Isnin, September 09, 2019

Bereksperimen dengan Arissto adalah 'Me Time'.

Assalamualaikum, hari ini jiwa terisi dengan kegembiraan dan kepuasan yang sukar diperolehi semenjak bergelar surirumah. Iaitu kepuasan bereksperimen, try & error.

Bila nama eksperimen bukan bermaksud sekali buat terus jadi. Perlu buat beberapa kali. Alhamdulillah eksperimen aku sekali buat terus jadi. Macam ekperimen dekat sekolah ada cara sudah...yang aku dah ada sahabat share menu. Beza dia beri menu untuk kuantiti yang banyak manakanala aku hanya ada bekas kecil. Maka kita kurangkan nilainya.

Persoalannya kenapa sibuk sangat nak berekperimen untuk packkan minuman kopi Arissto dalam botol ni. Jawapan mudah dan simple sebab aku nak tambah lagi income yang boleh buat dari arissto. Bila kita nak jual yang ready made kenalah sedap, senang dibawa dan harga mampu beli.


Menu pertama yang aku cuba buat adalah copucino. Hasil aku dapat 2 botol 150ml copucino. Tapi satu botol pun aku tak rasa untuk cubaan pertama. Satu botol dah dibawa oleh Mr.Y untuk ke hospital manakala satu botol lagi ada saudara yang datang nak merasa.

Relaks betul Mr.Y bawak kopi arissto sambil tunggu nombor dekat HKL.
Komen yang aku dapat untuk percubaan yang pertama adalah rasa yang enak dari Mr.Y manakana daripada saudari Ereen, kurang manis. 

Ereen punya sempat tampal sticker.
Kali ke dua aku cuba buat latte dan mocha. Masa ini best sangat buat sebab Mr.Y tolong unjut Uzayr manakala uwais dan hana main sesama sendiri, kakak humaira pula ikut family sumayyah balik rawang. Pergh!!! macam dunia ana yang punya. Mula-mula buat latte, dapat 3 botol, lepas itu buat mocha dapat 2botol.

Dah siap masuk botol maka aku sediakan probs untuk photoshoot. dan akhir sekali adalah editing. Hasilnya.....taaadaa....
Gambar diambil menggunakan telefon xiomi Mr.Y dan diedit menggunakana Apps picsart.



Kalau berminat nak tambah pendapatan,tekan je link kat bawah ni..

#hantukopi
#MesinKopiPremium



Segmen Bloglist Sii Nurul

Klik Banner untuk sertai

Ahad, September 08, 2019

Apa beza kopi istimewa, premium dan komersial?

Peminat kopi pasti pernah mendengar perkataan kopi premium, kopi istimewa dan kopi komersial. Sebenar dalam membuat promosi dan penjualan Arissto italian premium coffee, ramai juga yang bertanya apa maksud kopi premium? Apa beza dengan kopi lain?


Apa yang membezakan ketiga-tiga jenis kopi ini adalah 'cupping score' atau juga dikenali 'coffee testing score', senang cakap dalam bahasa melayu kita sebut skor ujian rasa kopi.


Secara amnya ujian rasa kopi ini dilakukan oleh golongan profesional terutama untuk tujuan komersial, tetapi kalau nak buat sendiri dekat rumah pun boleh. Dua kaedah utama dalam ujian rasa kopi, iaitu melalui mulut dan hidung.  Kalau nak cerita pasal kaedah ujian rasa kopi ini kena buat posting lain. Sebab hari ini kita nak beza kopi premium, istimewa dan dan komersial.

Kopi istimewa: mempunyai skor ujian rasa ropi melebihi 80. Apabila meminum kopi ini, kita akan lapang dan otak merasa lebih segar. Kopi ini mempunyai kualiti rasa premium (berganda) dan aroma yang lebih harum.
Kopi premium: mempunyai skor ujian rasa kopi antara 70-80. Kualiti rasa ropi ini adalah hampir sama seperti kopi istimewa tetapi aroma yang sedikit kurang harum berbanding kopi istimewa.
Kopi komersial: mempunyai skor ujian rasa kopi kurang daripada 70. Sesetengah individu dalam dalam golongan profesional ujian rasa kopi mengatakan kopi komersial adalah kopi palsu.


Harap lepas ni kalau ada yang tanya apa beza kopi premium dengan kopi biasa boleh lah jawab macam ni: 

"Beza kopi premium dengan kopi biasa ni banyak, yang penting dia kopi sebenar dan dan asli tanpa campuran bahan-bahan lain. Rasa kopi ini lagi kaw dan bau lagi sedap dari kopi biasa."

Conclusion saya kopi Arissto ini aroma dan rasa dia memang sedap..dari premium ke istimewa. Kalau berminat,tekan je link kat bawah ni..

#hantukopi
#MesinKopiPremium

Sabtu, September 07, 2019

Menu kopi popular oleh Arissto

Minuman kopi ada pelbagai jenis dan rasa. Hampir setiap negara ada resepi pembuatan kopi dan airnya yang tersendiri. Kopi paling sedap untuk dinikmati dikala masih panas dan pastinya awal pagi. dekat bawah ada menu kopi yang popular di seluruh dunia menggunakan kapsul kopi Arissto.


Kalau berminat,tekan je link kat bawah ni..

#hantukopi
#MesinKopiPremium

Resepi Muffin Coklat Cip


Assalamualaikum. Ini adalah resepi mufin coklat cip yang selalu aku guna kalau nak buat lah. Aku lebih suka buat mufin berbanding kek sekarang sebab ia mudah dan lebih ringkas. Terus kepada resepi kita.

Bahan-Bahan

  1. 1 1/2 cawan tepung gandum*
  2. 1/2 cawan serbuk koko*
  3. 1sk soda bikarbonat*
  4. 1sk Baking powder*
  5. 3/4 cawan gula perang
  6. 1/4 cawan minyak sayuran (aku selalu guna minyak masak kat dapur tu je)
  7. 1 cawan susu cair
  8. 1biji telur
  9. Sedikit asen vanila
  10. 1/2 cawan coklat chip.
  11. secubit garam
  12. Cup Muffin
Cara-cara
  1. Bahan bertanda * perlu diayak 2 kali agar mufinnya cantik mengembang dan lebih gebu.
  2. Gaul bahan yang diayak dengan gula perang sehingga sekata.
  3. Pukul sedikit telur dengan garfu, tak perlu sehingga kembang.
  4. Campurkan telur, susu cair, minyak dan asen vanilla sehingga sekata.
  5. Masukkan bahan-bahan cair kedalam bahan kering. Gaul biar sekata, kemudian masukkan setengah coklat chip. Coklat chip yang selebihnya digunakan untuk hiasan. 
  6. Masukkan sedikit garam dan gaul
  7. masukkan adunan ke dalam cup mufin. Jumlah muffin yang diperolehi berdasar saiz cup.
    • Saiz L - 6 biji
    • Saiz M - 12 biji
    • Saiz S - 20 biji
  8. Panaskan Air fryer pada suhu 160°C. Apabila telah siap maka bakar selama berikut:
    • Cup saiz L- 15-18minit
    • Cup saiz M - 12minit
    • Cup saiz S- 10minit