Khamis, September 16, 2021

Review madu asmak

 Assalamualaikum dan selamat pagi...



Ini 3 jenis madu yang isteri boleh pilih untuk suami...tapi kita bukan jenis memilih, maka laki kita pilih sendiri madu mana dia 

Sekarang kami sekeluarga amal madu kurma merah. Jujur cakap ini botol pertama kami amal madu kurma merah. Nak tahu beza rasa 3 madu ni....meh sini nak ceta...


🅼︎🅰︎🅳︎🆄︎ 🅰︎🆂︎🅻︎🅸︎

macam madu asli biasa 


🅼︎🅰︎🅳︎🆄︎ 🅷︎🅰︎🅻︎🅸︎🅰︎ 🅱︎🅴︎🆃︎🅾︎🅽︎🅶︎

ada rasa pedas2 sikit...pedas halia... kalau buat masak anak2 kita makan...tapi kalau buat air dorg tak nak sangat. 

Madu ni bagus sangat kalau nak buang angin.


🅼︎🅰︎🅳︎🆄︎ 🅺︎🆄︎🆁︎🅼︎🅰︎ 🅼︎🅴︎🆁︎🅰︎🅷︎

madu ini buat air sedap rasa manis-manis buah. Bau dan rasa dia ada sikit macam bau air rendam kurma yang kita panggil air nabeez.

Madu ni ada halba juga. Sebab tu susu badan bertambah dan meriah.


#yamanaimy

Selasa, Ogos 24, 2021

Resepi bingka ubi kayu

 Assalamualaikum dan salam semua. Ini kali kedua aku buat  bingka ubi kayu. Pertama kali buat hari tu, dia jadi lembik maka aku tak letak resepi kat sini. Kali ini aku berjaya buat dalam bentuk tak lembik tapi atas dia tak cantik sangat kata Mr.Y... tak apa yang penting rupa ada...


Kredit kepada en.google untuk gambar ye...kita punya tak sempat snap dah abis..

BAHAN-BAHAN

5 cawan ubi parut (kisar dengan sedikit air)

3/4 cawan gula pasir

1 Kotak santan segera

1/4 cawan air

Sedikit esen warna kuning.


CARA PENYEDIAAN


Satukan semua bahan dan masukkan ke dalam loyang 6" (dapat 2 loyang)

Bakar dalam air fryer pada suhu 140C selama 20 minit pertama, naikkan suhu kepada 160C dan tambah masa lagi 10minit.

Siap dan boleh dimakan begitu sahaja. 




Isnin, Ogos 23, 2021

Nasi Arab Tak Sengaja, Guna Bahan-Bahan Dekat Dapur Je Tapi Sedap.

Assalamualaikum dan selamat pagi. Semalam konon nak buat nasi ayam, tetiba rasa macam jemu pula buat nasi ayam...tetiba tercari resepi buat nasi arab... jumpa beberapa resipi maka kita gabungkan dia ikut kesesuaian bahan yang ada kat rumah. Oleh kerana kita telah ubah suai resipi maka kena simpan sini untuk kegunaan masa akan datang.



Stok Ayam

9 ketul ayam (sekor ayam potong 12)
1 Biji bawang besar 
1 Biji Tomato
1 sk jintan manis
1 sk lada hitam
1 sk biji ketumbar
3 Biji buah pelaga 
1 Batang Kayu manis
1/2 sk Serbuk kunyit
1 sk Rempah kurma
2 sudu minyak masak
Sedikit garam

Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk bersama air yang banyak. Kita akan gunakan air rebusan tersebut untuk masak nasi dan buat sup nya. Rebus sampai ayam masak.

Ayam Bakar Madu

1sk serbuk kunyit
2 sm Madu
2 sm Minyak

Ayam yang telah masak di tos keluar dan diperap dengan kunyit dan madu (aku guna madu kurma merah Asmak-madu itu je yang ada). Perap dalam 10minit sahaja. Sebelum masuk airfryer sapu ayam dengan minyak (Aku guna minyak zaitun asmak). Tujuan untuk dapat ayam bakar yang nampak dan rasa juicy. Dah cukup masa perap bakar pada suhu 150 api atas sahaja selama 15-25minit. (nampak ayam dah berkilat.. boleh lah angkat sebab ayam tu dah masak sebenarnya)

Kita kena galakkan anak-anak makan sayur

Nasi 

1 Biji Bawang besar
1 inci Halia
3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)
1 sm minyak sapi
1 sm minyak zaitun
3 cawan beras (basuh dan toskan)
4 cawan air rebusan ayam yang kita sediakan awalnya tadi

Panaskan minyak sapi bersama minyak zaitun. (Kalau tak ada pakai majerin atau planta pun ok dengan minyak masak biasa). Setelah panas, masukkan bahan2 hiris dan 3 sekawan td.. Tumis smpi garing yer.

Masukkan beras.. Gaul bersama bahan tumis…Tumis sehingga garing.. Baru nasi sedap.

Last masukkan  air rebusan ayam td.. Masukkan dlm periuk, masak nasi macam biasa.

Salsa/sambal arab

Cili api
Cili besar
Tomato
Bawang putih
Mix Herbs
Garam sedikit
(blend semua bahan diatas perah sedikit jus lemon)

Salatoh

Tomato
Timun
Bawang besar
(potong kiub bahan2 diatas)
Gaul semua bahan dlm 1 bekas. Letak sedikit gula dan garam. Perah sedikit lg jus lemon dan tabur biji Habbatusaudah (dapat sekali dengan pembelian madu Asmak). Siap!

Ulam 

Daun salad
Lada hijau
Timun jepun
(bahan ulam ini ikut suka lah nak banyak mana dan apa jenis)


BIRTHDAY GIVEAWAY SHEILA INSPIRE

 Assalamualaikum dan salam semua....



Kali ini join GiveAway by Sheila ye..

Tahniah buat sheila kerana baru dapat baby baru dan bertambah usia. 

Mana-mana nak join sila klik link atas....

Jumaat, Ogos 20, 2021

Dulu mereka kata "tukarlah kereta..." Sekarang mereka kata "nasib tak tukar kereta..."

Assalamualaikum dan salam semua...

Agak lama mendiamkan diri bukan kerana tidak ingin bersua tetapi terlalu sibuk dengan hal-hal lain.

Kali ini nak kongsi sedikit pengalaman....

Masa kami awal-awal pindah ke Kuala Lumpur, ramai yang memberi cadangan untuk kami menukar kereta baru, tambahan pula kami telah habis bayar kereta tersebut. Apabila kami tanya kenapa kami perlu tukar kereta baru, mereka memberi beberapa alasan yang pada mata kasar munasabah tetapi tidak bagi kami. Seperti....

  • anak dah ramai...(baru 4 je pun)
  • Senang nak bawak mak jalan-jalan
  • Selesa kalau nak balik kampung
  • mampukan nak bayar kereta baru bulan-bulan...kalau tak macam mana boleh langsai bayaran kereta awal. (ini paling takut, kita abiskan bayar awal sebab tak nak komitmen bulanan)
Nak di jadikan cerita starter kereta rosak masa nak balik kampung. Lagi kuat mereka-mereka bertanya dan menyarankan untuk kami tukar kereta. Aku sendiri jujur akui, rasa nak tukar lah juga bila dah jadi macam ni. Tapi Mr.Y balas, lebih baik tukar starter kereta sekali bayar dari bayar bulanan, yang bermaksud kena tambah komitmen bulanan. 

Apabila dekat kampung, borak-borak dengan ayah...ayah tanya, "nak tukar kereta ke?" Aku balas balik dengan persoalan, "ayoh rasa perlu tukar ke?" Sesungguhnya jawapan ayah lah paling win pada aku...ayah kata, "kereta abis bayar dah kan, anak-anak pun kecik lagi, boleh lagi pakai keta ni, pakai lah dulu." sambil ayah pusing tengok keliling kereta dan tambah, "lagi pun nampok molek sangat lagi keta ni." Aku pun balas lah, "kita rasa gitu gak." Ayah pun cakap lagi, 
"Awak tahu tak, awak nak beli atau tukar sesuatu barang awak kena fikir keperluan dan kemampuan. Macam kereta ni...kereta ni barang lah tapi bukan keperluan awak nak kena tukar baru walaupun awak mampu. Kalau tukar juga ia jadi kehendaklah." Aku saja balas, "eh, kereta kan keperluan ayah..kenapa jadi bukan keperluan pulak." Terus dapat sedas, "maksud ayah, tukar baru tu bukan keperluan, kereta tu yelah keperluan. Sebab apa bukan keperluan? Pertama, anak awak baru 4orang kecik-kecik lagi, muat sangat naik keta ni. Kedua, laki awak pergi kerja naik LRT. Ketiga awak bukan hantar dan ambik anak balik sekolah dah leni. Ke empat, awak bukan tiap-tiap bulan balik kampung atau  jalan jauh, nanti kalau anak-anak dah besar sikit, nak rasa selesa sikit balik kampung, sewa je kereta. Bayar sekali, bukan bayar bulan-bulan. Kelima, kereta ni barang susut nilai, makin lama harga makin rendah. Awak tukar bila betul-betul perlukan baru berbaloi. Sementara duit yang patut bayar kereta wang awak simpan, boleh buat benda, deposit rumah ke, beli tanah ke..ikutlah simpan dalam bank buat haji pun bagus juga. Berapa doh?" "Lima doh kot ayoh." "cukup lah lima, ke nok ayoh tamboh lagi." Aku pun jawab lah.."cukup doh cukup doh...ye kita dop tukar keta dulu buat masa ni."

Lepas pada perbualan tersebut yang berlaku musim raya haji 2018, setiap kali ada yang suarakan atau cadangkan kami tukar kereta aku balas, "ayah kita kata keta kita molek lagi, belum masa untuk tukar." Bila aku bagi ayat macam tu, mereka yang bersuara tidak dapat membalas lebih..

Apabila pandemik Covid-19 melanda dunia, kami pun lupa pasal isu tukar kereta ini. Insan-insan yang sering bertanya pun tidak lagi bertanya. Aku secara peribadinya suka lah...lapang sikit otak...hehehhe..

Bulan lepas bawa baby Ulya check up...dan nurse-nurse ini berborak sesama mereka. Apa isunya....isunya adalah salah seorang dari mereka mengeluh kerana kereta baru tapi tak boleh jalan. Kisahnya nurse ini beli kereta awal tahun lepas dengan niat senang nak bawa keluarga jalan-jalan dan balik kampung. Tapi sejak negara melaksanakan PKP dan sekatan perjalan sering melanda, maka kereta baru lebih banyak tersadai di parking. Balik dari klinik aku cerita dekat insan-insan tertentu...Ayat mereka kali ini, "nasib tak tukar kereta masa awal-awal balik KL dulu." Aku balas je balik, "tu lah, nasib tak tukar..."

Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan adalah, ada benda kalau kita ikut orang ia bagus untuk kita. Contohnya kalau orang pergi kelas itu ini, orang masukkan anak dalam program itu ini...tapi ada perkara yang kita kena buat analisis sendiri, tak boleh ikut apa orang kata, kita kena nilai sendiri keperluan kepada kita atau tidak. Sebab keperluan keluarga kita dan keperluan mereka tidak sama. Kebanyakkan insan yang menyarankan kami tukar kereta adalah mereka yang pergi kerja balik kerja, hantar anak ambil anak dengan kereta.Semua itu tak sama dengan kami, aku hanya kerja dari rumah, Mr.Y pula pergi kerja naik LRT. Pergi sekolah balik sekolah anak aku dah upah orang untuk buat...maka keperluan tak sama walaupun kehendak sama. 

Aku masih ingat salah satu kata-kata ayah, "Sementara anak-anak membesar kita kena utamakan keperluan, kena bijak kawal perbelanjaan. Buat simpanan kecemasan, lagi banyak simpanan kecemasan lagi bagus. Bila masa kita nak belanja ikut kehendak hati kita? Bila anak-anak dah besar ? ke anok-anok boleh cari duit sendiri? Bila mana kita telas bebas kekngan kewngan. Bukan tak boleh beli ikut kehendak, boleh tapi kena bijak."

ok itu sahaja perkongsian kali ini......