Isnin, November 18, 2019

New Years Giveaway By Eikin Sofi



Assalamualaikum dan salam subuh. Payah pulak mata nak tidur malam ni. Kita jumpa giveaway by eikin sofi. Kita berminat sangat dengan hadiah utama dia nie walaupun kita tak tahu nak pakai. Set make up mata by focallure tu.


Syarat-syarat untuk menyertai giveaway ini ialah:

❀ Warganegara Malaysia
❀ Wajib follow blog ini
❀ Follow Instagram, tekan @eikinsofi.
❀ Subcribe channel Youtube, tekan Eikin Sofi.

Cara-cara untuk menyertai:

❀ Mesti buat satu post bertajuk "New Years Giveaway By Eikin Sofi"
❀ Copy banner di atas dan backlink ke post ini 
❀ Tag 3 kawan blogger anda dan pastikan mereka tahu 
❀ Copy dan paste link post tersebut di ruang comment post giveaway ini

syarat dia kena tag 3, rakan blogger...maka ini rakan blogger yang kita pilih




Selamat mencuba semua.

Sabtu, November 16, 2019

Renungan Subuh-balasan bagi yang membuat fitnah

RENUNGAN SUBUH *19 RabiulAwal 1441H* Sabtu 16/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*Balasan Bagi Orang Yang Membuat Fitnah*

Perbuatan fitnah dikecam dengan keras oleh Nabi SAW dalam hadith yang diriwayatkan Huzaifah R.A:

‏ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ ‏

Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).” [Riwayat Muslim (105)]

Di dalam al-Quran Allah SWT telah berfirman di dalam Surah al-Nur berkaitan balasan bagi orang yang suka membuat fitnah:

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” [Surah al-Nur:19]

*_#JagaHatiJagaLidah_*
*_#JauhiFitnah_*

Khamis, November 14, 2019

Cukup sehari naik hantu....

Bila ummu naik hantu bukan anak yang buat perangai sahaja ketakutan tapi anak-anak lain turut terasa kesannya.

Sejak tengok uzayr terlalu tertarik dengan telefon, maka rasa tak sedap hati selalu menjengah. Sejak tersebut kurangkan pegang telefon depan dia. Tapi masih ada pegang. Maka sejak semalam, aku cuba tak pegang langsung telefon depan dia waktu siang, sebab malam dia tak tertarik pun dengan fon aku. Banyak fon lain dia tertarik. Aku bukan saja tak pegang fon depan uzayr tapi aku kurangkan juga tempoh masa anak-anak ini menonton video you tube di tv.

Hasilnya semalam banyak kali jugak aku naik hantu. Bila budak dah terbiasa menonton tv, ditutup tv mereka kebosanan dan disuruh main mainan, maka bersepah lah satu rumah. Walaupun dah main sekejab2 minta buka you tube. Permintaan tidak dilayan, tambahan uzayr melekat dan asyik nak masuk bilik air.  Orang lain yang potty training, orang lain yang busy nak masuk bilik air.  Nenek pun serabut tengok bersepah satu rumah. Ye bila dorg asyik tengok tv,rumah tak bersepah satu rumah dengan mainan.  Bila mana mereka tak nak mengemas balik setelah main, maka aku simpan semua dalam kotak. Siapa berani ambik kena rotan. Macam biasa akan minta buka tv nak tengok you tube, apabila permintaan tak dilayan,  mereka jalankan operasi memprotes.  Operasi mereka terbantut apabila aku kurung hana, uwais dan syazwan dalam bilik. 

Menakjubkan lepas tu tak ada yang bunyi nak tengok video kat tv.

Hari ini hari ke dua, hasil menjadi hantu beberapa kali semalam, semua beri kerjasama hari ini. Saat ini terasa mudah sangat menjaga mereka semua.


Bilam ummu naik hantu, cepat2 istighfar dan bila keadaan sedikit reda serta emosi anak sedikit tenang,ummu akan minta maaf kat mereka kalau buat mereka takut, tapi ummu jelaskan jugak kenapa ummu marah, akhir sekali peluk cium. Kanak-kanak suka kena peluk dan dicium walaupun mereka malu dan cuba menolak. Ummu bangga syazwan dah pandai minta maaf bila buat salah dan malu-malu bila dipeluk sekarang.

Ayat bila nak ajar anak-anak mengaku salah adalah, "jangan takut untuk minta maaf bila buat salah, sebab orang berani adalah orang yang minta maaf apabila buat salah, orang penakut adalah orang yang tak nak minta maaf bila buat salah. Anak ummu berani kan. Allah suka orang yang berani." 


Lotus Five Star Cinemas Kuala Terengganu-Bigil


Assalamualaikum dan selamat petang...

Hari itu pertama kali aku tengok wayang di Terengganu, pertama kali masuk wayang bersama dua adik lelaki, pertama kali menonton filem tamil dan pertama kali juga menonton video amaran jenayah syariah.

Sebenarnya itu juga adalah kali pertama tinggal anak-anak dan suami seterusnya balik kampung. Macam mana aku boleh balik sendirian nanti ada masa aku cerita.



Pada pendapat aku,lotus five star cinemas ini selesa dan cantik. Apa yang aku kagum, pertama kali aku nampak ada surau dalam kawasan wayang. Keluar nak menujuk ke tandas ada signboard surau. Faham-faham je lah kalau tayangan waktu kul 6.30ptg, habis pulak 8.30... mesti terlepas solat magrib. Setidaknya kalau surau kat dalam kawasan  tersebut maksudnya tak perlu keluar kawasan tersebut, lebih memudahkan untuk kita menunaikan kewajipan seorang muslim.

Dibawah adalah video amaran jenayah syariah yang disiarkan sebelum filem disiarkan





Bawah pulak adalah sinopsis filem bigil yang aku copy paste. Hero vijay memang menjadi kegemaran aku.

Bigil (2019)



Berikutan sebuah kemalangan yang menimpa rakan baiknya, seorang bekas pemain bola sepak perlu mengambil alih sebagai jurulatih bagi kumpulan bola sepak wanita yang dilatih oleh rakannya dan bergelut untuk membantu mereka menjadi juara.

Bahasa: Tamil
Sarikata: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2019
Genre: Aksi / Drama / Sukan
Durasi: 2 Jam 58 Minit
Pengedar: Lotus Five Star
Pelakon: Vijay, Nayanthara, Vivek, Jackie Shroff
Pengarah: Atlee Kumar
Format: 2D

Renungan subuh- istiqamah dalam amalan

RENUNGAN SUBUH *17 RabiulAwal 1441H* Khanis 14/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*Istiqamah Dalam Amalan*

Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan.  Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah samada fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqamah. Istiqamah perbuatan dan amalan meliputi tekun bekerja melakukan apa sahaja yang baik yang diredai Allah SWT.

Firman Allah Taala didalam Surah Yusuf Ayat 87 ertinya “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.  Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat  dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.

Daripada Aisyah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*_#IstiqamahMudahDisebutSukarDilakukan_*
*_#BiarSedikitTetapiBerterusan_*