Khamis, Jun 16, 2016

Tips bersahur bagi ibu menyusu...


Kadang-kadang rasa malas sangat nak bangun sahur, tetapi memikirkan ia adalah perkara sunat yang digalakkan maka kami gagahkan juga diri untuk sahur. Al-kisah mak menyusu badan lagi lah kena bersahur..untuk apa kena bersahur supaya dapat berpuasa dengan jayanya....Ok tips kali ini bukan diambil dari mana-mana pihak. Ia adalah pengalaman penulis sendiri.


  1. Jangan skip sahur
  2. Makan makanan berat 
  3. Jangan tinggal kurma
  4. Jangan lupa minum air kosong jugak.
  5. Jangan lupa doa dalam hati... "Ya Allah, permudahkan lah urusan ku dalam menunaikan ibadat kepada mu."
Ok itu sahaja tips dari saya... selamat menjalani ibadah puasa.

Rabu, Jun 15, 2016

Perkahwinan di pekan Saratok dan BBQ di Roban

Assalamualaikum, Sebenarnya tengah tunggu file gambar transfer dari handphone ke laptop untuk molah (buat) photobook mini square. Maka kita cerita lah sedikit sebanyak tentang pengalaman kita ke daerah saratok pada 4june2016. Kira-kira ini adalah kali ke-3 pergi ke saratok, Pertama kali ke saratok untuk menghadiri Pekahwinan di Kabong, kali ke dua sewaktu mengikuti program kimia ke desa Mr.Y , maka ini adalah kali ketiga menjejakkan kaki ke bahagian Saratok.

Kali ni kita pergi penggilan (kenduri kawen) kawan pejabat Mr.Y. Oleh kerana pekan Saratok berada agak jauh dari Bandar Sibu, maka rombongan kami bertolak lebih kurang jam 6.30pg. Semua anak-anak di kejut mandi seawal jam 5.30pagi...Layan gambar sama cerita ok.

Bukan selalu kami ber "wefie"..hehehhee...

Ok, kita bergambar dengan pengantin...

Golongan wanita lak bergambar dengan pengantin...eh..eh..baby uwais pun nak join gak..

Uwais & abi..sama tak kami...

Ramai betul yang suka pegang uwais...alhamdulillah sepanjang perjalanan, uwais jadi budak baik..

Ini lah door gift dari pengantin dan keluarga..tahu tak ada custom made fridge magnet untuk yang dewasa. 
Selepas dari makan-makan pengilang rombongan singgah sekejab dekat rumah Asmah aka "buk semah". Ini macam agenda pre-puasa. Siap dihidangkan lemang lagi...memang terbaik lah. 

Ok, ini pulak gambar pre-lebaran. Depan chalet yang kami semua menginap. Kami sekeluarga kongsi chalet yang agak besar bersama keluarga Noreden .

BBQ bermula..

Bapak-bapak yang menjaga dan membakar...mak-mak layan anak-anak...

Kan dan cakap ini hari adalah agenda pre-puasa... meriah..dah lama tak merasa kemeriahan mcm ni. macam duduk kampung pun ada. Uwais pun makan sama tapi menu dia lah.


Kenapa kami duk satu chalet dengan keluarga Noreden kerana ada kawan kakak dan hana... abg haiqal....
Maka itu je lah cerita short trip we all ke kabong.


Jumaat, Jun 10, 2016

Latihan minda

Setiap hari kita akan menghadapi situasi yang berbeza. Bukan semua situasi kita nampak yang baik, adakala kita tak lepas dari melihat keburukan dalam sebuah situasi.
Apabila berlaku konflik, kita perlu latih minda melihat kebaikan dari konflik tersebut.

Khamis, Jun 09, 2016

Tip hilang tekana @ stress.

Pergi kerja - STRESS 
Bangun pagi untuk pergi kerja, macam-macam hal kena setelkan, siapkan anak-anak yang sekolah, sarapan suami dan anak-anak, hantar anak-anak ke sekolah dan rumah pengasuh. Masuk kerata dalam perjalanan lak jalan jem memanjang, patut dah sampai opis tapi belum sampai.

Sampai tempat kerja - STRESS
Masuk pejabat tengok atas meja fail bertimbun nak kena setel, kawan opis pulak mood pusing-pusing, dapat pulah bos yang pushing.. eh..eh stress lagi...

Balik rumah - STRESS
Nak kena ambik anak, pengasuh dah call suruh cepat, nursery dah nak tutup, Jalan jem lagi.

Sampai rumah - STRESS
Sampai rumah bertambah stress, yang abang nak makan, yang adik nak berak, yang kita apa pun tak siap lagi. nak masak nak basuh baju kemas rumah. sekali baby nak nyusu. Dapat pulak laki yang bila sekali mintak tolong sekali buat, banyak-banyak mintak tolong kena marah. 

Situasi diatas bukan berkaitan dengan saya kerana saya tiada anak yang sekolah dan tak kerja pejabat. Saya buat online biz dan jadi cikgu KAFA je. Tetapi tetap ada tekanan. Cara nak hilang stress yang saya amalkan adalah:
  1. Tanam minat terhadap pekerjaan anda. tak kira lah kerja dirumah atau di tempat kerja.
  2. Cari masa untuk membuat hobi yang anda suka. Macam saya suka mengedit gamba dan photo shoot. Kadang-kadang saya akan siapkan props yang simple dan minta anak-anak menjadi model. tak salah minta dorg pakai cantik-cantik untuk photo shoot dalam rumah. percaya tak, anak-anak pun enjoy aktiviti ni.
  3. Cuba sebaiknya jika ada yang meminta bantuan anda.

Ahad, Jun 05, 2016

Resepi Som Tam -Sibu Style

Assalamualaikum,  insyalah esok kita akan menyambut 1Ramadhan1437H. Sekejab je dah setahun berlalu ramdhan 1436H.  Maka untuk makan malam sehari sebelum ramadhan ni kita buat lah som tam.

Sebenarnya menu tak di rancang ni.  Dekat rumah ada beberapa biji mangga muda pemberian kawan opis Mr.Y...Tengah masak kari ayam permintaan si kakak duk fikir apa lah nak buat dengan mangga muda ni. Nak buat makan cicah saja jgn harap lah Mr.Y dan anak2 nak makan... mereka bukan makan masam2 ni. Makan colek sorg2 tak best. Maka terlintas... eh..eh.. mangga muda boleh buat som tam ni...

Siap semua ready nk dinner, aku bg uwais makan sambil Mr.Y layan hana & humaira makan nasi. Eh..eh...bertambah lak makan..selera je nampak... ini yang x sabar nak makan ni. Yes...rasa kena... sedap nyer....

RESEPI UBAH SUAI
1biji mangga muda (separuh sagat & separuh racip)
1btg kacang panjang
1biji cili hidup
1ulas bawang putih
1biji limau kasturi
1/4 biji tomato
1bungkus kecil kacang tanah (15g)
Sedikit garam
Sedikit gula perang
Sedikit serbuk ikan bilis

Cara-cara
1. Tumbuk bawang putih & cili hidup bersama garam & gula agak lumat.
2. Masukkan kacang panjang, tomato, kacang tanah & serbuk ikan bilis.
3. Last sekali masukkan mangga dah gaul sebati & hidang.