Khamis, April 02, 2020

Pendaftaran i-akaun KWSP

Kalau semalan aku share macam mana nak buat pengeluaran wang akaun 2 KWSP. Maka mudahlah bagi yang dan ada i-akaun untuk keluarkan. Bagi yang tak ada i-akaun macam aku ni, mula lah rasa agak susah nak keluarkan. Hari ini buka Facebook ada yang kongsi macam mana nak buak i-akaun...mudah sahaja...pilih salah satu...

Baca Juga: 

Get Vase - dapat duit dengan jawab kaji selidik


  1. Pergi ke kiosh dapatkan nombor pin
  2. pergi ke kaunter KWSP
  3. download borang dan hantar e-mail.
Oleh kerana sekarang musim perintah kawalan pergerakan maka aku pilih nombor 3 dahulu. Download borang dan hantar email. 

Borang boleh download disini 


Baca Juga: 


Jom isi dahulu...tapi bagi yang tak nak buat i-akaun boleh sahaja nak download borang pengeluaran kwsp dan hantar borang melalui pos atau email. Borang pengeluaran KWSP i-lestari di sini.

Get Vase - dapat duit dengan jawab kaji selidik

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sebenarnya dah lama aku join get vase ini tapi malas nak menjawab kaji selidiknya sebab aku masih ragu-ragu dengan pembayaran yang diberikan. Betul ke dia bagi duit kalau jawab. Oleh kerana beberapa minggu lepas aku tengok satu posting kawan blogger kata boleh jana duit dengan jawab kaji selidik, maka start dari situ aku cuba jawab setiap kali dapat e-mail untuk jawab kaji selidik. setelah point terkumpul sekitar rm3 maka aku cuba buat keluar...pada aku, baik cuba mana tahu dapat kalau tak dapat tak lah aku membazir masa menjawab kaji selidik setiap kali dia emailkan.

Malam ahad lepas Mr.Y tanya aku, kenapa ada pertambahan RM3 dalam akaun awak ini. Duit apa RM3? ada refund barang apa-apa ke? Aku pun check lah...rupanya get vase dah masukan duit....



Memperkenalkan kepada rakan-rakan anda untuk menyertai Vase dan memperoleh 1000 Vase Points* (RM1.00)* untuk setiap rakan yang telah melengkapkan kaji selidik pengenalan.

Anak sulong----

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa kat sini anak sulung? Dalam keluarga anda, adakah anak sulung seorang perempuan atau seorang lelaki. Dalam keluarga aku anak sulung adalah perempuan manakala dalam keluarga Mr.Y pula anak sulung adalah lelaki. Dalam keluarga kecil Yamanaimy pula, anak sulong adalah anak perempuan iaitu kakak humaira.

Pada pendapat aku anak sulong tak kira lelaki atau perempuan perlu ada ciri-ciri berikut:
  • Melindungi
  • Tegas dan berani
  • Membantu
  • Mengarah 

Melindungi
Oleh kerana dia memiliki adik-adik, maka dia perlu lebih melindungi adik-adik daripada dibuli atau mengambil langkah yang salah. Bukan sekadar melindungi adik-adik tetapi anak sulung juga bertindak sebagai orang penting dalam melindungi kebajikan orang tuanya.

Tegas
Ada anak sulung yang tak tegas, apabila tak tegas maka senang dibuli oleh adik-adik, jangan kata nak lindungi adik, diri sendiri pun belum tentu berjaya dilindungi. Apabila dia merasa sesuatu itu bagus untuk orang sekeliling maka dia perlu nyatakan ketegasannya tanpa berbelah bagi.

Membantu
Siapa kata anak sulung pandai beri arahan sahaja. Anak sulung perlu menunjuk contoh yang baik terutama kepada adik-adik. Adakalanya kita tak perlu minta tolong untuk dibantu mereka dah membantu.

Mengarah 
Tak ada orang suka diarah tetapi mengarah adalah salah satu ciri utama anak sulung. sikap mengarah perlu dikawal kalau tidak ia akan menguasai diri.

Ini waktu kami naik tren ke kinrara...

Rabu, April 01, 2020

Pengeluaran i-lestari Kwsp Akaun 2 menggunakan aplikasi i-akaun



Video di atas menerangkan persoalan lazim tentang pengeluaran i-lestari. Bagi yang telah ada i-akaun boleh ikuti cara berikut untuk pengeluaran.


Everyone has a secret


Assalamualaikum dan selamat pagi. Setiap orang pasti mempunyai rahsia yang tidak ingin diketahui oleh orang lain. Kenapa ia perlu dirahsiakan....pasti alasan tersendiri, tetapi kebanyakkan rahsia di sembunyikan bagi menjaga silatuhrahim.

Apa rahsia anda?

Tahniah DIn & Wani - Pernikahan Conv-19

Assalamualaikum. Alkisah kami adik beradik yang jauh ini teruja lah apabila adik nak kawen. Adik lelaki pertama kot dalam keluarga yang akan menamatkan zaman bujang. Tetapi apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, semua kami adik beradik perempuan tidak dapat pulang ke kampung.

Ayah adalah orang yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan kami balik atau tidak. Hakikat hati kami meronta nak balik tapi dalam masa sama kami risau andai kami menjadi pembawa virus. Kami sedar kami berada di kawasan zon merah bagi virus conv-19. Setelah beberapa perbincangan kami lakukan, maka ayah bersuara,

"mung sema pakat dop payah balik lah, kan balik ramai-ramai gi majlis kena halau dengan tok kodi je, hok nok kawen ni dop apa lah...tetap nikoh gok, wali saksi sema ada dah sini. Mung sema duk rumoh masing-masing diam-diam. Nanti ayoh kabo ke din, insyalah faham din tu."

Walaupun ada yang bersuara minta di tangguhkan dengan alasan tak kan tak nak tengok adik kawen, tapi apabila kami adik beradik sebulat suara mengatakan teruskan sahaja pernikahan maka mereka tidak mampu berbuat apa. Kami tangguh majlis kenduri.



Jumaat, Mac 27, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order)

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order) telah dilaksanakan di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Ini susulan jumlah kes positif yang tinggi di dua kawasan tersebut.

Perintah ini berkuatkuasa tengah malam ini 27 Mac - 9 April 2020.

Tindakan PKPD ini bertujuan membendung jangkitan COVID19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut.

Dengan pelaksanaan PKPD;

-penduduk dan pelawat yang telah berada di kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan.

-bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan.

-semua aktiviti perniagaan dihentikan.

-makanan asas akan dibekaljab kepada semua penduduk oleh JKM

-pangkalan perubatan akan dibuka di kawasan PKPD

-semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup

-PDRM, ATM, APM, dan RELA akan mengawal seluruh kawasan. 



Rabu, Mac 18, 2020

Jenazah Mangsa Conv 19 pertama malaysia selamat dikebumikan malam tadi



Assalamualaikum, anda dah tengok video di atas. Begitulah cara penanaman jenazah mangsa conv 19. Pengamal media dan orang awam kena berada 50meter dari jenazah, manakala pengurusan dilakukan sepenuhnya oleh pihak kesihatan. 

Bayangkan kalau kita balik kampung jumpa mak ayah, kita tak sedar kita adalah pembawa, semalam balik kerja kita buat panic buy, lepas itu berkumpul ramai-ramai depan balai polis sebab nak dapat kelulusan keluar negeri. Sewaktu itu kita masih sihat dan belum dijangkiti. Tetiba beberapa hari dekat kampung, kita tunjuk simptom...masyallah dah ler adik beradik semua pakat balik juga, bukan kita dengan anak bini sahaja. Mak ayah ada penyakit kronik. Maka kita pun pergi hospital terdekat untuk buat saringan conv 19. keputusan adalah positif.

Daripada kita sihat tak ada apa-apa dah dapat penyakit...dedah pulak kepada ramai orang. Andai kata ada kematian kerana kita yang bawa, sanggup ke simpan rasa bersalah sepanjang hayat. Meraunglah kita sorang-sorang tak dapat tengok wajah-wajah kita sayang buat kali terakhir. Bukan setakat tak dapat mandikan, bah kan nak solat jenazah berjemaah pun kita tak dapat. Apa lagi bakti kita yang terakhir buat insan yang kita sayang..adakah bakti terakhir membawa balik Conv 19.

Selasa, Mac 17, 2020

Kenapa 14hari

*TOLONG BACA _&_ TOLONG SEBARKAN🙏🏻*

*🙋🏻‍♀c'da💁🏻‍♀*
_SELAMATKAN MALAYSIA🇲🇾_



Salam Sejahtera;

Murid sekolah diCUTIkn *14 hari*, sayangnya banyak orang yg tidak memahami.

Kenapa *14 hari* dan untuk apakah *14hari* tersebut❓

*14 hari* itu sangat penting dan marilah kita patuhi *14hari* itu.

*14 hari* itu mampu menghentikan *PENYEBARAN Covid-19.*

*14 hari* itu mampu menyelamatkan ribuan orang.

*MENGAPA❓*👇🏻


Penjelasannya demikian :

-Jika seseorang itu disyaki pembawa Covid-19, maka dia akan dikuarantin selama *14 hari,* jika tiada apa yg terjadi, maka orang itu selamat & bebas dari Covid-19.

-Cuti *14hari* dapat menghentikan kitaran Penularan Wabak Covid-19 drpda terus merebak JIKA KITA SEMUA MAMATUHI *14hari* tersebut.

*Contoh,*
Seorang murid mula cuti 16mac selama *14 hari,*
dia akan mula keSekolah pada hari ke-15.

Seandainya, hari ke-10 murid itu berjalan² ke kawasan yg berisiko dgn Wabak Covid-19, mungkin pada *hari ke 14/15* belum ada tanda² dia sakit, tetapi dia sudah membawa Covid-19 di tubuhnya dan *berpotensi menjangkiti* andai dia masuk sekolah pada hari ke-15.

Maka *14 hari* cuti sekolahnya itu, tidak ada guna jika penularan terjadi juga di sekolah, efek domino akan berlangsung, rantai penularan tidak akan terputus.

*Untuk itu, semua orang harus bekerjasama*, semua warga MALAYSIA🇲🇾 harus membantu, iaitu patuh untuk tidak kemana² dalam tempoh *14hari* itu kecuali untuk hal yang sangat perlu.

Waktu *14 hari* itu,
berguna untuk saling memantau, jika ada orang yg menunjukkan gejala² serangan Covid-19,
mohon segera ditangani dan penularan dihentikan daripadanya.

Jadi, *mari kita mengisolasi diri,* untuk diri sendiri dan orang lain,  mungkin juga dalam skala besar untuk umat manusia.

Mohon bantu jelaskan kpd orang lain, supaya semua patuh dan pemerintah akan terbantu untuk _stopkan_ penularan Covid-19.

*jika tidak,* CUTI *14hari* itu akan SIA², malah CUTI *14tahun* pun tidak akan dapat menghentikan penyebaran tersebut.

Semoga kondisi dunia akan pulih.

*_🙋🏻‍♀💁🏻‍♀_*
Bantu sebarkan🇲🇾
Jangan info ini, berhenti di _ANDA...._

RINGKASAN APA YANG DIBUKA DAN DITUTUP-Perintah kawalan pergerakkan

RINGKASAN APA YANG DIBUKA DAN DITUTUP

 1. TESCO, Giant, Aeon, Segi Fresh, Econsave, Kedai Shell Select, 7 Eleven, 99 Speedmart , KK Mart , kedai runcit Pak Abu, kedai runcit Aceh, Kedai runcit Ah Seong, Kedai Runcit Muthu dan Semua kedai runcit jual barangan keperluan -- BUKA

 2. Telekom, Pejabat Pos, TNB, Air, Balai Polis, Balai Bomba, Klinik gigi, klinik ibu mengandung, Bank, Bursa Saham -- BUKA

 3. Taman Tema, Kasino, kolam memancing, Kelab golf, Bowling, Panggung Wayang, FUTSAL, bar, pub, kelab sosial, kelab malam, rumah urut -- TUTUP

 4. Workshop, kedai gunting, Kedai Lampu, Hari Hari, Ten Ten, Kedai aksesori Abang, Kedai basikal lajak, Rest Mamak Maju, Kedai makan nasi campur, warung, restoran, -- TUTUP

 5. Birthday party, Jamuan dah Pencen, Family day, Pot Luk, Kenduri kahwin, Kenduri Doa Selamat,kenduri bersunat, kenduri akikah, kenduri cukur jambul, kenduri arwah -- BATAL

 6. Habib Jewel, Perodua Showroom, Kedai Photostate, Kedai Berhantu Eco, Kedai handphone, kedai gadget, kedai hardware, kedai baja, kedai racun tikus dan perniagaan yang sewaktu dengan diatas -- TUTUP

 7. Pejabat LHDN, pejabat SSM, Pejabat PTPTN,pejabat kadi, dan semua yang berkaitan  -- TUTUP


 8. Crematorium, kubur, klinik, farmasi Guardian, Watson, dan sewaktu dengannya-- BUKA

 9. Kedai baju, kedai handbag, kedai kasut, kedai reflexology, Kedai Jamu Terlajak Laris -- TUTUP

 10. Kedai nombor ekor, kelas Zumba,  spa, gymnasium -- TUTUP

11. Surau, Masjid, Bilik Solat --TUTUP kecuali Pintu Taubat BUKA

12. Tol -- BUKA bila dah bayar, TUTUP kalau tak bayar