Isnin, November 16, 2020

Jus Asmak Gold---senang nak berak

 

Assalamualaikum...Kali ini aku nak share produk yang Mr.Y amalkan sejak aku mengandung. Kenapa aku mengandung dia pula yang mengamalkan produk ini. Sebab produk ini tak boleh diambil oleh orang mengandung. 

Kisahnya, salah satu simptom orang mengandung akan mengalami sembelit dan sukar membuang air besar. Adakala sembelit menyebabkan buasir. Aku pernah bagitahu yang Mr.Y akan alami sympathetic pregnancy syndrome setiap kali aku mengandung. Selalu masalah sembelit akan dialami pada trimester ke-3 atau dekat-dekat nak bersalin. Tapi kali ini, awal-awal dah kena.

Seminggu lebih alami masalah, Mr.Y buat keputusan berjumpa dengan doktor. Maka dapat lah ubat tapi bila tak ambil ubat, kembali sembelit. Cerita masalah dekat abang ipar, abang ipar bagitahu dia pun alami masalah sama sebelum amalkan Jus Asmak Gold. Apa lagi terus order.

Alhamdulillah, setelah amalkan selesai masalah sembelit. Dapat lah dia berak dengan senang tanpa mengalami kesakitan. Korg nak tempah boleh klik 



Rabu, November 11, 2020

Minyak Herba Asmak

 

Apa itu Minyak Herba Asmak?????

Minyak Herba Asmak ialah produk keluaran Minyak Herba Asma Mujarab Sdn.Bhd. Minyak asmak digunakan sebagai rawatan alternatif herba untuk masalah pernafasan seperti asma/ lelah, semput, sesak nafas, kahak, batuk dan selsema serta pelbagai lagi kegunaan luaran yang lain.

Minyak Herba Asmak diformulasikan daripada kombinasi pelbagai minyak dan herba terpilih, Ianya sesuai digunakan untuk semua peringkat usia dari bayi sehinggalah ke warga emas.


****ISI KANDUNGAN MINYAK HERBA ASMAK

Minyak Herba Asmak ini diperbuat daripada minyak zaitun, minyak kelapa dara, habatussauda, pati gamat dan herba terpilih yang bukan sahaja selamat, tapi suci. Gunakan tanpa was-was kerana ia adalah hasil dari R&D dan menggunakan teknologi nano.


****CARA MENGGUNAKAN MINYAK HERBA ASMAK INI ;

1. Tebuk lubang pada "stopper" supaya senang digunakan dan jimat .

2. Goncang sebelum guna.

3. Cara paling asas : Sapu di leher dan ke dada , ke tengkuk dan ke belakang. Juga boleh disapu pada tapak kaki.


****KEISTIMEWAAN MINYAK HERBA ASMAK

1. KOS RENDAH, LEBIH JIMAT– Rawatan alternatif herba yang mudah dan kos rawatan rendah – TANPA nebulizer, TANPA ubat / pil (boleh memberi kesan jangka panjang), sekaligus menjimatkan wang anda !

2. MINYAK PELBAGAI GUNA– Juga boleh digunakan untuk pelbagai masalah luaran seperti gigitan serangga, luka, tergeliat, terkena api, bengkak, lenguh, sakit gigi, kembung / sakit perut dan lain-lain.

3. RAMUAN HERBA– Ramuan daripada formulasi habbatussauda’, minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak gamat dan herba terpilih – diproses dengan teknologi terkini di kilang bertaraf GMP.

4. SESUAI UNTUK SEMUA– Sesuai untuk semua peringkat umur. Kadar sapuan boleh disesuaikan mengikut keadaan, contohnya sapuan nipis untuk bayi.

5. MUDAH DIGUNAKAN– Untuk rawatan asma / lelah – sapu di leher, dada dan belakang, setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur. Apabila sudah pulih, sapu apabila perlu sahaja.

6. MUJARAB DAN BERKESAN– Dengan ratusan testimoni, produk ini telah menjadi fenomena luar biasa dan diakui oleh ribuan pelanggan yang telah membeli. Hanya perlu sapu !!


UBATI MASALAH ANDA SEKARANG .

Klik Link untuk sebarang tempahan dan pertanyaan

www.wasap.my/60196158384/PM+MINYAK+HERBAL+ASMAK

www.wasap.my/60196158384/PM+MINYAK+HERBAL+ASMAK

www.wasap.my/60196158384/PM+MINYAK+HERBAL+ASMAK

3 Faktor kenapa surirumah kena ada pendapatan sendiri...

 



Assalmualaikum dan selamat pagi... atas adalah video yang aku rekod awal pagi untuk tugasan yang diberikan oleh Tuan Fadhil dalam kelas Advance Marketing Mastery. Sebenarnya kena buat live FB tapi aku belum ada kekuatan nak buat live lagipun lepas subuh siapa nak tengok live aku ni. Tugasan kena buat waktu malam, prime time dalam jam 9malam. 9 malam lah waktu aktif anak-anak....

Apa komen anda dengan video saya di atas...

Selasa, November 10, 2020

Antara mee rebus terengganu dan mee goreng basah...yang mana satu ni?

 Assalamualaikum dan selamat pagi..... semalam aku dalam dilema apa menu sarapan pagi untuk anak-anak... berikut adalah resepi mee rebus terengganu dan gambar mee goreng basah.






Setelah melihat dan merenung kedua-dua gambar maka aku buat keputusan untuk mee rebus terengganu...

Sabtu, November 07, 2020

Kembara Menuju Allah ustazah Asma Harun


Assalamualaikum semua... kali ini kita kongsi buku tak lah agak terbaru tapi amat kerap aku tengok iklannya. Apa yang terlintas dalam kepala aku, best sangat ke buku ini. Maka kita baca preview lah...

"Ya, Allah. Aku Rindu Kepada-Mu."

Kerinduan kepada Allah itu adalah fitrah. 
Namun, kita tidak sedar dan kita selalu menafikannya.

Buku ini akan membantu kita bagaimana menanam rasa rindu kepada Allah. Kerinduan ini akan membuatkan kita bersiap-sedia menghadapi kematian.

Kerana kita semua tahu, kematian adalah pintu untuk bertemu dengan Allah.

"Ya Allah. Jangan Biarkan Aku Sendiri."

Pada hakikatnya, Allah tidak pernah membiarkan kita bersendirian. Tetapi kita yang sering kali meninggalkan Allah.

"Ingatlah Aku, nescaya Aku ingat padamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kufur." - Surah Al-Baqarah, ayat 152.

Kita tidak mahu hidup dalam keadaan dibiarkan oleh Allah dan jauh daripada hidayah-Nya.

"Ya Allah. Bersama-Mu Aku Bahagia."

Inilah fasa seterusnya dalam hidup kita. Kita mahukan satu kehidupan yang cukuplah kita dengan adanya Allah.

Hidup dengan Allah, kita rasa cukup. Apa yang Allah beri, kita rasa cukup. Apa yang Allah ambil, kita tahu itu yang terbaik untuk kita. Cukuplah Allah bagiku. Tiada apa-apa dalam hatiku melainkan Allah.

"Ya Allah. Kepada-Mu Aku Kembali."
Buku ini sebagai bekalan untuk menghadapi saat kepulangan kita kepada Allah. Semoga kepulangan kita dalam keredhaan Allah.
"Wahai jiwa-jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan redha dan lagi diredhai-Nya. Masuklah ke dalam golongan hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku." Surah Al-Fajr, ayat 27- 30.
Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.

Macam mana dah baca preview setiap buku? Bestkan ayat dia kan...siapa yang mencari ketenangan dalam jiwa sesuai sangat. Aku berhajat nak beli lah juga. Kalau korang nak beli boleh klik link sini.