Selasa, Februari 23, 2016

Tart telur & pemanggang ajaib

Hujung minggu lepas buat tart telur versi giant dgn anak-anak. Konon nak bawak hana & humaira main di taman tapi tak jadilah... hari hujan pulak.
Maka petang buat bagi aktiviti ransang saraf motor... apa lagi suka sangat lah hana & humaira. Mula-mula tolong siang daun cangkuk manis. Lepas itu tolong buat tart telur pulak. Ok kita masuk cerita tart telur. Oleh kerana kami tidak ada oven dan hanya memiliki pemanggang ajaib maka kami buat tart telur menggunakan pemanggang ajaib. Tak berbaloi untuk membeli oven semata nak buat tart telur.
RESEPI Tart telur pemanggang ajaib
Bahan pastri
*2cawan tepung gandum+1sudu besar tepung kastard+1sudu besar tepung jagung
*1/2 cawan gula (diblend)
*1cup asen vanilla
*1biji telur
*1cawan majerin
Cara
Gaul majerin & gula hingga sedikit kembang. Kemudian masukkan telur dan asen vanilla. Apabila sebati masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Jika doh masih melekat di tangan tambah lagi tepung. Seterus simpan doh dalam peti ais lebih kurang 30minit.




Bahan inti
*4biji telur
*1cup asen vanilla
*1cawan susu cair (atau mana-mana seangkatannya)
*3/4cawan gula
*1/2cawan air.
*1sudu besar tepung kastard
Cara
Campur semua bahan sehingga sebati dan tapis agar cantik nant.
Cara buat tart.
Keluarkan doh & tekap di loyang. Bagi sekata( aku agak2 je). Lepas itu cucuk-cucuk sedikit dengab garpu. Masukkan dalam pemanggang ajaib dan bakar separuh masak dengan api sederhana selama 5-10minit. Keluarkan dan kasi sejuk dahulu baru masukkan inti telur tadi. Bakar lagi sekali dalam pemanggang ajaib selama 10minit dengan api sederhana.
Siap masak keluarkan dan kasi sejuk dahulu. Pastu potong dan ngap!!!
X sempat sejuk, hana & humaira dan sibuk nak makan.

Ahad, Februari 21, 2016

Siapa dia "clever housewife"?

Ini ada petikan teks status Fb seseorang. Maaf tak dapat nak screenshot. (Malas nak berusaha)
Malam-malam, tiba-tiba teringat kata-kata Ayah;
"Isteri-isteri orang Melayu nie banyak sangat habiskan masa di dapoq. Sebab apa? Sebab dok berat tang makan.
Breakfast saja pun gigih bangkit awai buat nasi lemak, bihun goreng, cekodok, etc. Makan tengahari & malam pulak kalau takdak 6,7 jenis lauk penuh meja tak sah.
Pahtu kalut nak tumbuk sambai apa semua. Dalam sehari 24 jam tu banyak masa dok abih tang makan.
Walhalnya kita makan nie untuk kenyang saja. What you need actually healthy simple meals. Asalkan boleh bagi khasiat & tenaga dah cukup.
Cuba tengok omputih. Walaupun isteri depa tak kerja, those women ada masa membaca buku ilmiah, pi kelas-kelas ilmu like baking class ka sewing class ka, libatkan diri dengan aktiviti masyarakat & aktiviti sekolah anak-anak.
They always keep things simple. Masak pun simple like grilled chicken with salad ka asalkan berkhasiat. Depa guna sebaik mungkin masa yang ada. Yang penting kualiti dalam setiap rutin. What you suppose to do is be a clever housewife. Bukan kata jadi housewife tu kena dok cerok dapoq ja."
Something to ponder. :-)
# It is all about mentality. Masalah masyarakat Melayu nie bila si ibu/isteri masak nasi goreng yang memang siap-siap dah ada khasiat dari ayam, telur, sawi & carrot pun dilabel sebagai "pemalaih". Dang!
P.s:  cp kak Aida hashim.
Ini pula adalah pendapat aku tentang isu ini.
Semua bergantung kepada bagaimana ketua keluarga mencorakkan keluarga. Aku pernah ditanya oleh 'traditional malay house wife' apabila aku hanya buat 2 lauk sahaja untuk lunch. Lepas tue, lauk lunch itu lah jadi lauk dinner. Aku cakap my husband tak kisah selagi masakan itu berkhasiat dan dimasak oleh wife dia. Sampai sekarang aku masih masak 1-2 lauk sahaja untuk satu hari.
Jika suami nak isteri bijak, maka suami bertanggungjawab membawa isteri ke majlis ilmu. Jika tak mampu bawa, mungkin risau anak kecil akan ganggu majlis ilmu maka balik cerita lah dekat isteri apa yang diperolehi dari majlis ilmu.
Sediakan bahan bacaan untuk ahli keluarga. Jika bapa baca buku, anak akan sibuk nak baca. Isteri mungkin sibuk lipat kain malam, tak salah suami berkongsi apa yang di baca.
Cuba bayangkan bagaimana ulama itu dilahirkan jika bukan dari tangan ibu bapa yang berilmu. Walaupun mereka sering berada di ceruk dapoq tapi mereka lah yang menyebarkan ilmu kasih sayang, kesabaran dan kesungguhan kepada anak-anak.
Photo: Mr.Y bersama baby uwais ketika majlis tazkirah maulidul rasul 2016 di surau al-mustaqim.

Selipar buruk itu

Salam hujung minggu... apa agaknya menu hujung minggu kawan-kawan. Hari ini Mr.Y belanja makan luar. Alhamdulillah, rezeki hujung minggu. Ok berbalik topik pasal selipar buruk.

Sering kali terjadi situasi aku ditegur kerana pakai selipar buruk. Ye lah dah bertahun tak tukar-tukar selipar.
Selipar itu nampak buruk...selipar itu nampak lama...selipar itu nampak makcik-makcik.

Tahukah anda? Selipar buruk ini lah yang banyak menabur jasa kepada kakiku yang comel.

Jasa saat mengandung
Pada peringkat awal mengandung hana khadijah, hampir setiap malam akan mintak Mr.Y urut belakang. Atas pinggul dan belakang rasa sakit selalu. Beberapa hari sebelum raya kami ke plaza low yat nak baiki telefon. Dalam perjalanan nak pergi parking nampak ada satu kedai selipar, MY FOOT. Mula-mula tengok, mak ai mahal nya harga. Mr.Y buat test kestabilan, terbukti Mr.Y tak jatuh apabila pakai selipar MY FOOT. Tapi walaupun macam tu, tak berharap pun Mr.Y akan beli sebab harga yang mahal pada aku. Tapi Mr.Y suruh cuba dan dibelinya dengan harga RM199.00. Ini lah selipar paling mahal aku pernah pakai. Kalau dialog bapak aku suatu ketika dahulu, 'beli seratus lebih untuk letak dekat kaki je.'(ini bila kami adik beradik beli hadiah untuk cik selipar harga seratus lebih tapi dia kami beli t-shirt pagoda...hehehe...bukan pilih kasih tapi memang bapak kami suka t-shirt pagoda.)

Ok, selipar baru dah dapat. Malamnya kita cuba dekat jalan TAR. wow!!! Berjalan 3jam lebih langsung tak rasa sakit kaki. Balik rumah boleh dukung kakak humaira lagi. Semenjak itu, aku dah tak perlu minta Mr.Y untuk urut belakang dan kaki setiap malam lagi.

Jasa saat mengajar kelas KAFA
Kelas KAFA ada 3jam 3hari seminggu. Bukan setiap masa akan duduk terutama kalau mengajar budak tahun dua dan tiga. Kadang sampai abis kelas berdiri je. Sakit kaki dan belakang sendiri ingat lah. Tak kisah lah mengandung atau tak. Tetap akan rasa sakit belakang.

Jasa saat anak mengamuk nak berdukung.
Budak kalau umur bawah 4 tahun memang akan minta di dukung walaupun tak kerap terutama kalau mereka mengantuk. Hujung minggu kami akan keluar sekeluarga untuk cari barang keperluan atau menghabiskan masa bersama. Saat itu humaira baru 2tahun lebih tapi beratnya hampir 15kg. Oleh kerana aku dah dukung hana khadijah, maka terpaksa Mr.Y dukung si kakak kalau dia mengantuk. Setiap kali lepas dukung humaira, Mr.Y akan minta diurut belakang. Ok, sekali lagi kami mengunjungi kedai MY FOOT. kali ini kami beli 2 pasang satu untuk Mr.Y, satu untuk mak kg.baru. aku? Tak beli baru pun, hanya tambah tapak. Ok lah, dari tak ada apa.

Jasa saat bercuti.
Apabila kita bercuti bersama keluarga pasti inginkan keseronokkan. Cuba banyangkan kalau bercuti, banyak berjalan, anak penat kita pun penat. Maka anak kecil selalu nak di dukung. Bila penat dan anak mengamuk maka kita boleh naik angin tapi dengan selipar buruk itu lah kami merasai keseronokan bercuti di langkawi. Bayang terpaksa dukung anak sepanjang beratur untuk naik kabel car. Ipar duai dah merungut sakit belakang dukung anak kecil. Alhamdulillah kami buat tindakkan bijak melabur kan wang untuk selipar ini.

Selipar buruk itu dah berusia 3tahun lebih dan aku masih belum terasa nak tukar kepada yang baru.

Ini dikatakan alah membeli, menang memakai.

Jumaat, Februari 19, 2016

Review buku Travelog Haji Muslimah

Travelog Haji Muslimah adalah sebuah catatan perjalanan haji seorang muslimah. Buku ini sesuai sebagai persediaan awal untuk mereka yang berniat menziarahi rumah Allah.

Bagaimana seorang yang bergelar anak, isteri, wanita bekerjaya dan ibu melaksanakan impiannya untuk menunaikan ibadah haji ketika usia masih muda. Bagaimana dia dan suami mencari wang untuk menampung segala perbelanjaan pergi dan balik, perbelanjaan mereka dibawah tangungan sepanjang ketiadaan mereka. Dalam kesibukan mencari wang, terpaksa mencari ilmu juga. Bagaimana beliau memiliki keyakinan yang teguh bahawa mereka suami isteri pasti dijemput ke rumah Allah pada tahun tersebut.

Perasaan sangat tersentuh apabila membaca luahan perasaan beliau didepan kaabah. "Adakah sudah kering air mataku dengan tangisan taubat?"

Saya tak nak cerita banyak... saya cadangkan anda baca sendiri buku ini. Baru anda akan merasai apa yang saya rasa iaitu perasaan tak sabar nak ke rumah Allah.

Sekarang bookcafe tengah buat promosi buku Travelog Haji Muslimah 50%. Berminat untuk beli klik link https://goo.gl/biPnNK

Tq Mr.Y beli buku ni last year as birthday gift..

Khamis, Februari 18, 2016

Perbahasan Bidaah

Ta’rif Bid‘ah Dari Segi Bahasa: 

Bid‘ah dari segi bahasa diambil dari kata بَدَعَ .

Berkata Ibn Manzur (ابن منظور) rahimahullah:

 بدع الشيءَ يَبدَعُه بَدعا، وابتدعهُ: أنشأه وبدأه. 
Telah membuat sesuatu bid‘ah (past tense), sedang membuatnya (present tense) dan bad‘an (masdar/ kata terbitan) bererti mengadakan dan memulakan. 

Berkata Muhammad bin Abi Bakr al-Razi rahimahullah:

 بدع الشيء: اخترعه لا على مثال. 
Membuat bid‘ah sesuatu bermaksud mengadakannya tanpa ada suatu contoh. 

Dalam al-Mu’jam al-Wajiz disebutkan hampir sama seperti di atas iaitu mengadakan sesuatu tanpa contoh sebelumnya.

Demikian kesemua mu’jam bahasa arab menyebut makna yang hampir sama.

Inilah bid‘ah dari segi bahasa iaitu membuat sesuatu yang belum ada contoh sebelumnya.

Ta’rif Bid‘ah Dari Segi Istilah: 

Ta’rif (definisi) yang baik bagi perkataan bid‘ah dari segi istilah ialah ta’rif yang dikemukakan oleh al-Imam Abu Ishaq al-Syatibi (الشاطبي) rahimahullah (790H) dalam kitabnya  yang masyhur berjudul al-I’tishom (الاعتصام). Kebanyakan para pengkaji bersetuju bahawa al-Syatibi telah mengemukakan ta’rif  jami’ dan mani’ ( جامع ومانع). Antaranya Dr. Ibrahim bin ‘Amir al-Ruhaili dalam tesis Ph.Dnya ketika membandingkan beberapa ta’rif yang dibuat oleh beberapa tokoh terdiri daripada Ibn Taimiyyah, al-Syatibi, Ibn Rajab dan al-Sayuti rahimahumullah, menyimpulkan bahawa ta’rif al-Syatibi adalah yang paling terpilih. Al-Syatibi mena’rifkan bid‘ah sebagai:

 طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله سبحانه 
 Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Huraian al-Imam al-Syatibi Terhadap Ta’rif Bid‘ah al-Imam al-Syatibi rahimahullah setelah memberikan ta’rif ini, tidak membiarkan kita tertanya-tanya maksudnya, sebaliknya beliau sendiri telah menghuraikan maksud ta’rif ini. 

Di sini dinyatakan beberapa poin penting huraian al-Imam al-Syatibi: 

Pertama: Dikaitkan jalan (طريقة) dengan agama kerana rekaan itu dilakukan dalam agama dan perekanya menyandarkan kepada agama. Sekiranya jalan rekaan hanya khusus dalam urusan dunia ia tidak dinamakan bid‘ah, seperti membuat barangan dan kota. Oleh kerana jalan rekaan dalam agama terbahagi kepada apa yang ada asalnya dalam syariat dan kepada apa yang tiada asalnya dalam syariat, maka dimaksudkan dengan ta’rif ini ialah bahagian rekaan yang tiada contoh terdahulu daripada al-Syari’ (Pembuat syariat iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala). Ini kerana ciri khas bid‘ah ialah ia terkeluar daripada apa yang digariskan oleh al-Syari’. Dengan ikatan ini maka terpisahlah (tidak dinamakan bid‘ah) segala yang jelas – sekalipun bagi orang biasa – rekaan yang mempunyai kaitan dengan agama seperti ilmu nahu, saraf, mufradat bahasa, Usul al-Fiqh, Usul al-Din dan segala ilmu yang berkhidmat untuk syariat. Segala ilmu ini sekalipun tiada pada zaman yang awal, tetapi asas-asasnya ada dalam syarak. Justeru itu, tidak wajar sama sekali dinamakan ilmu nahu dan selainnya daripada ilmu lisan, ilmu usul atau apa yang menyerupainya yang terdiri daripada ilmu-ilmu yang berkhidmat untuk syariat sebagai bid‘ah.  Sesiapa yang menamakannya bid‘ah, sama ada atas dasar majaz (bahasa kiasan) seperti ‘Umar bin al-Khattab radhiallahu 'anh yang menamakan bid‘ah solat orang ramai pada malam-malam hari di bulan ramadhan atau atas dasar kejahilan dalam membezakan sunnah dan bid‘ah, maka pendapatnya tidak boleh dikira dan dipegang.

Kedua: Maksud (تضاهي الشرعية) ialah menyerupai jalan syarak sedangkan ia bukanlah syarak pada hakikatnya. Bahkan ia menyanggahi syarak dari beberapa sudut: Antaranya: Meletakkan batasan-batasan seperti seseorang yang bernazar untuk berpuasa berdiri tanpa duduk, berpanas tanpa berteduh, membuat keputusan mengasing diri untuk beribadah, menghadkan makanan dan pakaian dari jenis tertentu tanpa sebab. Antaranya: Beriltizam dengan cara (kaifiyyat كيفيات ) dan bentuk (haiat هيئات ) tertentu. Ini seperti zikir dalam bentuk perhimpunan dengan satu suara, menjadikan perayaan hari lahir Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan seumpamanya.   Antaranya: Beriltizam dengan ibadah tertentu dalam waktu tertentu sedangkan tidak ada penentuan tersebut dalam syarak. Ini seperti beriltizam puasa pada hari Nisfu Sya’ban dan bersolat pada malamnya. Kemudian bid‘ah-bid‘ah tersebut disamakan dengan perkara-perkara yang disyariatkan. Jika penyamaan itu adalah dengan perkara-perkara yang tidak disyariatkan maka ia bukan bid‘ah. Ia termasuk dalam perbuatan-perbuatan adat kebiasaan.

Ketiga: Maksud (يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله): “Tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah” ialah menggalakkan ibadah. Ini kerana Allah berfirman: 

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ 
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [al-Zariyat 51:56]

Seakan-akan pembuat bid‘ah melihat inilah tujuannya. Dia tidak tahu bahawa apa yang Allah tetapkan dalam undang-undang dan peraturan-peraturan-Nya sudah memadai. Seterusnya al-Imam al-Syatibi menjelaskan: Telah jelas dengan ikatan ini (yang dijelaskan) bahawa bid‘ah tidak termasuk dalam adat. Apa sahaja jalan yang direka di dalam agama yang menyerupai perkara yang disyariatkan tetapi tidak bertujuan beribadah dengannya, maka ia terkeluar dari nama ini (bid‘ah).

Kesimpulan Ta’rif al-Imam al-Syatibi Daripada apa yang dita’rifkan dan dihuraikan oleh al-Imam al-Syatibi rahimahullah, dapat dibuat beberapa kesimpulan: Bid‘ah ialah jalan syarak yang baru di reka dan dianggap ibadah dengannya. Adapun membuat perkara baru dalam urusan dunia tidak boleh dinamakan bid‘ah. Bid‘ah ialah sesuatu yang tidak ada asal dalam syariat. Adapun apa yang ada asalnya dalam syariat tidak dinamakan bid‘ah. Ahli bid‘ah menganggap jalan, bentuk, cara bid‘ah mereka adalah satu cara ibadah yang dengannya mereka mendekatkan diri kepada Allah. Bid‘ah kesemuanya buruk. Apa yang dinamakan Bid‘ah Hasanah yang membabitkan perkara-perkara duniawi bukanlah bid‘ah pada istilahnya.

Sumber : Copy paste whatsapp grup usrah surau