Assalamualaikum, cabaran ketiga adalah letak gambar tulisan tangan. ok ini lah dia
Apa pendapat anda? boleh baca tak?
Ahad, Julai 28, 2019
Sabtu, Julai 27, 2019
Restok Mesin Kopi Arissto dan AEON Danau
Sabtu minggu lepas kami semua ikut abi pergi restok mesin kopi Arissto dekat stokis. Selesai ambil mesin, maka kami pun bawa lah anak-anak ke jalan-jalan ke mana-mana mall. Asal nya ingat nak ke AEON Big Wangsa Maju. Tetapi bila semak dekat Waze ada AEON lebih dekat dengan stokis, iaitu AEON Danau. Maka ke AEON Danau lah kami.
Sampai je, agak terkejut rupanya AEON Danau ni seperti baru dibuka. Kawasan parking luas. Masuk ke dalam, sama macam masuk mana-mana AEON yang berbeza waktu nak bayar. AEON Danau ada kaunter Self Checkout. Maksud kaunter ini adalah kita scan sendiri barang dan pembayaran menggunakan kad debit atau kad AEON e-wallet. Kira ini adalah kali pertama Mr.Y scan barang dan buat pembayaran sendiri. Anak-anak pun sama teruja nak scan barang sampai tersalah scan 2 kali. Mujur jugak ada staf yang berjaga dekat situ. Ada 4 kaunter self checkout yang disediakan. Kira AEON telah mengurangkan penggunaan tenaga kerja manusia apabila empat kaunter satu pekerja. Dari pihak pelanggan pulak, kami dapat rasa kelajuan kaunter ini berbanding dengan bayar di kaunter yang dijaga oleh staf dia.
Selesai semua, kami pun lepak dekat ruang makan dia. Aku tertarik dengan tawaran teh tarik RM1. Setiap anak boleh pilih satu menu makanan. Menjadi kebiasaan untuk kami kemas meja selepas makan tak kisah kedai ke gerai yang mana kami makan. Apabila mak bapak tunjuk contoh yang baik, anak-anak akan ikut.

Jumaat, Julai 26, 2019
Blogger Challenge : Day 2~Your Current Relationship
Assalamualaikum dan hai, soalan ke 2~your current relationship.
Sebenarnya, perkataan dan makna perhubungan kita boleh jelaskan dengan lebih meluas. Tapi dekat sini kita fokus kepada relationship antara lelaki dan perempuan. Status sekarang adalah... aku seorang isteri kepada seorang pegawai sains di Jabatan Kimia Malaysia. Dalam dunia blog aku gelar dia Mr.Y.
Gambar dekat atas ada kisah sebenarnya, beberapa minggu lepas Mr.Y share live location dengan aku, lepas tu dia tanya aku nampak tak dia kat mana. Aku saja jawab main-main, "kat mana lagi kalau bukan dekat hati saya" Sekali dia reply, "buktikan." Agaknya dia nak bukti macam dia buat kerja makmal kot. Ada hitam dan putih. Nak aku pun edit gambar aku dan uzayr...dekat organ jantung aku letak muka dia. Terus diam tak berbalas. Bukti kukuh lah kot tu.
OK, kita ke next Blogger challenge Day 3~Picture of your handwriting
Tukar kepada AEON Wallet Malaysia dapat voucher
Sebenarnya dah beberapa kali pergi AEON di Quill City Mall, masa nak bayar mereka cadang tukar kad baru kata Mr.Y. Aku memang tak ambil bahagian dalam bab bayar-bayar barang. Selalu aku pilih apa aku nak dan pembayaran dilakukan oleh Mr.Y. Kebetulan pada ahad lepas, selesai hantar mesin kopi Arissto, kami bawa anak-anak jalan-jalan sekitar AEON Mall Taman Equine.
Kebetulan hari tersebut AEON Taman Equine buat sambutan anniversary yang ke-13. Anak-anak request nak belon, tapi rezeki uzayr je yang dapat belon.
Staff AEON tolong ambik gambar.... |
Oleh kerana AEON dekat rumah tak dapat tukar kad dan point, maka Mr.Y ambil peluang tukar point dan kad AEON kepada yang baru. Hasil tukar point dapat lah voucher AEON yang pada pendapat aku banyak gak lah.
Aku berangan nak bergambar dengan voucher...budak kecik pun sama nak menyelit. Photo shoot by Humaira. |
Tak puas hati bergambar dengan ummu, nak jugak sorang-sorang. |
Mak tahu lebih lanjut pasal AEON ewallet, maka kita tengok video youte AEON ni ye..
Khamis, Julai 25, 2019
Blogger Challenge : Day 1~Introduction and your recent photo
Assalamualaikum dan selamat petang.
Pengenalan dan gambar terkini. Secara am, pengenalan boleh tengok dekat about me. Sebagai tambahan, sekarang aku dah berpindah ke Kuala Lumpur dan tidak lagi bekerja sebagai guru KAFA. Kira sekarang jadi fulltime house wife. Bilangan anak pun dah bertambah menjadi empat, 2 puteri dan 2 putera.
Mula berblog sejak 2009. Sekadar suka-suka dengan kawan-kawan kerja asalnya, tak sangka blog ini boleh bertahan sehingga kini. Selain suka menaip dan berangan aku suka juga baca blog-blog lain terutama yang mencerita kisah pengembaraan, traveling, fotografi dan kehidupan. Mana yang buat blog posting banyak pasal review produk aku kurang suka kecuali kalau aku mencari barang tersebut.
Oleh kerana aku minat mengambil gambar, bukan diambil gambar, apatah lagi swafoto. Maka amat susah nak cari gambar terbaru yang aku sendirian.
Gambar ahad lepas.... |
Ok, rasa itu je untuk yang pertama. Next Blogger Challenge : Day 2~Your Current Relationship
Langgan:
Catatan (Atom)