Ahad, Disember 19, 2021

Sendiri pasang 'pvc vinyl flooring sticker'

 Assalamualaikum dan apa kabar semua.

Hujung minggu lepas aku pasang lantai dekat bilik kerja. Bukan apa rasa macam membazir je lantai pvc yang kitorg beli untuk pasang kat dapur tapi pakai sebahagian sahaja sebab sebahagian lagi tak sesuai nak pakai. Memandangkan bilik kerja punya tikar dah lama dan dah pecah-pecah, aku minta kebenaran Mr.Y nak guna lebihan lantai tersebut dekat bilik kerja. Kenalah tanya, dia yang membelikan. Mr.Y memberi keizinan. Maka hari jumaat aku mula mengemas dan buang tikar lama. Tapi mak anak lima tak boleh fokus berterusan melakukan kerja, ada aja iklan dari anak-anak.

Maka rancangan nak selesaikan kerja pada hari sabtu tergendala lagi sebab lepas cabut gigi mak tak dapat bincang, telan ubat kita tidur. Ahad baru kita sambung. Tak susah pun pasang. Cabut pelapik tampal.

Maka berikut adalah hasilnya....


Bila dah cantik dan kemas, mak happy lh nak bawa anak-anak join time bekerja...

Sebenarnya lebih senang pasang hari ahad sebab Mr.Y ada dan tolong jaga anak. Maka ummu dapat buat kerja dengan cepat dan kurang ganguan. Siapa kata tugas mak jaga anak dan bab pertukangan tugas bapa. Pada kami, jika aku lebih bagus buat pemasangan, Mr.Y akan ambil alih jaga anak. Macam tu juga proses membeli belah, aku akan jaga anak sebab bab membeli barang keperluan Mr.Y lebih pakar.

1 ulasan:

Sila komen yang baik-baik