Khamis, Februari 06, 2020

Corona Virus vs Sajat buat umrah

Assalamualaikum dan salam semua. Beberapa minggu kita di tularkan dengan perkembangan virus corona atau virus wuhan. Tetiba ketularan virus ini di media sosial jatuh akibat tularnya seorang individu yang dikatakan lelaki tapi mengaku diri adalah perempuan menunaikan umrah.

Nampaknya isu muhammad sajat menunaikan umrah lebih menarik perhatian netizen buat masa ini. Adakah kerana netizen telah bosan dengan isu virus corona atau netizen lebih berhati-hati dalam mengulas kenyataan berkaitan isu ini. Hakikat aku sendiri takut nak mengulas lebih pasal corona virus takut menyampaikan maklumat yang salah. Jangan main-main..sekarang boleh kena tangkap kalau sebar berita palsu berkaitan isu kesihatan.

Mana yang benar kita sampaikan, mana yang salah kita kita betulkan. Jadikan media sosial sebagai wadah kita merapatkan silatuhrahim dan menambah ilmu pengetahuan.

Rabu, Februari 05, 2020

Perjalanan Umrah Mr.Y dan bonda part 1

Tahun 2020 sangat bermakna buat Mr.Y kerana hasrat sekian lama nak bawa bonda menunaikan Umrah terlaksana. 

Mr.Y menunaikan umrah dengan pakej daripada Baheej Travel & Tour yang bernilai lebih kurang RM7k. Perjalanan bermula 23/1/2020 sehingga 3/2/2020.

Berikut adalah perkongsian gambar bahagian pertama....

Tujuan aku letak sini adalah untuk berkongsi dan menambah semangat kita yang belum sampai dan semangat bagi pergi lagi bagi yang dah pernah sampai.

Ahad, Februari 02, 2020

Selawat Tafrijiyah, bagus diamalkan

Beberapa hari lepas, adik aku kongsi video selawat tafrijiyah oleh UNIC. Maka aku dengar Bersama Uzayr...bagus juga lantunannya. Sebenarnya dekat you tube banyak saja, search sahaja.

apa faedah dan kelebihan amalkan selawat ini aku sendiri tak pasti. Mereka kata dapat mengeluarkan dari keadaan sukar.



Sabun cacing....

Assalamualaikum…. selalu aku dengar dan tahu adalah ubat cacing. Hari ini pertama kali dengar sabun cacing. apa yang terlintas dekat kepala aku adalah….bagaimana sabun yang dipakai diluar boleh merawat cacing yang berada dalam perut.

Sebenarnya penjualan sabun ini banyak je dekat shoppee...ok rasa nak cuba lah satu..mana tahu keluar cacing besar…

Ada yang pernah cuba ke?

Sabtu, Februari 01, 2020

Boboiboy Fussion vs Dragon Balls Fussion

Assalamualaikum dan selamat pagi. kalua sebelum ini aku ada ulas tentang persamaan babak antara Ejen Ali The Movie dengan Naruto Shipuden dengan tajuk Ali & Aliya vs Naruto & Kushina. Kali ini aku nak berikan persamaan Teknik Fussion antara Boboiboy dengan Dragon Balls.

Kedua-dua menggunakan Teknik gabungan dua individu yang berbeza. Apabila bergabung maka kuasa mereka bertambah.


Boboiboy
  • Boboiboy ice + Boboiboy Blaze = Boboiboy FrostFire
  • Boboiboy Quaje + Boboiboy Ice = Boboiboy Glacier
  • Boboiboy halilintar + Boboiboy Solar =Boboiboy Supra
Dragon Balls

Goten + Trunk = Gotrunks
Bezita + Goku = aku tak pasti.