Sambungan episod terakhir Percutian Bajet Krabi 2016 hari ini. Episod sebelum ini di nyatakan secara jelas baki wang di tangan adalah 1,441THB. Apabila wang ini di tukar kembali ke nilai mata wang semasa malaysia maka nilai yang di perolehi adalah RM160. Maka wang ini dicampurkan dengan baki kumpulan wang sebanyak RM1500 yang masih tersimpan di dalam bank menjadi jumlah keseluruhan adalah RM1660.
Nilai RM1660 ini digunakan untuk menolak perbelanjaan atas talian yang di dahulukan menggunakan wang peribadi MR.Y. Antara perbelanjaan atas talian yang menggunakan wang Mr.Y adalah:
Tiket + Beg ayah ummi KL-KT : RM 58 + RM 37 = RM95
Beg KL-Krabi & Krabi-KL : RM 162 + RM 158 = RM 320
Tempahan bilik iffah & Emi : RM 285
Jumlah : RM700
Maka baki adalah RM1660 - RM700 = RM890.
RM890 dibahagi kepada 11, maka setiap orang akan mendapat kembali wang mereka sebanyak RM81 (dibundarkan bagi memudah pengiraan).
Maka kos sebenar pergi krabi tak masuk tiket adalah RM500 -RM81 = RM419.
RM419 merangkumi perbelanjaan tour trip, makan, penginapan dan pengangkutan. Apa yang kami kaji kebanyakan pakej percutian hanya menawarkan penginapan, pengangkutan & tour trip. Itu pun ada sesetengah tour itu, kita terpaksa membayar sendiri untuk tiket masuk.
Hurm baki setiap orang adalah RM81, kami cadang nak buat mini square photobook krabi untuk mereka yang berminat dengan menggunakan baki wang yang ada.
Ahad, April 10, 2016
Krabi 5 - 28/3/2016
Sambungan dengan baki 3,601THB.
Sarapan hari terakhir, berpeluang untuk pergi sendiri dengan Mr.Y, ayah dan ummi. Kali ini beli sarapan kedai lain kata ummi. Kos belanja sarapan kali ini adalah 800THB.Selesai sarapan, tunggu van abg sobri datang ambik untuk bawa kami semua ke airport. Bayaran van ke airport adalah 720THB. Kira sekarang baki wang dekat tangan adalah:
3,601-720-800 = 2,081THB.
Dengan baki 2,081THB kami tolak 640THB untuk kegunaan ahli rombongan untuk beli apa-apa dekat airport. Maka baki akhir adalah
2,081-640=1,441THB.
Apa kami buat dengan 1,441THB tersebut? Kami akan jumlahkan dengan wang yang terdapat dalam bank. Post krabi 2 ada diberitahu bukan semua wang ditukarkan ke matawang thailand. RM1500 di biar dalam bank dan akan guna untuk kecemasan atau keperluan lain. Sambungan krabi 6 akan menjelaskan apa perbelanjaan baki wang tersebut.
Jom layan gambar hari terakhir....
Ayah pilih nasi, manakala aku & ummi pilih ayam goreng berempah. ada 2 peha ayam, maka awal-awal aku cakap dekat ummi, peha satu untuk anisah. Ye lah adindaku suka makan ayam.hehehehe... |
Kami nak buat photo family tp mcam2 gaya ada... |
Dalam kapal terbang hana duduk sebelah cu cah. Dia kata tak nak kawan dengan ummu & abi. Cucah pun rajin lah melayan dia main apa benda ntah 2. |
Setelah seharian berdukung baby uwais mengamuk..masuk surau baringkan dia...alahai seronoknya dia dapat meniarap. rupanya penat asyik di pgg... |
Sabtu, April 09, 2016
Keropok losong di sibu
Assalamualaikum... keropok keping, keropok sira, cuka, keropok kacang dal dan macam2 jenis kerepek boleh dapat di ruang legar daesco star mega mall. Akak ni berniaga kat sini 15hari, bermula 1/4/2016 -15/4/2016.
Selalu kami balik terengganu akan bawak balik stok keropok keping byk2. Goreng 2 tabung dop dan 2 ari licin doh.
Khamis, April 07, 2016
Krabi 4 - 27/3/2016
Sambungan kisah Krabi, hari ke-tiga dengan baki perbelanjaan sebanyak 12,362THB.
Memasuki hari ke-3, awal aku bangun dan bersungguh mengetuk pintu bilik Anisah. Konon nak pergi beli sarapan sama-sama. Mr.Y jaga anak-anak yang masih tidur. Ketuk-ketuk tak buka...akhirnya minta tolong atuk nenek tengok cucu sementara aku dan Mr.Y pergi beli sarapan. Baru jalan separuh nampak Anisah bersama ayah & ummi balik beli sarapan.. patutlah ketuk pintu bilik tak buka, dah jalan awal rupanya.
Tahu apa ni, ini lah nasi kerabu patani. Lain-lain menu sarapan adalah seperti nasi ayam dan sedikit kuih muih. Total perbelanjaan untuk sarapan pagi hari ke-3 adalah 600THB |
Selesai sarapan, kami semua menanti van datang ambik untuk lakukan aktiviti hari tersebut. Pakej ini kira 3000THB untuk satu van yang dapat memuatkan 13orang dewasa bagi melakukan tour ke emerald pool, hot stream, tiger temple dan elephant ride. Mula-mula kami semua pergi ke emerald pool. Kos nak masuk emerald pool adalah 200THB setiap seorang, so total bagi 11orang adalah 2200THB. Kanak-kanak percuma. Jarak antara pintu masuk dengan kawasan kolam mandi adalah 800meter, kalau nak ke blue pool jalan lagi 800meter. Pendapat peribadi, tempat ini tak sesuai untuk orang tua dan kanak-kanak bawah 7tahun kerana jauh perjalanan. al-kisah, abah berhenti 3 kali sepanjang perjalanan nak ke kolam dan perjalanan turun kembali pok ta terpaksa dukung humaira kerana mereka kepenatan.
Lihat jarak perjalanan 800meter. last jungle tracking zaman universiti dulu. |
Ha...kan nenek dan kena ambik ranting kayu untuk jadi tongkat. |
Family photo dulu sekeping |
Kolam mandi yang licin dan penuh dengan orang..huhuhuhu... |
Abi kena kontrol anak-anak mandi di ruang cetek. |
Blue pool, jalan lagi 800meter. nak sampai tetapi air nya memang biru. |
Gigih kami bertiga panjat ke atas nak tengok blue pool. Ada pulak pakcik yang baik sedekah duit 20THB dekat baby uwais. Dalam perjalanan nak turun jumpa pulak dengan Kak Nor dan Kamal. |
Selesai ke emerald pool, kami kembali ke van untuk ke destinasi seterusnya iaitu hot stream. Kos masuk hot stream adalah 1010THB. Suhu air kat sini mencecah 40darjah celcius katanya...Jarak perjalanan adalah dalam 120meter.
Orang lain dah mandi tadi, kami sibuk panjat nak tengok blue pool. Maka kami mandi di sini. |
Abi & humaira teman nenek rendam kaki dalam air panas. |
Petang lagi sekali Mr.Y contact abg sobri untuk bawa kami ke tempat jual t-shirt krabi murah dan krabi night market. Kira ni saat-saat akhir untuk shopping. Kos pengangkutan adalah 1000THB.
Ini lah tempat jual t-shirt murah..harga boleh dpat serendah 100THB sehelai |
Sweet potato di Kabi @ krabi night market |
Taka tao @ Krabi night market |
Pasangan ini tidak join kami ke krabi night market, mereka menyewa skuter untuk pusing-pusing pantai aonang. |
Business kad abg sobri & Kak ana |
600+2,200+1,010+3,000+951+1,000 = 8761THB
Baki : 12,362 THB - 8,761THB = 3,601THB
Ikuti kisah Krabi 5 untuk sambungan.
Rabu, April 06, 2016
Bento 2016
Bulan march tak banyak bento di sediakan kerana masalah yang takbdapat di elakkan. Kalau sedia pun tak sempat nak snap gambar.... ini beberapa yang disediakan.
Langgan:
Catatan (Atom)