Kenapa penting untuk mendapatkan pasangan yang budget friendly? kerana
- selalunya seorang yang melakukan budget perbelanjaan, dia tak akan berbelanja melebihi wang yang diperuntukkan.
- Seorang yang membuat budget tidak akan terus membeli barang yang dia berkenan dihati apabila nampak sebaliknya akan membuat perkiraan berapa simpanan tambahan yang diperlukan untuk membeli barangan tersebut.
- untuk memenuhi keinginan bercuti kemana-mana dia akan buat survey sehabis mungkin untuk mendapatkan hotel penginapan yang murah dan berkualiti akhirnya tidak merosakkan keseronokkan bercuti.
- terlalu sukar bagi seorang yang melakukan budget perbelanjaan dalam setiap hal untuk mengalami masalah kekurangan wang. Gaya hidup mungkin tak mewah, biasa-biasa sahaja tapi insyaallah tak akan pernah mengalami masalah kewangan kronik.
Apa ciri-ciri pasangan budget friendly dalam sebuah keluarga?
- Akan merekodkan perbelanjaan setiap kali melakukan pembelian.
- Menyemak barang keperluan sebelum melakukan pembelian, penting bagi mengelak membeli barang yang sama atau berganda tanpa faedah
- ada simpanan kecemasan
- tidak kisah barang branded (pakai yang bisa pun tak kisah asal kemas dan cantik)
- membuat anggaran perbelanjaan awal untuk permulaan persekolahan, raya, perkahwinan dan percutian.
Agak-agak korang adalah pasangan budget friendly tak?