Sabtu, Oktober 17, 2020

PKPB lagi sekali.....

 Apabila diumumkan bahawa PKPB akan dilaksanakan di seluruh KL, Putrajaya dan Selangor, maka wujud pelbagai reaksi.

Aku sendiri lebih setuju dengan perlaksanaan PKPB apabila melihat peningkatan kes baru covid 19.  Kawasan anda terlibat ke?

Jumaat, Oktober 16, 2020

Besyukur sebelum terlambat kerana bila-bila masa Allah boleh tarik.


 Assalamualaikum dan selamat pagi..Waktu makan malam semalam, ada lah borak-borak kami suami isteri. Aku bukan jenis banyak komplain dan merungut tetapi apabila ada benda yang sangat sangat buat aku terganggu aku akan mula bercerita. Pada Mr.Y, bercerita tak salah tapi jangan memperlekeh atau merendah-rendah orang lain. Sikap ini sama macam bonda aku, aku tak pernah dengar dia mengumpat orang atau bercerita tak elok tentang seseorang. kalau ada pun pasti berlapik dan tidak akan kita tahu tentang siapa dia katakan, tujuan agar kita ambil iktibar. Berbalik kepada cerita semalam, aku adalah termengata tentang seseorang ni, terus dipangkah oleh Mr.Y.

"Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang, jangan bandingkan atau rendahkan orang lain. Apa yang kita ada ini sekelip mata sahaja Allah boleh tarik kalau kita tak bersyukur."

Apabila dah dapat ayat padu macam ini terus insaf lah kan... nak ke Allah tarik apa yang kita ada sekarang. Tak sayang ke...atau tak rasa menyesalkah kerana sikap kita, Allah tarik nikmatnya. 

Aku ingat kisah itu sekadar di meja makan, tapi rupanya ia bersambung di kamar tidur. Menjadi kebiasaan kami suami isteri akan berbual sebelum tidur. Maka sambungan malam  tadi adalah tentang syukur. Mr.Y berkongsi info dan ilmu yang dia dapat daripada kursus yang dia hadir semalam. Antaranya adalah,

Kita tak akan nampak dan rasa nikmat Allah beri kepada kita sekarang jika kita tak menilai perbezaan kita sekarang berbanding 15tahun lepas. Kenapa 15tahun? Kerana 15tahun tempoh yang panjang dan pasti kita mengalami perubahan walau tak banyak tapi pasti ada. Jika begitu, kita kena buat timeline lah kan...

Kira aku punya timeline, 15 tahun lepas belum kawin, sekarang dah anak empat. Itu rezeki lah...nak lagi jelas buat setahun demi setahun.

Itu sahaja perkongsian kali ini..moga bermanfaat...


Isnin, Oktober 12, 2020

Wiladah wajib atau tidak selepas bersalin?

 Assalamualaikum dan selamat petang. Aku nampak dekat Facebook masih ada yang berbicara tentang wajib mandi wiladah selepas bersalin walaupun darah nifas masih mengalir. Di sini aku nak kongsi sedikit pengetahuan yang aku dapat semasa menunggu hari kalahiran puteri sulong. Aku menunggu kelahiran di kampung ditemani ibunda tercinta. Bonda aku amat luas pengetahuan tentang agama bagi aku, selain suka mendengar ceramah dan hadiri kelas-kelas agama, beliau juga gemar membaca. Saat menunggu kelahiran aku melihat orang naikan status di media sosial tentang mandi wiladah, maka aku tanya dekat bonda. Wiladah itu apa? Apa itu mandi wiladah? Wajib ke? Jawapan yang aku dapat adalah...

"Wiladah adalah melahirkan, mandi wiladah adalah mandi hadas selepas melahirkan anak. Ia wajib bagi mereka yang tidak ada darah nifas tetapi adalah tidak perlu bagi yang ada darah nifas. Kerana hukum mandi wajib adalah bersih dari segala hadas. Jika masih mengalami darah nifas maka macam mana kita nak mandi wajib untuk wiladah."

Bila bonda aku kata melahirkan tak ada darah nifas, aku agak pelik sebab setahu aku kalau melahirkan pasti ada darah nifasnya. Jawapan bonda, "ada yang beranak, darah keluar habis semua sekali dengan bayi keluar. Kerana darah nifas adalah darah yang keluar selepas keluarnya bayi dari kandungan menurut mazhab syafie. Selain itu ada juga yang beranak secara pembedahan, tidak darah yang keluar dari faraj."

Sini aku share you tube ustas azahar idrus, moga anda lebih faham...



G2G Animal Garden - Sesuai sangat untuk masa bersama keluarga...

 Assalamualaikum dan salam semua. Ini kisah kami beberapa minggu lepas. Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya menunaikan janji kepada anak-anak terutama kakak humaira untuk membawa mereka ke zoo, walaupun yang kami bawa ini hanyalah 'petting zoo' tapi rasa amat berbaloi dan berguna.

Sebenarnya ini adalah kali pertama anak-anak terdedah secara langsung kepada haiwan ternakan, memberi makan, menyentuh dan menunggang haiwan-haiwan terlibat kecuali Hana kerana dia pernah ikut lawatan sekolah ke G2G animal garden tahun lepas. Oleh kerana kakak humaira adalah anak sulung, maka dia paling berani memberi makan dan menyentuh haiwan. Syukur juga dia menjadi pendorong kepada adik-adik untuk mencuba. Anak-anak aku membesar di tengah kota raya, maka mereka sangat jarang melihat haiwan ternak. Jika balik kampung mereka selalu nampak ayam je lah, lain-lain tak jumpa. 

Lawatan kali ke-dua hana ke sini, aku gembira kerana dia berani buat sedikit kemajuan...kali pertama dulu dia tak pengang, bagi makan apa-apa haiwan, naik kuda pun bersama kawan. Kali ini dia berani pegang dan beri makan. Kami pergi bersama adik aku dan keluarga kakak aku. Layan gambar lah ye..






Sebenarnya banyak lagi gambar tapi dalam fon Mr.Y...Video tak siap pun ada...Itu sahaja perkongsian kali ini...

Sabtu, Oktober 03, 2020

Perasaan anda apabila melihat peningkatan kes baru covid-19


 Assalamualaikum dan selamat pagi...sejak beberapa hari lepas kita melihat trend meningkat bagi kes baru covid-19 yang berlaku di negara kita. Apabila ini berlaku, ramai yang menyalahkan ahli politik rentetan peningkatan ini berlaku akibat pilihnraya di negeri sabah. Apa pun aku tak nak terlibat dengan isu ahli politik ini. Apa aku nak tahu apa perasaan anda melihat peningkatan kes ini.

Sanggupkah kita menghadapi sekali lagi PKP? Bagaimana kedudukan kewangan kita jika terpaksa menghadapi ia sekali lagi? Adakah pinjaman dapat ditangguhkan lagi bayarannya? Bagaimana dengan emosi anak-anak yang tak dapat meneroka dunia luar...


Hakikat perasaan aku sendiri, takut dengan apa yang aku nampak...risau keselamatan dan kesihatan semua yang aku sayang. Kita doakan semua ini berakhir atau setidaknya berada dalam keadaan terkawal...