Selasa, Ogos 24, 2021

Resepi bingka ubi kayu

 Assalamualaikum dan salam semua. Ini kali kedua aku buat  bingka ubi kayu. Pertama kali buat hari tu, dia jadi lembik maka aku tak letak resepi kat sini. Kali ini aku berjaya buat dalam bentuk tak lembik tapi atas dia tak cantik sangat kata Mr.Y... tak apa yang penting rupa ada...


Kredit kepada en.google untuk gambar ye...kita punya tak sempat snap dah abis..

BAHAN-BAHAN

5 cawan ubi parut (kisar dengan sedikit air)

3/4 cawan gula pasir

1 Kotak santan segera

1/4 cawan air

Sedikit esen warna kuning.


CARA PENYEDIAAN


Satukan semua bahan dan masukkan ke dalam loyang 6" (dapat 2 loyang)

Bakar dalam air fryer pada suhu 140C selama 20 minit pertama, naikkan suhu kepada 160C dan tambah masa lagi 10minit.

Siap dan boleh dimakan begitu sahaja. 




6 ulasan:

  1. Tentu sedap bingka ubi buat minum petang dengan kopi

    BalasPadam
  2. Sedap ni, rasanya macam lama tak jumpa kuih bingka..huhu

    Pakai air fryer je eh? rajin nanti boleh buat la

    BalasPadam
  3. Kuih tradisional yg tetap jadi kegemaran ramai...

    BalasPadam
  4. Sedapnya.. nak buat pun macam simple je bahannya.. Boleh guna AF lagi.. tq share..

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik