Salah satu episod yang diceritakan adalah, Dave ramsey mendapat pemanggil dari seorang perempuan yang telah berkahwin dengan isu bagaimana nak kawal perbelanjaan dan apa perlu dia buat.
Wanita ini adalah seorang surirumah yang tak ada pendapatan langsung. Maknanya sumber pendapatan hanya dari en.suami. Suami bergaji 3000 dolar. Memiliki 3 anak, 2 dah bersekolah dan seorang masih bayi. Manakala bebanan hutang adalah 2 buah kereta, sebuah rumah yang didiami dan hutang belajar suami isteri. Setakat ini dia belum mampu membayar hutang belajar sebab masalah kewangan.
Solusi yang diberikan oleh Dave Ramsey adalah, jual satu kereta, maka dah kurang bebanan hutang setiap bulan dan perbelanjaan minyak dan service kereta. Itu kata Dave Ramsey, kata Mr.Y pula...jika awak ditempat wanita itu apa yang akan awak buat? Eh, dia ni...ok lah ini solusi dari surirumah berijazah bukan bidang kewangan.
Sebagai surirumah yang tak berpendapatan, isteri dan suami patut duduk bersama berbincang tentang keadaan kewangan semasa. Antara solusi yang utama, aku setuju dengan cadangan Dave Ramsey untuk 1.menjual satu kereta. Mungkin sebelum ini mereka merasa perlu dua kereta untuk kegunaan suami dan isteri yang berbeza. Selalu suami akan guna kenderaan untuk ke pejabat manakala isteri untuk ambil anak, pergi pasar dan lain-lain hal keperluan keluarga. Jika begitu keadaannya, isteri boleh menjadi driver buat suami selain driver buat anak-anak. 2.Kurangkan bebanan perbelanjaan kemahuan seperti langganan pakej tv atau majalah. 3.Tukar apa-apa perkhidmatan kepada yang lebik murah dan berbaloi, seperti perkhidmatan telco, internet, penapis air dan gas. Seterusnya 4.sediakan bekal makanan untuk suami dan anak. Percaya atau tidak perbelanjaan makan lunch suami sahaja boleh mencecah RM300 sebulan.
BACA JUGA:DOA MUNAJAT SEORANG ISTERI
Ok, setakat itu sahaja perkongsian hari ini...Uzayr dah bangun maka kita layan anak pulak ye.