Ahad, Februari 27, 2022

MINI GIVEAWAY SS 2022

 


Ini adalah give away kedua yang aku sertai pagi ini....Kenapa nak join GA by SS nie?

Mula-mula nampak banner....wow menarik nya.....

Baca syarat dan hadiah... makin menarik....

Nak join sila lah klik banner kat atas...

Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.com


 

Assalamualaikum dan salam semua. Hari ni nampak ada rakan blogger join give away kereta lembu dari melaka. Sebagai tanda menyokong giveaway dari sahabat blogger maka kita join. Jika ada yang berminat nak join sila klik banner kat atas. 

Bagi ulat buku, hadiah dia amat menarik...iaitu buku dan 2 pemenang akan dipilih.

Rindu pada yang tiada... hanya doa pengubatnya...

Assalamualaikum dan salam semua.. Bila datang rindu pada yang telah tiada...hanya doalah pengubatnya...




Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka; Perindahlah ucapanku di depan mereka; Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab hilngnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. Tetapi jika sebalikn ya, maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Jumaat, Februari 25, 2022

Alasan dan kejayaan......


 Assalamualaikum dan salam semua. Ada yang menjadikan alasan sebagai faktor kejayaan manakala ada orang menjadikan alasan sebagai faktor kegagalan. 

Apabila kita besarkan alasan yang ada, maka kita melambat dan menghalang kejayaan sendiri.

Rabu, Februari 23, 2022

Print A3 poster dekat TayTrading - Murah, senang dan cantik

Assalamuualaikum dan salam semua. Dalam hidup kena ada visi dan perancangan. Sebelum masuk awal tahun 2022 lagi aku dah mula buat vission Board. Tapi ada beberapa kali perubahan setelah dibincang dengan Mr.Y.  Apabila dah siap, duk mencari mana yang print cantik dah murah. Maka survey dekat shoppee...jumpa tay trading.
Proses nak boleh ke siap simple je... beli kat shopee, nanti mereka akan minta kita email art work yang nak dicetak. Lepas dapat terus lah dicetak dan pos.

Keadaan yang sampai lepas buka plastik hitam
Sticker nama dan nombor senang nak tampal dekat pamphlet

Vision board buat beberapa keping, satu tampal bilik kerja, satu bilik tidur dan satu lagi dekat mana tahu. Yearly planner pulak adalah perancangan bulanan dan akhir seklai ada weekly planner untuk anak dara kita.