Isnin, Mac 16, 2020

Miskin disangka kaya

Assalamualaikum....pagi ini kakak membaca buku mauizhah tok guru dengan abi, topik yang dipilih adalah miskin disangka kaya. sinopsis yang didapati adalah...


  • orang miskin disangka kaya adalah orang yang kaya iman
  • orang miskin disangka kaya adalah kerana dia hidup tidak meminta-minta walaupun memiliki tanggungan yang ramai.
  • orang miskin disangka kaya apabila dia bersedekah dengan harta yang sedikit.
  • orang miskin disangka kaya kerana berusaha untuk mengubah nasib bukan dengan meminta-minta.
kakak humaira suka baca buku ini kerana bahasa yang digunakan mudah dan rencana-rencana dia adalah pendek. Senang untuk budak kecik macam dia faham. Walaupun kadang-kadang ada bahasa yang tinggi digunakan. 

Ahad, Mac 15, 2020

Hukum faraid harta pusaka dalam islam.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Apabila menginggal seorang hamba Allah, maka terputus segala amalan kecuali tiga perkara, anak soleh, sedekah dan ilmu yang bermanfaat. Anak soleh adalah salah seorang waris yang layak dalam penerimaan harta si mati Malangnya anak soleh boleh bertukar kepada tidak soleh apabila tidak memahami hukum faraid harta pusaka dalam islam. Mari kita terus membaca untuk lebih memahami tentang hal ini.

Hukum Faraid Dalam Pembahagian Harta Pusaka | Bila kita meninggal dunia, harta yang kita ada wajib kita wasiatkan untuk dibahagikan kepada waris yang layak.

Sebut bab pembahagian harta pusaka ada banyak cara, antaranya wasiat, faraid dan hibah. Ini antara yang ramai orang tahu dan pernah dengar.

Tapi, antara ketiga cara ni, cara Faraid biasanya orang tak faham sangat. Memang agak rumit bab pembahagian ni.

Secara asasnya, pasti orang tahu yang Faraid ni, adalah pembahagian harta di mana pihak lelaki akan dapat 2 bahagian dan perempuan 1 bahagian.

Rasa macam tak adil je kan. Tapi betul ke begitu?

Bukan ke Faraid ni hukum Allah?

Wajib ke buat Faraid?

Camne nak kira faraid tu?

Nak jawab semua persoalan tu, kena lah baca lebih lanjut sedikit info yang saya akan kongsikan di bawah ni.

Hukum Faraid Dalam Pembahagian Harta Pusaka


Hukum Faraid Dalam Pembahagian Harta Pusaka


Apa itu Faraid?


Faraid dari segi bahasa bermaksud ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.

Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami, ibu, dan lain-lain), menurut hukum Islam.
Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dan lain-lain) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta).

Bentuk Harta yang boleh dibahagikan secara Faraid.

Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
  1. Tanah
  2. Bangunan (rumah).
  3. Barang kemas (emas, perak dan lain-lain).
  4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dan lain-lain.

Cara pembahagian faraid menurut al-Quran


(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Dalil tentang Faraid

Surah an-Nisa ayat 11 dan 12.

 يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِيٓ أَوۡلَٰدِكُمۡۖ لِلذَّكَرِ مِثۡلُ حَظِّ ٱلۡأُنثَيَيۡنِۚ فَإِن كُنَّ نِسَآءٗ فَوۡقَ ٱثۡنَتَيۡنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَۖ وَإِن كَانَتۡ وَٰحِدَةٗ فَلَهَا ٱلنِّصۡفُۚ وَلِأَبَوَيۡهِ لِكُلِّ وَٰحِدٖ مِّنۡهُمَا ٱلسُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُۥ وَلَدٞۚ فَإِن لَّمۡ يَكُن لَّهُۥ وَلَدٞ وَوَرِثَهُۥٓ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ ٱلثُّلُثُۚ فَإِن كَانَ لَهُۥٓ إِخۡوَةٞ فَلِأُمِّهِ ٱلسُّدُسُۚ مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٖ يُوصِي بِهَآ أَوۡ دَيۡنٍۗ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ لَا تَدۡرُونَ أَيُّهُمۡ أَقۡرَبُ لَكُمۡ نَفۡعٗاۚ فَرِيضَةٗ مِّنَ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمٗا 
 Maksudnya:  “Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu: bahagian seorang anak lelaki sama dengan bagahian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh separo harta. Dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
Beberapa perkara tentang pengiraan asas pembahagian faraid dapat dipelajari, iaitu:
  1. Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan anak lelaki dan anak perempuan, maka bahagian anak lelaki adalah 2 kali bahagian anak perempuan
  2. Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan dua atau lebih anak perempuan sahaja (tiada anak lelaki), maka bahagian mereka adalah dua pertiga (2/3) daripada nilai harta pusaka, yang mana perlu dibahagikan sama rata kepada semua anak perempuan yang terlibat
  3. Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak perempuan sahaja (tiada anak lelaki), maka bahagiannya adalah satu perdua (1/2) atau separuh
  4. Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa serta anak (tanpa mengira bilangan dan jantina anak), maka bahagian untuk setiap seorang ibu dan bapa adalah satu perenam (1/6); untuk ibu 1/6 dan untuk bapa 1/6
  5. Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa sahaja (tidak mempunyai anak), maka bahagian ibu adalah satu pertiga (1/3) manakala bapa pula mendapat bahagian dua pertiga (2/3)
  6. Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa serta adik-beradik (tidak mempunyai anak), maka bahagian ibu adalah satu per enam (1/6) dan selebihnya adalah bahagian adik-beradik lelaki


Sekarang, kita lihat pula ayat 12 surah an-Nisa’:

 ۞وَلَكُمۡ نِصۡفُ مَا تَرَكَ أَزۡوَٰجُكُمۡ إِن لَّمۡ يَكُن لَّهُنَّ وَلَدٞۚ فَإِن كَانَ لَهُنَّ وَلَدٞ فَلَكُمُ ٱلرُّبُعُ مِمَّا تَرَكۡنَۚ مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٖ يُوصِينَ بِهَآ أَوۡ دَيۡنٖۚ وَلَهُنَّ ٱلرُّبُعُ مِمَّا تَرَكۡتُمۡ إِن لَّمۡ يَكُن لَّكُمۡ وَلَدٞۚ فَإِن كَانَ لَكُمۡ وَلَدٞ فَلَهُنَّ ٱلثُّمُنُ مِمَّا تَرَكۡتُمۚ مِّنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٖ تُوصُونَ بِهَآ أَوۡ دَيۡنٖۗ وَإِن كَانَ رَجُلٞ يُورَثُ كَلَٰلَةً أَوِ ٱمۡرَأَةٞ وَلَهُۥٓ أَخٌ أَوۡ أُخۡتٞ فَلِكُلِّ وَٰحِدٖ مِّنۡهُمَا ٱلسُّدُسُۚ فَإِن كَانُوٓاْ أَكۡثَرَ مِن ذَٰلِكَ فَهُمۡ شُرَكَآءُ فِي ٱلثُّلُثِۚ مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٖ يُوصَىٰ بِهَآ أَوۡ دَيۡنٍ غَيۡرَ مُضَآرّٖۚ وَصِيَّةٗ مِّنَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَلِيمٞ   
Maksudnya: “Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.”


Pengiraan Asas Pembahagian Faraid


Beberapa intipati berkenaan pengiraan asas pembahagian faraid dalam ayat ini adalah:

  1. Sekiranya isteri meninggal dunia dan meninggalkan suami sahaja (tidak mempunyai anak), maka bahagian suami adalah satu perdua (1/2). Tetapi, sekiranya isteri tersebut mempunyai anak, maka bahagian suami adalah satu perempat (1/4)
  2. Sekiranya suami meninggal dunia dan meninggalkan isteri sahaja (tidak mempunyai anak), maka bahagian isteri adalah satu perenam (1/4) (dibahagikan sama rata daripada 1/4 tersebut jika isteri lebih daripada seorang). Tetapi, sekiranya suami tersebut mempunyai anak, maka bahagian isteri adalah satu perlapan (1/8) (dibahagikan sama rata daripada 1/8 tersebut jika isteri lebih daripada seorang)
  3. Sekiranya meninggal dunia dan tidak mempunyai waris usul (ibu dan bapa, datuk dan nenek) dan waris furu’ (anak, isteri atau suami), tetapi mempunyai saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu sahaja, maka bahagian mereka adalah satu perenam (1/6) manakala selebihnya diserahkan kepada baitulmal. Tetapi, sekiranya saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu lebih daripada 2 orang, maka bahagian mereka adalah satu pertiga (1/3) yang perlu dikongsi sama rata antara mereka, manakala selebihnya dua pertiga (2/3) diserahkan kepada baitulmal
  4. Sekiranya meninggal dunia dan tidak mempunyai waris usul dan furu’, tetapi mempunyai saudara lelaki dan saudara perempuan seibu dan sebapa, maka bahagian mereka adalah seluruh harta yang ditinggalkan (lelaki 2 bahagian, perempuan 1 bahagian)
  5. Itulah panduan pengiraan asas pembahagian faraid yang dinyatakan dalam al-Quran, panduan atau manual kehidupan kita semua yang sebenarnya.

Pengiraan pembahagian faraid boleh jadi berbeza berdasarkan situasi yang berlalu dan waris-waris yang ditinggalkan.

Jadi, ilmu pengiraan matematik yang mantap amat diperlukan dalam menentukan pembahagian harta pusaka mengikut faraid. Nampak tak.. penting subjek matematik ni...

Sebagai rujukan mudah, boleh rujuk carta yang berikut untuk penentuan pengiraan asas pembahagian faraid:

Hukum Faraid Dalam Pembahagian Harta Pusaka


Kadar Asas Pembahagian Faraid


Suami: ½ jika si mati (isteri) dan tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, ¼ jika si mati (isteri) mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.

Isteri: ¼ jika si mati (suami) dan tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, 1/8 jika si mati (isteri) mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.

Bapa: 1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, 1/6 + Asobah jika si mati tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan.

Ibu: 1/6 jika si mati mempunyai anak atau cucu perempuan daripada anak lelaki kebawah atau mempunyai beberapa orang saudara (lelaki/perempuan), 1/3 dari keseluruhan harta jika simati mempunyai seorang saudara lelaki atau perempuan sahaja dan tiada anak kebawah, 1/3 dari baki harta jika simati meninggalkan salah seorang suami atau isteri dan bapa tanpa waris lain.

Anak perempuan: ½ jika seorang, 2/3 jika dua orang atau lebih dibahagi sama rata, Asabah Bilghairi jika simati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.

Anak lelaki: 100% daripada baki (Asabah) sekiranya seorang, dikongsi sama rata daripada baki(Asabah) sekiranya lebih daripada seorang, Asabah Bilghairi jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.

Apa-apa pun, selagi kita masih hidup, uruskanlah wasiat dengan sebaiknya. Wasiat boleh ditetapkan 1/3 dariapda harta yang kita milikinya dan selebihnya akan diberikan kepada waris-waris mengikut faraid.

Hukum Faraid Dalam Pembahagian Harta Pusaka


Beberapa persoalan tentang Faraid


Assalamu'alaikum...sedikit kemusykilan bab faraid... Seorang perempuan meninggal dunia meninggalkan waris berikut: Suami, 2 anak lelaki dan 1 anak perempuan, seorang ayah. Ibu telah meninggal dahulu tapi nenek ( ibu kpd ibu) masih ada... Soalan: Nenek ni dapat tak pusaka? ganti ibu ke? Kalau dapat, berapa kadarnya? Moga dapat maklumbalas.

JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Berikut ialah kiraan faraid setelah ditahqiq:

  1. Suami = 3/12 (Asalnya ialah ¼ kerana si mati mempunyai anak)
  2. Anak lelaki pertama = 2/12 (Dua kali ganda bahagian anak perempuan)
  3. Anak lelaki kedua = 2/12 (Dua kali ganda bahagian anak perempuan)
  4. Anak perempuan = 1/12 (Separuh daripada bahagian anak lelaki)
  5. Nenek sebelah ibu = 2/12 (Asalnya ialah 1/6 kerana si mati telah kematian ibu tetapi mempunyai nenek sebelah ibu).

Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’, (4:11-12).
Sebaiknya perkara ini dirujuk kepada pihak Mahkmah Rendah Syariah bagi tujuan mendapatkan Sijil Faraid yang lebih berautoriti.

Info tambahan dan kesimpulan

Beza Hibah dan Faraid



  1. Hukum tentang perlaksanaan dan pembahagian faraid telah jelas dinyatakan di dalam AlQuran. Ia dianggap sebagai Hududullah yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang beriman.
  2. Pembahagian faraid terhadap harta pusaka si mati dibuat selepas ditolak kos urusan jenazah, hutang simati,  harta sepencarian dan wasiat si mati. Baki daripada harta pusaka si mati barulah dibahagi bahagikan mengikut faraid.
  3. Pembahagian sama rata terhadap harta pusaka simati boleh dibuat dengan syarat semua waris perlu tahu bahagian faraid masing- masing terlebih dahulu dan kesemua waris telah bersetuju dan redho pembahagian dibuat secara sama rata.
  4. Hukum pembahagian faraid datang dengan tanggungjawab. Bahagian faraid untuk waris lelaki lebih tinggi berbanding dengan waris perempuan kerana waris lelaki bertanggungjawab untuk menjaga waris-waris perempuan  dengan harta pusaka yang diterima, sedangkan waris perempuan hanya bertanggungjawab untuk dirinya sendiri sahaja dan harta faraid yang diterima hanyalah lah untuk dirinya sahaja.
  5. Sijil faraid diperlukan untuk mengesahkan waris yang sah yang berhak menerima harta pusaka si mati dan untuk mengesahkan bahagian sebenar yang berhak diterima oleh setiap waris. Walau bagaimanapun ada pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian Malaysia yang tidak mengiktiraf sijil faraid untuk urusan pendaftaran  perletakanhak atau turun milik di pejabat tanah.
  6. Hibah tidak boleh dilakukan semata-mata bertujuan untuk mengelakkan daripada faraid atau sebagai langkah untuk lari daripada faraid kerana merasakan pembahagian faraid adalah tidak adil. Hibah sepatunya dilakukan atas dasar rasa kasih sayang kepada ahli keluarga ikhlas kerana Allah.
  7. Hukum hibah yang dibuat untuk tujuan mengelakkan daripada melaksanakan faraid tetap sah dari segi hukum fekah dengan syarat ianya mematuhi semua rukun dan syarat hibah. Cuma dari segi akhlaq sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Allah ianya sangat tidak patut dilakukan.


Kesimpulannya, hibah bukanlah cara untuk  mengenepikan faraid tetapi hibah sewajarnya menjadi pelengkap kepada faraid itu sendiri.

Hukum Faraid Dalam Pembahagian Harta Pusaka


Contoh kiraan:


Contoh duit ada RM16000, nak dibahagikan kepada 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan mengikut kiraan Faraid.

Jawapan:

Untuk lelaki dapat 2 bahagian dan perempuan 1 bahagian.
Jadi untuk 3 anak lelaki x 2 = 6.
Perempuan pula 3 x 1 = 3.
Jumlah semuanya 9 bahagian.
Dari RM16000 ÷ 9. Jadi, dapatlah bahagian masing-masing.


Ini contoh asas je la ni... Kalau melibatkan nenek, datuk, bapa saudara dan selainnya boleh rujuk Mahkamah Syariah untuk pembahagian harta secara Faraid.

Hikmah Faraid


Bagi yang kurang jelas tentang faraid memang merasakan faraid ni macam kejam kan... Tapi sebenarnya ada hikmah yang Allah tentukan. Allah buat tu bersebab.
Antara tujuan dan hikmah Faraid ialah:

1. Keadilan


Memastikan keadilan terlaksana dan kehidupan keluarga si mati dapat diteruskan seperti biasa dan tidak berlaku kezaliman selepas itu.

2. Tanggungjawab lelaki lebih besar dari perempuan dari segi nafkah


Dalam keadaan tertentu, waris lelaki menerima lebih daripada waris perempuan disebabkan oleh tanggungjawab mereka dalam memberi nafkah dan lainnya. Hak diberi seiring dengan tanggungjawab. Suami kepada isteri. Bapa kepada anak-anak. Anak lelaki kepada ibu bapa. Datuk kepada cucu. Begitulah peraturan Allah SWT.

3. Tanggungjawab kepada anak yatim jatuh kepada pihak lelaki.


Selain itu, kaum lelaki iaitu abang bertanggungjawab kepada adik perempuan dan bapa saudara kepada anak saudara perempuannya yang sudah menjadi anak yatim.

4. Wanita tidak perlu menanggung orang lain.


Hak pusaka wanita adalah untuk dirinya sendiri. Mereka tidak bertanggungjawab untuk menanggung orang lain.

Sekian, semoga bermanfaat.

Sumber rujukan:
Mufti Wilayah
Jabatan Agama Islam Melaka
Persatuan Harta Guaman Malaysia
Tafsir al-Quran

Rumah setingkat 5 Bilik

Assalamualaikum dan salam semua. Antara perkara yang menjadi perbualan kami suami isteri adalah pasal hartanah. Beberapa tahun lepas kami setuju yang kami suka rumah setingkat dan ada 5 bilik untuk setiap anak seterusnya, aku buat permintaan ada laman di tengah rumah untuk aktiviti barbeque keluarga. Kenapa nak laman kat tengah rumah, supaya yang wanita dalam rumah boleh buka aurat lah. Rupanya ada pelan rumah seperti yang kami inginkan iaitu Pelan Rumah Banglo 1 Tingkat 

Rekaan rumah banglo setingkat ini berkonsepkan alam semula jadi di dalam rumah.
  1. Rekaan rumah ini adalah setiap ruang di dalam rumah disambungkan antara satu sama lain dan bertumpukan pada elemen alam semula jadi di dalam rumah ini iaitu open courtyard.
  2. Rekaan open courtyard ini adalah terbuka dan hanya boleh dinikmati oleh pengguna di dalam rumah itu sahaja.
  3. Rekaan landskap courtyard itu terletak kepada cita rasa pengguna. Kemasan luaran rekaan ini bertemakan minimalis dengan minimalkan pengunaan corak dan coping.
  4. Disertakan juga rekaan 'light shelf' pada tingkap untuk melantunkan cahaya semula jadi luar masuk ke dalam ruang tertentu di dalam rumah ini.
  5. Dengan keluasan 5221 kaki²,rekaan banglo setingkat ini mempunyai 5 bilik tidur dan 4 bilik air.Rekaan ini sesuai di mana-mana sahaja lokasi tanah yang berbentuk segi empat sama tidak kira di bandar mahupun di desa.


Hotel Grand Continental Kuantan, menjadi pilihan andai ke Pantai timur.


Assalamualaikum dan salam semua. Sebagai ibu yang memiliki anak empat, maka banyak faktor kena ambil kira untuk menginap di sesebuah hotel, terutama kalau waktu tersebut kami ikut suami atas urusan kerja. Antara faktor yang menjadi keutamaan adalah dekat dengan tempat makan dan tarikan yang disukai oleh anak-anak, maka apabila suami menyelesaikan urusan kerja, kami masih boleh enjoy. Jika ke Kuantan aku pilih Hotel Grand Continental Kuantan setelah membaca dan membuat pilihan hotel di sekitar kuantan di sini.




Hotel Grand Continental Kuantan

Satu lagi hotel di tengah bandar dan bersebelahan dengan Mega Mall Kuantan. Lokasinya yang strategik menawarkan pelbagai tempat makan dan restoran dalam jarak dalam kaki sahaja.


Setiap bilik di sini dilengkapi dengan kemudahan asas dengan pemandangan bandar dan kolam renang. Nak makan di  hotel saja? Tetamu boleh makan di Manja Coffee House yang menawarkan bufet sarapan pagi hidangan Asia dan Barat setiap hari.

Lokasi menarik seperti Teluk Cempedak pula terletak hanya 15 minit pemanduan. Nak ke Cherating pula hanya 30 minit sahaja. 

Jalan Gambut,
 25000 Kuantan, Pahang.

Harga : RM131 - RM278

Waleet Asmak Oil

Post kali ini bukan untuk jual barang tapi sekadar berkongsi pengalaman aku menggunakan minyak ini. Aku dah hampir 2tahun menjadi pengguna minyak ini. Diperkenalkan oleh sepupu apibila bayi kecil asyik merengek akibat selsema. Sekali pakai...bayi kecil kurang merengek dan nampak selesa. Maka lepas itu aku mula jadi pengguna tetap. Bila nampak nak abis sahaja aku beli. Buka je shopee...ramai je yang jual. Aku pun bukan beli dari penjual yang sama, berubah-rubah setiap kali nak beli. 

Minyak ini bagus juga untuk anak yang ada simptom macam sempuk atau asma. Boleh baca cara penggunaan dan kegunaan minyak itu kat bawah.

Baca juga: 

Gejala selsema dan batuk kurang dengan minuman Arissto Earl campur lemon


🎀CARA PENGGUNAAN AO SARANG BURUNG WALIT🎀 Rawatan Asma dan Masalah Berkahak 🌿Cara Penggunaan AO Walit🌿 🎈Sapukan dari leher ke dada dan tengkuk serta belakang badan sebelah kiri. Untuk bayi boleh disapu pada tapak kaki dan betis, seperti minyak telon. 🌿 ASMA,SEMPUT, BATUK & BERKAHAK Cara sapuan adalah, sapu di tapak kaki,labu betis,bawah pelipat,dada depan belakang menyeluruh,leher dan tengkuk bawah dagu, sapu 4-5 kali sehari, sebelum tidur dan selepas mandi. Untuk bayi boleh lakukan tepukan 'percussion' dan rawatan stim untuk mendapatkan kesan yang cepat. 🌿 SELSEMA Cara penggunaannya adalah sapu di dada, leher dan belakang badan sebelah kiri. Boleh sapu sedikit pada bahagian batang hidung dan sedikit pada permukaan lubang hidung.
Baca juga: 

Dedar, selsema, batuk berkahak dan cirit di kala wabak influenza.

Kadar Sapuan 🌿Keadaan Kritikal Sapukan sekerap yang boleh terutamanya selepas mandi dan sebelum tidur sekurang-kurangnya 2 jam sekali insyaAllah dengan satu botol anda mampu merasai keberkesanannya. 🌿Keadaan Stabil ✅Buat permulaan,jika asma, batuk,berkahak, selesema yang stabil, sapu 4-5 kali sehari untuk mendapatkan keberkesanannya Waktu cadangan adalah sebelum tidur dan selepas mandi. 🎀InsyaAllah dengan sapuan yang kerap dan istiqomah pengguna akan melihat dan merasai keberkesanan AO. 🌹" Ya Allah berikanlah kesembuhan kepada pengguna AO kami, berkatilah segala usaha dan ikhtiar mereka, dan kepada Engkau jua kami bertawakal dan berserah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Penyembuh "🌹