Ahad, Oktober 18, 2020
Anak suka buat apa yang mak ayah buat....
Sabtu, Oktober 17, 2020
Wanita Idaman Syurga
Topik Assalamualaikum pagi ini adalah sambungan dari minggu lepas....apa nama ustazah ini ye....gaya penceritaan menarik. antara perkongsia yang aku dapat adalah..
+ kenapa anda dengar ini kerana anda suka dengar ilmu, kerana anda terima hidayah. hidayah dengan ilmu yang mendekat dengan Allah.
+ istiqamah, berterusan walaupun kecil. biar kita faham kenapa buat sesuatu bukan sekadar ikutan. Jangan menggunakan alasan, "tunggu, nanti dapat hidayah baru pakai"
+ key point wanita idaman syurga adalah syahadah, rujuk al-quran, jangan main cedok hadis hadis atau cerita cerita. Teruskan mengaji dan mengkaji.
+ anak-anak akan melihat contoh dari ibu bapa, jangan kata dah besar nanti jangan jadi macam mak. tapi ubah diri kita untuk anak jadikan kita idola.
+ kita hamba, kita yang perlu tunduk kepada kata Allah dan bukan Allah ikut kata kita.
Usatazah ini banyak beri contoh Neelofa. Apabila melihat perubahan Neelofa dari dulus shingga sekarang maka sesuai sangatlah contohnya itu.
PKPB lagi sekali.....
Apabila diumumkan bahawa PKPB akan dilaksanakan di seluruh KL, Putrajaya dan Selangor, maka wujud pelbagai reaksi.
Aku sendiri lebih setuju dengan perlaksanaan PKPB apabila melihat peningkatan kes baru covid 19. Kawasan anda terlibat ke?
Jumaat, Oktober 16, 2020
Besyukur sebelum terlambat kerana bila-bila masa Allah boleh tarik.
Assalamualaikum dan selamat pagi..Waktu makan malam semalam, ada lah borak-borak kami suami isteri. Aku bukan jenis banyak komplain dan merungut tetapi apabila ada benda yang sangat sangat buat aku terganggu aku akan mula bercerita. Pada Mr.Y, bercerita tak salah tapi jangan memperlekeh atau merendah-rendah orang lain. Sikap ini sama macam bonda aku, aku tak pernah dengar dia mengumpat orang atau bercerita tak elok tentang seseorang. kalau ada pun pasti berlapik dan tidak akan kita tahu tentang siapa dia katakan, tujuan agar kita ambil iktibar. Berbalik kepada cerita semalam, aku adalah termengata tentang seseorang ni, terus dipangkah oleh Mr.Y.
"Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang, jangan bandingkan atau rendahkan orang lain. Apa yang kita ada ini sekelip mata sahaja Allah boleh tarik kalau kita tak bersyukur."
Apabila dah dapat ayat padu macam ini terus insaf lah kan... nak ke Allah tarik apa yang kita ada sekarang. Tak sayang ke...atau tak rasa menyesalkah kerana sikap kita, Allah tarik nikmatnya.
Aku ingat kisah itu sekadar di meja makan, tapi rupanya ia bersambung di kamar tidur. Menjadi kebiasaan kami suami isteri akan berbual sebelum tidur. Maka sambungan malam tadi adalah tentang syukur. Mr.Y berkongsi info dan ilmu yang dia dapat daripada kursus yang dia hadir semalam. Antaranya adalah,
Kita tak akan nampak dan rasa nikmat Allah beri kepada kita sekarang jika kita tak menilai perbezaan kita sekarang berbanding 15tahun lepas. Kenapa 15tahun? Kerana 15tahun tempoh yang panjang dan pasti kita mengalami perubahan walau tak banyak tapi pasti ada. Jika begitu, kita kena buat timeline lah kan...
Kira aku punya timeline, 15 tahun lepas belum kawin, sekarang dah anak empat. Itu rezeki lah...nak lagi jelas buat setahun demi setahun.
Itu sahaja perkongsian kali ini..moga bermanfaat...
Isnin, Oktober 12, 2020
Wiladah wajib atau tidak selepas bersalin?
Assalamualaikum dan selamat petang. Aku nampak dekat Facebook masih ada yang berbicara tentang wajib mandi wiladah selepas bersalin walaupun darah nifas masih mengalir. Di sini aku nak kongsi sedikit pengetahuan yang aku dapat semasa menunggu hari kalahiran puteri sulong. Aku menunggu kelahiran di kampung ditemani ibunda tercinta. Bonda aku amat luas pengetahuan tentang agama bagi aku, selain suka mendengar ceramah dan hadiri kelas-kelas agama, beliau juga gemar membaca. Saat menunggu kelahiran aku melihat orang naikan status di media sosial tentang mandi wiladah, maka aku tanya dekat bonda. Wiladah itu apa? Apa itu mandi wiladah? Wajib ke? Jawapan yang aku dapat adalah...
"Wiladah adalah melahirkan, mandi wiladah adalah mandi hadas selepas melahirkan anak. Ia wajib bagi mereka yang tidak ada darah nifas tetapi adalah tidak perlu bagi yang ada darah nifas. Kerana hukum mandi wajib adalah bersih dari segala hadas. Jika masih mengalami darah nifas maka macam mana kita nak mandi wajib untuk wiladah."
Bila bonda aku kata melahirkan tak ada darah nifas, aku agak pelik sebab setahu aku kalau melahirkan pasti ada darah nifasnya. Jawapan bonda, "ada yang beranak, darah keluar habis semua sekali dengan bayi keluar. Kerana darah nifas adalah darah yang keluar selepas keluarnya bayi dari kandungan menurut mazhab syafie. Selain itu ada juga yang beranak secara pembedahan, tidak darah yang keluar dari faraj."
Sini aku share you tube ustas azahar idrus, moga anda lebih faham...