Selamat tahun baru semua..
Semoga kte terhindar dr perkara2 negative,bencana alam wabak penyakit,hasutan syaitan dan penyakit ..semoga ape yg dicita2 cita terlaksana tahun ini ..semoga Allah perkuatkan iman dan takwa kte semua Amin🤲🤲🤲
Semoga kte terhindar dr perkara2 negative,bencana alam wabak penyakit,hasutan syaitan dan penyakit ..semoga ape yg dicita2 cita terlaksana tahun ini ..semoga Allah perkuatkan iman dan takwa kte semua Amin🤲🤲🤲
Have you ever tried Indian street food? Pergh!!!!! ber omputih sekejab pagi ni... nak cakap tamil tak pandai...kita bagi omputih lah... Tapi kita suka dengar orang india speaking... dia speaking selalu tak macam dia cakap melayu lengoknya...
Bulan lepas aku berpeluang merasa pani puri air tangan kakak. Sebenarnya kakak dah buat sehari sebelum tu, tapi sebab sedap dia menjemput adik dia yang comel ini untuk merasa juga. Aku memula pelik lah, apa benda Pani Puri ni... bila tanya kakak, dia suruh cari kat you tube. (malas aku nak cari, sampai nanti tgk je lah...konon nya..tapi macam tak tahan nak tahu..maka search you tube...jumpa lah).
Pani puri bila cari dekat you tube kuar filem shah rukh khan belakon tengah makan pani puri... ok baru ku tahu...
Aku tengok cara kakak aku buat mudah je.. dia punya bola tu beli segera online saja. Memula aku ingat dia macam roti puri...lain rupanya... teknik makan pun kena betul baru terasa kenikmatan sebenar pani puri....
Beriakan uwais makan pani puri ni.... yang uwais makan ni tak pedas, untuk kami dewasa ni kakak buat pedas. Makan dengan kuah pani dia tu sedap amat.
Photo by Mr.Yaman... |
Ini dah siap diletak inti.. |
Sebelum makan, masukkan air asam dengan yogurt dia..masuk biar melimpah ye... |
Ini untuk anak-anak yang tak tahan pedas |
Yang putih itu yogurt dia...yang bekas besar itu pedas dan untuk orang dewasa. |
Assalamualaikum dan apa kabar semua.
Hujung minggu lepas aku pasang lantai dekat bilik kerja. Bukan apa rasa macam membazir je lantai pvc yang kitorg beli untuk pasang kat dapur tapi pakai sebahagian sahaja sebab sebahagian lagi tak sesuai nak pakai. Memandangkan bilik kerja punya tikar dah lama dan dah pecah-pecah, aku minta kebenaran Mr.Y nak guna lebihan lantai tersebut dekat bilik kerja. Kenalah tanya, dia yang membelikan. Mr.Y memberi keizinan. Maka hari jumaat aku mula mengemas dan buang tikar lama. Tapi mak anak lima tak boleh fokus berterusan melakukan kerja, ada aja iklan dari anak-anak.
Maka rancangan nak selesaikan kerja pada hari sabtu tergendala lagi sebab lepas cabut gigi mak tak dapat bincang, telan ubat kita tidur. Ahad baru kita sambung. Tak susah pun pasang. Cabut pelapik tampal.
Maka berikut adalah hasilnya....
Sebenarnya lebih senang pasang hari ahad sebab Mr.Y ada dan tolong jaga anak. Maka ummu dapat buat kerja dengan cepat dan kurang ganguan. Siapa kata tugas mak jaga anak dan bab pertukangan tugas bapa. Pada kami, jika aku lebih bagus buat pemasangan, Mr.Y akan ambil alih jaga anak. Macam tu juga proses membeli belah, aku akan jaga anak sebab bab membeli barang keperluan Mr.Y lebih pakar.
Pengalaman pertama naik van jenazah sebab iringi jenazah kakak sepupu dari KL ke Terengganu. |
Assalamualaikum dan salam semua... Semalam kita beli McD menggunakan web McDelivery. Banyak juga kita order semalam iaitu Double Prosperity burger satu set, Prosperity Burger alacart dua, Happy meal satu set dan nugger 9 ketul. Total dalam RM83.++. Waktu nak bayar tu kita ingat Mr.Y ada topup kita punya GrabPay hujung minggu lepas dalam RM250 sebab nak bayar kat aeon. Bukan apa, bayar cash nilai sama tak dapat point, tapi kalau pakai GrabPay dapat point. Kenapa pakai kita punya GrabPay, tak pakai Mr.Y punya? Sebab kita dah Peringkat Platinum dalam Grab Reward Member. Bila Platinum ni, setiap point akan darab 3, maka lebih untung berbanding Mr.Y yang status silver. Nampak sangat bini Mr.Y banyak beli online. Ok berbalik kepada cerita McD tadi, maka kita pilihlah pembayaran secara e-wallet dekat McDelivery web tu.
Lepas tu automatiklah kita masuk dekat web grabkan.. tengok dekat 'add offer' belah kiri. Saja tekan kot-kot ada offer kan. Nak pakai point sayang. Sekali ada kuar 3 offer, maka kita pilih offer 30GRABPAYDEALS. Tengok-tengok dia tolak dalam RM25. Banyak tu. Tak caya tengok screen shot bawah ye...
Dari RM83 aku kena bayar dalam RM58 je... Jimat dah RM25. Kat bawah kita kongsi T&C dari web grab pasal promo ni.