Post kali ini bukan untuk jual barang tapi sekadar berkongsi pengalaman aku menggunakan minyak ini. Aku dah hampir 2tahun menjadi pengguna minyak ini. Diperkenalkan oleh sepupu apibila bayi kecil asyik merengek akibat selsema. Sekali pakai...bayi kecil kurang merengek dan nampak selesa. Maka lepas itu aku mula jadi pengguna tetap. Bila nampak nak abis sahaja aku beli. Buka je shopee...ramai je yang jual. Aku pun bukan beli dari penjual yang sama, berubah-rubah setiap kali nak beli.
Minyak ini bagus juga untuk anak yang ada simptom macam sempuk atau asma. Boleh baca cara penggunaan dan kegunaan minyak itu kat bawah.
Baca juga:
🎀CARA PENGGUNAAN AO SARANG BURUNG WALIT🎀
Rawatan Asma dan Masalah Berkahak
🌿Cara Penggunaan AO Walit🌿
🎈Sapukan dari leher ke dada dan tengkuk serta belakang badan sebelah kiri. Untuk bayi boleh disapu pada tapak kaki dan betis, seperti minyak telon.
🌿 ASMA,SEMPUT, BATUK & BERKAHAK
Cara sapuan adalah, sapu di tapak kaki,labu betis,bawah pelipat,dada depan belakang menyeluruh,leher dan tengkuk bawah dagu, sapu 4-5 kali sehari, sebelum tidur dan selepas mandi. Untuk bayi boleh lakukan tepukan 'percussion' dan rawatan stim untuk mendapatkan kesan yang cepat.
🌿 SELSEMA
Cara penggunaannya adalah sapu di dada, leher dan belakang badan sebelah kiri. Boleh sapu sedikit pada bahagian batang hidung dan sedikit pada permukaan lubang hidung.
Baca juga:
Kadar Sapuan
🌿Keadaan Kritikal
Sapukan sekerap yang boleh terutamanya selepas mandi dan sebelum tidur sekurang-kurangnya 2 jam sekali insyaAllah dengan satu botol anda mampu merasai keberkesanannya.
🌿Keadaan Stabil
✅Buat permulaan,jika asma, batuk,berkahak, selesema yang stabil, sapu 4-5 kali sehari untuk mendapatkan keberkesanannya
Waktu cadangan adalah sebelum tidur dan selepas mandi.
🎀InsyaAllah dengan sapuan yang kerap dan istiqomah pengguna akan melihat dan merasai keberkesanan AO.
🌹" Ya Allah berikanlah kesembuhan kepada pengguna AO kami, berkatilah segala usaha dan ikhtiar mereka, dan kepada Engkau jua kami bertawakal dan berserah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Penyembuh "🌹