Sabtu, Mei 23, 2020
Aidilfitri 1441H akan menjadi pengalam pertama buat semua....
Assalamualaikum dan salam semua. Setiap tahun menjelang syawal maka semua rakyat Malaysia akan bergembira kerana bukan hanya yang beragama islam akan bercuti tetapi bangsa lain seperti cina, india, kadazan, iban dan lain-lain etnik di Malaysia akan bercuti yang agak panjang. Tahun 2020 kita teta bercuti panjang tetapi dalam konsep Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Perkara penting yang perlu kita tahu dalam perayaan PKPB adalah
- Hari raya pertama sahaja boleh berjalan raya
- Boleh pergi tak lebih daripada 20buah rumah
- Tak boleh ziarah merentasi negeri
- Kalau sakit jangan berjalan
- Tak boleh bersalaman
- Jaga jarak
Kenapa aku kata Aidilfitri 1441H akan jadi pengalaman pertama buat semua
- Bagi mereka yang tak pernah merasa raya di perantauan akan merasai raya berjauhan dari kampung halaman dan ibu bapa dan nenek dikampung.
- Bagi mereka yang tak pernah merasa raya sendirian akan mula merasa perasaan beraya sendirian. Boleh lah menyelami perasaan anak-anak yatim saat sendirian. Kesedihan dan kerinduan yang tiada ubat.
- Bagi mereka yang tak pernah menyediakan juadah raya sendiri, balik kampung semua mak ayah sedia, maka ini kali pertama nak sediakan juadah raya sendiri untuk anak-anak dan suami yang pasti nak merasa masakan tradisi.
- Bagi yang setiap kali raya akan ada berpasang-pasang pakaian baru, mungkin raya kali ini hanya ada sepasang pakaian baru kerana PKPB tak dapat nak buat shoping raya, beli online lambat pula sampai.
- Bagi yang bila raya, juadah penuh meja, maka raya kali ini aku percaya ramai yang sediakan juadah ala kadar.
- Bagi yang setiap kali raya akan melawat kubur, akan membaca yassin dirumah seperti saranan kerajaan. Kita tak nak wujud Kluster Kubur lepas Aidilfitri.
Bagi aku ini adalah pengalaman raya pertama apabila Mr.Y buat aktiviti mengecat rumah, anak-anak tak sibuk dengan nak main mercun dan bunga api, pertama kali sepanjang ramadan semua berbuka puasa dirumah, tiada majlis berbuka puasa bersama rakan pejabat atau reunion kawan belajar dan pertama kali aku tidak akan melakukan ziarah semua anak aku bawah 12tahun, walaupun kerajaan kata boleh ziarah tak lebih 20buah rumah dalam satu kawasan.
Anda bagaimana?
Beraya dalam PKPB.... langkah & Carta Alir
Assalamualaikum dan salam semua. Insyalah esok kita semua akan beraya buat pertama kalinya dengan norma baru. Aku gembira sahaja nak raya, macam-macam ada dalam kepala tapi dalam kegembiraan nak terima kedatangan tetamu, aku risau andai ada yang datang adalah pembawa virus covid 19. Berikut adalah langkah dan carta alir yang dianjurkan...
Langkah dalam Pemberdayaan Komuniti: "Beraya dalam PKPB"
Komuniti Sasaran:Objektif:
- Kawasan dan Desa Kediaman
Keperluan, Masalah, Peluang:
- Memastikan orang ramai mematuhi semua SOP yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan (kepatuhan sosial, disiplin sosial dan tanggungjawab sosial)
- Keperluan: Untuk mengikuti SOP CMCO semasa perayaan Hari Raya.
- Masalah: Ketidakpatuhan terhadap SOP terutama dalam pergerakan dan jarak sosial, kemungkinan sesak dan pembersihan peralatan yang tidak betul boleh menyebarkan penyakit.
Pengetahuan, teknologi dan idea untuk memperkasakan masyarakat
- Peluang: Pemimpin masyarakat memimpin pengawasan dan pemantauan kawasan mereka.
- Mematuhi SOP
- Jarak fizikal, walaupun semasa melayan tetamu, jarak yang selamat mesti dijaga
- Gunakan `mask’topeng muka apa bila menerima tetamu
- Membudayakan pengunaan pembersih tangan atau membasuh tangan dengan betul sekurang-kurangnya selama 20 saat
- Jaga kebersihan rumah
- Gunakan pinggan dan cawan pakai-buang. Cuci semua peralatan hidangan dengan teliti setelah melayani tetamu. Makanan sedia bungkus adalah alternatif.
- Elakkan kesesakan, tempat tertutup dan kontak dekat dengan tetamu
- Berani mengatakan ‘TIDAK’ kepada bakal tetamu terutamanya mereka yang rumahnya mempunyai kumpulan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak, orang didalam rawatan dsb.
- Belajar menerima tetamu secara berperingkat-peringkat dan menghadkan bilangan tetamu di dalam rumah.
Carta Aliran Pelaksanaan
- Belajar menggunakan teknologi ‘Zoom’, Facetime’ atau ‘Skype’ untuk beramah mesra secara maya, bukannya berjumpa secara fisikal.
1. Pemimpin masyarakat / kampung dan jawatankuasa perumahan / kampung(JTK)
- Memastikan semua ketua isi rumah di kawasan mereka mengetahui SOP.
- Memutuskan definisi bilangan orang yang maksimum dalam satu rumah di kawasan mereka, samada 10/15/20 (bergantung kepada keluasan rumah).
2. Di pintu masuk:
- Memilih dan melatih sekuriti untuk ditempatkan di pintu masuk jika belum ada sekuriti.
- Periksa rumah yang akan dikunjungi pelawat, pastikan bilangan ke setiap rumah dalam satu masa tidak melebihi jumlah maksimum ditentukan JTK.
- Pastikan semua orang memakai ‘mask’ /topeng muka.
- Daftar masa masuk, nama pemandu, nombor plat kereta, alamat rumah yang dikunjungi, bilangan orang dalam kereta, nombor hubungan.
- Sekiranya ada orang di dalam kereta yang mengalami simptom COVID-19, jangan biarkan mereka masuk ke rumah.
3. Langkah-langkah di rumah:
- Sekiranya boleh, lakukan pemeriksaan suhu badan.
- Setiap rumah mesti mempunyai pembersih tangan di pintu masuk.
- Daftar nama dan nombor telefon pelawat.
- Tidak boleh berjabat tangan, salam atau berpelukan.
- Jauhkan jarak antara satu sama lain terutama warga emas, jika warga emas boleh diasingkan atau ada penghadang kaca adalah lebih baik.
- Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik perlu lebih berhati-hati atau jangan melawat langsung.
- Jangan menghidngkan makanan secara ‘buffet’. Elakkan makanan dari terdedah.
- Makanan lebih baik dibungkus terlebih dahulu atau gunakan pinggan dan cawan pakai buang di mana penghapusan sisa makanan dan peralatan pakai buang.
4. Sebelum beredar pulang, mohon tetamu mencuci tangan atau guna pembersih tangan.5. Semasa keluar, sekuriti mencatat masa para tetamu meninggalkan kawasan ini.
- Pastikan semua permukaan di ruang makan, ruang legar dan kawasan yang tetamu mengunjung di bersihkan dengan rapi setelah tetamu pulang pada penghujung hari.
Semua langkah di atas akan mempermudahkan pengesanan kontak sekiranya berlaku kes positif dari kawasan tersebut.
Kami berpendapat bahawa yang terbaik adalah tidak merayakan Hari Raya dengan mengunjungi sesiapa tahun ini, tunggu hingga wabak ini terkawal, masih ada Raya tahun hadapan.
Kaedah alternatif adalah menelefon saudara-mara atau menggunakan 'Zoom' untuk berbual, ianya lebih selamat.
Sumber:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ini-senarai-cadangan-garis-panduan-beraya-dalam-pkpb-242794
Khamis, Mei 21, 2020
Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy
Syarat-syarat penyertaan:
1. Mestilah
blogger yang mempunyai akaun bank Malaysia (senang nak bank in hadiah)
2. Wajib
letak blog https://yamanaimy.blogspot.com/
di dalam bloglist korang
3. Sila
follow media sosial ini https://www.facebook.com/Yamananaimy, https://www.facebook.com/NaimyArt & https://www.instagram.com/yamanaimy/
4. Buat satu
blog post penyertaan dengan tajuk "Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy" dan pastikan dalam post tu ada banner di atas dan link ke
post ini.
6. Tinggalkan
link penyertaan korang di post ini. Tu je,, Senang kan.
Tarikh tutup penyertaan pada 4 Jun 2020
Hadiah:
4 orang
pemenang akan dipilih. 3 pemenang akan memenangi RM 10 setiap sorang. Seorang
pemenang bertuah akan diberi design nama khat
kufi dalam format PNG hitam putih dan duit RM10 . Nama bentuk khat kufi dibuat khas oleh saya.
Contoh seperti gambar di atas. |
Pemenang akan diumumkan pada tarikh hari lahir saya iaitu 9 Jun 2020, hari terakhir PKPB dilaksanakan.
Jemput ye sama-sama
memeriahkan segment ni.
Ahad, Mei 17, 2020
Kenapa anak-anak tak dengar cakap ibu ayah?
Assalamualaikum dan selamat malam. Malam ini aku nak kongsi sedikit tips dari kakak Humaira. Kisahnya begini....
Beberapa hari lepas aku masuk bilik dan nampaklah kakak Humaira dan kakak Hana bergaduh. Apabila dah gaduh maka aku cakap lah kat dorg, "kenapa asyik gaduh, tolong lah dengar cakap ummu. Main elok-elok bolehkan." Sekali kakak humaira kata, "ummu tahu tak kenapa anak-anak tak dengar cakap ibu ayah?" Aku kata lah tak tahu. Dia balas,
"kakak nak kongsi apa yang kakak baca. Buku yang kakak baca itu kata, anak-anak susah nak dengar cakap mak ayah mungkin kerana mak ayah kurang bersedekah. Ummu dengan abi kena banyakkan sedekahlah, mungkin sebab ummu dengan abi kurang sedekah anak-anak asyik tak dengar cakap"
Mak ai setepek dia bagi...aku nasihat dia, dia nasihat aku balik. Tapi mungkin betul juga apa yang kakak humaira kata. Sedekah itu pembuka pintu rezeki. Apabila anak-anak mendengar kata, maka itu adalah rezeki yang tidak dapat kita nak beli dekat kedai. Selalu kalau keluar nampak mana-mana orang minta sedekah, kita akan hulur...tapi sejak PKP kuranglah aktiviti sedekahnya.
Sini aku ongsi doa untuk anak...
Beberapa hari lepas aku masuk bilik dan nampaklah kakak Humaira dan kakak Hana bergaduh. Apabila dah gaduh maka aku cakap lah kat dorg, "kenapa asyik gaduh, tolong lah dengar cakap ummu. Main elok-elok bolehkan." Sekali kakak humaira kata, "ummu tahu tak kenapa anak-anak tak dengar cakap ibu ayah?" Aku kata lah tak tahu. Dia balas,
"kakak nak kongsi apa yang kakak baca. Buku yang kakak baca itu kata, anak-anak susah nak dengar cakap mak ayah mungkin kerana mak ayah kurang bersedekah. Ummu dengan abi kena banyakkan sedekahlah, mungkin sebab ummu dengan abi kurang sedekah anak-anak asyik tak dengar cakap"
Mak ai setepek dia bagi...aku nasihat dia, dia nasihat aku balik. Tapi mungkin betul juga apa yang kakak humaira kata. Sedekah itu pembuka pintu rezeki. Apabila anak-anak mendengar kata, maka itu adalah rezeki yang tidak dapat kita nak beli dekat kedai. Selalu kalau keluar nampak mana-mana orang minta sedekah, kita akan hulur...tapi sejak PKP kuranglah aktiviti sedekahnya.
Sini aku ongsi doa untuk anak...
Langgan:
Catatan (Atom)