Jumaat, Julai 26, 2019

Blogger Challenge : Day 2~Your Current Relationship


Assalamualaikum dan hai, soalan ke 2~your current relationship.

Sebenarnya, perkataan dan makna perhubungan kita boleh jelaskan dengan lebih meluas. Tapi dekat sini kita fokus kepada relationship antara lelaki dan perempuan. Status sekarang adalah... aku seorang isteri kepada seorang pegawai sains di Jabatan Kimia Malaysia. Dalam dunia blog aku gelar dia Mr.Y. 

Gambar dekat atas ada kisah sebenarnya, beberapa minggu lepas Mr.Y share live location dengan aku, lepas tu dia tanya aku nampak tak dia kat mana. Aku saja jawab main-main, "kat mana lagi kalau bukan dekat hati saya" Sekali dia reply, "buktikan."  Agaknya dia nak bukti macam dia buat kerja makmal kot. Ada hitam dan putih. Nak aku pun edit gambar aku dan uzayr...dekat organ jantung aku letak muka dia. Terus diam tak berbalas. Bukti kukuh lah kot tu.  

OK, kita ke next Blogger challenge Day 3~Picture of your handwriting


Tukar kepada AEON Wallet Malaysia dapat voucher


Sebenarnya dah beberapa kali pergi AEON di Quill City Mall, masa nak bayar mereka cadang tukar kad baru kata Mr.Y. Aku memang tak ambil bahagian dalam bab bayar-bayar barang. Selalu aku pilih apa aku nak dan pembayaran dilakukan oleh Mr.Y. Kebetulan pada ahad lepas, selesai hantar mesin kopi Arissto, kami bawa anak-anak jalan-jalan sekitar AEON Mall Taman Equine.

Kebetulan hari tersebut AEON Taman Equine buat sambutan anniversary yang ke-13. Anak-anak request nak belon, tapi rezeki uzayr je yang dapat belon.

Staff AEON tolong ambik gambar....
Oleh kerana AEON dekat rumah tak dapat tukar kad dan point, maka Mr.Y ambil peluang tukar point dan kad AEON kepada yang baru. Hasil tukar point dapat lah voucher AEON yang pada pendapat aku banyak gak lah.





Aku berangan nak bergambar dengan voucher...budak kecik pun sama nak menyelit. Photo shoot by Humaira.

Tak puas hati bergambar dengan ummu, nak jugak sorang-sorang.
Mak tahu lebih lanjut pasal AEON ewallet, maka kita tengok video youte AEON ni ye..


Khamis, Julai 25, 2019

Blogger Challenge : Day 1~Introduction and your recent photo

Assalamualaikum dan selamat petang.
Pengenalan dan gambar terkini. Secara am, pengenalan boleh tengok dekat about me. Sebagai tambahan, sekarang aku dah berpindah ke Kuala Lumpur dan tidak lagi bekerja sebagai guru KAFA. Kira sekarang jadi fulltime house wife. Bilangan anak pun dah bertambah menjadi empat, 2 puteri dan 2 putera.

Mula berblog sejak 2009. Sekadar suka-suka dengan kawan-kawan kerja asalnya, tak sangka blog ini boleh bertahan sehingga kini. Selain suka menaip dan berangan aku suka juga baca blog-blog lain terutama yang mencerita kisah pengembaraan, traveling, fotografi dan kehidupan. Mana yang buat blog posting banyak pasal review produk aku kurang suka kecuali kalau aku mencari barang tersebut. 

Oleh kerana aku minat mengambil gambar, bukan diambil gambar, apatah lagi swafoto. Maka amat susah nak cari gambar terbaru yang aku sendirian. 

Gambar ahad lepas....

Ok, rasa itu je untuk yang pertama. Next Blogger Challenge : Day 2~Your Current Relationship




Blogger Challenge

Assalamualaikum dan hai semua, lately nampak banyak pulak post kawan-kawan pasal blogger challenge. Ada 15 soalan maka makan masa masa 15 hari lah kan. 


Soalan-soalan adalah seperti berikut:



Antara 15 soalan yang ditanya, rasanya soalan nombor 5 dan masa sukar dalam hidup anda. Pada pendapatan aku soalan-soalan ini bukan sekadar menampakkan siapa kita sebenar tetapi juga membolehkan kita berfikir panjang dan mengenali diri sendiri juga.

Ada beberapa jawapan dan catatan dari blogger lain yang sempat aku baca. Best dan rasa macam dekat je dengan penulis. Hakikat itu lah pertama kali aku lawat blog dia.

Maka ambil dari sudut positif, cabaran ini dapat merapatkan ukhuwah sesama blogger.

Sekian dari sudut pandang aku...


Ahad, Julai 21, 2019

Kisah Kopi Latte Arissto di Sulaiman Street, Kg. Baru

Post sebelum ini aku dah cerita pasal kami keluarga Mohd Yusof Tukang Jahit buat family gathering dekat Restoran Sulaiman Street. Salah satu benda yang menarik perhatian kami suami isteri adalah, 2 set mesin kopi arissto dan kotak-kotak kapsul aristo yang berada dibelakang kaunter air.



Maka, dengan penuh keterujaan aku tanya pasal kopi arissto seperti orang tak tahu apa-apa. Anisah kata, "Aini, awak interview dia pasal kopi arissto ke?" Aku jawab, "ye saya tanya dia, dia jual secawan kopi arissto Rm5.50, untung awak ambik dah kat rumah."

Bila aku kembali ke meja, Mr.Y tanya apa aku tanya dekat kaunter air. Ada order air tambahan ke? Aku kata aku tak order lain pun, cuma tanya pasal Arissto kat kaunter tu. Maka aku cakap lah macam ni, "Sayang try lah order kopi arissto tu satu, cuba rasa sedap tak dia buat." Mendengar permintaan isteri, si suami pun pergi lah order. Bila Mr.Y kembali ke meja, "sayang order kopi apa?" Jawapan dia...

"Saya order hot latte, dia guna kapsul kopi amico, saya mintak dia guna susu tepung dan syrup. Harga rm4.90."

Nampak tak punya demand Mr.Y, boleh dia bagitahu orang tu dia tak nak susu tepung. Sebab itu kata service staf 5star, customer always right. Hasil yang didapati...memang sedap lah latte. Terbaik kopi latte nya.

Nampak tak mesin dan kotak kapsul arissto.

Berbaloi kan kalau buat niaga. Sewa sebulan rm1, beli kapsul kopi dalam 1.70 satu, so kira susu, air, letrik dan syrup dalam rm 0.30 lah kan. Kira kos kasar untuk secawan latte dalam rm2.00 Dia jual kopi latte RM4.90.. maka untung RM 2.90. Kira dia jual secawan kopi dah dapat bayar sewa sebulan. Siap lebih rm1.90 lagi. Itu seorang yang order. Kalau kedai makan mesti lebih dari seorang peminat kopi datang. Maka bertambah untung lagi.

Kalau berminat,tekan je link kat bawah ni..
www.wasap.my/MesinArissto

#hantukopi
#MesinKopiPremium