|
Sabtu, April 01, 2017
Diskaun 40% di Naimy Art Gift Shop
Sambutan Hari Lahir ~Batrisyia Humaira (5Tahun)
Post sebelum ini saya ceritakan pasal pembentangan Mr.Y dekat sekolah kakak Humaira. Sebenarnya selesai sesi ceramah Mr.Y, kami ada sambutan hari lahir kakak humaira. Hadiah untuk yang dapat jawab soalan juga merupakan hadiah humaira untuk kawan-kawan.
Sebenarnya ini adalah kali pertama kami menyambut Hari Lahir kakak Humaira. Kenapa setelah 5 tahun baru kami lakukan. Antara sebab iaitu:
- Kami tidak mahu menjadikan sambutan hari lahir sebagai tradisi keluarga. Apa yang kami terapkan adalah hari lahir anak, ibu bapa mendapat hadiah.
- Atas permintaan kakak nak sambut hari lahir dengan alasan nak bagi kawan-kawan air kotak dan nak potong kek.
Walaupun begitu, sambutan hari lahir kakak sebelum ini pernah dibuat oleh makcik-makciknya.
Baik betul cikgu-cikgu kakak siap tiup belon dan bawak kuih untuk makan-makan. |
Coklat Indulgent Secret Recipe |
Dia dan kek. |
Sains bermula dari diri kita
Assalamualaikum, semalam 31 Mac 2017 telah berlansung satu sesi pengenalan tentang sains kepada anak-anak sedidik. Siapa yang beri pengenalan ini, tidak lain dan tidak bukan adalah Mr.Y. Kisahnya bermula apabila cikgu sekolah Kakak Humaira tanya Mr.Y boleh buat ceramah ringkas atau tidak di sekolah mereka. Maka bersetuju lah nak bagi ceramah tersebut.
Menghampiri hari untuk program slaid belum prepare, maka sebagai isteri yang berlatar belakang bidang sains menawarkan diri untuk buat slaid (sebenarnya maknya pun excited bila abi kena buat talk dekat sekolah kakak). Slaid simple sahaja yang dibuat pun kerana hanya 30minit masa diperuntukan. Slaid merangkumi:
- cover
- apa itu sains
- contoh fenomena/ keadaan sekeliling berkaitan dengan sains.
- Sains dan diri kita
- Cita-cita (kerjaya) dalam bidang sains
- Permainan (perbezaan cap jari)
Seterusnya kita cerita berdasarkan gambar.
Uwais nak tolong Mr.Y beri talk. Tapi nasib dia hanya stay skejab sahaja dekat Mr.Y |
Sesi Pembentangan. Semua khusyuk dengar. |
Selesai sesi pembentangan dan soal jawab, pelajar diberi keizinan untuk menyentuh dan mencuba beberapa peralatan yang dibawa. Seronok tengok reaksi mereka. |
Penyampaian cenderamata dari pihak SEDIDIK. |
Antara jawapan lucu kanak-kanak bila ditanya.
Soalan: Apa beza matahari dan lampu?
Jawapan:lampu ada boleh buka suiz
S: Matahari ada suiz untuk dibuka atau tidak?
J: Ada
S: Kita makan guna apa?
J: guna cermin mata
J: guna gigi
Jumaat, Mac 24, 2017
Tempat Makan Sibu: The Leziz Sandwich~COD
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini tak ada cerita panjang.. nak terus buat review pasal sandwich yang besar dan padat.
Review The Leziz Sandwich
Saiz sandwich besar (lebih kurang saiz kek gulung biasa jual kat kedai tue). Mula-mula buka ters rasa teruja nak makan sebab nampak sos dia meleleh kat tepi-tepi dengan isi yang banyak. Maka potong dulu, bila potong rasa kepadatan isi. maka ini betul isi banyak bukan nampak je banyak. Bila sentuh roti dia, mak ai...lembut walaupun dah petang. Masuk mulut, masyaallah nikmat terasa. Percaya atau tidak, makan sandwich ini dah tak perlu dinner lain. Mr.Y beli 2 bungkus, kami kongsi makan 5orang. Sos dia pula rasa sedikit pedas. Kesimpulan, The Leziz Sandwich boleh ganti subway.
Khamis, Mac 23, 2017
Tukarkan lukisan anak anda kepada suatu yang menarik.
Assalamualaikum.
Yang sebelah kanan adalah lukisan kakak humaira sewaktu ummu sedang mengajar. manakala yang sebelah kiri adalah hasil editing lukisan kakak. suka sangat dia ummu edit gambar dia lukis.
Salah satu cara saya hargai lukisan anak-anak adalah dengan menghantar gambar lukisan mereka kepada abi mereka. they love it.
Langgan:
Catatan (Atom)