Khamis, Mac 05, 2020

Semoga bermanfaat

Buka blog, tetiba post Doa Munajat Seorang Isteri ni naik. Doa ini aku simpan dekat blog sebagai panduan dan peringatan untuk kemudian hari.

Kisahnya beberapa minggu sebelum nikah dulu, cik suruh baca satu kertas kajang...panjang giler karangan. Tulisan tangan. Terbayang tulisan tangan rumi dan jawi cik, cantik sangat.

Adakala bila kita rindu seseorang yang telah tiada, kita tidak tahu bagaimana untuk meluah dan terus berbakti, Allah tunjukkan jalan. Memang aku taip balik doa dan simpan dalam blog tapi rasanya kalau disebarkan dalam FB, twitter atau lain2 media sosial. Lebih ramai dapat manfaat. Semoga ilmu ini terus berkembang dan menjadi saham akhirat buat bonda.

Apabila ayah juga menghantar video bawah dekat whatsapp, aku tahu dia juga rindu kepada isterinya yang telah tiada.


Selasa, Mac 03, 2020

Corona Virus -Gambaran kanak-kanak 8tahun

Ini adalah gambaran tentang virus corona oleh seorang kanak-kanak berusia 8tahun iaitu kakak Batrisyia Humaira.

Kakak buat gambar ini menggunakan Picsart. Ini adalah hasil selepas dia bertanya tentang virus dan apa yang cikgu cerita di sekolah.



Suasana Kota Mekah Selepas Pergantungan Visa Umrah akibat ConV-19

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pernah anda terbayang tak bahawa kota mekah dan madinah akan lapang tanpa kehadiran manusia. hakikat aku tak pernah terfiikir yang kota mekah dan madinah akan kosong. Sedia kita maklum bahawa seluruh dunia akan datang ke kota mekah dan madinah terutama umat islam bagi mengerjakan ibadah umrah.

Baca Juga:

Wabak Influenza Januari 2020


Sewaktu Mr.Y buat umrah penghujung januari 2020. Masa ini dekat malaysia dah kecoh pasal Conv-19. Sampaikan aku dan anak-anak tak jemput pun Mr.Y balik umrah dekat Airport. Takut punya pasal.
KAHERAH, 27 Febuari 2020: Arab Saudi menggantung sementara kemasukan jemaah umrah di Makkah dan melawat Masjid Nabawi,Madinah. Pengumuman Kementerian Luar negara melalui Twitter, hari ini, menyebut langkah itu susulan kebimbangan terhadap penularan wabak COVID-19. 
Kerajaan Arab Saudi turut menggantung visa pelancongan dari negara yang berdepan ancaman coronavirus. (Petikan Berita Harian)
Negara yang menghadapi ancaman coronavirus, salah satunya malaysia.  Beberapa hari kemudian kerajaan arab saudi keluar kenyataan lagi...

RIYADH: Arab Saudi semalam melarang rakyat dari negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) untuk memasuki Makkah dan Madinah susulan kebimbangan terhadap penularan COVID-19.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan mengumumkan ‘penggantungan sementara kemasukan rakyat (GCC) ke Makkah dan Madinah’.
Keputusan itu menyusul sehari selepas Arab Saudi menggantung sementara visa umrah, iaitu langkah belum pernah diambil sebelum ini yang memberi kesan terhadap puluhan ribu jemaah di seluruh dunia.
Negara anggota GCC meliputi Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Kuwait, Oman dan Qatar.(Petikan Berita Harian)
Sebenarnya belum ada kes coronavirus yang dilaporkan di Makkah atau madinah. Tetapi Arab saudi mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan beberapa kes melibatkan kematian telah berlaku dinegara-negara sekitarnya.

Baca juga:

Corono Virus vs The Flu


Pada aku, ini langkah yang bijak kerana kita sedia maklum bahawa makkah dan madinah adalah tempat tumpuan. Andai virus corona ini menular ke sana....jangkaan kesan amat besar.

Aku buka makkah live dekat tv, wow!!! banyak lapang kawasan sekitar masjidil haram. Menurut kata Mr.Y , airport jeddah yang sentiasa sibuk pun kosong hanya ada bas menanti jemaah tapi jemaah tak sampai-sampai. Ada juga beberapa jemaah yang tersangkut akibat tiada kapal terbang nak bawa mereka balik.

Agak-agak kenapa Allah turunkan ujian corona virus ini? Sama-sama kita fikirkan, bukan apa...aku perhatikan perkembangan virus ini amat cepat dan sukar di halang. Sehingga kini belum ada vaksin yang berjaya dihasilkan.

Semoga pergantungan ini tak lama...kesian yang telah melabut wang dan yang berniat nak kesana. Bukan semua orang berpeluang ke sana. Semoga cepatlah vaksin bagi virus conv-19 ini ditemui...

Aku & Wahed Invest (Bahagian 2)

Sebelum ini aku cerita bagaimana aku dikenalkan dengan wahed Invest (Bahagian 1). Setelah dapat sedikit bayang-bayang maka aku buat carian lebih lanjut tentang benda ni. Perkara pertama aku cari adalah kesahihan Halalnya.... Berikut adalah maklumat yang berjaya aku kumpul untuk siasatan awal.

Wahed Inc., adalah syarikat teknologi kewangan Islam pertama (fintech) di dunia.

Dilancarkan di Amerika Syarikat pada bulan Mei 2017, dan diperluaskan ke UK setahun kemudian. Aplikasi “Wahed Invest” menyediakan pilihan portfolio yang pelbagai kepada pelabur, seperti dana AS, sukuk, dan dana Dagangan Bursa (ETF).
Platform ini mempunyai sekurang-kurangnya 20,000 akaun di seluruh dunia. Dan kini telah tiba di Malaysia, yang mempunyai hampir 20 juta penduduk Islam.
Di Malaysia, Wahed Invest adalah antara tiga penasihat robo yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia setakat ini, selain daripada StashAway, dan MYTHEO.
Wahed Invest mempunyai empat orang ahli panel Penasihat Syariah, salah seorang  adalah Dr. Aznan Hasan, ahli lembaga syariah AAOIF, ahli panel syariah KWSP, dan Maybank Islamik.
Ini lah muka-muka penasihat syariah mereka.
Penasihat robo (robo-advisors) adalah kategori penasihat kewangan, yang menyediakan nasihat kewangan, atau pengurusan pelaburan secara online.
Melaburlah dengan Wahed Invest tanpa ragu, kerana telah disahkan Patuh Syariah, dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100.
Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus bernilai USD5 (RM20).
Kod Jemputan: norbin136

Isnin, Mac 02, 2020

Saba Town - Quill City Mall

Selain Hadramout village, saba town turut menyediakan makanan berorientasikan makanan timur tengah.

Baca juga:

Family Gathering~Sulaiman Street, Kampung Baru...


Kali ini kami ambil pakej 2-3 orang punya makan. Aku pernah cuba makan nasi arab di Restoran Saba, cyberjaya. Rasa keenakan nasi dia memang teringat-ingat sampai kini. So pada andaian aku makanan dekat saba town ni sama sedap lah dengan restoran saba cyberjaya tu. Huhuhuhu... Hampa..makanan masih lagi sedap dan salad terbaik pada aku. Tapi tetap tak boleh lawan restoran saba cyberjaya.