Selasa, Januari 17, 2017

Suri rumah pun boleh beli rumah lah!!!

Assalamualaikum dan selamat pagi, salah satu keinginan dunia yang aku nak adalah memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah atas nama sendiri. Ini adalah impian kami suami isteri, rumah pertama adalah untuk kegunaan orang tua kami. Manakala rumah kedua dan seterusnya adalah sebagai aset untuk hari tua kami. Ayah & cik pesan:

"Simpan harta masa muda untuk kegunaan hari tua, jangan menaruh harapan anak-anak akan bantu kita nanti kerana kita tidak tahu kehidupan mereka nanti. Waktu tua bukan waktu untuk bersungguh-sungguh bekerja sebaliknya adalah waktu untuk belajar dan menambah amal."

Bermula hujung tahun 2015 kami jadi pengikut rasmi en.Zaidi Ismail, seorang pakar pengurusan kewangan. Alhamdulillah hasil ilmu yang dipelajari hutang kereta yang sepatutnya langsai padaa 2018 berjaya kami langsaikan awal tahun 2016, manakala bayaran ansuran bulanan ptptn RM200 sebulan berjaya dikurangkan kepada RM100 sebulan hasil penstrukturan semula pinjaman. Mesti ada yang kata kenapa kurangkan bayaran dan panjangkan tempoh, jawapan kami supaya kami dapat fokus kepada bayaran hutang yang lebih besar interestnya. PTPTN kami sudah ujrah dimana hanya 1% interestnya sedangkan hutang bank interest boleh mencecah sehinggah 6%. Walaupun kereta telah habis bayar tetapi ansuran bulanan kereta kami tetap anggap bayar dengan memasukan wang ansuran bulanan ke dalam akaun tabung haji. Secara logik simpanan bulanan akan bertambah. Kenapa perlu pindah ke tabung haji tetapi tak guna untuk belanja bulanan. Kenaikkan gaji dan langsai satu hutang bukan bonus untuk tambah belanja bulanan. Sebagai surirumah aku tak perlukan belanja bulanan yang besar, cukup sekadar suami membayar insuran bulanan aku. Manakala barang dapur adalah bawah tanggung jawab suami untuk beli setiap minggu.

Ok, cukup-cukup mengarut, jom kembali kepada tajuk pasal suri rumah pun boleh beli rumah. Sebenarnya ia adalah post FB Tuan Zaidi ismail dan Mr.Y tag aku. Supaya tak hilang maka share kat sini. Kata impian nak miliki rumah sendiri.


  




Isnin, Januari 16, 2017

Penipuan Pembelian Online

Mangsa penipuan pembelian melalui online , mangsa hendaklah menyimpan bukti-bukti pembelian seperti  bukti pembayaran (printscreen akaun bayaran dan nombor akaun penjual); alamat facebook dan sebagainya, kemudian, laporkan kepada:
(1) Polis Diraja Malaysia; di mana-mana balai polis berhampiran.

(2) E – Aduan KPDNKK.
Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my atau Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my.

(3) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).
 (Laman Web: http://www.skmm.gov.my atau E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my.

(4) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.
Laman Web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my; Tel : 03-88825822.

(5) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC); pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.
Laman web : http://www.nccc.org.my
Tel : 03 7877 9000.

PENIPUAN MELALUI ONLINE BOLEH DIDAKWA MENGIKUT SEKSYEN 415, 416, 419, 420 KANUN KESEKSAAN:

Seksyen 415 iaitu:

Barang siapa yang memperdayakan (deceived) mana-mana orang, sama ada perdayaan itu adalah dorongan yang utama atau tidak;

(a) secara frod (fraudulently) atau tidak amanah (dishonestly) mendorong orang yang terpedaya itu untuk menghantar sebarang harta kepada mana-mana orang atau memberi kerelaan kepada orang tersebut menyimpan harta itu; atau

(b) dengan secara berniat mendorong (intentionally induces) orang yang telah terpedaya itu untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa yang dia sepatutnya melakukan atau tidak melakukan jika dia tidak diperdayakan sedemikian dan perbuatan atau ketinggalan itu telah menyebabkan kerosakan atau kecederaan kepada mana-mana orang pada tubuh, minda, reputasi atau harta.

Jelasnya, penipuan berlaku apabila orang yang membuat representasi atau kenyataan mengenai sesuatu fakta itu sendiri tidak mempercayai apa yang dia katakan itu sebagai benar.

Elemen ini dikenali sebagai deception iaitu membuat kenyataan salah sehingga memperdayakan orang yang menerima kenyataan itu sedangkan orang yang membuat kenyataan itu sendiri tidak percaya bahawa ia adalah benar.

JIKA TIADA HARTA YANG TERSERAH KEPADA PIHAK YANG SATU LAGI HUKUMAN BOLEH DIKENAKAN DI BAWAH SEKSYEN 417 KANUN KESEKSAAN YANG MEMBAWA HUKUMAN MAKSIMUM PENJARA LIMA TAHUN ATAU DENDA ATAU KEDUA-DUA SEKALI.

Kesalahan penipuan ini juga boleh dipertanggungkan ke atas orang yang menjadi dalang atau punca penipuan. Dalam konteks ini, sindiket penipuan akan menggunakan pihak ketiga atau ejen untuk melaksanakan rencana mereka.

Walaupun orang tengah itu yang memainkan peranan aktif berkata-kata dan berusaha mendorong mangsa untuk ditipu tetapi kesalahan penipuan ini masih boleh dipertanggungkan ke atas orang memberikan kebenaran kepada ejennya itu untuk melakukan penipuan bagi pihak dirinya.

Dalam Seksyen 416 Kanun Keseksaan sesiapa yang menipu secara menyamar sebagai orang lain selain daripada dirinya sendiri adalah melakukan kesalahan menipu secara menyamar. Hukuman yang boleh dikenakan adalah lebih berat daripada penipuan secara biasa tadi.

DI BAWAH SEKSYEN 419 KANUN KESEKSAAN HUKUMAN BAGI JENIS PENIPUAN SECARA MENYAMAR INI ADALAH PENJARA TIDAK MELEBIHI DARIPADA TUJUH TAHUN ATAU DENDA ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI.

Bagaimanapun, jika penipuan yang dilakukan itu mengakibat sebarang harta atau barangan telah terserah kepada satu pihak lain atau telah berlaku kerosakan terhadap sesuatu harta maka hukuman yang lebih berat boleh dikenakan terhadap pesalah.

HUKUMAN BOLEH DIKENAKAN DI BAWAH SEKSYEN 420 KANUN KESEKSAAN IAITU PENJARA TIDAK KURANG DARI SATU TAHUN DAN TIDAK LEBIH DARIPADA 10 TAHUN DAN HENDAKLAH DIKENAKAN SEBATAN DAN JUGA DENDA.

Terima kasih.

p/s: info adalah copy paste dr whatsapp.

Ahad, Januari 15, 2017

Kisah doa dan pengajaran

Assalamualaikum...

Beberapa hari lepas ada baca beberapa kisah pengalaman beberapa orang individu tentang doa. Pernah tak terfikir kenapa doa kita tak tertunai atau belum tertunai. Sebenarnya mungkin kita tak menampakkan kesungguhan dalam berdoa atau doa kita terlalu umum.

Kisah satu: Seorang wanita ingin sangat menunaikan umrah pada tahun tersebut. Maka dalam doa dia nyatakan secara jelas kepada Allah setiap kali lepas solat akan niat dan keinginan nya, walaupun pada saat dan ketika itu dia tidak memiliki wang yang cukup. Allah dengar doa dan keinginan wanita ini tetapi Allah tidak terus memberi. Sebaliknya Allah buka jalan untuk wanita ini lebih banyak bersedekah. Ingatlah setiap 1 kita keluarkan Allah gandakan 10. Alhamdulillah hajat dan impian wanita ini terlaksana. Dapat lah dia dan suami pergi umrah pada tahun tersebut.

Pengajaran: Jangan kedekut untuk bersedekah walaupun tak berwang. Sedekah menggunakan tenaga dan buah fikiran juga salah satu caranya.

Kisah dua: Sepasang suami isteri sangat berhajat untuk membawa ayah mereka menunaikan haji. Si isteri dengan penuh yakin bahawa mereka akan dapat nunaikan haji pada tahun tersebut. Manakala si suami 50-50, ye lah kuota haji bukan banyak, tambahan mereka baru mendaftar haji. Walaupun begitu si isteri tetap yakin dengan doa yang dilafazkan setiap kali lepas solat, dia tetap terus menuntut ilmu haji bersungguh-sungguh dan berusaha mengumpul wang untuk menunaikan haji. Allah maha berkuasa, permohonan mereka untuk menemani ayah yang telah uzur menunaikan haji tercapai. Maka dapatlah suami isteri menunaikan haji pada usia masih muda.

Pengajaran: Yakin terhadap apa doa yang dilafazkan.

Kisah tiga: Apabila berhutang wajib bayar. Seorang insan yang telah meminjam wang dari kenalan dan rasa amat terbeban apabila menanggung hutang dengan individu telah berdoa kepada Allah dengan penuh spesifik. Allah berikan dia jalan untuk melangsai hutang dengan cepat.

Pengajaran: Nyatakan dengan jelas bila dan bagaimana kamu ingin sesuatu dalam doa.

Sabtu, Januari 14, 2017

Dinasour

Assalamualaikum dan salam pagi....

Last week beli glow in the dark untuk anak-anak tema dinasour.

Memang dorg xcited sgt lah...yelah selalu tengok documentari tentang dinasour ni. Lepas itu ummu pulak download cerita dinasour. Asyik ulang tayang je lah.

Ok lah tengok cerita dinasour dari cerita ntah apa-apa. Tapi nak jawab soalan masyaAllah. Terpaksa ummu download App dekat playstore pasal nama-nama dinasour pulak. Yelah jab-jab tanya, apa nama yang ni. dia makan apa? gigi dia tajam tak.

Apa pun anak-anak happy, mak tambah ilmu pasal hidupan zaman jurasic.

Jangan lupa kunjungi kedai online naimyart....love u all...

Khamis, Januari 12, 2017

Perginya seorang pemimpin berjiwa rakyat~Tok Nan

Assalamualaikum, hari ini seluruh negeri sarawak bersedih atas pemergian seorang pemimpin berjiwa rakyat. Pemergian mengejut ketua menteri sarawak amat dirasai oleh seluruh negeri. walaupun kami bukan orang Sarawak tetapi keberadaan kami di negeri inimelebihi 5tahun membuat kami turut sama merasa kesedihan itu.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan beliau berada dikalangan insan-insan beriman. amin.

Isnin, Januari 09, 2017

Terima kasih cinta

Alhamdulillah hasil jagaan penuh kasih sayang dari seorang bapa, anaknya bertambah baik hari ini.

Bangun pagi, kakak dtg kat ummu dan terus cerita.

Hunaira: ummu malam tadi kakak demam, abi ambik air lap kat kepala kakak. kakak suka sbb abi jaga kakak.
Ummu: cakap terima kasih kat abi tak.
Humaira: ala abi dah pegi keja, kakak tak sempat cakap. ummu dah cakap dengan cikgu tak kakak demam.
ummu: dah.kakak demam lagi ke?
humaira: kakak tak demam dah tapi badan kakak rasa dedar lagi lah.

Salah satu petua untuk anak cepat baik demam adalah ibubapa menunjukan kasih sayang yang penuh saat anak tidak sihat. bukan hanya buat mereka lebih cepat sihat tetapi turut buat mereka lebih menghargai pengorbanan kita...

Ahad, Januari 08, 2017

Morning Talk~ Kenapa kita perlu hidup jauh dari insan yang kita sayang?

BIsmilahirahmanirahim, Assalamualaikum.

Semalam hari sabtu, kami bawa anak-anak main di padang. SIap main perut lapar maka kami makanlah di kedai roti canai atok (kedai roti canai di kantin hospital sibu, serius ini antara kedai roti cannai yang sedap, jika datang lepas jam 9 pagi, habis.)

Sementara nak tunggu roti canai atok siap, kami layan anak-anak borak. Ok, oleh kerana orang agak ramai, kami dah agak yang roti canai pasti agak lambat sampai, maka order mihun goreng kasi anak-anak makan. Mihun sampai aku layan kakak makan manakala Mr.Y layan uwais dan hana makan. Sambil makan sambil kami berbual. 

Persoalan yang kami wujudkan adalah kenapa kita masih berada disibu sedangkan kawan-kawan seangkatan Mr.Y, malahan yang datang kemudian dari Mr.Y pun dah berjaya pindah ke tempat lain. Jawapannya adalah kerana Allah nak latih kami untuk hidup berdikari, Mr.Y diajar secara tidak nyata bagaimana menguruskan kewangan keluarga manakala aku diberi latihan menguruskan rumah tangga dari segi masa dan keperluan. Ini adalah latihan yang wajib lulus.



Kenapa Allah nak kami belajar semua ini, ini adaalah sebagai persediaan untuk kami apabila saat perlu kembali kepangkuan insan-insan yang disayangi. Jika bejaya pulang ke KL, secara tidak langsung segala pengurusan kewangan keluarga di sana akan menjadi tanggungjawab suami kerana sumber pendapatan akam datang dari Mr.Y sebab aku tak bercadang untuk keluar bekerja. Apabila hidup di KL cabaran lebih besar sebab kami akan tinggal bersama ibu Mr.Y dan adik-beradik yang lain. Sebelum kematian abah, kami bercadang untuk menyewa rumah sendiri jika pulang ke KL, tetapi selepas kematian abah kami fikir adalah lebih baik kami tinggal bersama ibu. Walaupun di sana akan ada ipar duai yang memerlukan aku sentiasa menutup aurat. Ini bukan alasan untuk tidak berbakti. Jika dulu ibu mertua menjaga cucu-cucu bersama abah, sekarang ibu jaga sendirian apabila anak-anak keluar bekerja. Ini lah sebab kami rasa kami perlu pulang ke sana, kerana sekarang bukan masa untuk mak bekerja lagi.

Mungkin ada yang terpikir tak risau ke akan bergaduh jika tinggal dengan mertua? Kenapa perlu wujud persoalan akan bergaduh. Aku berdoa pada Allah agar menjauhkan perasaan negatif, arwah ibu aku sendiri pernah tinggal dengan mertua, ayah pun pernah tinggal dengan mertua. Nenek sebelah ayah saat sakit amat suka akan masakan ibu aku, manakala nenek sebelah ibu sentiasa mengharap bantuan dari ayah. Pokok pangkalnya adalah bagaimana kita membawa diri saat tinggal dengan mertua. Ibu pernah pesan, anggaplah mertua mu sebagai ibumu jua. Wujudkan kasih dan sayang sebagaimana kamu menyayangi ibu mu sendiri.

"YA ALLAH, KURNIAKANLAH PERASAAN KASIH YANG IKHLAS DALAM DIRI INI KEPADA INSAN YANG PERNAH MELAHIRKAN DAN MENDIDIK SUAMIKU, AGAR DAPAT AKU BERBAKTI KEPADANYA SEBAIK AKU BERBAKTI KEPADA IBUKU SENDIRI. AMIN"
Ok, kita buat ringkasan jawapan kepada persoalan tersebut diatas:
1. kita perlu hidup berjauhan dari yang tersayang kerana Allah nak latih kita menguruskan keluarga yang kecil dahulu sebelum menguruskan keluarga yang besar. Allah tahu kita tak mampu uruskan keluarga yang besar terus, sebab itu Allah bagi peluang kita uruskan keluarga kecil selama beberapa tahun.
2. Beberapa tahun awal ini adalah tempoh kita mengenali hati budi dan perangai pasangan kita, agar nanti jika ada yang mengatakan sesuatu yang tidak benar tentang pasangan kita, kita bisa menidakkan nya.
3. Menguruskan wang bukan suatu yang mudah, jika wang RM100 pun kita tak mampu urus dan gandakan dia, bagaimana nak urus wang RM1000. 
4. Menguruskan keperluan setiap anak setiap hari adalah suatu yang berat, mana kamu perlu bjak menguruskan masa untuk membasuh, menidurkan, memasak, melipat dan menyidai. Belum masuk lagi online bisnes.


Doakan kami berjaya pulang ke pangkuan keluarga dan doakan kami berjaya menjalani ujian Allah.