (mencatat) apa yang kamu katakan”. Maka ketikamana Abu Salamah meninggal dunia, aku (Ummu Salamah) bertanya wahai Rasulullah apa yang patut aku katakan? Jawab (baginda) “ Katakan :

اللهم اغفر له وأعقبنا عقبى صالحة

(Hadith Sohih Sunan Abi Daud (No.3115), Ibnu Majah (No.1447). Hadith ini juga dinukilkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab sohihnya (No.3005), dengan komentarnya “Sanad Hadith ini sohih mengikut syarat Al-Bukhari dan Muslim”. Namun hadith ini tidak dimuatkan oleh kedua tokoh tersebut dalam kitab sohih mereka)

Inilah yang dianjurkan oleh Baginda dan diamalkan oleh para sahabat, yaitumendoakan si mati, bukannya menyedekahkan atau membacakan Al-Fatihah sepertimana yang kita amalkan hari ini.

Satu lagi bukti yang boleh penulis kemukakan di sini ialah dengan hadith yang sangat mahsyur dalam kalangan masyarakat kita hari ini :

عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن النبي صلى الله عليه وسلم قال إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية وعلم ينتفع به وولد صالح يدعو له

Maksudnya : Daripada Abi Hurairah ra : Sesungguhnya Nabi SAW bersabda “Apabila mati seseorang insan, maka terputuslah segala amalanya melainkan tiga (amalan). Sedekah jariah (yang ditinggalkan), ilmu yang bermanfaat (yang diajarkan), dan anak yang soleh yang mendoakannya.

(Hadith Sunan Tirmizi (No. 1376) dengan komentarnya “Hadith ini Hasan Sohih”. Hadith yang sama juga boleh didapati dalam Sunan Nasa’i (No.3651). Hadith ini dinilai Sohih)

Jelasnya dalam hadith di atas, Nabi SAW menyebutkan anak yang soleh yang MENDOAKANNYA. Tetapi bukanlah anak soleh yang menyedekahkan bacaan Al-Quran. Mungkin ramai yang tahu hadith ini, tetapi tidak ramai yang memerhatikan maksud hadith ini.

Tidak ada satu keterangan pun bahawa Nabi SAW menyuruh menyedekahkan bacaan Al-Fatihah atau Al-Quran kepada si mati. Ini diperkuatkan lagi dengan anjuran Nabi SAW ketika melalui kubur :

عن سليمان بن بريدة عن أبيه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعلمهم إذا خرجوا إلى المقابر فكان قائلهم يقول ( في رواية أبي بكر ) السلام على أهل الديار ( وفي رواية زهير ) السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين وإنا إن شاء الله للاحقون أسأل الله لنا ولكم العافية

Maksudnya : Daripada Sulaiman bin Buraidah, daripada ayahnya berkata : Adapun Rasulullah SAW mengajarkan mereka apabila kamu keluar ke perkuburan maka hendaklah seseorang dari mereka katakan : (dalam riwayat Abi Bakar) Sejahtera keatasmu ahli kubur, (dalam riwayat Zuhair) Assalamualaikum ahli kubur dari kalangan Mukminin dan Muslimin dan aku Insya-Allah akan menyusul. Aku pohon kepada Allah kebaikan ke atas kami (yang masih hidup) dan keatas kamu (yang telah mati).

(Hadith Sohih Muslim (No.104). Hadith yang sama maksud dalam Sunan Nasa’i (No.2040), Sunan Ibnu Majah (No.1547), Musnad Ahmad bin Hanbal (No.23035). Sepakat Hadith Ini Sohih)

Maksud memberi salam adalah mendoakan, yaitu mendoakan kesejahteraan ahli kubur (orang yang telah mati).Nabi tidak mengajarkan para sahabat bahawa hendaklah mereka menyedekahkan Al-Fatihah kepada ahli kubur. Memadailah mendoakan kesejahteraan mereka sahaja. Itulah sebaik-baik amalan yang boleh dilakukan dan dianjurkan oleh baginda.

PERSOALAN MEMBACA AL-FATIHAH ATAU AL-QURAN KEPADA SI MATI

Jika kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada si mati, apakah yang kita sedekahkan? Tidak lain, pastilah PAHALA BACAAN AL-FATIHAH yang kita sedekahkan.

Sekiranya kita membaca Al-Fatihah, pasti kita mengharapkan balasan pahala daripada Allah SWT. Juga mengharapkan keredhaan Allah. Persoalan dapat atau tidak apa yang kita harapkan itu semuanya hak Allah, dan ia adalah perkara ghaib yang kita tidak dapat lihat diterima atau tidak.

Perlu jelas bahawa persoalan pahala ialah persoalan ghaib (perkara ghaib). Perlu difikirkan oleh kita, adakah pahala membaca Al-Fatihah atau mana-mana ayat Al-Quran ini boleh di sedekahkan? Apakah kedudukan pahala yang ghaib ini sama seperti wang ringgit yang zahir yang boleh dipindah-pindah miliknya atau disedekahkan?

Sekiranya seseorang mendakwa pahala membaca Al-Fatihah ini boleh disedekahkan, maka dia perlu membawa bukti dengan Nas Al-Quran atau Hadith, kerana perkara ghaib ini hanya boleh diketahui melalui dua sumber ini sahaja. Adapun melalui sangkaan atau ‘rasa-rasa sampai’ sahaja, maka tidak boleh diterima sama sekali.

Maksud membawa bukti di sini ialah membawakan mana-mana ayat Al-Quran atau Hadith Nabi SAW yang sohih yang menyatakan bahawa sampainya pahala sedekah membaca Al-Fatihah kepada si mati. Hadith Dhaif tidak boleh diterima. Hal ini kerana, Hadith mendoakan bertaraf sohih.Apabila bertembung hadith sohih dan dhaif, maka yang sohih perlu diutamakan.

Sangkaan atau ‘rasa-rasa sampai' tidak boleh diterima kerana, Allah dan Rasul-Nya tidak menyatakan demikian. Sedangkan Nabi SAW orang yang paling faham agama (kerana wahyu disampaikan melalui baginda) pun tidak menyatakan sampainya pahala sedekah, mana mungkin kita manusia biasa ini boleh pula menyatakan demikian.

عائشة رضي الله عنه ها قالت : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد )

Maksudnya : Daripada ‘Aisyah rah : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa beramal dengan amalan yang bukan dari suruh kami, maka ianya tertolak.

(Hadith Sohih Muslim (No.1718). Hadith yang sama maksud dalam Sohih Al-Bukhari (No.2550), Sunan Abi Daud (No.4606), Sunan Ibnu Majah (No.14), Musnad Ahmad bin Hanbal (No.25511))
BAGAIMANA DOA YANG DIANJURKAN

Doa yang disarankan ialah sepertimana yang dinyatakan dalam hadith Ummu Salamah di atas :

اللهم اغفر له وأعقبنا عقبى صالحة

Sebenarnya, tidak ada doa yang khusus kepada si mati, asalkan doa itu baik dan bertujuan memohon ampun bagi pihak si mati. Nabi SAW menyatakan dalam Hadith Ummu Salamah itu :

فقولوا خيرا

Maksudnya : …maka kamu katakanlah yang baik-baik…

Sabdaan Nabi SAW ini juga menunjukkan bahawa, apabila berlaku kematian, katakanlah yang baik-baik tentang si mati. Jangan sesekali mengumpat, atau mengatakan keburukan si mati. Sebaliknya, sebutkan hal-hal yang baik tentang si mati serta mendoakannya.

Doa yang biasa di baca oleh masyarakat kita dalam tahlil juga merupakan doa yang baik :

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

Sebaik-baik doa adalah memohon keampunan bagi pihak si mati.

KESIMPULAN

Setelah penulis membawakan bukti-bukti berlandaskan Hadith-Hadith yang sohih, maka terpulanglah kepada para pembaca untuk menilainya. Penulis tidak menganggap bahawa menyedekahkan Al-Fatihah kepada si mati adalah sesat (bid’ah dholalah). Yang jelasnya, individu yang menganjurkan demikian berniat baik, iaitu ingin meringankan seksaan si mati di alam kubur. Tetapi,sebaik-baik amalan yang perlu kita amalkan dan berpegang dengannya adalah, amalan yang berdasarkan Nas yang sohih yang dianjurkan oleh Nabi dan diamalkan oleh para sahabat serta generasi selepasnya yang berpegang teguh dengan sunnah…

Penulis menyeru, sekiranya kita diminta menyampaikan khabar kematian seseorang, maka serulah orang ramai mendoakan si mati..(elakkan menyeru membacakan Al-Fatihah)..

Sekiranya ada orang menyeru membacakan Al-Fatihah kepada si mati, maka kita doakanlah sahaja.. Mengikut sunnah yang diajarkan Nabi SAW adalah lebih utama…

Wallahu A’lam..

Sumber: Shoutus Sunnah Enterprise

Khamis, Disember 06, 2012

TokKu Paloh


Maka tinggalkanlah duniamu dan belayarlah menuju Tuhanmu. Janganlah sekali-kali engkau melabuhkan sauh ketidakpastian itu biarlah apa kata mereka pada dirimu. Berhijrahlah, belayarlah menuju Tuhanmu kerana kaulah Melayu – TUKKU PALOH


TUKKU PALOH atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al Idrus adalah ulama kerohanian yang berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu. Beliau hidup dalam zaman pemerintahan lapan orang sultan silih berganti; paling lama dan paling kuat pengaruh beliau ialah semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11. Kerana kewibawaannya, beliau diberi mandat oleh Sultan mentadbir kawasan Paloh dan mengawasi kawasan Hulu Terengganu. Beliau juga diterima sebagai penasihat pertama dan utama kepada Sultan dalam berbagai persoalan. Beliau tegas dan pintar dalam bidang diplomatik, dan sering diberi peluang mewakili Sultan berunding dengan pihak British sehingga pada zaman itu British gagal menjajah Terengganu.

Tukku Paloh terkenal sebagai seorang wali ALLAH yang mempunyai berbagai karamah dan sentiasa mendapat bantu-an ALLAH SWT khususnya sewaktu mengendalikan urusan rakyat. Tukku Paloh adalah khalifah Tareqat Naqsyabandiah, dan beliau turut mengamal dan mengembangluaskan ‘Syahadat Tukku’, satu amalan yang disusun oleh ayahnya Tukku Tuan Besar.
“Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun,” kata Tukku Paloh. Tetapi, kalau hendak tanah, silakan. Isilah ke dalam armada tuan sebanyak mana pihak British mahu… ambillah tanah.”
Itulah jawapan Tokku Paloh kepada wakil British, semasa berlaku perundingan antara pihak British dengan Tokku Paloh yang mewakili kerajaan Negeri Terengganu. Jawapan dalam bentuk sindiran itu, yang diluahkan dengan tenang tapi tegas, ternyata menyakitkan hati wakil-wakil British itu. Mereka ba-ngun untuk beredar. Tetapi, dengan kuasa ALLAH, punggung mereka tidak semena-mena terlekat di kerusi. Apabila mereka mengangkat punggung, kerusi turut terangkat sama buat se-ketika sebelum jatuh ke lantai. Waktu itu Tukku Paloh bersuara secara bersahaja: “Sudahlah tuan-tuan hendak ambil tanah Terengganu, kerusi rumah saya pun tuan-tuan hendak ambil.”
Demikianlah gagalnya diplomasi British untuk menjajah Terengganu pada sekitar awal abad ke-20. Taktik diplomasi yang berjaya digunakan di beberapa negeri lain, gagal di Terengganu kerana adanya gandingan rapat antara ulama dan umarak (pemerintah). Tegasnya, antara Sayid Abdul Rahman Al Idrus atau Tukku Paloh, dengan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11 (memerintah 1881-1918).
Dilahirkan pada tahun 1817 (1236 Hijrah) di Kg.Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Tukku Paloh adalah nasab ke-32 daripada Rasulullah SAW di kalangan keluarga Al Idrus. Nasab sebelah bapanya sampai kepada Sayidina Hussein r.a. anak Sayida-tina Fatimah Az Zahrah r.ha. binti Rasulullah. Ibunya, Hajah Aminah, ialah isteri pertama daripada beberapa orang isteri Sayid Muhammad yang terkenal dengan gelaran Tukku Tuan Besar. Semasa pemerintahan Sultan Omar, Tukku Tuan Besar menjadi Syeikhul Ulama iaitu ketua seluruh ulama Terengganu, dan dianugerahkan gelaran Paduka Raja Indra oleh baginda Sultan. Kedua-dua kedudukan itu menjadikan Tukku Tuan Besar sangat dihormati dan berpe-ngaruh di kalangan istana dan rakyat keseluruhannya.
Sebagai seorang ulama yang bertanggungjawab dan berpengaruh, Tukku Tuan Besar berusaha sehingga terlaksana hukum-«iukum Islam secara meluas dalam sistem pentadbiran dan kehidupan di bawah pemerintahan Sultan Omar (memerintah 1839-1875), hingga Terengganu terus terkenal sebagai negeri yang berpegang teguh dengan Islam, di sekitar pertengahan abad ke-18 Masihi. Menyedari pentingnya penyebaran ilmu agama dan bim-bingan amal, maka Tukku Tuan Besar mendirikan masjid di Kampung Cabang Tiga. (Masjid ini kini telah diubahsuai dan meriah dengan ahli jemaah). Di sinilah Tukku Tuan Besar yang juga pengarang beberapa buah kitab itu menyebarkan ilmu dan tarbiah kepada ramai anak muridnya dan anak-anaknya sendiri termasuk Sayid Abdul Rahman (Tukku Paloh). Dengan itu nyatalah Tukku Paloh itu bukan saja berke-turunan Rasulullah SAW yang mulia malah mendapat didik-an dan asuhan dalam keluarga yang kuat beragama. Semua adik-beradiknya juga mempunyai keahlian dalam hal-ehwal agama dan di antara yang terkenal ialah Sayid Zain (dilantik menjadi Menteri Besar pada tahun 1864 oleh Sultan Omar), Sayid Ahmad (bergelar Tuan Ngah Seberang Baroh) dan Sayid Mustaffa (seorang ulama yang juga ahli Majlis Mesyuarat Negeri; merupakan salah seorang dari empat pembesar yang pernah diwakilkan memegang pemerintahan negeri sewaktu Sultan Zainal Abidin HJ. melawat Siam pada Ogos 1896 selaku tetamu Raja Siam).
Di kalangan adik-beradiknya, Tukku Palohlah yang paling masyhur dan mempunyai banyak keistimewaan yang luar biasa. Menurut cucunya Sayid Abdul Aziz, sejak kecilnya lagi sudah ada tanda-tanda pelik yang mengisyaratkan Tukku Paloh akan muncul menjadi orang penting masyarakat. Satu ketika semasa Tukku Paloh berada bersama ayahnya Tukku Tuan Besar, tiba-tiba saja Tukku Paloh melihat seorang yang berserban dan berjubah hijau memanggilnya. Tukku Tuan Besar menahannya seraya berkata, “Engkau jangan pergi dekat orang itu, nanti engkau tidak boleh bersama abah lagi.”
Perkataan Tukku Tuan Besar itu tidak begitu pasti apa maksudnya. Tetapi yang nyata, Tukku Tuan Besar juga seorang yang kasyaf; dapat melihat kemunculan seorang yang berserban dan berjubah hijau itu. Siapa orangnya? Wallahu a’lam. Tukku Paloh mendapat didikan awal daripada ayahnya sendiri dan beberapa orang ulama tempatan. Kemudian beliau mengikut jejak ayahnya mendalami ilmu dan meluaskan pe-ngalaman di Makkah Al Mukarramah. Di sana beliau belajar dengan ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan khatam banyak kitab muktabar dalam berbagai bidang ilmu- tauhid, feqah, tasawuf, tafsir, nahu, saraf dan lain-lain.
Tukku Paloh sangat arif tentang ilmu tasawuf dan ilmu tareqat. Malah beliau ada mengarang kitab dan risalah mengenai persoalan kerohanian. Setelah lebih 10 tahun di Makkah, Tukku Paloh pulang sebagai seorang ulama besar. Beliau seorang yang warak dan terkenal sebagai pemimpin kerohanian yang mengembangkan Tareqat Naqsyabandiah. Beliau adalah khalifah tareqat ini. Sepulangnya dari Makkah, Tukku Paloh terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ini merupakan langkah awal beliau berkhidmat kepada orang ramai, sebelum melangkah kepada kegiatan yang lebih mencabar, bukan saja dalam bidang pengajaran ilmu tetapi juga dalam bidang pentadbiran, pemerintahan dan jihadnya menentang mungkar dan penjajah British. Seperti juga ayahnya, Tukku Paloh seorang yang sangat berpengaruh di kalangan istana dan menjadi tempat rujuk sultan. Malah perlantikan sultan itu sendiri mempunyai kaitan rapat dengan pengaruh Tukku Paloh di kalangan istana, yang diwarisi daripada ayahnya Sayid Muhammad bin Zainal Abi-din, yang terkenal dengan panggilan Tukku Tuan Besar, juga merupakan tokoh agama yang amat terkenal dan pengarang kepada lebih kurang 16 buah buku agama dan nazam.
Hubungan Tukku Paloh dengan sultan ini boleh disamakan dengan hubungan antara Sultan Zainal Abidin I (memerintah 1725-1734) dengan seorang lagi ulama besar Terengganu, Syeikh Abdul Malik bin Abdullah. Ulama yang terkenal dengan gelaran Tuk Pulau Manis ini juga dikenali sebagai wali ALLAH, dan banyak mengarang kitab. Sebagai Syeikhul Ulama dan mufti, Tuk Pulau Manis amat berpengaruh di kalangan istana dan dikatakan bertanggungjawab atas pertabalan Sultan Zainal Abidin I yang kemudian menjadi me-nantu beliau.
Menyedari peri pentingnya pemerintahan raja yang adil yang berlunaskan hukum-hukum ALLAH SWT, Tukku Paloh bersama Sayid Abdullah (Menteri Besar ketika itu) mengetuai sokongan terhadap perlantikan Tengku Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu menggantikan Sultan Ahmad Shah II (memerintah 1876-1881). Sokongan dua orang yang berpengaruh ini sungguh berkesan sehingga Sultan Zainal Abidin kekal sebagai raja yang berjaya menegakkan pemerintahan yang kukuh dan berma-ruah walaupun usianya ketika mula memegang tampuk pemerintahan negeri baru 16 tahun. Kejayaan baginda itu adalah berkat mendampingi serta menerima keputusan ulama. Baginda memerintah selama kira-kira 36 tahun 11 bulan hingga ke akhir hayatnya pada tahun 1918. Ketika Sultan Zainal Abidin III mula naik takhta, Tukku Paloh belum menjawat apa-apa jawatan penting secara ras-mi. Tetapi sebagai seorang tokoh agama, beliau sudah berpengaruh di kalangan istana. Kemudian beliau menjadi Syeikhul Ulama (ketua ulama) Terengganu dan dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Negeri dalam kerajaan Sultan Zainal Abidin. Dengan kedudukan itu Tukku Paloh bertanggungjawab membantu kerajaan mentadbir negeri dan rakyat.
Bagaimanapun, ulama dan ahli tareqat yang arif perjalan-an rohani ini lebih banyak berhubung secara peribadf dalam berbagai-bagai hal dengan Sultan Zainal Abidin. Keistimewaan ini menjadikan Tukku Paloh sebagai penasihat Sultan dan orang yang bertanggungjawab di belakang keputusan-keputusan yang dibuat oleh Sultan dalam pelbagai perkara terutamanya mengenai dasar luar negeri. Ini terbukti dengan keputusan berani Tukku Paloh memberi perlindungan kepada pahlawan-pahlawan Pahang sekitar tahun 1894 dan keengganannya bekerjasama dengan pihak British. Pendirian beliau ini mempengaruhi sikap Sultan Zainal Abidin (kebetulan menantu kepada Sultan Ahmad Pahang) untuk terus-menerus menentang pertapakan British di Terengganu.
Penglibatan Tukku Paloh dalam perjuangan menentang campurtangan British di Pahang berlaku apabila pahlawan-pahlawan Pahang yang memberontak terpaksa berundur akibat tekanan hebat daripada pihak berkuasa. Mereka yang di-pimpin oleh Datuk Bahaman, Tuk Gajah dan anaknya Mat Kilau berada dalam keadaan serba salah dan hampir-hampir putus asa. Akhirnya pada bulan Mei 1894, mereka membuat keputusan menghubungi Tukku Paloh. Ternyata hubungan ini memberi nafas dan tenaga baru kepada perjuangan mereka kerana Tukku Paloh bukan saja bersimpati malah bersedia membantu pahlawan-pahlawan itu menentang pencerobohan British di Pahang. Selama berada di Paloh, pahlawan-pahlawan yang terkenal hebat itu menggunakan sepenuh kesempatan menuntut ilmu agama dan mendalami perjalanan rohani sebagai bekalan dalam perjuangan yang amat sukar itu. Mereka ber-guru dengan Tukku Paloh. Kemudian baru Tukku Paloh menyeru pahlawan-pahlawan itu supaya melancarkan perang jihad. Sebagai bekalan rohani, beliau memberi mereka wirid-wirid dan jampi-jampi tertentu dan menghadiahkan mereka pedang yang bertulis ayat-ayat Al Quran pada matanya. Dan dengan sokongan dan pengaruh Tukku Paloh, pasukan pahlawan itu semakin besar dan mendapat sokongan sultan dan rakyat Terengganu untuk melancarkan serangan tahap kedua berdasarkan kecintaan kepada agama dan tanahair dengan semboyan ‘perang jihad’.
Semangat perang jihad begitu ketara sekali di kalangan para pejuang itu. Ketika inilah, Hugh Clifford, Residen British di Pahang, menyedari bahayanya pahlawan-pahlawan itu berada di negeri jiran kerana mendapat sokongan Tukku Paloh untuk me-lancarkan serangan baru dengan kekuatan agama. Demi menjaga kepentingan British di Pahang, pada bulan April 1895 Clifford mengetuai satu angkatan seramai 250 orang untuk melumpuhkan kekuatan pihak yang disifatkannya sebagai pemberontak-pemberontak. Sesampai di Terengganu, Clifford mengadap Sultan Zainal Abidin untuk mendapat kerjasama baginda. Sultan Zainal Abidin dengan senang hati mengeluarkan surat kuasa (waran) kepada Clifford untuk menangkap sesiapa saja daripada kalangan rakyat baginda yang bersubahat dengan pemberontak-pemberontak. Tetapi surat itu tidak memberi kuasa untuk menyiasat kerabat diraja, keluarga Sayid serta pembesar-pembesar baginda.
Baginda juga mengeluarkan satu surat sulit kepada orang-orang Besut supaya membantu pahlawan-pahlawan Pahang yang bersembunyi di daerah itu. Taktik diplomasi yang bijak itu menyelamafkan semua pejuang Pahang dan mengecewa-kan usaha ketua penjajah Pahang bernama Clifford itu. Clifford sentiasa curiga terhadap Tukku Paloh kerana dalam beberapa perundingan yang diadakan dengannya, pemimpin British itu percaya Tukku Paloh tidak berkata yang se-benarnya mengenai pemberontak-pemberontak. Kadangkala wakil-wakil British itu dipersendakan oleh Tukku Paloh.
Menurut cerita Syed Omar Abdul Kadir Al Idrus (cucu Tukku Paloh) , dalam satu pertemuan antara Tukku Paloh dan Clifford terjadi antara lain seperti berikut:
Clifford: Saya datang mahu mendapat kerjasama Tukku untuk menangkap pemberontak-pemberontak dari Pahang yang berada dalam negeri Terengganu.
Tukku Paloh: Siapa yang dimaksudkan? Kerana kami orang Islam tidak boleh menyimpan pemberontak dan penjahat-penjahat. Kalau ada penjahat tentu kami sudah tangkap dan mengenakan hukuman berdasarkan hukum Islam.
Clifford: Itu, Datuk Bahaman, Tuk Gajah, Mat Kilau dan pengikut-pengikut mereka melakukan banyak kacau dalam negeri Pahang. Sekarang mereka lari ke negeri ini.
Tukku Paloh: Orang-orang itu semua baik-baik, bukan pengacau, bukan pemberontak kerana mereka menuntut pembebasan daripada campurtangan kuasa luar dalam negeri mereka, dan sebagai orang-orang Islam mereka mesti menuntut hak itu.
Sebagai satu helah, Tukku Paloh membenarkan juga angkatan Clifford itu menyiasat di Paloh sama ada benar pahlawan-pahlawan Pahang itu bersembunyi di sana (ketika itu semua mereka sudah bersembunyi di tempat-tempat selamat).
Clifford masih tidak berpuas hati kerana pasukannya gagal menemui ‘pemberontak-pemberontak’ itu. Dia percaya mereka ada bersembunyi di kawasan rumah Tukku Paloh. Ini berdasarkan beberapa bukti yang dia sendiri perolehi semasa siasatan dibuat. Tetapi dia dan pasukannya tidak berdaya berbuat apa-apa walaupun berkali-kali berunding dengan Tukku Paloh. Sebab itu bagi Clifford, penghalang besar kepada usahanya untuk menangkap pahlawan-pahlawan Pahang itu ialah Tukku Paloh sendiri. Malah usaha terakhir Clifford meminta jasa baik Sultan supaya memaksa Tukku Paloh menyerahkan mereka itu juga gagal. Ini membuatkan dia sedar pengaruh Tukku Paloh begitu besar sekali di istana. Akhirnya Clifford mengambil keputusan meninggalkan Terengganu pada 17 Jun 1895.
Percubaan British untuk menjajah Terengganu bermula sejak awal abad ke-20. Gabenor Negeri-negeri Selat, Frank Swettenham, tanpa terlebih dahulu berunding, datang ke Terengganu pada tahun 1902 dan mengadap Sultan untuk mendapat persetujuan sultan mengenai satu rangka perjanji-an yang disediakan di London antara kerajaan British dan Siam. Tetapi perjanjian yang kononnya memberi pengiktirafan yang lebih jelas terhadap naungan kerajaan Siam ke atas Terengganu itu secara rasmi ditolak oleh kerajaan Terengganu. Sultan Zainal Abidin dan penasihat-penasihat baginda menyedari kesan daripada perjanjian itu dan nampak perancangan jauh kerajaan British yang beria-ia benar mempelopori perjanjian itu supaya ditandatangani. Sedangkan kerajaan Siam sentiasa menghormati pemerintahan Terengganu yang berdaulat.
Perkiraan itu ternyata berlaku pada 10 Mac 1909 bertempat di Bangkok di mana kerajaan British secara senyap menandatangani satu perjanjian baru dengan kerajaan Siam. Entah ganjaran apa yang diperolehi oleh kerajaan Siam, melalui perjanjian itu kerajaan Siam memindahkan (menyerahkan) segala hak naungan, perlindungan, pentadbiran, kawalan dan apa saja yang dipunyainya ke atas negeri-negeri Kelantan, Perlis, Kedah dan Terengganu serta pulau-pulau berhampiran. Dengan perjanjian baru itu bermakna Terengganu bulat-bulat duduk di bawah kekuasaan British seperti terkandung dalam butir-butir perjanjian pertama tajaan British yang kononnya untuk menjelaskan pengiktirafan terhadap naungan Siam itu. Sekali lagi kerajaan Terengganu tidak mengiktiraf dan menentang perjanjian berniat jahat itu. Malah pihak istana dan pembesar-pembesar negeri sangat marah dengan taktik halus British.
Tukku Paloh, yang sangat berpengaruh terhadap dasar luar Terengganu, memberi pandangannya mengenai cita-cita British yang berkehendakkan Terengganu dengan pertolongan Siam itu, dengan katanya antara lain:
“Dimaklumkan bahawa perkara ehwal treaty (perjanjian) yang dikehendaki oleh Inggeris dengan kebenaran Siam itu sangat besarlah pada paham paduka ayahanda (maksudnya beliau) waqiahnya dan sangatlah pada Seri Paduka anakanda Sultan Zainal Abidin akan akllahu al dafihi (telah menolong akan engkau oleh ALLAH SWT atas penolakannya) kerana sudah bersatu antara Siam dan Inggeris tetapi insya-ALLAH tiada sekali-kali. ALLAH SWT tasalitkan (beri kekuasaan-Nya) kuffar (orang kafir) atas Muslimin melainkan sebab tadyik (menghilangkan) mereka itu akan huquk (hak) syariat dan tiada bersungguh-sungguh mereka itu berpegang atas syariat yang mutahharah (undang-undang suci Islam) dan pemasukan ke dalam agama Islam akan barang yang dibenci oleh Rasulullah SAW. Maka wajiblah pada sekarang ini Seri Paduka Anakanda (Sultan) berkuat pada menzahirkan agama dan membatalkan segala mungkarat (kejahatan), jangan sekali tidak hirau…”
Walaupun usaha itu gagal, British terus menjalankan diplomasinya dalam berbagai bentuk rundingan. Antara pegawai yang mewakili British ialah W.L. Conlay. Dalam beberapa kali rundingan yang diadakan dengan pihak istana (tidak kurang dua kali), Sultan Zainal Abidin mengarahkan pihak British supaya berunding secara langsung dengan Tukku Paloh. Sultan berkata kepada wakil British, “Terengganu ini ada
tuannya, sila berunding dengan tuannya (yang dimaksudkan ialah Tukku Paloh).”
Rundingan pertama yang dijadualkan berlangsung British terpaksa dibatalkan oleh British kerana dikatakan kapal armada itu beberapa kali senget apabila Tukku Paloh menyengetkan serbannya. Ini menakutkan wakil-wakil British yang menganggap kejadian itu satu magic (sihir atau silap mata) sedangkan yang sebenarnya adalah karamah kurniaan ALLAH kepada Tukku Paloh. Ekoran itu, rundingan diadakan juga pada waktu lain dan kali ini di rumah Tukku Paloh. Untuk itu, Tukku Paloh meminjara beberapa buah kerusi bagi meraikan orang putih yang tidak pandai duduk bersila itu. Dengan duduk di atas kerusi, rundingan berjalan dengan panjang lebar dan antara lain wakil British memaklumkan bahawa pihaknya ingin mendapatkan tanah Terengganu dengan alasan membantu membangunkan dan memajukan negeri Terengganu. Dengan kata lain, dalam rundingan itu seolah-olahnya British hendak membantu memajukan Terengganu. Negeri Terengganu ketika itu berpenduduk sekitar 10,000 orang, kebanyakannya bekerja sebagai nelayan, tukang dan petani. Mereka diakui oleh Clifford sebagai “orang Melayu yang paling pandai dan paling rajin di Semenanjung Tanah Melayu”.
Tukku Paloh mempunyai pandangan yang jauh dan dapat membaca niat jahat wakil British yang mahu menguasai negeri Terengganu dan seterusnya menjajah. Lalu dengan selamba Tukku menjawab segala kehendak wakil British itu dengan penuh sindiran tanpa sedikit pun terpengaruh dengan ‘gula-gula’ yang diumpan oleh orang-orang putih itu. Dalam pertemuan inilah berlakunya kerusi yang diduduki oleh wakil-wakil British itu melekat seketika di punggung mereka seperti telah diceritakan pada awal lagi. Wakil-wakil British itu pulang dari rumah Tukku Paloh dengan hati yang berang bercampur takut akan kelebihan yang ada pada Tukku Paloh. Mereka gagal sama sekali untuk menguasai Terengganu menerusi diplomasi.
Tidak berapa lama selepas itu, beberapa buah armada British datang lagi ke persisiran pantai Kuala Terengganu. Tanpa memberi sebarang amaran, armada itu melepaskan tembakan meriam dan senapang ke arah pantai dan mengarah ke udara. Serangan yang bertujuan menggertak itu telah membunuh seekor kambing di Padang Hiliran. Orang ramai menjadi gempar dan cemas, dan sekali lagi Sultan Zainal Abidin menyerahkan urusan ini kepada Tukku Paloh. Lalu dengan tenang dan yakin Tukku Paloh bersama orang-orang kanannya termasuk Haji Abdul Rahman Limbong, Syeikh Ibrahim dan Tuk Kelam dan pengikut-pengikutnya yang lain meronda sepanjang pantai. Operasi rondaan, itu berjalan siang dan malam. Dikatakan ekoran dari itu, British tidak lagi membuat kacau, dan semua armadanya berundur. Mengikut laporan, angkatan perang British itu nampak ‘beribu-ribu’ pahlawan Terengganu’ lengkap dengan senjata bersiap sedia untuk melancarkan serangan balas. Sebab itulah mereka cabut lari. Demikian kehebatan perjuangan Tukku Paloh yang mempunyai karamah menentang British berhabis-habisan. Beliau berpegang kepada firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh. ” (Al Anbia: 105)
Beliau juga berpegang kepada falsafah: Perjuangan tidak kenal hidup atau mati. Dengan benteng iman dan taqwa yang kukuh pada diri Tukku Paloh itu, pihak British gagal menjajah Terengganu sehinggalah beliau kembali ke rahma-tullah pada tahun 1917, dan diikuti dengan kemangkatan Sultan Zainal Abidin IU pada tahun berikiitnya. Perginya ulama dan umara yang berganding bahu dalam pemerintahan. Dalam kesibukannya membantu pihak istana memerintah negeri Terengganu, Tukku Paloh diamanah pula mentadbir kawasan Paloh oleh Sultan Zainal Abidin. Dan dalam masa yang sama beliau diminta menjadi ri’ayah (pengawas) daerah Hulu Terengganu termasuk Kuala Berang hingga,ke Kampung Cabang Tiga yang jaraknya dari hujurig ke hujung kira-kira 50km. Ada juga maklumat yang mengatakan pihak istana meminta Tukku Paloh mengawasi kawasan Kuala Nerus. Di Paloh, beliau mempunyai kuasa penuh sehingga kerana itu mendapat gelaran istimewa ‘Tukku Paloh’. Beliau menyusun struktur pentadbiran yang sesuai dengan keperlu-an semasa bagi memimpin pengikut dan rakyatnya kepada satu cita-cita murni Islam. Untuk itu, beliau menggunakan kaedah tarbiah, ta’lim serta bimbingan rohani dan kuatkuasa undang-undang yang melibatkan pembantu-pembantunya yang amanah.
Biasanya urusan-urusan kemasyarakatan dibincangkan secara syura di kalangan orang kanan dan pengikut setianya. Perbincangan atau mesyuarat itu selalunya diadakan di balai yang didirikan oleh Tukku Paloh bersebelahan rumahnya. Balai ini juga dijadikan tempat beliau mendirikan sembahyang jemaah lima waktu bersama orang ramai. Dalam hal kedudukan raja yang memerintah, Perlembagaan Terengganu 1911, antara lain menyebut: “…Tetapi disyaratkan yang dipilih dan dijadikan raja itu seorang lelaki yang cukup umurnya dan sempurna akal, beragama Islam, berbangsa Melayu Terengganu dan daripda darah daging yang merdeka lagi diakui dengan sah dan halal serta baik pengetahuannya, boleh membaca dan menyurat (menulis) bahasanya dan mem-punyai tabiat perangai yang baik dan tingkah laku yang terpuji.” Dan raja akan hilang kelayakan menjadi raja sebagaimana tersebut pada fasal ketiga perlembagaan itu yang berbunyi: “…Jika ada kecacatan yang besar yang menyalahi sifat raja seperti gila, buta, bisu atau ada sifat kekejian yang tiada dibenarkan oleh syarak (hukum Allah) menjadi raja.”
Perlembagaan ini digubal pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin di bawah nasihat utamanya Tukku Paloh iaitu pada tahun 1911. Ianya bertepatan dengan kehendak Islam di mana tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang ALLAH SWT.
“Tukku mengajar di surau ini juga,” cerita Sayid Abdul Aziz, sambil menunjuk balai serbaguna yang dibangunkan oleh Tukku Paloh itu. Menurutnya, semasa hayat Tukku Paloh, sekurang-kurangnya dua kali Nabi Khidir a.s. datang berjemaah Subuh di balai tersebut. Peristiwa pertama berlaku semasa Tukku Paloh tidak sembahyang berjemaah bersama dengan murid-muridnya. Para ahli jemaah mendapati ada orang asing yang berserban jubah menjadi imam pada pagi itu. Selesai sembahyang, orang yang tidak dikenali itu duduk bersandar di tiang hujung di sebelah kanan balai itu sambil berwirid sebelum beliau pergi menghilangkan diri.
Tukku Paloh tahu hal ini, lalu berkata kepada murid-murid-nya, “Kamu tahu siapa yang jadi imam tadi?” Masing-masing diam dan Tukku Paloh terus berkata, “Beruntunglah kamu, yang menjadi imam itu tadi ialah Nabi Khidir a.s. Dapat pahala besarlah kamu.”
Kali kedua, Nabi Khidir a.s. datang berjemaah Subuh di balai itu ketika Tukku Paloh menjadi imam. Selain balai itu, Tukku Paloh mendiriRan sebuah masjid kira-kira 10 rantai dari rumahnya sebagai tempat mendirikan sembahyang Jumaat dan sembahyang lima waktu. Masjid itu juga menjadi tempat murid-muridnya belajar ilmu dan menga-dakan perhimpunan besar bagi merayakan satu-satu majlis yang berkaitan agama. Di dua pusat inilah (balai dan masjid) Tukku Paloh memimpin dan membimbing orang ramai dengan ilmu, amal dan tarbiah rohani. Beliau mengajar ilmu-ilmu tauhid, feqah, tasawuf, tafsir, Hadis dan juga nahu saraf.
Beliau sangat menekankan ilmu dan amalan tasawuf di kalangan pengikut-pengikutnya. Malah Tukku Paloh mengarang kitab Maarijulah fan (tangga orang-orang yang sangat dahaga untuk naik kepada hakikat-hakikat pengenalan). Kitab. ini membicarakan persoalan hati bagi mereka yang ber-mujahadah sehingga menjadi seorang yang bertakarrub ilallah. Di antara anak murid dan pengikut Tukku Paloh yang terkenal ialah Haji Abdul Rahman Limbong, Haji Mat Shafie Losong, Tuk Kelam, Tuk Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Haji Wan Embong Paloh, Haji Abdullah Chik Fatani, Tuk Gajah, dan Sultan Zainal Abidin HI sendiri.
Baginda sultan sering berulang-alik dari istananya ke Paloh untuk belajar ilmu dan berbincang mengenai berbagai perkara dengan Tukku Paloh. Baginda mempunyai minat dan kebolehan yang luar biasa dalam bidang ilmu pengetahuan. Se-lain Tukku Paloh, guru-guru baginda yang lain termasuklah Hj. Wan Abdullah Mohd Amin (Tuk Syeikh Duyung), Hj. Wan Mohd bin Abdullah, Hj. Wan Abdul Latif bin Abdullah Losong dan lain-lain. Baginda juga boleh berbahasa Arab hasil tunjuk ajar seorang guru khas, Habib Umar. Berkat dari kesungguhan menuntut ilmu dan sikap memuliakan ulama, Sultan Zainal Abidin III diakui oleh rakyat sebagai raja yang alim dan kuat berpegang kepada ajar an Islam. Hingga dikatakan, semasa pemerintahan baginda, susah untuk dicari seorang yang sudah sampai umur yang be-lum khatam Al Quran di Terengganu.
Selain itu, Tukku Paloh juga menjadi guru kepada anak-anaknya sendiri seperti Sayid Abu Bakar (Tukku Tuan Embong), Sayid Akil (Engku Sri Wijaya) dan Sayid Sagof (Engku Kelana). Kesemua mereka diakui sebagai ulama. Dari hari ke hari, anak-anak murid dan pengikut Tukku Paloh semakin ramai. Mereka datang dari merata tempat. Paling ramai ialah orang-orang Pahang yang kebanyakan mereka adalah pahlawan-pahlawan yang menentang British. Di Paloh, mereka dilindungi di bawah pentadbiran yang adil, makmur, tegas berdasarkan hukum ALLAH SWT dan tidak bertolak-ansur dengan pihak British. Untuk memastikan kawasan Paloh terhindar daripada segala perbuatan maksiat dan pelanggaran undang-undang serta untuk menjaga daripada pencerobohan luar maka Tukku Paloh” menubuhkan pasukan penguatkuasa yang terkenal dengan nama Budak Raja. Pasukan ini bertanggungjawab menjaga keamanan sepertimana peranan polis pada hari ini.
Dalam pada itu Tukku suka keluar malam-malam untuk memastikan keselamatan dan kebajikan orang ramai terjamin. “Pada masa tertentu, Tukku keluar malam berselubung kepala dengan kain, meninjau-ninjau tentang kehidupan orang ramai. Jika ada perkara-perkara tak elok, besok Tukku suruh budak raja pergi tangkap,” cerita Sayid Abdul Aziz. Sikap ini memperlihatkan betapa bertanggungjawabnya Tukku Paloh terhadap keselamatan dan kebajikan anak-anak buahnya seperti berlaku pada khalifah Umar Al Khattab r.a. Bagaimanapun, kata Sayid Abdul Aziz, kawasan Paloh sentiasa terpelihara daripada gangguan penjahat luar dan dalam. “Musuh dan penjahat tidak dapat masuk ke Paloh dan kalau ada barang curi yang hendak dibawa keluar pun tak boleh.” Sayid Abdul Aziz tidak menolak kemungkinan adanya ‘pagar kerohanian’ yang dibuat oleh Tukku Paloh selain daripada kawalan Budak Raja umpamanya, dan pagar lahir.
Tukku Paloh mempunyai mahkamah keadilan sendiri di Paloh. Beliau mendapat mandat daripada sultan untuk menyelesaikan persoalan-persoalan besar dan mengadili penjahat-penjahat di kawasan pentadbirannya. Mana-mana keputusan yang di-buatnya dikira muktamad tanpa perlu merujuk kepada sultan. Dan’ dalam soal ini beliau ada mengeluarkan surat kuasa terhadap pembawa ajaran sesat. Dengan itu tidak hairanlah nama Tukku Paloh semakin masyhur sebagai seorang ulama yang berwibawa dalam pemerintahan. Beliau berjaya membangunkan Paloh menjadi kawasan yang aman damai dan mempunyai kekuatan yang di-geruni musuh. Selain itu, Tukku Paloh juga dilantik sebagai Syeikhul Ulama, jawatan tertinggi dalam urusan agama. Jawatan ini pernah disandang oleh ayahnya Tukku Tuan Besar.
Tukku Paloh adalah juga ahli Majlis Mesyuarat Negeri. Bagaimanapun, Tukku Paloh lebih banyak membuat perhu-bungan peribadi dengan Sultan Zainal Abidin III daripada perhubungan secara rasmi. Eratnya hubungan Tukku Paloh dengan Sultan amat nyata di mana salah seorang isterinya, Tengku Mandak, ialah kekanda kepada Sultan Zainal Abidin. Baginda Sultan pula telah menyerahkan anaknya Tengku Sulaiman kepada Tukku Paloh untuk dijadikan anak angkat dan dididik dengan didikan agama. Tengku Sulaiman ini kemudiannya menjadi Sultan Terengganu yang ke-13, memerintah antara 1920-1942.
Demikianlah, setelah begitu lama menyumbang bakti kepada rakyat dan kerajaan maka Tukku Paloh jatuh uzur dan kembali ke rahmatullah menemui kekasihnya ALLAH SWT Pada 1 Zulhijjah 1336 Hijrah (1917) dalam usia 100 tahun. Setahun kemudian Sultan Zainal Abidin m pula mangkat iaitu pada 1 November 1918. Jenazah Tukku Paloh dimaqamkan di satu kawasan tinggi di Paloh. Beliau meninggalkan lebih 23 orang anak daripada lapan orang isteri. Semasa hayatnya Tukku Paloh sentiasa saja beristeri empat orang secara poligami, dan isterinya seramai 13 orang kesemuanya.
Selaku pembawa amalan Tareqat Naqsyabandiah, Tukku Paloh terkenal sebagai seorang yang kuat mengamalkan zikir-zikir yang disusun oleh Syeikh Bahauddin, Syeikhul Tareqat Naqsyabandiah yang susur galumya sampai kepada Sayidina Abu Bakar As Siddiq (maqam Syeikh Bahauddin terdapat di Uzbekistan). Begitu pula dengan amalan ibadah yang asas seperti sembahyang, puasa dan membaca Al Quran dan lam-lain amalan sunat. Dengan kata lain Tukku Paloh sangat wa-rak dan berhalus dalam beribadah.
Selain mengamalkan zikir Tareqat Naqsyabandiah secara istiqamah, Tukku Paloh juga mengamalkan dan mengembangkan amalan yang disusun oleh ayahnya Tukku Tuan Besar iaitu ‘Syahadat Tukku’. Amalan ini terus popular dan hingga kini masih diamalkan di banyak tempat di Terengganu secara jemaah dan bersendirian.
Syahadat Tukku yang diamalkan dengan suara zihar (nyaring) itu ialah maksudnya:
Aku ketahui dan aku iktiqad dengan hatiku dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku akan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH jua yang kaya la daripada tiap-tiap yang lain daripada-Nya dan herkehehdak oleh tiap-tiap yang lain itu kepada-Nya. Lagi yang bersifat la dengan tiap-tiap sifat kesempurnaan yang maha suci la daripada segala kekurangan dan daripada barang yang terlintas la di dalam segala hati daripada barang yang tiada patut la bagi-Nya lagi tiada beristeri dan tiada anak dan tiada yang memperanakkan bagi-Nya. Dan tiada menyamai la pada zat-Nya dan sifat-Nya dan afal-Nya akan seseorang maka Ialah Tuhan yang menjadi la akan segala makhluk yang ‘ulvi-Nya dan syufli-Nya lagi ketunggalan la pada mengadakan dan mentiadakan dengan kekerasan takluk qud-rat dan iradat-Nya maka terserahlah segala kainat intsemuanya pada bawah perintahNya dan tiadalah jenis ‘itirat bagi seorang jua pun akan kehendak-Nya. Dan aku ketahui dan aku iktiqad dengan hatiku dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku akan bahawa sungguhnya penghulu kita Nabi Muhammad anak Abdullah itu hamba Allah dan pesuruh-Nya kepada sekalian makhluk lagi sangat benar ia pada tiap-tiap barang yang ia khabarkan dengan dia daripada Tuhannya. Maka wajiblah atas tiap-tiap makhluk itu benar akan dia dan mengikut akan dia dan hdram atas mereka itu mendusta akan dia atau me-nyalahi akan dia maka barang siapa yang mendusta ia akan dia maka orang itu zalim ia lagi kafir ia, dan barang siapa yang menyalahi ia akan dia maka orang itu derhaka ia lagi binasa ia. Mudah-mudahan memberi taufiq akan kita oleh Allah bagi sempuma mengikut akan dia dan mengumia ia bagi kita akan sempuma berpegang dengan jalannya dan menjadi ia akan kita akan setengah daripada orang yang menghidup ia akan segala hukum syariat-Nya dan memati Ia akan kita atas keagamaan-Nya dan menghimpun ia akan kita serta perhimpunannya. Demikian lagi segala yang memperanak akan kita dan ahli kita dan segala saudara kita dan yang kasih Ia akan kita dan segala sahabat kita daripada segala orang yang Muslimin. Amin.
Syahadat Tukku ini diwariskan kepada murid-muridnya. Pengikut kanan beliau Haji Abdul Rahman Limbong mengembangkan amalan ini kepada murid-murid dan anak cucunya pula. Ini diakui oleh Pak Cik Ali Haji Yusof, cicit Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau berkata, “Saya dapat mengamalkan syahadat ini semasa datuk (menantu Haji Abdul Rahman Limbong) dan ayah saya lagi.”
Menurut beliau, amalan itu masih kekal sebagaimana dilakukan pada zaman Hj. Abdul Rahman Limbong iaitu bermula dengan ratib Al Hadad dan diakhiri dengan Syahadat Tukku, sekali-sekala disusuli dengan burdah pula. Amalan Syahadat Tukku ini pernah menjadi kontroversi apabila salah seorang pembawa amalan ini dihadap ke mahkamah kerana dituduh sesat. Peristiwa ini berlaku kepada Tuan Haji Hussein Haji Mat yang mengembangkan amalan ini di Kampung Gong Ubi Keling, Besut di mana dalam masa yang sing-kat saja sudah meriah dengan ramai pengikut. Tuan Haji Hussein tidak menolak kemungkinan tindakan yang dikenakan ke atas dirinya itu didorong oleh iri hati dan hasad dengki orang-orang tertentu kerana surau yang baru beliau bangunkan lebih meriah berbanding dengan surau-surau lain. Mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas beliau (Haji Hussein) atas alasan yang batil dan fitnah.
Mengenang peristiwa pahit yang berlaku pada sekitar tahun 1950 itu, Haji Hussein bercerita: ”Hampir seribu orang yang berada di Mahkamah Kadhi Besut untuk mendengar keputusan perbicaraan saya yang dituduh sesat kerana mengamalkan Syahadat Tukku ini.”
Orang ramai nampak cemas kerana peristiwa ini besar dan kali pertama berlaku di Besut. Menurut Haji Hussein, sewak-tu perbicaraan, beliau disuruh membaca segala amalan yang diamalkannya selama ini.
“Saya pun membaca habis satu persatu bermula dengan ratib Al Hadad, Burdah dan akhirnya Syahadat Tukku. Selesai saya membaca semuanya, Hakim Cik Awing yang juga Kadhi Besut itu berkata: “Apa yang Tuan Haji baca itu ada pada saya.” Rupa-rupanya Tuan Hakim Cik Awing juga mengamalkan ratib Al Hadad dan Syahadat Tukku.
“Kemudian saya dibebaskan tanpa sebarang tindakan yang dikenakan malah nampaknya tuan hakim itu pula yang se-olah-olahnya menggalakkan amalan ini diteruskan. Mende-ngarkan keputusan yang benar itu maka orang ramai di luar mahkamah turut bersyukur dan ada yang menitiskan air mata gembira,” cerita Haji Hussein lagi. Sehingga kini Haji Hussein terus mengamalkan Syahadat Tukku ini bersama-sama sahabat-sahabatnya, amalan yang pada setengah orang jahil dikatakan ‘syahadat tambahan’.
Syahadat Tukku yang disusun oleh wali ALLAH itu terus popular di kalangan orang yang arif di banyak tempat dalam negeri Terengganu. Amalan yang menjelaskan unsur-unsur tauhid dan pembersihan hati yang amat diperlukan oleh seorang hamba terhadap Tuhannya, ALLAH SWT.
Tentang rupa paras Tukku Paloh, cucunya Sayid Abdul Aziz berkata Tukku Paloh berjanggut tanpa berjambang. Orangnya tidak tinggi tetapi badannya berisi. Rupa kasar itu adalah gambaran yang dilihat dalam mimpinya. “Beberapa kali saya bermimpi Tuk Aki saya,” cerita Sayid Abdul Aziz. Kenyataan mengenai rupa paras Tukku Paloh yang dilihat dalam mimpi itu diakui oleh murid beliau yang masih hidup iaitu Pak Cha yang berumur lebih 90 tahun. “Dia rendah,” kata Pak Cha sambil menunjuk salah seorang yang berada di tepinya yang berbadan agak gemuk tetapi tidak tinggi sangat.

copy & paste from: http://kisahteladan.info/wali/tukku-paloh.html