Khamis, Mei 15, 2025
Little Caliph Baby Balm
Selasa, Ogos 06, 2024
Tart nenas resepi nenek Kampong Bharu, KL
Assalamualaikum dan salam semua. Terliur tak tengok tart nenas kita.
Jumaat, Julai 26, 2024
Review: Nafsu @viu
Sabtu, Julai 06, 2024
Berasal dari niat....
Assalamualaikum....
Lama betul aku tak membebel dekat sini. Kali ini aku nak kongsi bagaimana aku kumpul wang untuk sertai ibadah korban. Tahun lepas kami sekeluarga sambut raya korban dekat terengganu, maka aku terfikir lah, dah pernah buat ibadah korban dekat sibu, sarawak semasa menetap di sana, dekat kuala terengganu dah beberapa kali buat. Tapi belum pernah buat dekat Kuala lumpur, memandang kami menetap di KL sekarang..dan tahun 2024 patut raya korban aku sambut dekat KL maka aku pasang niat, kalau ada rezeki nak buat korban dekat KL.
Niat dah ada, masalah mana nak cari income nak kumpul duit nak buat korban ini. Hati kalau boleh tak nak lah pakai duit husband bagi tiap-tiap bulan tu. Nak pakai duit janaan sendiri. Bincang dengan Mr.Y dan dia kata buat tabung dekat Apps maybank. lepas tu tengak berapa seminggu kena masuk tabung. Kalau ikut kiraan tabung tu, seminggu kena masuk dalam RM20. Banyak RM20 bagi surirumah macam aku ni. Masa tu lah aku saja-saja buat trade jual beli dekat LUNO sikit-sikit.... terus dapat idea...cari duit dekat LUNO saja lah. Masa tu, akaun LUNO aku ada dalam RM500 sahaja...Maka aku mula menjana wang korban kat LUNO. Ada minggu dapat untung. ada minggu sama saja. Aku tak berani nak labur RM500 terus tapi aku labur sikit-sikit dalam RM100-RM200...
Kalau orang lain nak kumpul RM800 mudah saja...tapi aku ambil masa hampir 10bulan. Apa pun aku happy sebab ia adalah wang aku sendiri.
You're invited! LUNO
1. Sign up with my invite link 2. Deposit and buy MYR 250 in any crypto (Luno exchange not included) 3. We both get MYR 50.00 free BTC https://www.luno.com/invite/TMMDVYKhamis, Februari 22, 2024
Siapkan mental kalau nak tengok My Happy Ending.....
Assalamualaikum dan salam semua..... siapa dah layan sampai My Happy Ending lakonan Jang Nara sebagai watak utama.
Ringkasan drama ini adalah tentang seorang wanita bekerjaya berjaya dan memiliki keluarga bahagia. Yang secara kasar kehidupan hampir sempurna. Tapi disebalik kesempurnaa yang semua orang nampak wanita ini sebenarnya menghidapi sejenis penyakit iaitu bipolar. Dia sukar membezakan antara imaginasi dan realiti, terlalu mencurigai semua orang dan tidak percaya kepada yang lain. Apabila datang penyakit boleh mencederakan diri sendiri.
Nasihat untuk yang berhajat nak tengok, siapkan lah mental dan jiwa. Boleh naik pening dan sakit otak memikirkan. Kesimpulan cerita ini perlu kepada fokus dan pengahayatan mendalam. Apapun banyak info dan maklumat tentang penyakit mental ini disampaikan secara tak langsung.
Rabu, Februari 21, 2024
Beker ubi kayu by Ulya...
| Bila anak sama naik nak masak. Periuk kukus, kukus bahagian bawah sementara sebelah kita buat kepala santan dan yang mengacau Ulya.... |
Lawatan singkat ke ladang mini ISB, UM
Alhamdulillah tahun lepas berpeluang bawa anak-anak tengok tempat belajar Mr.Y sambil melawat Ladang Mini ISB. Sejak Mr.Y sambung belajar, mereka selalu tanya besar ke tempat abi belajar..kami selalu jawab besar sangat, berkali ganda lebih besar dari sekolah awak-awak. Nanti ada rezeki aku cerita bagaimana penerimaan anak-anak dan ahli keluarga lain apabila bagitahu Mr.Y dapat sambung belajar.
Berbalik kepada lawatan ke ladang mini...anak-anak memang suka dan minta nak datang lagi. Dekat sini mereka boleh bagi haiwan ternakkan makan dan main-main. Kami rancang nak ulang lawat lagi lepas ini. Bayaran masuk hanya dikenakan kepada yang dewasa, kanak-kanak free ok!
Selasa, Februari 20, 2024
Kem Genius Smart Soleh 2023 (KGSS23)
Assalamualaikum dan salam semua. Kali ini nak kongsi pengalaman pertama kali melepaskan anak bujang usia lapan tahun untuk tinggal bersama mak saudara selama beberapa hari. Tujuannya adalah untuk membolehkan Uwais ikut serta Kem Genius Smart Soleh yang diadakan di masjid dekat rumah kakak aku. Awalnya berat hati nak melepaskan, dia sendiri pun taku-takut nak ikut serta. Tapi apabila dipujuk oleh sepupunya, maka adalah semangat dan keberanian dia nak ikut serta dan rela ditinggalkan. Antara aktiviti mereka boleh tengok di video.
Insyallah kalau ada rezeki kami akan hantar anak-anak lagi...
Ahad, Februari 11, 2024
BH Idea: Berjumpa kembali
Apabila anak persoalkan kenapa ummu abi tak benarkan dia membaca novel online - WATTPAD.
Semakin membesar seorang anak makin besar cabaran yang perlu ibubapa hadapi. Adakala tindakkan ibubapa dipersoalkan. Anak-anak sekrang bukan seperti kita zaman 90an dahulu. Kalau ibu bapa kata tidak, iya kan saja..menurut sahaja..Tapi anak sekrang lebih kepada persoalan dan pertanyaan. Jika kehendak tidak dituruti akan ditanya sebab. Jika diberi sebab maka, akan dibandingkan pula.
Kisahnya beberapa bulan lepas kakak humaira bercerita tentang kawan membaca novel online, maka dia pun mintalah kebenaran untuk baca sama. Macam biasa apabila kami buat Family link, apa-apa web yang dia nak buka kena ada kebenaran ibu ayah. Notifikasi untuk kebenaran akan sampai ke telefon ibu ayah. Pada awalnya, suka lah maknya ni. Wah anak ada semangat nak membaca...kena sokong ni... tapi bila buka link tersebut..Eh apa ni cerita semua 70% cerita untuk 18tahun ke atas. Anak aku 12tahun pun belum. Langkah seterusnya kita bincang lah dengan bapa dia, bukan apa kalau anak memberontak, mak boleh kukuhkan hujan dengan pendapat bapa dia. Budak sekarang bukan macam dulu mereka akan tanya kenapa begitu, kenapa begini....
![]() |
| Perbincangan secara whatsapp supaya anak dapat baca. |
Sebelum kami menentang sepenuhnya, Mr.Y kata cuba tengok ada 'parental control' atau tidak sebab ada je novel-novel islamic dan sesuai untuk awal remaja. Jom kita tengok apa kata google..(malas nak cerita panjang...copy paste aja lah.)
- Can you put an age restriction on Wattpad? Wattpad doesn't have parental controls but does have a variety of features to help your teen manage who they interact with and what kind of content they see. Reporting functions help keep themselves and the community safe. (maknanya anak aku boleh habis baca dahulu sebelum aku tahu. Ye aku boleh tahu dengan tengok history apa dia buka dan baca.)
- Should a 14 year old have Wattpad? Unfortunately, while Wattpad can be a source of entertainment and creativity for kids, it's also full of content which is inappropriate for young readers. Through stories on Wattpad, children could be exposed to: Suggestive and erotic content, including sex stories and mature themes. (terang lagi nyata dia kata ada kandungan yang tak sesuai untuk pembaca muda, itu yang umur 14tahun, anak aku hok sulung, 12tahun pun belum).
- Suatu malam dia tanya macam mana bentuk kondom dan apa fungsi kondom. Aku tanya mana dia tahu hal kondom, ok dekat sini kita kena bagi pendidikan awal seks. Al-kisah aku tanya macam mana dia tahu benda tersebut. Dia kata ada kawan perempuan tanya kawan lelaki, "xxx kau tahu tak kondom itu apa?" budak lelaki tersebut terus kemerahan dan malu. Aku tanya mana kawan dia tahu perkataan itu? dia kata kawan baca kat watpad. Bila balik dari sekolah kakak dengan sepupu dia pun buka google dan search barang itu tapi yang keluar semua yang berkaitan termasuk yang tak sepatutnya. Aku tanya apa perasaan bila dapat gambaran dari google, kakak jawab "geli". Maka ummu kata, apa-apa benda yang kakak dengar dari sekolah dan tak tahu tanya ummu dulu, kalau sesuai ummu suruh cari kat google kalau tak ummu terangkan. Kalau ummu tak mampu abi akan terangkan.
- Pada pendapat aku budak sekolah rendah belum sesuai untuk terlibat dan berimaginasi sesuatu yang berunsur cinta kekasih (aku tak reti nak jelas, faham-faham sendiri lah). Bila balik kakak cerita, kawan kata sweet lah kalau lelaki bawa perempuan pergi dinner dan bagi bunga. Kakak pun rasa sweet je, abi pernah tak buat kat ummu tak macam tu. ahahhahaha...aku cakap, usahkan jambangan bunga, bunga sekuntum pun abi tak pernah bagi sebab awal-awal ummu dah cakap dari bagi bunga baik bagi duit, boleh ummu beli apa ummu nak makan. So tak perlu berangan dari zaman sebelum kawen sampai anak dah nak masuk 6, tak pernah dapat bunga. Maka kami gelak sama. Lepas gelak dia tanya, ummu 'love bite' apa? Kawan kata kalau lelaki sayang perempuan akan tinggal kesan 'love bite'. Ya Allah, macam mana ummu nak terang ni....Nasib dia sambung, kesan sweet-sweet pergi dinner dan dapat bunga itu love bite lah kan...Ummu iyakan aja...insyallah one day ummu cerita yang sebenar..jantung nak luruh dengar soalan awak...
![]() |
| Tak menyempat, dalam kereta terus baca. Ummu snap gambar pun tak sedar. |
Itu sahaja perkongsian kali ini. Kita perlu corak pemikiran dan peribadi anak-anak sedaya upaya kita. Jika berlaku sesuatu diluar kawalan, anggaplah ia ujian untuk kita tempuhi. Jumpa lagi.
Selasa, Februari 06, 2024
Resepi kuah sizzling
Assalamualaikum dan salam semua...kali ini aku nak kongsi resepi kuah sizling versi yamanaimy. Idea asal nak belajar buat kuah sizling adalah bila kami sekeluarga keluar dan aku order hot plate mee sizzling. Apabila sampai je makanan aku, semua anak-anak teruja dan sibuk nak merasa. Bayangkan kalau dah lima mulut tambahan merasa seperti makan terus, yang tinggal untuk mak dia hanya cili kering dan cendawan. Lain semua anak-anak sapu. Mak pun makan makanan anak lah jawabnya..kalau order lain membazir pulak makanan mereka.
Esoknya anak-anak cakap tak puaslah makan mee semalam. Boleh order ke tak? Aku suruh mereka kira kos kalau order untuk 7 hidangan berapa kena bayar. Harga satu hidangan dalam RM10, maka untuk 7 orang kena bayar RM70 untuk sekali makan. Kemudian aku tanya kalau beli bahan dan buat sendiri berapa kos? maka cari lah resepi sebab kakak nak tengok apa bahan yang tak ada kat rumah. Kebetulan semua bahan yang nak buat mee sizzling ada kecuali cendawan dan yee mee. Oleh kerana itu, kos tak sampai RM15. Maka kami decide buat sahaja dirumah.
Bukan tak boleh nak order waktu anak-anak minta tapi aku masih nak mereka belajar bahawa
- Jika kita mampu berjimat, kenapa nak membazir.
- Perkara yang kita tak tahu, kita boleh belajar buat dan buat.
- Bukan semua perkara dalam hidup, minta saja terus dapat, adakala kena usaha lebih untuk dapatkan. Dengan cara ini mereka akan lebih menghargai.
- Ia adalah bonding time antara kami sekeluarga. Apabila kakak humaira dan hana sibuk membantu ummu kat dapur, abi akan ambil alih main dengan uwais, uzayr n ulya.
- bawang putih (cincang)
- bawang holand (potong dadu)
- halia (cincang)
- isi ayam (potong kecik-kecik)
- cili kering (buang tengah, potong dlm 2 inci dan rendam dalam air panas)
- kicap manis (banyak mana suka)
- sos tiram (dlm 1-2 sudu)
- kicap pekat (dlm 1 sudu)
- lada hitam (tumbuk, kalaua da serbuk pakai serbuk pun ok - dlm 1/2 sudu kecik)
- kiub ayam
- garam (rasa kuah dulu sbb kicap oekat n sos tiram dah masin)
- cendawan shitake*
- lada benggala*
- fish ball*
- fish cake*
- sawi jepun/atau apa2 daun hijau - bayam brazil pun sedap
- telur
- yee mee/kuew teow/nasi/mee suah/apa2 bahan karbohidrat.
- minyak untuk tumis
- tepung gandum 1-2 sudu (bancuh dalam air)
- Tumis bawang putih dgn halia sampai naik bau, masukkan lada kering, tumis sampai cili nampak mcm garing sikit, masuk bawang holang, tumis lagi sampai bawang holand layu.
- Kemudian masuk ayam, dan bahan bertanda*. masak sampai mcm sikit garing. pastu masuk kicap pekat, kicap cair, sos tiram, biar pecah minyak sikit baru masuk air dan kiub. tunggu kuah gelegak baru masuk air tepung. agak-agak saje. time ni jika kuah tak pekat sangat tak apa.
- perasakan garan gula dan lain2... biar masak atas dapur dlm 5-10 minit boleh tutup api.
- Seterusnya ambil kuali bersih lain, kalau boleh kecik je.. panaskan kuali, senduk kuah tadi dulu (isi dia biar dulu), letak yee mee, curah kuah sikit atas yee mee, pecahkan telur kat tepi, letak sawi sebelah telur, tutup kuali jab bg telur half cook. dlm 1-2 minit je. dah siap masuk mangkuk. pastu masukkan isi dalm kuah kat dlm mangkuk tadi.
![]() |
| Nenek perut nasi, maka kita buat nasi sizzling lah. |
Isnin, Februari 05, 2024
Shiena Sign in to CCAM 2023!
Assalamualaikum dan salam semua. Ini kisah 6 bulan lepas apabila kakak ipar kita minta buatkan video dia untuk masuk award CCAM2023. Mula-mula dengar dia cakap itu, aku memang blur giler sebab tak tahu apa kebenda CCAM. Maka bila nak buat video untuk pertandingan, kena lah tahu juga apa dia CCAM. So kita google lah sikit-sikit.... dan tahu lah yang ia adalah organisasi yang bagi penghargaan untuk mereka yang bekerja berkaitan service pusat panggilan. Lama sangat tak mengarang aku rasa kekok lah nak menaip.
Berikut adalah video yang aku buat dalam keadaan serba kekurangan. Walaupun dah lama jugak, tapi tetap nak letak sini. Inikan pengalaman dan pengetahuan baru.
Rabu, Januari 03, 2024
Selamat Tahun Baru 2024
Assalamualaikum dan salam semuanya...lama sangat tak menaip kat blog ni. Domain blog pun aku tak renew..maka ia kembali kepada blogspot.com. Banyak sangat kisah terjadi sepanjang 2023. Semua kisah sama ada suka atau duka ada pengajarannya. Apa pun aku ucapkan selamat menyambut tahun baru buat semua....
Jumaat, Jun 02, 2023
Bila suami buka pintu kereta untuk isteri.....
"seorang lelaki buka pintu untuk seorang wanita sama ada itu adalah kereta baru atau mungkin isteri baru. "
Rabu, Mei 31, 2023
Macam mana urus anak-anak ketika di luar?
Hai, asslamualaikum semua. Lama betul tak bersiarankan. Semejak bermula sesi persekolahan 2023, aku terlalu sibuk uruskan anak-anak dan rumah. Alhamdulillah, tahun ini empat daripada lima anak dah bersekolah. Rutin aku bangun jam 5pagi, siapkan sarapan dan bekal, pukul 6 kejut anak-anak dan siapkan diri. Jam 7pagi setelah yang sekolah rendah pergi, baru kejutkan Uzayr untuk ke tadikan permata islam MAIWP. Adakala bawa ulya bersama jalan kaki hantar abang uzayr. Jika aku berseorangan aku akan singgah pasar untuk beli lauk pauk andai kata dah kering atau ada permintaan dari mak. Balik rumah, buat itu ini....jam 1ptg, aku akan berjalan kesekolah untuk mengambil uwais dan wawan. Jam 1.45petang aku akan tunggu kakak humaira, kakak sumayyah dan kakak hana di depan jalan, sekadar nak memastikan mereka selamat melintas jalan besar yang kereta tak pernah surut. Jam 2.15petang aku akan menjadi pemandu anak-anak ke sekolah agama pula, selalu uzayr dan ulya akan ikut sebab mereka suka naik kereta. Balik rumah kita buat apa patut., tunggu jam 5petang akan bergerak jalan kaki ke sekolah agama untuk ambil anak-anak. Selalu waktu ini ulya dan uzayr masih tidur petang. Aku akan minta tolong nenek mereka tengok-tengokkan. Malam aku dan Mr.Y akan jadi guru pembantu yang membantu anak-anak siapkan kerja sekolah. Kiranya jadual harian sangat penuh, waktu untuk berblog dan berniaga atas talian amat terhad apabila Ulya jenis mak bangun dia bangun. Bila dah macam itu, aku dalam dilema nak renew domain blog atau tidak..... nanti lah kita fikirkan.
Berbalik kepada persoalan di atas... menjadi kebiasaan pada keluarga kami untuk bawa anak-anak buat morning walk setiap hujung minggu. Aktiviti ini kami mula buat selepas Uwais masuk wad akibat asma. Oleh kerana paru-paru uwais sempit, doktor cadangkan dia selalu pergi berenang tapi anda faham-faham sahajalah persediaan agak leceh pada aku dan kalau kita hire jurulatih renang, kos menjadi persoalan utama. Kami tanya ada cadangan lain yang lebih murah tak doktor, doktor kata banyakkan berjalan pun ok. Setiap kali kami berjalan hujung minggu dengan anak-anak akan ada yang tanya, tak ada yang buat perangai ke? semua bagi kerjasama ke? Ye lah dah jauh berjalankan... JAWAPANNYA.......TIDAK SENTIASA LANCAR TAPI MASIH TERURUS.
Konsep yang kami suami isteri guna, bagitahu anak-anak malam sebelum tidur nak buat aktivit berjalan esok pagi, maka selepas solat subuh mereka kena bersiap termasuk sarapan pagi. Walaupun kadang kala tak tahu kemana hala tuju kaki akan melangkah, setidak mereka dah ada persediaan mental. Apabila bagitahu nak buat aktiviti berjalan kaki, kami akan remaind tentang kelakuan dan keselamtan termasuk permintaan. Permintaan yang selalu anak-anak buat apabila berjalan adalah nak makan kedai...dan apa yang aku cakap "kita jalan dahulu, kalau tak sempat nak balik makan rumah baru makan kedai tapi kalau sempat, kita akan makan kat rumah." selalu mereka faham bab ini walaupun adalah yang minta nak air kotak tengah-tengah jalan. adakal kami belikan, adakala kami suruh mereka minum air kosong yang dibawa sahaja. Apabila mereka buat perangai lebih-lebih kami akan ingatkan balik apa yang diberitahu sebelumnya, jika meragam tak nak jalan...kawasan selamat..kami akan buat jalan macam biasa, mereka nampak kami tak ambil pusing ragam mereka, mereka akan berlari datang dekat juga. Kalau kawasan tidak selamat untuk buat tak layan ragam mereka, Mr.Y akan pakai kuasa garang bapa, tak perlu buat apa pun, sekadar besarkan sedikit mata dia yang sepet itu pun anak-anak dah gerun. So senang, semua akan behave.
Kesimpulan macam mana urus anak diluar adalah set minda mereka, tegas tapi fleksibel.
Khamis, Mac 02, 2023
Kesilapan dalam solat yang sering terjadi
Assalamualaikum. Rukun solat ada 13 dan terbahagi kepada 3bahagian iaitu qauli, fi'li dan qalbi. Macam biasa kena laksanakan semua rukun baru sah solat. Apa yang sering terjadi, kita ingat dah sempurna rukun qauli dengan bacaan yang betul tapi tak. telinga sendiri pun tak dengar apa kita baca.
Semoga perkongsian bermanfaat....
Rabu, Mac 01, 2023
Short Trip to Muzium Negara Malaysia
Assalamualaikum dan salam semua. Alhamdulillah, hajat nak bawa anak-anak melawat muzium negara malaysia, akhirnya tercapai. Lama simpan hajat ini tapi setiap kali nak pergi mesti ada hal. Isnin lepas selepas siap makan tengahhari, kami sekeluarga pergi muzium menaiki pengangkutan awam.
Sebenarnya dekat saja Muzium Negara dengan rumah kami, jalan kaki dalam 30-45 minit sahaja, tapi kami bawa anak-anak kecil tak sesuai sangat nak jalan kaki. Nanti nak jalan kat dalam muzium lagi.
Sekitar jam 2.30petang kami bertolak dari rumah menaiki kereta menuju ke LRT Kampung baru. Sampai di LRT kampung Baru, Mr.Y pun belilah token nak naik train. Harga token RM2.20/person. Kami perlukan empat token sebab Mr.Y dah ada pas perjalanan bulanan LRT (pergi kerja balik kerja naik LRT). Dari Lrt Kampung baru kami tukar kepada MRT di stesen Pasar seni.
![]() |
| Budak lelaki duduk dengan abi. |
![]() |
| Budak perempuan duduk dengan ummu (tapi ummu tak ada dalam gambar) |
Ini pengalaman pertama aku naik MRT. Kalau aku pengalaman pertama, mesti anak-anak pun sama. Hanya satu stesen dari Mrt Pasar Seni ke MRT muzium Negara.
Keluar dari MRT Muzium Negara, belok kanan dan sampai Muzium.
Kami melawat senua galeri. Oleh kerana ada kanak-kanak riang, kakak humaira tak sempat baca semua info dekat artifak. Maka ummu kata, kakak snap photo. Nanti kat rumah baca. Kita boleh ambil gambar dengan syarat kita matikan Flash camera.
![]() |
| Ulya dah mula penat, ummu umpan makanan, lepas makan terus bertenaga balik. |
![]() |
| Banyak betul benda nak di tanya oleh dua dara ni. |
![]() |
| Konon bergambar depan pintu istana lah ni. |
![]() |
| Uwais, hana dan Uzayr siap beratur nak main Puzzle digital dekat galeri A |
![]() |
| Laluan berkaca... |
![]() |
| Adik-adik sibuk main Puzzle dia, sibuk membaca, snap photo dan bergambar...mangsa yang kena ambil gambar dia, ummunya lah. |
Selasa, Februari 28, 2023
Iklan biskut raya dah dimana-mana
Assalamualaikum, asal buka FB je nampak orang iklan pre-order biskut raya. Alahai ini nak kena ejas iklan tahun lepas...tak nak lah jadi FOMO kan. Last year kami jual Almond crispy dan cornflaks crunch RM28 sebotol. Tahun ini harga naik jadi RM30 sebotol kerana kenaikkan harga barang.
Kita borak dengan supplier biskut raya semalam. Katanya, harga barang naik banyak sangat, terasa sangat. Tapi nak naikkan harga tinggi-tinggi kesian dekat cutomer, maka sebolehnya diminimunkan harga jualan.
Aku akui yang harga barang naik banyak sekarang, jika beberapa bulan lepas perbelanjaan dapur kami sekitar RM1200 sebulan tetapi semenjak beberapa bulan ini ia meningkat kepada RM1500-RM1600 sebulan. Kita beli untuk makan harian terasa peningkatan, bayangkan peniaga yang beli dalam kuantiti banyak tapi masih terasa kesian kepada customer untuk naikkan harga.
Maka bakal-bakal customer dan customer sedia ada, jangan komplain kalau harga kuih naik. Kita saling sokong menyokong ye...
Sabtu, Februari 25, 2023
La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by Anies
| Klik Banner untuk join |
Assalamualaikum dan salam semua. tengah syiok blog walking nampak post mama pipie pasal GA by anies ni. Ok kita join.
Anies minta kita tag 3 rakan blogger, maka 3 rakan blogger yang menjadi pilihan kita adalah Shafyqah Azahar, Sha Mohamed dan LZ.
Tarikh akhir GA pada 28 febuari 2023. sempat lagi kalau nak join...jemput semua memeriahkan majlis.





.jpg)
















