Memaparkan catatan dengan label kedai makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kedai makan. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 31, 2022

Laksa Sarang di Medan Selera Taman Warisan Pertanian, Putrajaya

 Assalamualaikum dan salam semua... Selalu nampak orang post dekat FB dan insta makan laksa sarang, tapi tak pernah lagi berpeluang nak makan laksa sarang ini sehinggalah ahad minggu lepas keluar dengan kakak dan adik. Kakak kata dia teringin nak makan laksa srang dekat Putrajaya. Kita pun apa lagi, on je lah.

Ini lah rupa laksa sarang dekat Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Selain laksa ada pelbagai menu lain. Dengar kata nasi kandar dia boleh tahan. Tapi sis makan laksa sarang ni dengan kopi...adik ku lupa nak cakap kopi kurang manis...makanya...tak habis lah ia...

Salah satu nikmat bila jadi mak adalah, dapat menikmati makanan sebaiknya apabila anak mu tidur...


Penanggah Taman Warisan Pertanian,
No. 7, Jalan P16, Presint 16, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Rabu, November 06, 2019

Kedai Sup Kaki Ayam Mok Ani


Apa perasaan anda melihat colek dan dan kaki ayam di atas. Balik ke kampung hujung minggu lepas berpeluang menikmati colek dan sup kaki ayam yang amat murah dan sedap. Terima kasih kepada adinda-adinda kesayangan yang bawa ke kedai mok ani ni.

Kedai sup kaki ayam mok ani terletak di Kampung Kubang Tepak. Kira aku dalam perjalanan balik dari Felda Bukit Bading ke Kampung Beladau Kolam, akan lalu kampung ini lah.


Pada pendapat aku,ini lah rasa colek dan sup yang tak akan aku jumpa di tempat lain selain Terengganu. Maka amatlah puas hati setelah sekian lama tak menikmati sup dan colek dari tanah tumpah darah airku ini. Kalaulah perut belum kenyang pasti aku mintak beberapa mangkuk lagi. Harga colek satu mangkuk hanya RM2 manakala sup pula RM2.50. Selain colek dan sup kaki ayam, kedai ini turut sediakan menu lain seperti mee sup, mihun sup,nasi air dan beberapa menu lain lagi.

So kepada sesiapa yang melawat Terengganu, jangan lepas peluang nikmati colek dan sup Terengganu.