Memaparkan catatan dengan label pelan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelan. Papar semua catatan

Khamis, Mei 07, 2020

Aku & Wahed Invest (Bahagian 4-welcome reward)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Aku & Wahed invest, bahagian empat pula aku nak cerita yang aku dah dapat ganjaran RM20 apabila daftar akaun wahed menggunakan kod referal Mr.Y. Seperti tuan punya kod dapat USD5 maka kita yang menggunakan pun turut mendapat nilai ganjaran yang sama. Seperti yang di beritahu sebelum ini, ganjaran ini akan masuk selepas 30hari akaun pelaburan kita aktif. Sebenarnya aku tak sedar pun ganjaran ini telah masuk sebab aku tak check email atau aplikasi wahed. Kebetulan masa PKP ini lah telefon nak rosak. Apabila Mr.Y tanya dan minta semak, baru teringat. Sekali nampak ada email dengan tajuk CONGRATS! YOUR WELCOME REWARD HAS BEEN APPROVED. Macam gambar di bawah.


Kesimpulannya sertai wahed dapat bonus RM20, siapa nak bagi senang-senang je dekat kita kan. Kata adik aku ini untung tidur...

Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100.
Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus bernilai USD2.5 (RM10).
Kod Jemputan: norbin136

Ahad, Mac 15, 2020

Rumah setingkat 5 Bilik

Assalamualaikum dan salam semua. Antara perkara yang menjadi perbualan kami suami isteri adalah pasal hartanah. Beberapa tahun lepas kami setuju yang kami suka rumah setingkat dan ada 5 bilik untuk setiap anak seterusnya, aku buat permintaan ada laman di tengah rumah untuk aktiviti barbeque keluarga. Kenapa nak laman kat tengah rumah, supaya yang wanita dalam rumah boleh buka aurat lah. Rupanya ada pelan rumah seperti yang kami inginkan iaitu Pelan Rumah Banglo 1 Tingkat 

Rekaan rumah banglo setingkat ini berkonsepkan alam semula jadi di dalam rumah.
  1. Rekaan rumah ini adalah setiap ruang di dalam rumah disambungkan antara satu sama lain dan bertumpukan pada elemen alam semula jadi di dalam rumah ini iaitu open courtyard.
  2. Rekaan open courtyard ini adalah terbuka dan hanya boleh dinikmati oleh pengguna di dalam rumah itu sahaja.
  3. Rekaan landskap courtyard itu terletak kepada cita rasa pengguna. Kemasan luaran rekaan ini bertemakan minimalis dengan minimalkan pengunaan corak dan coping.
  4. Disertakan juga rekaan 'light shelf' pada tingkap untuk melantunkan cahaya semula jadi luar masuk ke dalam ruang tertentu di dalam rumah ini.
  5. Dengan keluasan 5221 kaki²,rekaan banglo setingkat ini mempunyai 5 bilik tidur dan 4 bilik air.Rekaan ini sesuai di mana-mana sahaja lokasi tanah yang berbentuk segi empat sama tidak kira di bandar mahupun di desa.