Nak dijadikan cerita tahun ini terlibat secara aktif. Bermula daripada menjadi setiausaha bidan terjun. Maka anak-anak selalu kena tinggal dengan pengasuh sampai lewat petang pada hari-hari menghampiri majlis.
Pada mulanya ingat hari majlis Mr.Y ada di sibu, tapi tak jangka saat-saat akhir Mr.Y terpaksa ke KL atas urusan lain. Maka perancangan berubah daripada tinggalkan anak kepada Mr.Y, kepada pengasuh, tetapi pada hari kejadian terlewat pulak bergerak keluar, buku program masih ada bersama...untuk elak kecelaruan dan kekalutan pada AJK lain, saya buat keputusan untuk hantar buku program dahulu ke Dewan Kompleks Islam. Maka sampai sana...semua anak-anak ikut turun, dan timbul perasaan malas nak patah balik hantar budak-budak ke rumah pengasuh.
Maka bermulalah kami empat beranak berada di dewan sepanjang majlis. Bagaimana saya uruskan anak-anak sambil melakukan kerja. Alhamdulillah, anak-anak jenis dengar kata dan tak banyak ragam. Semua duduk setempat bersama bekal yang disediakan. Ada juga lah guru-guru KAFA lain main dengan mereka tetapi apabila diajak berjalan atau ikut kemana-mana, mereka tak ikut tanpa izin dari mak nya dulu. Ini memang dilatih dari mereka kecil untuk minta izin kemana-mana atau ikut siapa. Pernah suatu ketika kami memarahi anak-anak kerana mengikut pak saudara tanpa pengetahuan kami. Bukan kami tak bagi tapi pada kami biar kami tahu dimana dan dengan siapa keberadaaan mereka. Memarahi perlu dengan alasan dan sebab yang jelas, terang sehingga mereka faham, ini penting supaya mereka ingat dan tak ulangi.
Bermula dari bertolak ke Dewan sampai saat nak pulang, uwais asyik makan, Last sepruh perjalan balik dia tidur. |
majlis khatam, gimik perasmian, kad undangan dan buku program. |
#tempahankadundangan