Sabtu, Jun 27, 2020

Bila kita ada niat, Allah akan tunjukkan jalan....

Baru-baru ini Mr.Y kenalkan satu e-book serikandi saham. Bila sebut serikandi aku terus terbayang pejuang wanita. E-book ini adalah kit permulaan bagi mereka yang tak pernah belajar atau tahu pasal saham. 



Sebelum ini Mr.Y pernah suarakan untuk aku sertai mana-mana seminar asas tentang pelaburan dan perniagaan, aku sendiri pun sebenarnya ada berhajat untuk belajar semua itu tapi yang sering menjadi kebimbangan aku adalah dengan siapa aku nak tinggalkan anak-anak (bukan aku je aku rasa, semua surirumah sepenuh masa rasanya). Jika kelas dibuat pada hujung minggu boleh tinggalkan dekat Mr.Y (kalau dia tak ada hal), tapi kalau kelas, seminar atau kursus memakan masa 3-4 hari, kena kerja, dekat siapa aku nak tinggalkan anak-anak. 

Bukan tak boleh aku nak tinggalkan dekat mak, tapi arwah cik berpesan....jangan tinggalkan anak-anak lama-lama dekat ibubapa sendiri ataupun ibubapa mertua. Jika nak tinggal setakat dua atau tiga jam bolehlah. Tapi jangan lupa beli sedikit buah tangan untuk mereka sebagai hargai jasa mereka. Ibubapa kita telah penat menjaga kita sewaktu kecil, usia tua mereka untuk mereka nikmati apa yang mereka suka dengan kudrat yang mereka miliki. Macam mak suka memasak, maka dia akan memasak dan edarkan masakan kepada jiran-jiran. Arwah cik dulu pula suka pergi kelas-kelas belajar. 

Sebenarnya, aku pernah beberapa kali kena tegur dengan Mr.Y sebab cakap nak tinggalkan anak-anak sementara dekat mak. Ayat dia memang makan dalam, "awak ingat mak tu orang gaji ke nak tinggal anak lama-lama untuk dia jaga, ingat pesanan cik jangan tinggal anak-anak lama-lama dekat mak bapak." Bila dia bagi ayat itu, aku diam dan batalkan niat lah nak buat apa-apa yang makan masa lama. Jika urusan itu penting dan aku tak boleh buat pada hujung minggu, maka Mr.Y akan ambil cuti. 

Bila kita telah ada niat, dan kita cuba untuk berusaha untuk memenuhi niat tanpa melukakan mana-mana pihak. Allah pasti dengar masalah kita. Dalam kes aku, Wahed invest menjadi pentas pertama untuk aku melabur tanpa perlu kaji trend naik turun pasaran saham, Ini kerana Wahed invest adalah robo advisor. Aku ada cerita dekat sini kenapa aku sertai wahed invest.

Wahed invest adalah pelaburan halal patuh syariah, Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100.Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus penyertaan.Untuk tempoh masa terhad 21-28/6/2020 wahed invest memberi bonus sebanyak RM40. Kod Jemputan: norbin136

Bila dah mula melabur dalam wahed dan nampak kelebihan pasaran saham, maka niat dan perasaan nak belajar tentangnya bertambah kuat. Maka Allah temukan aku dengan e-book srikandi saham melalui Mr.Y. Bahkan semua urusan pembelian e-book ini dilakukan oleh Mr.Y, dia tahu kalau suruh bini dia ni, makan masa lama nak dapat. Apabila bahan dah ada didepan mata, apa lagi bacalah.

Melalui e-book ini banyak benda aku dapat belajar disamping kos yang lebih rendah dikeluarkan. Jika aku sertai mana-mana seminar maka aku kena keluarkan kos yang lebih mahal. Pendaftaran seminar saham asas sahaja boleh cecah beratus. Selain itu aku boleh baca bila aku ada kelapangan (kena pandai cari masa lapang ye, sebab kerja surirumah tak akan pernah habis, lagi-lagi kalau anda buat bisnis sendiri). 

Beli ebook dengan link saya di bawah.
Ayuh segera dapatkannya!






4 ulasan:

  1. betul mak ayah ni kalau anak mintak tlg tgkkn cucu mmg accept je..tp kesian mereka tak de masa nak rehat.masa muda da jaga kita da berusia jaga cucu pulak.. srnk baca yamanaimy cerita pasal pelaburan..sekurangnya ummi ada ilmu sikit pasal pelaburan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, memang niat asal bercerita untuk berkongsi ilmu...semoga bermanfaat...

      Padam
  2. Tak dapat pi seminar dan class pun ok dah dengan adanya Ebook.

    BalasPadam
  3. Setuju! Niat tersangatlah penting untuk buat sesuatu sampai jadi.

    Tanpa Niat, sia sia je lah .. Rugi kan? ..hmmm

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik