Selasa, Disember 20, 2011

Cara-cara & Perkara Sunat dalam Menyambut Bayi Mengikut Islam

Beberapa perkara telah disyariatkan oleh Islam ketika menyambut bayi diantaranya:
Disunatkan mengucapkan tahniah
Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baharu sahaja menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim.
Sekiranya seseorang itu tidak sempat untuk mengucapkan tahniah adalah digalakkan untuk mendoakan kesahteraan kepada saudaranya dan anak yang baharu dilahirkan oleh isterinya. Antara doanya ialah:
pg3b Cara cara & Perkara Sunat dalam Menyambut Bayi Mengikut Islam
“ Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya
Kemudian apabila doa ini diucapkan maka disunatkan pula kita menyahutnya dengan ucapan
pg3c Cara cara & Perkara Sunat dalam Menyambut Bayi Mengikut Islam
“ Mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas engkau.
Disunatkan azan dan Iqamah
Rasulullah SAW sabdanya yang bermaksud: Sesiapa yang memperolehi
cahata mata (anak) maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan
diiqmahkan di telinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan
syaitan”
Melakukan azan dan iqamah ini mempunyai hikmah tertentu, selain dari usaha untuk memohon perlindung daripada gangguan syaitan, azan juga merupakan laungan dan seruan kepada Allah, kepada agamaNya dan beribadah kepadaNya. Dengan itu jika lakukan seruan ini akan mendahului seruan syaitan. Azan juga adalah seruan kepada fitrah manusia yang asal sebelum digoda oleh syaitan yang ingin mengalih haluan kepada jalan jalan yang terkutuk dan dilaknati oleh Allah.
Melakukan Tahnik atau membelah mulut
Tahnik ini dilakukan dengan meletakkan sedikit isi tamar di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan-perlahan digerakkan jari itu ke kanan dan kiri mulut bayi. Ini dilakukan sehingga isi buah tamar tadi menyentuh pada keseluruhan mulut bayi berkenaan dan tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekaknya. Jika tidak ada tamar maka boleh digantikan dengan manisan lainnya seperti gula dan sebagainya. Adalah lebih afdhal kalau tamar itu dikuyah oleh orang
alim atau orang soleh untuk mendapatkan keberkatannya. Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abi Musa r.a. katanya: “ Telah dikurnikan kepadaku seorang anak, aku membawanya menemui baginda Rasulullah s.a.w. baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan tamar dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku” amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan anggota mulut bayi supaya
lebih mampu untuk menghisap susu ibunya.
Mencukur rambut
Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.
Berkhatan
berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “ kebersihan itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hukum berkhatan: terdapat perbezaan pendapat,
a) menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Hasan al-Basri bahawa berkhatan itu sunat hukumnya.
b) Manakala menurut Imam Syafie, Imam Malik dan setengahnya yang lain mengatakan khatan hukumnya adalah wajib. Mereka mengeluarkan hukum berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“ sesiapa yang menganut Islam, hendaklah ia berkhatan sekalipun ia dari golongan dewasa”
Manakala waktu berkhatan pula, kebanyakan ulama berpendapat bahawa berkhatan itu mula diwajibkan bilamana umur kanak-kanak hampir usia baligh. Ini kerana memudahkan bagi mereka menunaikan tanggungjawab hukum syarak yang ditetapkan ke atas mereka apabila baligh kelak. Tetapi berkhatan adalah lebih afdhal dilakukan pada hari pertama dilahirkan. Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Baginda Rasulullah s.a.w melaksanakan aqiqah untuk Hasan dan Husin serta mengkhatankan keduanya dalam tempuh tujuh hari ( dari hari kelahiran)”.
(Riwayat Al-Baihaqi).
Menamakan anak 
Islam mengalakkan umatnya memilih nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita sebagai tanda pengenalan dan perbezaan antara orang Islam dan Orang yang bukan Islam. Nama yang baik juga sangat mustahak kerana panggilan yang sering dipanggil adalah doa yang dapat mempergaruhi keperibadian anak tersebut.

p/s: maklumat di cedok dari faizal@iits

Ibu kota paling hijau di dunia

Terdapat 5 ibu kota paling hijau di dunia pada masa kini. Iaitu:
1.       Malmo, Sweden
Kota ini terkenal dengan taman mereka yang indah dan merupakan salah satu kota terbesar di Sweden. Kota ini amat menitik beratkan pencemaran dan pelbagai usaha dilaksanakan bagi mengelakkan udara kota mereka di cemari. Salah satunya adalah banyak lorong-lorong pejalan kaki dibina di kota ini. Penduduk di sini digalakkan berjalan kaki. Maka secara tidak langsung ia dapat mengurangkan penggunaan kenderaaan dan pencemaran.
2.       Curitiba, Brazil
Curitiba adalah sebuah kota di selatan Brasil. Ibu kota asalnya adalah lombong emas. Dari awal abad ke-19 telah menerima banyak imigran dari Jerman, Itali, dan Poland. Kota ini memiliki banyak sekali ruang hijau seperti taman dan kebun botani yang sangat indah seperti Bosque Alemão. Kota ini difokuskan untuk menjadi kota paling hijau dengan penduduknya disarankan untuk meninggalkan kenderaan mereka di rumah.
3.       Vancourver, Canada
Bandar yang pertama di dunia yang bakal menganjurkan sukan olimpik musim sejuk,  menggunakan tema “sustainable”, memanfaatkan sampah elektronik sebagai medal, membina stadium yang berkonsep sangat “green”. Namun ini bukannya kerana olimpik musim dingin. Vancouver sememangnya sejak dari dulu telah menggunakan 90%  keperluan elektrik kota ini dari sumber hidroelektrik, angin, matahari, dan kuasa ombak secara meluas untuk menjaga kelestarian kota ini. Vancouver dijangka menjadi kota paling hijau dibumi menjelang 2020.
4.       Reykjavik, Iceland
Ibukota Iceland, sebuah negara yang terdekat dengan kutub utara ini, telah menggunakan “sistem hijau” untuk kotanya yang mana 100% elektriknya dijana dari air panas, sistem pengangkutan  menggunakan bas hydrogen. Kota paling hijau di eropah dan dunia. Serta kota dengan langit paling bersih dan biru di seluruh kota  raya di bumi.
Kota ini hanya menerima 4 jam panas pada musim dingin dan malam yang sangat bersinar pada musim dingin. Kota ini digemari para environmentalist untuk berkunjung atau orang awam yang datang  untuk sekadar menghirup udara segar.
5.       Portland Oregon, AS
Kota pertama di AS yang membina laluan pejalan kaki yang terbaik dan mengesa penduduknya mengurangkan penggunaan kenderaan. Juga merupakan salah satu kota pertama yang berjanji untuk mengurangkan pencemaran dan memulakan pembinaan bangunan dengan bahan mesra alam

Jumaat, Disember 09, 2011

Perkahwinan Double A

Asmahida & Azwan…ini adalah cinta yang sampai ke jinjang pelamin.  Semoga ikatan ini kekal ke syurga. Agar kasih sayang ini bisa menggapai dan menikmati cintaNYA Yang Maha Abadi. 

Mereka berdua nie adalah sahabat aku time kat UKM-KL dulu. Tapi time kat UKM x rapat sangat. Ktorg jadi rapat lepas abis degree, maklum lah sama-sama terlibat dengan aktiviti sukarela. Banyak tempat ktorg jelajah sama dan mcm2 hal lah jadi. Tp 2 sema sebelum aku kawen lah kan. hihihi... Kira nie adalah perkahwinan sahabat aku sendiri yang pertama aku hadiri selepas kawen. Memang teruja nak pegi pasal dah lama x jumpa member2 berpoya-poya time bujang.


Kad jemputan yang di pos khas daripada KL ke Sibu, 1st time dapat kad mcam nie, suka warna dan design dia. Simple dan kemas. Pandai double A pilih. 
Ha...lama x jumpa kak salwa. Time nie leh duk 1 meja best. Banyak gak tips2 utk wanita pegnant yg kak wa bg. Yg sebelah 2 adalah suami nya yg dah 7 tahun kawen. Pertama kali nie bergambar dengan bunga selepas 7tahun kawen kata nya...hihihi....
Shatz, Syam & Ecah..lama x borak..tapi time nie pun x leh nak borak sgt pasal shatz jadi pengapit & mie (x da dlm gambar) lak jadi pengarrah majlis. hehhee...so skit2 jer.. 
Ini lah pasagan pengantin Azmahida & Azwan (double A lah kan). Tahniah As &  Weng...semoga kekal bahagia ke anak cucu dan akhirat. 

Kenangan Terindah

Hadiah perpisah untuk rakan pejabat...
Setelah lama bersama di tempat kerja, sedih lah pulak nak berpisah. Jangan jadikan perpisahan sebagai pemutus. Ini adalah cenderahati yang diminta oleh seorang pelanggan untuk dua orang rakan sekerja yang akan berhenti. Walaupun ia tidak seberapa, tapi amat menarik dan bermakna apabila di abadikan dengan photo beramai-ramai dan mengikut warna kesukaan sahabat tersebut. Ini lah tempahan bulan november hari tuuueee...

Rabu, Disember 07, 2011

Tomato Ceri

Hasil pertama tanaman ini....
Pokok Tomota Ceri di laman rumah...
Ini adalah pokok tomato ceri sumbangan bekas pengarah JKM,Cawangan Sibu kepada kami. Oleh kerana kami tiada pengalaman menjaga, .so sebelum terlambat cari lah cara-cara nak jaga pokok nie..dan terjumpa lah satu cara dari blog satu mamat nie...insyalah menjadi...

Cara terbaik menjaga pokok tomato ceri.

Pokok yang sihat adalah dari akar yang sihat. Jadi, media tanaman perlu dari bahan terbaik. Antara contoh media yang baik ialah campuran dari sabut kelapa, sekam arang dan bahan organik bukan dari animal dung(najis haiwan)seperti kambing, ayam dan lembu. Terbaik adalah dari vermicompos cacing. Caranya dengan campurkan 1 bahagian sabut dan 1 bahagian sekam. Kemudian campurkan vermikompos cacing lebih kurang sebanyak 250 gm. Pengalaman saya menanam pokok ini, saya langsung tidak pernah menggunakan sebarang racun perosak. Jadi saya dapat menikmati buah yang asli (organik) dan bebas dari sebarang bahan bahaya. Sungguh enak di makan begitu saje. Pastikan ia tak terdedah pada terikan matahari yang melampau.
p/s: maklumat ini di ambil dari  blog saudara Ismi Ahmad Helmi