Rabu, September 16, 2020

Resepi Homemade Kerepek Pisang




Assalamualaikum dan selamat pagi. Beberapa minggu lepas mak kita tebang pokok pisang nangka tapi buah pisangnya belum masak. Mak mertua kita tak pernah buat kerepek pisang, maka dia tanya kita pernah buat atau tak? Kita orang kampung mestilah pernah, dia cerita macam mana anak dia pernah  buat tapi kerepek melekat satu sama lain, tak jadi sekeping-sekeping. Sebenarnya ada semua bahan nak buat kerepek pisang ramai yang tahu tetapi teknik nak buat tak semua tahu. Maka kali ini aku nak kongsikan cara bagaimana aku buat kerepek dari zaman sekolah sehingga kini. Teknik ini semua aku perolehi daripada arwah ibu dan nenek. 

Bahan-bahan

  • Pisang putik (aku guna kali ini adalah pisang nangka)
  • Air 
  • Garam kasar
  • Minyak



Cara-cara
  • Besen besar digunakan untuk mengisi air sehingga dapat meredam semua pisang yang dikupas. 
  • Garam kasar dilarutkan kedalam air tadi. Anggaran jangan sampai air menjad terlalu masin...masin sikit-sikit sahaja.
  • Seterusnya kupas pisang tadi dan terus rendam ke dalam basen bersama air garam tadi. Buat sehingga semua pisang habis. Nasihat pakai sarung tangan kalau tak nak getah pisang melekat ditangan.
  • Biarkan pisang itu terendam sekitar 1 ke 2 jam...jangan lama sangat nanti kerepek hampa jadi masin sangat.
  • Selepas 1 ke 2 am, panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Kita buat 1 kg minyak terus dan pastikan kuali besar ye baru best nak memarut. 
  • Sementara tunggu minyak panas toskan beberapa biji pisang agar air nya kering, jangan tos semua sebab tak nak pisang nanti jadi hitam.
  • Apabila minyak telah panas, terus parut pisang ke dalam kuali, jika ada pembantu, maka seorang memarut dan seorang mengacau. Insya Allah kerepek yang diperolehi tak akan melekat satu sama lain. 
  • Sementara nak tunggu yang dalam kuali garing, toskan beberapa biji yang lain untuk parutan seterusnya dan buat sehingga habis.
Bagaimana nak tahu pisang telah garing adalah dengan melihat buih gorengan berkurangan, jangan tunggu sehingga pisang bertukar warna. Ada sesetengah orang meletakkan bawang putih ke dalam minyak tapi aku tak letak. Ada juga yang hanya rendam pisang dalam air biasa sahaja, apabila siap digoreng mereka gaulkan dengan garam untuk dapat kerepek pisang masin. Kalau zaman kecil dahulu nenek kita gaul gula castor maka dapat kerepek pisang manis. 

Itu sahaja perkongsian kali ini. Harap berguna...


Sabtu, September 05, 2020

Dinner @ HR Steak House

Assalamualaikum dan salam semua. Ini kedai makan telah lama ada. Jika waktu bujang dulu kedai ini salah satu pilihan utama aku dan kawan-kawan kalau nak makan western. Kenapa? Sebab harga murah dan kuantiti makanan banyak (tak kedekutlah). Sehari sebelumnya, aku keluar dengan adik aku, aku cakap dekat dia nak makan western tapi dia tak minta. Maka kami makan biasa-biasa sahaja. Aku langsung tak cakap dekat Mr.Y yang aku teringin sebab aku punya teringin dah hilang. Tetiba petang sebelum hari merdeka Mr.Y ajak keluar makan awal tapi tak cakap nak makan dekat mana. Maka kami anak beranak ini ikut je lah dia dari belakang. Sampai depan HR Steak House dia masuk. Aku macam wow!!! tak cakap pun dapat tahu apa bini mengidam. Hebat bapa nak tambah anak ini. Oleh kerana semenjak penularan covid-19 ini, kami jarang sangat makan kedai...seronok lah mereka dapat makan kedai kali ini.

Sampai awal, tapi tempat duduk dah penuh...kena tunggu sekejab.

Berikut menu yang kami pilih. Kebanyakkan makanan habis, tak ku sangka uwais, hana dan humaira habis satu hidangan. Berbaloi sangat makan kat sini walaupun masa menanti itu lama.

Pilihan Mr.Y
Ummu dengan kakak tetap pilih lamb chop. 


Nenek perut melayu, maka abi ambil nasi moroco dan nenek nak mencuba juga makan fish grill. Nenek punya fries kena pau dengan kakak humaira.  

Ini uwais dan hana punya menu. Mula-mula mereka makan guna piasu dan garfu, tapi orang melayu lagi nikmat makan guna tangan..sudahnya pakai tangan. Nampak tak uzayr lena tidur...




Resepi Mufin Labu airfryer




 Bahan-bahan

  • 1 cawan labu manis yang telah dikukus
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat*
  • 1 sudu kecil serbuk penaik*
  • Secubit garam
  • 1/3 cawan minyak masak / minyak zaitun (pastikan ia memang untuk masak bukan dressing) /minyak sayuran
  • 1/2 cawan susu segar/ susu cair/ susu penuh lemak (apa saja susu yang ada kat rumah anda kecuali susu pekat manis, jika tiada juga bancuhlah susu anak dalam setengah cawan)
  • 3/4 cawan gula perang
  • sedikit asen vanilla
  • 2 biji telur


Cara-Cara
  • Ayak bahan bertanda * sebanyak 2 kali dan ketepikan
  • Masukkan telur, asen vanilla, gula, labu, minyak, garam dan susu ke dalam blender. Maka kisarlah ia sehingga hancur.
  • Masukkan bahan-bahan kisar kedalam bahan-bahan yang telah di ayak tadi. Gaul sekata.
  • Panaskan airfryer ada suhu 160℃.
  • Sementara tunggu airfyrer panas, maka masukkan adunan dalam cawan mufin sehingga 3/4 penuh cawan. Aku guna size L, dapat 8 cawan.
  • Setelah air fryer panas, masukan cawan yang telah diisii adunan kedalamnya dan set 160℃/18minit.
  • Siap, angkat makan panas-panas dengan teh O.


Selasa, September 01, 2020

Berapa gajimu? hingga kamu rela tiggalkan solatmu.


Sedar atau tidak, ramai antara kita yang sanggup meninggalkan solat semata-mata hendak menyelesaikan pekerjaan. Ada yang mempersoalkan pula jika kita nak solat disaat kerja sedang dijalankan. 

Apa perasaan andai anda mendengar kenyataan ini secara tak sengaja dari seorang rakan kerja anda?
"Kenapa xxx sibuk nak solat tengah buat kerja, gaji bayarkan buatlah kerja dulu. Solat nanti-nanti boleh, tak pasal-pasal kena tunggu dia solat nak buat kerja." 
Kenyataan ini datang dari mulut seorang insan beragama islam, yang apabila diajak solat berjemaah dijawabnya, "solatlah dulu."

Sedar atau tidak yang bercakap bahawa gaji yang diperolehi dari pekerjaan itu datangnya dari Allah. Majikan, bos dan pekerjaan hanyalah perantara. Walaupun besar mana gajimu, ia tidak akan berkat andainya kamu menginggalkan solat saat untuk mendapatkannya.


Arwah cik, Rodziah binti Abas amat menitik beratkan soal solat dalam waktu, antara pesanan yang masih terpahat dalam hati aku...
  • Jangan tinggalkan solat walau sesusah mana kita, sebab Allah akan memudahkan kita menyelesaikan urusan yang susah.
  • Jika kita tunaikan hak Allah dalam masa yang ditetapkan, maka Allah akan menunaikan hak kita ketika kita perlukan.
  • Orang yang jaga solat tak akan pernah merasa kesempitan rezeki.
  • Hati mereka yang jaga solat akan tenang, air muka mereka nampak jernih dan jiwa mereka lebih bahagia. 
  • Awak nak fokus belajar, belajar untuk fokus dalam solat. Insyaallah kalau dapat khusyuk dalam solat, maka kita mudah untuk fokus ketika belajar.
  • Kerja, kerja juga tapi solat jangan buat senang, sebab gaji awak dapat tu, bila-bila je Allah boleh tarik balik kalau awak main-main dengan solat. Gaji awak dapat dengan izin Allah. (ini aku ingat sangat sebab masa tu baru kerja dan kerja pula asyik merantau dari satu tempat ke satu tempat. Faham sangat cik kalau dah kerja merantau dari satu tempat maka solat mungkin terabai.)

 

Ahad, Ogos 30, 2020

Borak petang: Duduk rumah, duit tak masuk?

Assalamualaikum dan salam subuh. Sebenarnya terlintas nak tulis pasal isu ini apabila berlaku dialog lebih kurang begini antara kami anak beranak.

Wan: abi hana keluar kerja ke?
Hana: kena keluar kerja baru duit masuk.
Nenek: keluar kerja baru ada duit, duduk rumah duit tak masuk.
Aku (tetiba datang menyampuk): apa dia mak?
Nenek: kita duduk rumah tak ada duit masuk.
Aku: eh! orang duduk rumah duit masuk je..
Nenek: laki ada duit boleh lah bagi.
Aku: tak lah mak,maksud orang bukan duit laki bagi, tapi sendiri kita buat.
Nenek: Ada orang order lagi ke barang ko buat, jarang dah nampak ko buat kerja dekat komputer.
Aku: kadang-kadang nak buat duit dari rumah bukan tunggu ada barang untuk dijual pun. Kita buat pelaburan, kita sediakan tempat untuk orang iklankan barang orang atau promote barang orang lain jual.
Nenek: dulu ada barang, orang beli baru duit masuk. Tapi bila sibuk jual barang dari rumah, kerja rumah banyak tak siap.
Aku: kerja rumah ni bila nya nak abis, kita basuh baju hari ini, esok dah bertimbun balik baju kotor, masak kena buat hari-hari, mainan dorg ni, kita kemas dia sepah..kemas sepah balik.

Daripada perbualan di atas, apa yang aku dapat simpulkan adalah, pertama masih ada segelintir ahli masyarakat menganggap bahawa surirumah hanya mengharap wang dari suami. Ada duit suami bagi, ada lah nak buat belanja, banyak laki bagi, banyak boleh belanja. Apabila ini berlaku, maka mereka akan dipandang rendah terutama jika suami tak berapa nak kaya. Sebenarnya ramai saja surirumah yang ada pendapatan sendiri sekarang. Kadang-kadang pendapatan mereka melebih pendapatan sewaktu mereka bekerja makan gaji. Kebanyakkan mereka akan persoalkan kenapa tak bekerja, terutama bagi yang berpelajaran tinggi tapi memilih untuk duduk rumah dan mengharap wang suami semata. Percayalah bukan senang untuk seorang yang menghabiskan masa bertahun-tahun belajar tinggi-tinggi untuk memilih menjadi surirumah sepenuh masa. Lagi sukar, jika mereka pernah bekerja dan merasa ada wang sendiri. Tetapi mereka semua ada sebab yang tersendiri. Jangan dipandang rendah kerana pilihan mereka buat bukan semua orang dapat buat. Dalam fikiran mereka, bagaimana nak jana pendapatan sambil menjaga ahli keluarga yang lain kerana ada yang memilih menjadi suri rumah sepenuh masa untuk menjaga orang tua, untuk menjaga anak-anak, untuk mengurangkan beban kewangan dan ada juga yang telah penat menjalani kehidupan hubungan jarak jauh, terutama yang telah memiliki anak. Aku kenal beberapa mereka yang belajar tinggi, yang berpangkat tetapi akhirnya memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa, tetapi mereka tidak mengharap wang suami semata, ada yang jadi penerjemah, yang mengarang buku, yang berblog pun ramai. maka kita perlu ubah pandangan masyarakat bahawa surirumah hanya mengharap wang suami.

Kedua, banyak cara surirumah boleh jana pendapatan tanpa perlu mengambil masa yang lama dan hanya dari rumah. Antaranya pelaburan saham, affiliate, dropshipper dan ghostwriter. Aku ceritakan bagaimana aku jana wang tanpa perlu mengambil masa lama dan wang modal yang besar disini. Mungkin ada yang berminat.

Ketiga, kerja rumah tak akan pernah habis. Aku rasa bakul baju dah kering dan bakul baju kotor tak pernah kosong melebihi setengah hari. Ada je yang baru masuk. Belum bab makan minum dan kemas rumah. Jadual harian seorang ibu itu tak pernah habis, akan ada saja hal yang perlu dia buat. Jika anda keluar bekerja lagi berganda kerja anda. Cuma apabila kita hanya duduk dirumah, mereka akan kata buat apa je kat rumah, bukan kerja pun. hahahaha...nasib bukan Mr.Y yang kata...