Siapa nak bagi 'hadiah' lepas kita 'pergi', bulan-bulan bayar kurang RM200 perlindungan mencecah RM500,000. Mati itu pasti, bila tu, kita tak tahu lagi
===================================
Penerangan tentang HIBAH.
1. Perkataan hibah jarang kita dengar, jika pernah dengar mungkin jarang yang ambil tahu secara terperinci. Biasa kita dengar tentang wasiat, sedekah, zakat atau hadiah.
2. Hibah ialah pemberian.
3. Hibah boleh dilakukan kepada ahli keluarga(waris) atau bukan ahli keluarga.
4. Kelebihan hibah berbanding wasiat adalah seseorang boleh hibahkan hartanya kepada waris atau seseorang semasa dia masih hidup dan jumlahnya tidak terhad.
5. Wasiat dan hibah boleh dilakukan sebagai salah satu instrumen kewangan sebelum kita pergi
Ramai orang pandang sepi terhadap hibah, namun ia adalah salah satu instrumen kewangan yang terbaik kita boleh lakukan selain wasiat
Kita tak tahu bila kita pergi, namun tidak salah jika kita sempurnakan kewangan kita yang satu ini
(*nilai caruman bulanan adalah bergantung pada umur dan nilai hibah)
#busstakaful
====================================
Saudara/ri boleh Whatsapp terus ke 0126606419 jika berminat nak apply hibah dalam kewangan diri/ keluarga
Beri details seperti di bawah:
Pm saya berminat dengan hibah
1. Nama:
2. Tinggal di mana:
3. Takaful: Ada/ tiada
Terima Kasih 😊
Sabtu, Januari 21, 2017
Jimat masa dan jimat kos
Assalamualaikum
Beberapa hari lepas Mr.Y bagi tahu yang dia memerlukan beberapa keping gambar pasport. Oleh kerana kesuntukan masa untuk pergi pukul gambar maka menggunakan bakat yang sedikit ini aku memulakan pencarian gambar yang sesuai. Ciri-ciri gambar pasport adalah mulut tutup, nampak kedua-dua cuping telinga, nampak anak mata dan muka memenuhi 60-70% gambar. Gambar Pasport antarabangsa malaysia menggunakan latar belakang putih, manakala gambar pasport lain-lain menggunakan latar biru. Oleh kerana aku tidak tahu gambar pasport yang mana dia perlukan maka aku buat kedua-duanya.
Setelah siap print, tunjuk dekat Mr.Y, yes lulus. Sebenarnya gambar ini bakal digunakan untuk proses menjadi sukarelawan SUKAN SEA 2017 di KUALA LUMPUR nanti.
Jumaat, Januari 20, 2017
family photo mug.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Hanya sekadar berkongsi gambar keluarga pada segelas cawan kosong.
Printcious ~ Royalti ~ Cash Out
Assalamulaikum
Allhamdulillah, dapat 'cash out' duit royalti design dari printcious..
Macam mana saya dapat royalti ini? Apabila suatu design siap dibuat dan disimpan dalam bentuk PNG, saya akan uploadkan di bahagian 'My Design'. Siap upload maka saya akan create produk. Saya akan pilih produk yang sesuai dengan design yang saya hasilkan. Disini juga saya meletakkan nilai royalti yang ingin saya dapatkan. Setelah siap, selalunya saya akan hebahkan di FB atau instagram.
Jika ada yang berminat dan membeli produk saya, maka saya akan mendapat nilai royalti yang saya persetujui awalnya. Setiap satu design boleh dibeli oleh ramai orang.
Petang rabu (18/01/2017) dapat dua e-mail pemberitahuan dr printcious. bahawa saya berjaya melakukan jualan.
Pembelian dari warga Singapura. Tak sangka akan ada orang luar negara beli design kita. Macam mana boleh tahu? Itu dia letak 'currency: SGD ~ Singapore Dollar' |
Ini pula pembelian dari orang dalam negara sendiri, (malaysia) |
Khamis, Januari 19, 2017
Apa BENTO hari ini?
Assalamualaikum dan salam subuh. Alahai..apa bekal untuk kakak dan MR.Y hari ini ye...
Kakak mintak hot dog & cokodok malam tadi...
Abi kena siapkan bekal minum pagi dan lunch..
Nampaknya saya telah kembali kepada rutin menyediakan bekal setiap hari. Apa yang best bila masak waktu awal pagi adalah, waktu nanti tak kelam kabut nak setelkan masak dan layan anak-anak.
Isnin : kakak~nasi ayam goreng & air kosong
Mr.Y~Oat, air kopi, air kosong & Nasi ayam goreng
Selasa: kakak~cokodok & roti sapu jem coklat & air kosong
Mr.Y~cokodok, air kopi, air kosong, Nasi putih, Cencaru goreng sumbat, Kobis goreng & sambal.
Rabu: kakak~kek pisang & air kosong
Mr.Y~kek pisang, air kopi durian & air kosong
Khamis: kakak~cokodok, sosej ayam & air kosong
Mr.Y~ cokodok,air kopi, air kosong, kari kentang+kacang panjang, nasi putih, ikan masin & telur dadar.
Semoga sempat masak semuanya....
Langgan:
Catatan (Atom)