Antara pesan ibunda:
- Banyakkan baca al-quraan...kalau dapat khatam waktu mengandung.
- Jika dalam pantang, jiwa rasa tidak tenteram maka banyakkan zikir kepada Allah.
- Banyak mendengar orang mengaji (pasang kaset kata cik-kira kita sekarang psg mp3 lah)
- Pantang kena jaga betul2 sbb kita nak pakai badan nie lama lagi. (Ambik lah set berpantang mana2. kalu bekung buat bancuhan limau nipis dan kapur campur lada hitam skit kalu nak. pastu sapu dekat perut...pastu balut dengan bekung)
- Jika sampai saat kita hendak bekerja, maka anak perlu dihantar kepada pengasuh. Jangan dihantar kepada ibubapa sendiri atau ibubapa mertua untuk menjaganya....jika masih ingin menghantar kepada ibubapa, maka perlu diberi upah kepada mereka sebagaimana kita membayar upah pengasuh.
- Kurangkan makan di luar kerana kita tidak tahu khasiat dan berkatnya (air tangan ibu lebih kasih syg)
- Tengah malam kalu anak nak makan, bangun dan bagi makan (cik cerita kakak aku ni dulu masa kecik tiap2 hari kul 2pg bangun makan biskut. kalu tak bagi makan, tak tido, tabah nya cik melayan)
- Jangan bergaduh walaupun hanya berlawan cakap dengan suami di depan anak2
- Amalkan solat berjemaah...biar anak2 tengok kita solat. ( mcm kak ma buat, anak2 dibiarkan melihat ibubapa solat.sampai masa mereka akan ikut dan insyalah umur 7thn dah boleh laung azan atas atap rumah mcm sohok & hasan).
- Sayang anak macam mana sekalipun, suami adalah yang lebih utama...
Rasa-rasa tue je kot pesanan yang teringat...
semoga bermanfaat....