Isnin, September 23, 2019

The Dave Ramsey: Suami sahaja kerja, macam mana nak kawal kewangan?

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini nak share tips kawalan kewangan keluarga berdasarkan penerangan Mr.Y selepas melihat The Dave Ramsey Show. Beberapa minggu lepas, aku ada bagitahu yang Mr.Y sekarang tengah syiok menonton program The Dave Ramsey Show, maka kalau ada episod yang dia rasa sesuai untuk share dan kongsi dengan aku. Dia akan ceritalah, kenapa bini dia ni tak tengok sendiri? Sebab bini dia lagi suka dengar laki dia cerita.

Salah satu episod yang diceritakan adalah, Dave ramsey mendapat pemanggil dari seorang perempuan yang telah berkahwin dengan isu bagaimana nak kawal perbelanjaan dan apa perlu dia buat.


Wanita ini adalah seorang surirumah yang tak ada pendapatan langsung. Maknanya sumber pendapatan hanya dari en.suami. Suami bergaji 3000 dolar. Memiliki 3 anak, 2 dah bersekolah dan seorang masih bayi. Manakala bebanan hutang adalah 2 buah kereta, sebuah rumah yang didiami dan hutang belajar suami isteri. Setakat ini dia belum mampu membayar hutang belajar sebab masalah kewangan.

Solusi yang diberikan oleh Dave Ramsey adalah, jual satu kereta, maka dah kurang bebanan hutang setiap bulan dan perbelanjaan minyak dan service kereta. Itu kata Dave Ramsey, kata Mr.Y pula...jika awak ditempat wanita itu apa yang akan awak buat? Eh, dia ni...ok lah ini solusi dari surirumah berijazah bukan bidang kewangan.

Sebagai surirumah yang tak berpendapatan, isteri dan suami patut duduk bersama berbincang tentang keadaan kewangan semasa. Antara solusi yang utama, aku setuju dengan cadangan Dave Ramsey untuk 1.menjual satu kereta. Mungkin sebelum ini mereka merasa perlu dua kereta untuk kegunaan suami dan isteri yang berbeza. Selalu suami akan guna kenderaan untuk ke pejabat manakala isteri untuk ambil anak, pergi pasar dan lain-lain hal keperluan keluarga. Jika begitu keadaannya, isteri boleh menjadi driver buat suami selain driver buat anak-anak. 2.Kurangkan bebanan perbelanjaan kemahuan seperti langganan pakej tv atau majalah. 3.Tukar apa-apa perkhidmatan kepada yang lebik murah dan berbaloi, seperti perkhidmatan telco, internet, penapis air dan gas. Seterusnya 4.sediakan bekal makanan untuk suami dan anak. Percaya atau tidak perbelanjaan makan lunch suami sahaja boleh mencecah RM300 sebulan.


Ok, setakat itu sahaja perkongsian hari ini...Uzayr dah bangun maka kita layan anak pulak ye.

Ahad, September 22, 2019

Jerebu 2019, penambahbaikan SOP penutupan sekolah akibat jerebu.

Assalamualaikum dan selamat pagi. Minggu lepas anak-anak diberi cuti bencana jerebu selama 2 hari iaitu khamis dan jumaat. Kenapa beri cuti 2 hari terus tidak seperti seblum ini? Sebelum ini penguman cuti dilakukan apabila IPU mencecah 200 atau hampir kepada 200 dalam trend menaik. Ini kerana wujud pelbagai spekulasi dan isu dikalangan ibubapa dan guru. Aku terbaca satu komen di FB kemen di page Kementerian Pendididkan pasal penutupan sekolah akibat jerebu. Komen adalah seperti dibawah, aku screen shot..


Antara komen natizen ini adalah:

Totally no SOP. Iya ke? Sebenarnya SOP penutupan sekolah akibat jerebu telah ada sebelum ini cuma mungkin kita sebagai orang awam tidak diberi pendedahan atau mungkin tak ambil tahu. Ini keran masalah jerebu bukan baru tahun ini berlaku di negara kita, tahun lepas-lepas sudah berlaku dan tahun lepas-lepas sudah ada sekolah tutup akibat jerebu. SOP sebelum ini agak umum pada aku. Dimana kalau IPU melebihi 100, aktiviti luar kelas tidak dijalankan dan IPU melebihi 200 sekolah akan ditutup. Manakala penguman penutupan sekolah tidak ada masa khas. pada !8 september 2019, KPM mengeluarkan SOP yang lebih jelas dan ini adalah penambaikan kepada SOP yang sedia ada. Setidaknya kita tahu sekolah anak akan tutup selewatnya jam 6 petang sehari sebelumnya.

Kenyataan media berkaitan SOP penutupan sekolah akibat jerebu

Isu ke dua adalah  just close the gate and put a notice outside.. It is not safe for children to wait outside and some children do not know how to contact parent.Sekolah mana yang tak bertanggungjawab sangat ni? Mungkin sekolah anak dia, bukan sekolah anak aku lah kot. Ini pengalaman aku sebelum keluar Penambahbaikan SOP penutupan sekolah berikutan kejadian jerebu oleh KPM lah, pukul 11pagi tahu sekolah tutup sebab IPU dah lebih 200, maka aku pergi ambil anak dekat sekolah, sampai sekolah aku tengok semua pelajar duduk dalam kelas yang ditutup pintu. Kenapa lebih selamat tutup pintu dari biar terbuka, Sudah pasti aku tak jumpa anak aku, kalau aku cari anak aku kat luar sebab semua pelajar diarah duduk dalam kelas dan meneruskan sesi pembelajaran seperti jadual walaupun sekolah tutup bukan seperti kata netizen itu yang anak dibiar tunggu ibubapa diluar pagar sekolah. Yang kedua, aku bukan boleh buat macam ni, "sampai pagar sekolah buka dan masuk ceroboh kelas anak aku," sebaliknya kena jumpa jaga dan tunjuk Kad pengenalan serta tandatangan ok..pastu catat nama anak yang nak diambil, baru boleh ambil anak, itu pun bukan aku yang pergi kelas, ada pengawas yang tolong panggil. Selain pengawas dan pak cik jaga, ada guru juga kat depan pagar ye. Pada pendapat aku mana-mana sekolah tak akan biarkan anak-anak menanti ibubapa di luar pagar sekolah walaupun sesi pembelajaran telah tamat terutama bagi sekolah rendah.

Sebagai ibubapa, kita jangan cepat melatah dengan situasi semasa, jangan cepat menuduh membuta tuli, siasat dahulu, mungkin kita nampak anak kita berkeliaran diluar sekolah tanpa keizinan Guru. Ye lah cikgu nak jaga bukan sorang tapi beratus anak murid. Aku berterima kasih sangat dekat cikgu-cikgu yang memastikan anak-anak berada dalam kelas musim jerebu ini.

Agak-agak esok sekolah cuti tak?

Rabu, September 18, 2019

Jerebu dan Face Mask

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Sejak masuk musim jerebu ini dan menjadi mak yang ada nak sekolah ni, menjadi rutin aku untuk check nilai bacaan IPU setiap pagi. Kenapa nak check setiap pagi dan tengah hari. Sebab senang nak prepare anak mana yang boleh ke sekolah dan anak mana yang kena duduk rumah.

Seperti kita tahu nilao bacaan IPU ada beberapa tahap:

  1. 0-50 sangat sihat, maka semua orang boleh keluar
  2. 50-100 adalah sederha sihat, kira masih selamat untuk menjalankan aktiviti luar.
  3. 100-200 adalah tak sihat, kurangkan anak-anak buat aktiviti luar dan jika anak sekolah, cikgu tak akan buat aktiviti luar.
  4. 200-300 pula adalah sangat tidak sihat, apabila bacaan IPU mencecah nilai 200 maka sekolah akan ditutup. Kenapa sekolah tutup sebab adalah sangat tidak selamat untuk berada diluar pada saat nilai IPU begini terutama bagi kanak-kanak dan orang tua. 
  5. 300 dan ke atas adalah sangat berbahaya. Bila bahaya bukan sekadar orang tua atau kanak-kanak yang tak boleh berada diluar tetapi juga orang muda dan sihat.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah dinilai berdasarkan pengiraan nilai-nilai sub-indeks(Sub-IPU) yang merangkumi 5 parameter iaitu: debu, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, karbon monoksida dan kepekatan logam PM2.5, bersaiz 2.5mikron ke bawah.

Kembali kepada tajuk kita hari ini...Jerebu dan Face Mask. Kita sedia maklum dalam jerebu itu ada pelbagai benda halus yang tak nampak pada mata kasar. Dulu negara kita menilai jerebu sehingga PM10 sahaja, tetapi sekarang ia lebih maju dan nilai lebih kecil diambil kira. Sebagai langkah pencegahan partikel-partikel halus ni masuk dalam pari-paru maka kita pakai lah face mask atau topeng muka. Face mask ada beberapa jenis. Maka yang mana paling sesuai saat jerebu? Dekat sini aku cerita 2 jenis topeng muka yang glomour dan kebanyakkan orang tahu.

Ini yang kakak hana pakai semalam, kena ikat getah pasal telinga dah tutup dengan tudung.
Surgical Mask: ini yang sering kita nampak dan ini mudah diperolehi harga pun lebih murah. Tetapi untuk keadaan jerebu dia kurang sesuai. kerana ia tidak dapat menapis debu bersaiz 2.5mikron. Walau macam mana pun lebih baik dan selamat jika ada. Kelebihannya dia ada saiz budak.
N95: Ini yang sesuai untuk musim jerebu, malangnya agak sukar di perolehi di kedai-kedai farmasi biasa. N95 pula ada 2 jenis, satu yang biasa warna putih manakala 1 yang warna hitam. N95 bewarna hitam adalah yang berkarbon dan selalu digunakan untuk kerja makmal yang melibatkan cecair berbahaya meruap. Jangan salah beli pula. Harga untuk N95 adalah lebih mahal. Selain itu saiz untuk budak pun jarang sangat di temui. N95 yang warna putih ada 2 jenis juga tahu, satu yang ada air purifying manakala 1 lagi tak ada air purifying. Sebab apabila pakai mask ini amat lah tak selesa dan rimas. Maka dibuat satu desing yang ada air purifying untuk sedikit keselesaan.

Humaira dan sumayyah pakai surgical mask sahaja. 
BACA JUGA:Bila anak bertanya: Kenapa Allah bagi kita sakit?

Hana pun sama

Komen anak-anak ini bila pakai mask adalah, panas, susah bernafas dan tak selesa. Ini baru bagi surgical mask. Bayangkan kalau mereka pakai N95 yang tak ada air purifying, lagi kesian...

Itu saja perkongsian hari ini.


Isnin, September 16, 2019

Kenapa "work at Home Mom" memerlukan ruang kerja khusus?


Assalamualaikum dan selamat pagi. Dah tengok gambar diatas. Apa pendapat anda? Persoalan yang wujud hari ini adalah "Kenapa WAHM memerlukan ruang kerja khusus?"

Pendapat aku tentang gambar di atas adalah situasi normal bagi ibu yang bekerja dari rumah. Malahan aku sendiri pernah menyusukan bayi sambil siapkan design customer. Mudah masa itu kerana bayi belum pandai lagi, sekali dia dah masuk usia 4 bulan, tangan dah mula menggapai apa yang didepan, maka cabaran berganda. Pernah juga design yang telah siap terdelete akibat keaktifan bayi.


Kembali kepada persoalan kita diatas, "Kenapa WAHM memerlukan ruang kerja khusus?" WAHM memerlukan ruang kerja khusus adalah kerana cara ini dapat memberitahu diri kita dan ahli keluarga yang lain bahawa kita WAHM tidak main-main dengan apa yang kita usahakan. Apabila ada ruang kerja khusus anak-anak akan lebih berdisplin dimana kita akan memberitahu mereka bahawa mereka boleh masuk dan lihat di ruang tersebut tetapi tidak boleh menyentuh atau menyepahkan barang dalam ruang tersebut. Selain itu selalunya anak-anak dan suami akan faham secara langsung apabila kita ada di situ, kita memerlukan konsentrasi dan tak ingin diganggu. Apa yang paling penting adalah jika secara tak dirancang tetamu datang bertandang, kita pulak tengah sibuk menyiapkan tempahan, ruang tamu bersepah dengan barang kerja kita. Naik segan dan malu juga dengan tetamu kan. Kalau ada ruang kerja khusus, tetamu datang kita tutup sahaja pintu ruang kerja tersebut. Ruang tamu tak terganggu. KIta gembira terima tetamu dan tetamu tidak rasa bersalah datang salah waktu.  


Kenapa aku rasa ruang kerja khusus ini penting, ini kerana ku membesar dengan ibu yang bergelar WAHM. Arwah mak aku menambah pendapatan dengan menjahit. Selalu bangun pagi dia akan siapkan sarapan dan kerja rumah, sekitar jam 10pagi dia akan mula masuk bilik menjahit sehingga jam 12. Jam 12 sampai 2 dia akan masak tengah hari dan solat. Jam 2-5 dia akan masuk bilik menjahit. Kalau orang kata rumah tukang jahit mesti bersepah dengan benang dan kain perca, tapi situasi itu tak berlaku dirumah aku. Ruang menonton tv dan ruang tamu bersih dari benang dan kain perca. Kerana pengalaman hidup aku yang beginilah aku merasakan ruang kerja khusus itu penting bagi seorang ibu yang bekerja dari rumah.  Ibubapa kita mencorak cara pemikiran kita, maka tugas kita sekarang untuk mencorak pemikiran anak-anak. 


Jumaat, September 13, 2019

Jerebu 2019, duduk dalam rumah pun terasa kesannya.

Serangan jerebu kali ini aku rasa agak kuat. Awalnya aku kepelikkan kenapa anak-anak tetiba kena batuk-batuk dan demam. Hakikat aku dan suami bukan main ambik langkah berjaga-jaga nak elak anak batuk. Kami terlebih berjaga kali ini sebab Mr.Y akan kerja luar lebih kurang seminggu dengan membawa kereta. Aku memang tak nak apa-apa terjadi sepanjang tempoh tersebut.

Apabila keluar waktu pagi nak beli roti canai aku nampak kabus tebal sepanjang jalan. Tapi kabus ini tak sejuk seperti cameron Highland. Fahamlah aku bahawa jerebu makin teruk.  Jom kenali musuh kita.
Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
Nilai IPUStatus
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak Sihat
201 - 300
Sangat Tidak Sihat
301 - 500
Berbahaya
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.