Assalamualaikum. Selamat pagi. Pagi ni kita susuri skit kisah tragedi 28/3/2016. Tragedi ni adalah peringatan dari allah buat kami. Jika berada bersama anak-anak jangan sesekali terlalai walaupun sesaat.
Sampai ke KLIA2 dari krabi kami berjalan dengan senang lenang menuju ke tempat kastam dan seterusnya ambil beg. Sambil-sambil jalan kami bermain nyanyi2 dengan hana & humaira. Penat berjalan kami guna kemudahan yang ada iaitu travolatot. Di penghujung travolator hana takut nak melangkah dan jatuh terduduk. Apabila jatuh terduduk tapak tangan mengikut bilah travolator. Mr.Y mengangkat hana dan dilihat tapak tangan berdarah. Terus ditutup dengan sapu tangan dan berlari anak untuk di bawa kecemasan. Mr.Y bertanyakan kepada staf kastam di mana klinik terdekat. Suatu keberuntungan klinik terdekat berada di level 2 KLIA2.
Sementara Mr.Y bawa hana khadijah ke klinik, yang lain meneruskan aktiviti seperti yang sepatutnya.
Dalam meneruskan aktiviti seperti biasa aku diminta untuk menghubungi Mr.Y bagi mengetahui keadaan hana. Tetapi aku memilih untuk tidak menghubungi saat itu. Hanya perlu menanti Mr.Y menghubungi aku. Kenapa aku mengambil tindakkan seperti tidak kisah. Kerana aku tak nak menanbah kekalutan Mr.Y saat itu.
Gambar adalah keadaan luka hana.