Sebelum ini aku cerita bagaimana aku dikenalkan dengan
wahed Invest (Bahagian 1). Setelah dapat sedikit bayang-bayang maka aku buat carian lebih lanjut tentang benda ni. Perkara pertama aku cari adalah kesahihan Halalnya.... Berikut adalah maklumat yang berjaya aku kumpul untuk siasatan awal.
Wahed Inc., adalah syarikat teknologi kewangan Islam pertama (fintech) di dunia.
Dilancarkan di Amerika Syarikat pada bulan Mei 2017, dan diperluaskan ke UK setahun kemudian. Aplikasi “Wahed Invest” menyediakan pilihan portfolio yang pelbagai kepada pelabur, seperti dana AS, sukuk, dan dana Dagangan Bursa (ETF).
Platform ini mempunyai sekurang-kurangnya 20,000 akaun di seluruh dunia. Dan kini telah tiba di Malaysia, yang mempunyai hampir 20 juta penduduk Islam.
Di Malaysia, Wahed Invest adalah antara tiga penasihat robo yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia setakat ini, selain daripada StashAway, dan MYTHEO.
Wahed Invest mempunyai empat orang ahli panel Penasihat Syariah, salah seorang adalah Dr. Aznan Hasan, ahli lembaga syariah AAOIF, ahli panel syariah KWSP, dan Maybank Islamik.
|
Ini lah muka-muka penasihat syariah mereka. |
Penasihat robo (robo-advisors) adalah kategori penasihat kewangan, yang menyediakan nasihat kewangan, atau pengurusan pelaburan secara online.
Melaburlah dengan Wahed Invest tanpa ragu, kerana telah disahkan Patuh Syariah, dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Muat turun sekarang
Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula
melabur dengan modal serendah RM100.
Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus bernilai USD5 (RM20).
Kod Jemputan: norbin136