Isnin, Mac 13, 2017

10 ciri menunjukkan anda kreatif apabila....

1.anda menyelesaikan masalah berbeza dengan cara biasa.
2.anda berani mengambil risiko.
3.anda memiliki sifat ingin tahu yang tinggi.
4.anda tidak sabar ingin mencuba idea-idea anda.
5.anda mempunyai banyak kaedah penyrlesaian bagi satu masalah.
6.anda berbeza dari sahabat-sahabat anda.
7.anda tidak kisah orang anggap anda pelik.
8.anda mampu buat orang lain kagum dan senang dengan anda.
9.anda menggunakan sesuatu yang biasa berbeza dari cara biasa.
10.anda suka mencuba sesuatu yang baru, tidak kira makanan atau peralatan atau perbuatan.

Design Mac Khas untuk Photo Cushion

Dalam kesibukan melayan anak dan mengurus kerja hakikat, diberi kesempatan masa untuk mebuat beberapa design.
Design awal hanya untuk cushion. Insyalah lepas ni akan di pertambah dengan produk lain mengguna design ini.
kita faham kadang kala pelanggang suka design kita tapi tak nak material atau barang tersebut. mungkin dia nak mug tapi design yang dekat cushion.
untuk tempahan dan design2 sebelum ini boleh layari
https://www.printcious.com/my/designers/naimyart

Sabtu, Mac 11, 2017

Bila anak sakit.....

Menjadi lumrah apabila anak sakit ibu bapa akan risau, tambahan jika semua anak sakit serentak. Saat ini sikap toleransi antara ibu dan ayah amat penting. aku pernah terbaca bahawa anak yang kurang sihat akan lebih cepat sembuh jika ibu dan ayah memberi sepenuh perhatian.
Bagaimana ibu ingin memberi sepenuh perhatian kepada anak yang sakit jika ayah tidak memainkan peranan. 

Mr.Y  kena masuk dapur masak untuk family.

Jumaat, Mac 10, 2017

Hadiah Birthday dari Sibu

Assalamualaikum dan salam subuh.

Ini adalah hadiah birthday yang ummu nie buat khas untuk iyadh, design frame memang buat baru tahu. Semoga apabila iyadh dapat bantal ni, iyadh ingat lah ummu ni yang jauh ni.

Tema hadiah ini adalah kanak-kanak.


Ini pula adalah kejutan buat kakak tersayang. Aku hanya bagitahu yang aku bagi hadiah dekat iyad. Tak bagitahu pun bersama hadiah ada magic mug khas untuk dia. Sebenar nak ambik magic mug warna hitam tapi out of stock pulak. Maka warna maroon pun ok jugak. Tema "classic you", kenapa ye...sebab kakak aku yang nie jiwa klasik sedikit.

Rabu, Mac 08, 2017

Tempat Makan Sibu: Gerai Cakoi Batu 8

Assalamualaikum dan selamat petang.
Hampir setiap kali balik dari kelas KAFA, kami akan singgah gerai ini untuk beli kuih. Gerai ini terletak di tepi jalan hadapan surau al-mustaqim. kira dalam perjalanan nak ambik anak-anak dari rumah pengasuh kita singgah beli bekal dalam kereta dahulu. bekal untuk ambik abi pulak ye.
Antara kuih yang jadi kegemaran anak-anak adalah karipap, cokodok dan donut. tapi banyak lagi kuih lain yang dijual. seperti tajuk gerai, kuih utama adalah cakoi. Kata mereka yang pernah makan cakai disibu..cakoi batu 8 paling best... saya tak tahu samaada ia boleh lawan cakoi McD atau tidak sebab dah bertahun kami tak makan product McD.
Beberapa minggu lepas Mr.Y bagitahu yang owner gerai (apandi) nak order banting. Kami bincang suami isteri, tuan kedai ini suka bersedekah dan selalu bagi makanan lebih kalau kami beli. maka keputusan diambil kami bagi harga istemewa. semoga murah rezeki mereka anak beranak.

Jumaat, Mac 03, 2017

Adakah Syaitan Telah Berjaya Merekrut Kamu? ~t-shirt

Bayangkan anda tengah jalan-jalan, tetiba terlihat sesorang memakai t-shirt begini. Dalam masa yang sama hati anda terdetik untuk membeli barang yang tak perlu, ia sekadar memenuhi nafsu. Agak-agak akan beli tak?


Berminat nak dapatkan t-shirt ni layari




"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuanya." (HR Muslim)

Assalamualaikum dan salam subuh. Nampak tajuk Hadis Riwayat Muslim. Tapi tak nak ulas pasal hadis tersebut. Sekadar berkongsi apa yang berlaku malam tadi.

Setelah penat mengemas dan melayan anak-anak...tunggu husband balik surau tak balik-balik. Terdetik dalam hati, kemanalah perginya hamba allah ni. Lamanya ke surau, dah nak pukul 10 tak balik-balik. Anak-anak tak sihat balik lah cepat-cepat.

Nampaknya syaitan mula memainkan peranan mewujudkan rasa tak puashati dalam diri serta cuba menyemai rasa marah pada suami sendiri. Hakikatnya jika suami ke surau balik jam 10 adalah perkara biasa pada malam jumaat (ada majlis ilmu) dan malam ada kelas mengaji.

Aku melihat dihadapan tv ada sebuah buku bertajuk  MAUIZHAH (catatan bimbingan dari seorang guru- Tuan Guru Nik Aziz). Melihat anak-anak seronok bermain bersama (mereka menunjukan perkembangan yang positif dari penyakit demam, muntah dan cirit), maka aku ambik dan mula belek.

Masyallah!!!Aku insaf!!!

Buka-buka sahaja ayat pertama baca terkena batang hidung sendiri.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuanya." (HR Muslim)

Ya Allah, baru tersedar kembali bahawan bebanan anak-anak tak sihat adalah dalam kemampuanku. Jika tidak Allah tak akan hadirkan bebanan ini, kerana Allah itu tidak Zalim. Suami pergi surau dan pulang lambat juga kerana Allah itu adil, kerana selalunya malam Jumaat, suami akan bawa pulang juadah dari surau yang tak habis walaupun sekdar air teh tarik (Air teh buatan pakcik israil best).  So sorry my dear. Doakan agar saya sentiasa ikhlas dalam melakukan apa saja pekerja termasuk mengizinkan anda ke majlis ilmu.

Bilamana ummu mula membaca, anak-anak datang dekat...terpaksa tutup buku Mauizhah...Kakak minta baca buku "kisah binatang dalam al-quran". Maka jom lah baca sama-sama.

Ingat apa kita buat dan lakukan, anak-anak perhatikan.