Ahad, November 10, 2019

Terlayan gegar vaganza pulak...

Entah macam mana malam ni boleh terlayan gegar vaganza pulak. Sebenarnya aku tak pernah ambik port pun sejak program gegar vaganza ni bermula. Malam ni Mr.Y dengan baik hati buka program gegar vaganza live dekat you tube. Maka sambil lipat baju kita enjoy lah lagu-lagu lama.

Banyak kenangan lama muncul di minda apabila lagu-lagu lama dimainkan balik. The best part is...Datuk yusof haslam berselisih pendapat dengan bonda hetty kus endang.

Baju jihan musa malam ni cantik. Baju nabil aku tak berkenan.




Dialog Kualiti Kemenjadian Murid siri 2/2019



Dialog Kualiti Kemenjadian Murid siri 2, Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu telah diadakan pada 5 november 2019. Oleh kerana Uzayr tidur awal hari tersebut maka awal lah ummu pergi sekolah kakak humaira.  Gambar kat atas ayah Sumayyah tengah jumpa cikgu. Itulah cikgu Nasuha, Guru kelas Kakak Humaira.

Baca Juga: hari bicara akademik

Masa tahu ada dialog kualiti, macam-macam hal bermain dalam kepala ummu. Tapi tak apalah kita simpan tepi bagaimana perkembangan kakak Humaira di sekolah. Apa yang nak di tekan disini adalah kepentingan sahsiah pelajar. Zaman kita dulu hanya perkembangan dan penilaian akademik yang dilakukan, manakala perkembangan sikap dan sahsiah pelajar tidak dilaksanakan. Kira suatu yang bagus apabila pelajar tidak lagi dinilai berdasarkan pencapaian akademik semata. Sebaliknya pencapaian akademik perlu seiring dengan pencapaian sikap dan sahsiah pelajar. Sikap dan sahsiah pelajar dilakukan secara berterusan melalui amalan harian dan perlakuan dalam kelas.

Ini penilaian dilakukan..ada 6 tahap. Kata cikgu belum ada yang dapat tahap 6 sebab terbaik sangat tahap 6 tu...
Dalam banyak-banyak benda yang dilaporkan aku tertarik kepada satu bahagian yang memaparkan bilangan amalan baik dan bilangan kes. Bilangan amalan baik adalah perbuatan baik yang pelajar lakukan sepanjang sesi persekolahan. Bilangan ini akan bertambah dan dibawa sehingga darjah 6 walaupun pelajar berpindah ke sekolah lain. Manakala bilangan kes pun sama akan dibawa dan bertambah sehingga pelajar darjah enam. Nasihat cikgu hari itu harap-harap tak adalah kes sehingga darjah enam.

Jumaat, November 08, 2019

Renungan Subuh-BILA UMUR MASUK 40 TAHUN

RENUNGAN SUBUH *10 RabiulAwal 1441H* Jumaat 08/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*BILA UMUR MASUK 40 TAHUN*

1. Lipat tilam dan bantal yang selesa...hidupkan malam dengan amal.
.
2. Ingat kembali usia yg telah dilalui , hitung msa yg banyak terbuang
     🌼Jangan banyak rehat dan hiburan yang melekakan.
     🌼Kurangkan pakaian mahal dan makanan sedap
     🌼Jangan banyak  bersenang kerana kematian semakin hampir.

3. Imam shafie...umur 40 tahun berjalan pakai tongkat supaya ingat diri sedang berjalan ke akhirat.
.
4. Jika masih tidak berubah ketika masuk 40 tahun...syaitan dah nobat sebagai rakannya untuk ke neraka.
.
5. Kurangkan fikir hal dunia...kumpul amalan untuk mati.
.
6. Pada usia ini...tukarkan niat kerja kerana Allah. Fokus urusan dunia untuk mendapat  redha Allah.
.
7. Apa harta yang ada pada umur ini...cukuplah kerana itu saja rezeki yg Allah bagi. Tumpukan perhatian lebih kepada amal...kurangkan pesona kepada dunia...jika tidak terus tertinggal akhirat.
.
8. Jangan tamak dengan  dunia. Ingat dunia bukan lagi milik kita.
.
9. Kata ulamak, aku dengar  setiap pagi ada suara dari langit ke 4 yang berseru- "wahai anak yg berusia 40 tahun, kamu sudah hampir kepada kematian, wahai anak umur 50 tahun, hitunglah apa yg kamu belum lakukan untuk mati...wahai anak umur 60 tahun masa kamu sudah tiada.."
.
10. Doa semasa umur 40 tahun ke atas..wahai Tuhanku tolonglah lapangkan dalam diri aku rasa syukur atas nikmat yg telah kau beri..kepada kedua- dua ibu bapaku dan redai mereka.
.
11. Bykkan taubat- 70 kali sehari
.
12. Tingkatkan keyakinan kepada agama -hanya Islam yang jadi pegangan sehingga mati.
.
13. Jaga hati, bersihkan hati,  redha dengan ketentuan dan berbaik sangka dengan Allah.
.
14. Tingkatkan iman dan ibadah- tingkatkan amalan sunat...solat lebih khusyuk, Solat Awal waktu, sentiasa Solat berjemaah dan laksanakan semua ibadah lebih berkualiti.
.
15. Amalkan sifat-sifat  Mahmudah, jauhi Dan hindari sifat-sifat Mazmumah.

USTAZ AHMAD DUSUKI

*_#JomGandakanSelawat_*
*_#JomBacaAlKahfi_*

Khamis, November 07, 2019

Renungan subuh-ALLAH AMPUNKAN DOSA...

RENUNGAN SUBUH *09 RabiulAwal 1441H* Khamis 07/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*ALLAH AMPUNKAN DOSA MEREKA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH SERTA MENDAPAT SEBAIK2 PEMBALASAN*

Firman Allah SWT

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُكَفِّرَنَّ عَنۡهُمۡ سَيِّـَٔاتِهِمۡ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَحۡسَنَ ٱلَّذِى كَانُواْ يَعۡمَلُونَ

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan - dengan sebaik-baik balasan.

Al-Ankabut ayat 7

*_#JomBersamaBeramalSoleh_*

Rabu, November 06, 2019

Kedai Sup Kaki Ayam Mok Ani


Apa perasaan anda melihat colek dan dan kaki ayam di atas. Balik ke kampung hujung minggu lepas berpeluang menikmati colek dan sup kaki ayam yang amat murah dan sedap. Terima kasih kepada adinda-adinda kesayangan yang bawa ke kedai mok ani ni.

Kedai sup kaki ayam mok ani terletak di Kampung Kubang Tepak. Kira aku dalam perjalanan balik dari Felda Bukit Bading ke Kampung Beladau Kolam, akan lalu kampung ini lah.


Pada pendapat aku,ini lah rasa colek dan sup yang tak akan aku jumpa di tempat lain selain Terengganu. Maka amatlah puas hati setelah sekian lama tak menikmati sup dan colek dari tanah tumpah darah airku ini. Kalaulah perut belum kenyang pasti aku mintak beberapa mangkuk lagi. Harga colek satu mangkuk hanya RM2 manakala sup pula RM2.50. Selain colek dan sup kaki ayam, kedai ini turut sediakan menu lain seperti mee sup, mihun sup,nasi air dan beberapa menu lain lagi.

So kepada sesiapa yang melawat Terengganu, jangan lepas peluang nikmati colek dan sup Terengganu.


Renungan Subuh-BERAMALLAH, WALAU SEKECIL APAPUN KADARNYA

RENUNGAN SUBUH *08 RabiulAwal 1441H* Rabu 06/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*BERAMALLAH, WALAU SEKECIL APAPUN KADARNYA..!*

#NotaTerjemahanBroSyarief (251118) 041119

‘Adiy ibn Hatim - radhiyalLaahu ‘anhu-, katanya: RasululLah - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam - bersabda;

‎مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إلاَّ سَيُكَلِّمُهُ رَبُّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وبَيْنَهُ تَرْجُمَانٌ،

Tiada seorang pun dari kalangan kalian, kecuali Tuhannya akan berbicara langsung dengannya tanpa ada penterjemah di antaranya dan Tuhannya.

‎فَيَنْظُرُ أَيْمَنَ مِنْهُ فَلاَ يَرَى إلاَّ مَا قَدَّمَ،

Dia akan melihat ke kanannya, dia tidak mendapati melainkan (semuanya merupakan rekod) apa yang telah dilakukannya (di dunia),

‎وَيَنْظُرُ أشْأَمَ مِنْهُ فَلاَ يَرَى إلاَّ مَا قَدَّمَ،

Kemudian dia melihat pula ke kirinya, dia tidak mendapati melainkan (semua rekod) apa yang telah dilakukannya (di dunia).

‎وَيَنْظُرُ بَيْنَ يَدَيْهِ فَلاَ يَرَى إلاَّ النَّارَ تِلْقَاءَ وَجْهِهِ،

Lalu dia memandang ke hadapannya, dia mendapati api neraka benar-benar berada dekat di depannya.

‎فَاتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ.

Maka, perhatikanlah (amalmu, agar tidak terjerumus ke dalam) api itu, walau sekadar (bersedekah) dengan separuh buah kurma”

‎مُتَّفَقٌ عَلَيهِ

[HR al-Bukhari & Muslim]

Pengajaran:

(1) Beramallah walau sekecil apapun amalan dan sumbangannya, dengan ikhlas dan konsisten. Diiringi dengan usaha menambah baik kualitinya, ketekunannya, dengan menambah ilmu kefahamannya.

(2) Akhirat itu pasti. Syurga dan neraka itu pasti. Jadikan ia titik motivasi agar tidak mudah berputus asa atau tertipu dengan kehidupan yang sementara di dunia ini.

(3) Rasa takut & bimbang itu perlu pada kadarnya untuk mendorong kita agar terus memperbaiki diri, berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meraih redha-Nya, walau apapun halangannya.

*_#SetiapAmalanAkanDihitungWalauSekecilZahrah_*
*_#JomPerbaikiDiri_*

Review Riverview Homestay, Dengkil Selangor

Assalamualaikum, kali ini nak share homestay yang menarik, selesa dan memuaskan hati kami sekeluarga. Promo kat bawah aku copy paste dari FB post RIVERVIEW HOMESTAY DENGKIL

Menarikan...ok kat bawah aku share beberapa keping gambar sekitar homestay.


Kolam yang luas tetapi kalau di letak pembahagi antara bahagian dewasa dan kanak-kanak lebih baik. 

Ruang BBQ dan memasak yang selesa.

Nak masuk akan jumpa sekolah ini dahulu.
Selepas sekolah, akan jumpa simpang ke kanan..tapi teruskan, jangan masuk kanan.


Ini lah pagar homestay. 
 Kami pilih homestay jenis patin yang ada 5 bilik. Setiap bilik ada bilik air sendiri. Ciri ini amat lah aku suka. Tak adalah susah-susah nak keluar bilik kalau nak mandi or apa-apa projek di bilik air. Ruang tamu yang luas pulak boleh lah anak2 berlari-larian. Rasanya itu je lah perkongsian kali ini.

Selasa, November 05, 2019

Renungan subuh-Bersama Amalkan Dhuha

RENUNGAN SUBUH *07 RabiulAwal 1441H* Selasa 05/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*Bersama Amalkan Dhuha*

“Pada tiap-tiap pagi, lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap thalil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagi ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha” (Hadis Riwayat Al-Bukhri dan Muslim)

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya, nescaya diampuni Allah segala dosanya walaupun seperti buih di lautan” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

*_#LazimiDhuha_*
*_#JomPerbaikiDiri_*

Isnin, November 04, 2019

Free Gift -Template surat tidak hadir ke sekolah

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sekolah dah nak berakhir. Kira ini adalah persedian awal sebelum buka sekolah untuk sesi akan datang. Sebelum ini aku buat surat tidak dapat hadir kesekolah dengan ada nama kakak humaira siap-siap, lepas itu print dan simpan salinan beberapa helai siap-siap. Nak guna ambil dan isi bahagian kosong sahaja.

Ini surat yang aku guna setiap kali kakak humaira tak datang sekolah.

Oleh kerana tahun depan hana akan turut masuk sekolah rendah, maka surat seperti diatas aku rasa kurang sesuai. Aku buat penambahbaikan seperti yang dibawah.

Klik gambar di atas untuk download template free ini.


Harap perkongsian ini berguna buat ibu bapa yang sibuk dan tak sempat nak karang surat tak dapat hadir ke sekolah.

Jumaat, November 01, 2019

REVIEW DAN MENANG (Produk Minyak Herba Asmak di Facebook)

*Bermula 20/10/2019 sehingga 20/11/2019,* anda berpeluang untuk memenangi hadiah berikut:

1. *HADIAH KESELURUHAN Wang Tunai
RM2 ,000,barangan dan  Pakej Percutian dalam negara + duit poket.

2. *Tempat Pertama :* Tunai RM500 dan Barangan bernilai RM200
3. *Tempat Kedua:* Tunai RM300 dan Barangan bernilai RM150
4. *Tempat Ketiga :* Tunai RM200 dan Barangan bernilai RM100
5. *1 Hadiah khas like terbanyak : RM150
6. *10 hadiah saguhati Wang Tunai RM100.*
7. *10 hadiah saguhati Barangan.*

Pakej percutian akan dibuat cabutan.

Cara untuk menyertai :

1. Tuliskan post atau buat video review/pengalaman berkaitan produk Minyak Herba Asmak yang anda pernah gunakan di Facebook anda.

2. Tag nama pengedar yang anda beli dengannya (WAJIB) dan masukkan hashtag #ReviewMinyakHerbaAsmak   untuk memudahkan pencarian Review anda.

3.Posting anda tersebut hendaklah disetkan Public / Umum dan post bersama gambar (digalakkan).

4.Screenshot post anda di post ini (klik post FB asal disini) beserta link

5. Anda berpeluang menyertai contest ini selagi belum sampai tarikh tamat.Contest tamat pada 20.11.2019 pukul 3pm.

5. Pemenang akan dipilih  dan akan dimaklumkan di page ini.

7.Anda perlu share post review anda ke seberapa banyak group. Untuk mendapatkan lebih banyak like, share secara konsisten setiap hari.

Anda boleh menyertai dua kategori - tulisan atau video.
Video - video terbaik akan menerima hadiah khas.

Jom, cuba buat review sekarang! 😊

Pastikan jujur tau.Kalau review negatif,PM kami ye  😄

**************************

Jemput sebarkan supaya lebih ramai tahu tentang contest ini.

Hadiah keseluruhan wang tunai bernilai RM2000,pakej percutian dan barangan menanti pengguna produk Minyak Herba Asmak.