Terdapat 5 ibu kota paling hijau di dunia pada masa kini. Iaitu:
1. Malmo, Sweden
Kota ini terkenal dengan taman mereka yang indah dan merupakan salah satu kota terbesar di Sweden. Kota ini amat menitik beratkan pencemaran dan pelbagai usaha dilaksanakan bagi mengelakkan udara kota mereka di cemari. Salah satunya adalah banyak lorong-lorong pejalan kaki dibina di kota ini. Penduduk di sini digalakkan berjalan kaki. Maka secara tidak langsung ia dapat mengurangkan penggunaan kenderaaan dan pencemaran.
2. Curitiba, Brazil
Curitiba adalah sebuah kota di selatan Brasil. Ibu kota asalnya adalah lombong emas. Dari awal abad ke-19 telah menerima banyak imigran dari Jerman, Itali, dan Poland. Kota ini memiliki banyak sekali ruang hijau seperti taman dan kebun botani yang sangat indah seperti Bosque Alemão. Kota ini difokuskan untuk menjadi kota paling hijau dengan penduduknya disarankan untuk meninggalkan kenderaan mereka di rumah.
3. Vancourver, Canada
Bandar yang pertama di dunia yang bakal menganjurkan sukan olimpik musim sejuk, menggunakan tema “sustainable”, memanfaatkan sampah elektronik sebagai medal, membina stadium yang berkonsep sangat “green”. Namun ini bukannya kerana olimpik musim dingin. Vancouver sememangnya sejak dari dulu telah menggunakan 90% keperluan elektrik kota ini dari sumber hidroelektrik, angin, matahari, dan kuasa ombak secara meluas untuk menjaga kelestarian kota ini. Vancouver dijangka menjadi kota paling hijau dibumi menjelang 2020.
4. Reykjavik, Iceland
Ibukota Iceland, sebuah negara yang terdekat dengan kutub utara ini, telah menggunakan “sistem hijau” untuk kotanya yang mana 100% elektriknya dijana dari air panas, sistem pengangkutan menggunakan bas hydrogen. Kota paling hijau di eropah dan dunia. Serta kota dengan langit paling bersih dan biru di seluruh kota raya di bumi.
Kota ini hanya menerima 4 jam panas pada musim dingin dan malam yang sangat bersinar pada musim dingin. Kota ini digemari para environmentalist untuk berkunjung atau orang awam yang datang untuk sekadar menghirup udara segar.
5. Portland Oregon, AS
Kota pertama di AS yang membina laluan pejalan kaki yang terbaik dan mengesa penduduknya mengurangkan penggunaan kenderaan. Juga merupakan salah satu kota pertama yang berjanji untuk mengurangkan pencemaran dan memulakan pembinaan bangunan dengan bahan mesra alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen yang baik-baik