Khamis, Mac 23, 2017

Tukarkan lukisan anak anda kepada suatu yang menarik.

Assalamualaikum.
Yang sebelah kanan adalah lukisan kakak humaira sewaktu ummu sedang mengajar. manakala yang sebelah kiri adalah hasil editing lukisan kakak. suka sangat dia ummu edit gambar dia lukis.
Salah satu cara saya hargai lukisan anak-anak adalah dengan menghantar gambar lukisan mereka kepada abi mereka. they love it.

Selasa, Mac 21, 2017

Tempat Makan Sibu: Ayam golek Faiq Cafe

Assalamualaikum dan apa kabar pembaca semua. Bersiaran lagi kita dengan topik yang menarik iaitu tempat makan sibu. Kali ini kita review pasal ayam golek yang dijual sebelah kedai makan Faiq Cafe, Desa Satria. Review makanan faiq cafe kita buat pada siaran seterusnya kerana masih belum mencuba apa-apa menu yang ada di Faiq Cafe kecuali roti.

Al-kisah nak dijadikan cerita, tadi petang Uwais mengamuk nak jalan. Mesti tertanya-tanya macam mana tahu bayi 1tahun 6bulan nak jalan. Bukan pandai cakap pun. Senang sahaja sebenarnya cara nak tahu, antaranya adalah
  1. apabila uwais ambik tudung suruh ummu pakai.
  2. uwais menarik beg yang selalu bawak keluar.
  3. Uwais senyap apabila diberi kunci kereta.
  4. Akhir sekali apabila dia diam masuk kereta dan tak mahu masuk rumah.
Maka kita ajak lah anak-anak pusing taman. Sampai depan Faiq Cafe nampak jiran ada jual ayam golek. Tanpa fikir panjang behenti beli. Tauke tanya nak ayam sekor ke nak sayap. Aku pilih untuk beli sayap.  Sementara nak tunggu ayam siap, kita beli roti kasi anak-anak makan, sambil itu dapatlah kita borak-borak sekejab dengan jiran merangkap penjual ayam golek. Lama dah tak borak. Kak dayang dan abang dihi adalah antara jiran paling awal kami kenal masa mula-mula duduk di desa satria.

Sampai rumah terus makan nasi bersama sayap golek, dimeriahkan dengan kari kentang dan kacang panjang.

Bersungguh-sungguh Uwais makan ayam.
 Review Sayap/Ayam Golek

Rasa sedikit manis  dan sesuai untuk kanak-kanak. Sedap dimakan ketika panas. Sos seperti sos ayam golek beli dekat pasar malam di semenanjung (tak pasti sos ayam golek dekat sibu). Kira makan sayap cicah sos tadi mengimbau kenangan makan ayam golek ayah beli dekat pasar malam. Rasa sos, manis dan tak pedas. Sesuai sangat untuk makan dengan anak-anak. Nak pedas kamu tambah sendiri cili padi.





Ahad, Mac 19, 2017

Bawak kereta berlawan arus

Beberapa hari ini kecoh pasal pemandu wanita bawak kereta lawan arus yang menyebab kemalangan seterusnya kematian. Semoga isteri mangsa tabah menghadapi ujian. Tak dapat nak banyangkan macam mana keadaan isteri mangsa yang tengah mengandung anak pertama.

Tak nak komen lebih pasal mangsa dan pemangsa. Mangsa nak atau tidak perlu menerima kenyataan. Manakala pemangsa diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Kepada pemandu-pemandu serta pengguna jalan raya, patuhilah undang-undang jalan raya.

Tempat Makan Sibu~ COD Nasi Briani

Tempat makan sibu kali ini adalah dekat rumah sendiri sebab menggunakan khidmat COD atau cash on delivery. Ini adalah kali pertama guna service ini sendiri, selalu nak apa-apa cakap dekat Mr.Y. Pandai-pandai lah Mr.Y nak dapatkan sama ada pergi tempat itu atau pesan online.

Al-kisah kali ini Mr.Y tak ada dekat rumah untuk beberapa hari, maka kena lah buat semua sendiri. Lagi mencabar Uwais tetiba demam. Konon pagi tadi nak lah beli barang dapur sedikit dekat kedai sambil cari sarapan, tetapi hujan melanda sibu semenjak awal subuh. Maka buat lempeng gandum bagi budak-budak makan. Seksa betul buat kerja dapur sambil dukung si uwais yang tak nak duduk. Selalu bagi dia makan atau suruh main dengan kakak dapat lah masak dengan agak tenang. Oleh kerana tak sihat maka nak berkepit sahaja. Melihat situasi Uwais yang tak nak bagi ummu buat kerja lain maka kita godek-godek lah FB Sibu food delivery & self pick nak cari ada tak orang buat khidmat hantar makanan tengah hari. Maka terjumpa post nasi briani ini dan terus komen order 2 bungkus nasi briani. Lebih kurang jam 11.30pagi makanan sampai. Cun, sedang elok waktu untuk makan tengahhari.

Bawak masuk rumah, bukan main seronok kakak humaira dan kakak hana sebab tetiba ada makanan. Sebelum itu kakak humaira mengomel "apa nak makan nanti, macam mana ummu nak masak ni? kakak tak suka lah adik sakit demam, kakak tak suka lah abi tak ada." Aku pun cakap lah "insyallah apa yang ada kita makan, ummu dah pesan makanan, sabar lah nanti sampai lah tue, kakak kan sabar. Kakak doalah dekat Allah agar semua sihat. Abi bukan saja-saja nak balik kg, abi nak jadi anak soleh sebab itu abi balik jupe nenek."

Tapi apakan daya, uwais yang baru tidur tak sampai 15minit bangun dan menangis. Rasa badan panas, cek suhu naik 38.7. Maka lagi sekali terpaksa mintak kakak-kakak bersabar sebab nak bagi ubat dekat adik. Lepas bagi ubat lap badan uwais kasi suhu turun, tengah lap uwais, hana berak nak mintak cebok. maka kita cebok sambil dukung. Pertama kali rasa cebok anak sambil dukung anak. Kesimpulan dalam pukul 2 baru kakak-kakak makan, uwais join kacau tak makan.

Dialog waktu makan;

Humaira: sedapnya nasi yang ummu order, terima kasih ummu.
Hana: (Ajuk balik apa kakak cakap.) Untuk abi ada tak?
(mereka sentiasa ingat abi setiap kali makan atau pergi mana-mana)
Ummu: Abi dah makan. kakak hana dan kakak humaira suka ke?
Humaira: Kakak suka, nanti ummu order lagi.
Hana: Mee ummu order lagi sedap. Mee abi order lagi tak sedap.
Ummu (konfius, bila pulak pesan mee nya): Mee apa hana. ini nasi.
Hana: Ini mee, hana nampak macam mee je panjang.
Humaira: Kenapa nasi ini panjang-panjang?
Ummu: Ini dia pakai beras panjang.
Hana: Panjang macam mee kan ummu.
Ummu: Tak mee tue panjang sangat. Ini panjang sikit dari beras dekat dapur kita.
Humaira: Nanti abi balik kita suruh abi beli ayam dengan beras panjang. pastu ummu buatlah nasi macam ni. Boleh tak ummu?
Ummu: Insyallah. Ummu solat jab, kakak tengok adik-adik ye.
(sebelum lebih banyak benda yang ditanya.)

Review nasi briani COD sibu

Nasi briani dengan ayam lembut. Kuah tak pedas sangat untuk yang tahan pedas tapi agak pedas bagi yang tak tahan. Rasa rempah nasi briani tidak terlalu kuat, just nice. Acar cukup rasa.

Berminat nak order, contact  Dayang Qhairunnisa.

Itu sahaja cerita kita kali ini. Doakan Uwais cepat sembuh. Amin.

Jumaat, Mac 17, 2017

SPM~Sijil Pelajaran Malaysia



Semalam heboh dekat Facebook orang bercerita pasal SPM. Rupanya result SPM 2016 telah keluar.

TAHNIAH!!!
Kepada yang berjaya.

JANGAN BERSEDIH!
Kepada yang kurang berjaya. 

Hakikatnya kejayaan dalam keputusan SPM bukanlah suatu jaminan masa depan cerah, cemerlang dan gemilang seseorang. Masih banyak dugaan dan ujian yang perlu dilalui oleh seorang anak muda.

Selepas SPM akan ada ujian pemilihan dan pergolakkan minda, naluri dan orang keliling. Tempat mana nak sambung belajar? Nak belajar lagi atau nak terus kerja? Nak pilih bidang yang anda minat dan idamkan atau ikut kemahuan ibubapa?

Nampakkan, belum masuk belajar. Nak pilih pun dah sukar. Macam mana dah belajar nanti? Atau macam mana kalau dah kerja nanti?

Redhalah walau apa keputusan SPM anda.