Anak ke-2 yang lahir sama tarikh dengan bapanya... maka seronok lah dorg dapat sambut b'day sekali...
Jumaat, Disember 19, 2014
Setelah setahun
Kini telah setahun berlalu, kali terakhir aku menulis blog adalah tahun 2013. Ketika itu masih beranak satu. Sekarang telah beranak 2...
Rabu, Julai 24, 2013
Persoalan Sedekah Al-Fatihah Kepada Si Mati
Satu amalan yang biasa dilakukan dalam masyarakat kita apabila mendengar kematian seseorang ialah, menyedekahkan bacaan Al-Fatihah…”Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Si Fulan bin Si Fulan yang baru sahaja meninggal sebentar tadi…” demikianlah antara ungkapan yang biasa kita dengar.
Membaca Al-Fatihah kepada si mati adalah dengan tujuan menyedekahkanPAHALA bacaan tersebut. Kerana, dengan membaca Al-Quran telah dijanjikan balasan pahala.
Maksudnya : Berkata Abdullah bin Mas’ud : Bersabda Rasulullah SAW “ Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitab Allah (Al-Quran), maka baginya satu hasanah (kebaikan), dan setiap satu hasanah baginya 10 pahala. Aku tidak katakan آلم satu huruf, bahkan alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.
(Hadith Sunan Tirmizi (No.2910) dengan komentar “Hadith ini Hasan Sohih Ghorib”. Hadith yang sama maksud boleh didapati dalam kitab Musannaf Ibnu Abi Syaibah (No.29933), Sya’bu Al-Iman (No. 1983), Kanzu Al-‘Amal (No.2429), Sohih Targhib Wa Tarhib (No.1416), Riyad As-Solihin (No.999). Disepakati status hadith ini adalah sohih)
Persoalannya, benarkah kita dituntut, atau dianjurkan, atau digalakkan oleh Baginda Nabi SAW untuk sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada si mati? Inilah yang cuba penulis kupaskan dalam artikel ini. Diharapkan pembaca tekun membaca dan memahami perkara ini.
APA SEBENARNYA YANG DIANJURKAN?
Sebenarnya, Baginda Nabi SAW tidak pernah menganjurkan para sahabat yang hidup menyedekahkan Al-Fatihah kepada sahabat yang meninggal. Bahkan apa yang sebenarnya dianjurkan oleh baginda ialah MENDOAKAN si mati…
Perkara ini dapat dibuktikan dengan dalil berikut :
Maksudnya : Daripada Ummu Salamah katanya : Bersabda Rasulullah SAW “ Apabila kamu menziarahi mayat maka katakanlah yang baik-baik. Sesungguhnya para Malaikat percaya (mencatat) apa yang kamu katakan”. Maka ketikamana Abu Salamah meninggal dunia, aku (Ummu Salamah) bertanya wahai Rasulullah apa yang patut aku katakan? Jawab (baginda) “ Katakan :
(Hadith Sohih Sunan Abi Daud (No.3115), Ibnu Majah (No.1447). Hadith ini juga dinukilkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab sohihnya (No.3005), dengan komentarnya “Sanad Hadith ini sohih mengikut syarat Al-Bukhari dan Muslim”. Namun hadith ini tidak dimuatkan oleh kedua tokoh tersebut dalam kitab sohih mereka)
Inilah yang dianjurkan oleh Baginda dan diamalkan oleh para sahabat, yaitumendoakan si mati, bukannya menyedekahkan atau membacakan Al-Fatihah sepertimana yang kita amalkan hari ini.
Satu lagi bukti yang boleh penulis kemukakan di sini ialah dengan hadith yang sangat mahsyur dalam kalangan masyarakat kita hari ini :
Maksudnya : Daripada Abi Hurairah ra : Sesungguhnya Nabi SAW bersabda “Apabila mati seseorang insan, maka terputuslah segala amalanya melainkan tiga (amalan). Sedekah jariah (yang ditinggalkan), ilmu yang bermanfaat (yang diajarkan), dan anak yang soleh yang mendoakannya.
(Hadith Sunan Tirmizi (No. 1376) dengan komentarnya “Hadith ini Hasan Sohih”. Hadith yang sama juga boleh didapati dalam Sunan Nasa’i (No.3651). Hadith ini dinilai Sohih)
Jelasnya dalam hadith di atas, Nabi SAW menyebutkan anak yang soleh yang MENDOAKANNYA. Tetapi bukanlah anak soleh yang menyedekahkan bacaan Al-Quran. Mungkin ramai yang tahu hadith ini, tetapi tidak ramai yang memerhatikan maksud hadith ini.
Tidak ada satu keterangan pun bahawa Nabi SAW menyuruh menyedekahkan bacaan Al-Fatihah atau Al-Quran kepada si mati. Ini diperkuatkan lagi dengan anjuran Nabi SAW ketika melalui kubur :
Maksudnya : Daripada Sulaiman bin Buraidah, daripada ayahnya berkata : Adapun Rasulullah SAW mengajarkan mereka apabila kamu keluar ke perkuburan maka hendaklah seseorang dari mereka katakan : (dalam riwayat Abi Bakar) Sejahtera keatasmu ahli kubur, (dalam riwayat Zuhair) Assalamualaikum ahli kubur dari kalangan Mukminin dan Muslimin dan aku Insya-Allah akan menyusul. Aku pohon kepada Allah kebaikan ke atas kami (yang masih hidup) dan keatas kamu (yang telah mati).
(Hadith Sohih Muslim (No.104). Hadith yang sama maksud dalam Sunan Nasa’i (No.2040), Sunan Ibnu Majah (No.1547), Musnad Ahmad bin Hanbal (No.23035). Sepakat Hadith Ini Sohih)
Maksud memberi salam adalah mendoakan, yaitu mendoakan kesejahteraan ahli kubur (orang yang telah mati).Nabi tidak mengajarkan para sahabat bahawa hendaklah mereka menyedekahkan Al-Fatihah kepada ahli kubur. Memadailah mendoakan kesejahteraan mereka sahaja. Itulah sebaik-baik amalan yang boleh dilakukan dan dianjurkan oleh baginda.
PERSOALAN MEMBACA AL-FATIHAH ATAU AL-QURAN KEPADA SI MATI
Jika kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada si mati, apakah yang kita sedekahkan? Tidak lain, pastilah PAHALA BACAAN AL-FATIHAH yang kita sedekahkan.
Sekiranya kita membaca Al-Fatihah, pasti kita mengharapkan balasan pahala daripada Allah SWT. Juga mengharapkan keredhaan Allah. Persoalan dapat atau tidak apa yang kita harapkan itu semuanya hak Allah, dan ia adalah perkara ghaib yang kita tidak dapat lihat diterima atau tidak.
Perlu jelas bahawa persoalan pahala ialah persoalan ghaib (perkara ghaib). Perlu difikirkan oleh kita, adakah pahala membaca Al-Fatihah atau mana-mana ayat Al-Quran ini boleh di sedekahkan? Apakah kedudukan pahala yang ghaib ini sama seperti wang ringgit yang zahir yang boleh dipindah-pindah miliknya atau disedekahkan?
Sekiranya seseorang mendakwa pahala membaca Al-Fatihah ini boleh disedekahkan, maka dia perlu membawa bukti dengan Nas Al-Quran atau Hadith, kerana perkara ghaib ini hanya boleh diketahui melalui dua sumber ini sahaja. Adapun melalui sangkaan atau ‘rasa-rasa sampai’ sahaja, maka tidak boleh diterima sama sekali.
Maksud membawa bukti di sini ialah membawakan mana-mana ayat Al-Quran atau Hadith Nabi SAW yang sohih yang menyatakan bahawa sampainya pahala sedekah membaca Al-Fatihah kepada si mati. Hadith Dhaif tidak boleh diterima. Hal ini kerana, Hadith mendoakan bertaraf sohih.Apabila bertembung hadith sohih dan dhaif, maka yang sohih perlu diutamakan.
Sangkaan atau ‘rasa-rasa sampai' tidak boleh diterima kerana, Allah dan Rasul-Nya tidak menyatakan demikian. Sedangkan Nabi SAW orang yang paling faham agama (kerana wahyu disampaikan melalui baginda) pun tidak menyatakan sampainya pahala sedekah, mana mungkin kita manusia biasa ini boleh pula menyatakan demikian.
Maksudnya : Daripada ‘Aisyah rah : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa beramal dengan amalan yang bukan dari suruh kami, maka ianya tertolak.
(Hadith Sohih Muslim (No.1718). Hadith yang sama maksud dalam Sohih Al-Bukhari (No.2550), Sunan Abi Daud (No.4606), Sunan Ibnu Majah (No.14), Musnad Ahmad bin Hanbal (No.25511))
BAGAIMANA DOA YANG DIANJURKAN
Doa yang disarankan ialah sepertimana yang dinyatakan dalam hadith Ummu Salamah di atas :
Sebenarnya, tidak ada doa yang khusus kepada si mati, asalkan doa itu baik dan bertujuan memohon ampun bagi pihak si mati. Nabi SAW menyatakan dalam Hadith Ummu Salamah itu :
Maksudnya : …maka kamu katakanlah yang baik-baik…
Sabdaan Nabi SAW ini juga menunjukkan bahawa, apabila berlaku kematian, katakanlah yang baik-baik tentang si mati. Jangan sesekali mengumpat, atau mengatakan keburukan si mati. Sebaliknya, sebutkan hal-hal yang baik tentang si mati serta mendoakannya.
Doa yang biasa di baca oleh masyarakat kita dalam tahlil juga merupakan doa yang baik :
Sebaik-baik doa adalah memohon keampunan bagi pihak si mati.
KESIMPULAN
Setelah penulis membawakan bukti-bukti berlandaskan Hadith-Hadith yang sohih, maka terpulanglah kepada para pembaca untuk menilainya. Penulis tidak menganggap bahawa menyedekahkan Al-Fatihah kepada si mati adalah sesat (bid’ah dholalah). Yang jelasnya, individu yang menganjurkan demikian berniat baik, iaitu ingin meringankan seksaan si mati di alam kubur. Tetapi,sebaik-baik amalan yang perlu kita amalkan dan berpegang dengannya adalah, amalan yang berdasarkan Nas yang sohih yang dianjurkan oleh Nabi dan diamalkan oleh para sahabat serta generasi selepasnya yang berpegang teguh dengan sunnah…
Penulis menyeru, sekiranya kita diminta menyampaikan khabar kematian seseorang, maka serulah orang ramai mendoakan si mati..(elakkan menyeru membacakan Al-Fatihah)..
Sekiranya ada orang menyeru membacakan Al-Fatihah kepada si mati, maka kita doakanlah sahaja.. Mengikut sunnah yang diajarkan Nabi SAW adalah lebih utama…
Wallahu A’lam..
Sumber: Shoutus Sunnah Enterprise
Membaca Al-Fatihah kepada si mati adalah dengan tujuan menyedekahkanPAHALA bacaan tersebut. Kerana, dengan membaca Al-Quran telah dijanjikan balasan pahala.
عبد الله بن مسعود يقول : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من قرأ حرفا من كتاب الله فله به حسنة والحسنة بعشر أمثالها لا أقول آلم حرف ولكن ألف حرف ولام حرف وميم حرف
Maksudnya : Berkata Abdullah bin Mas’ud : Bersabda Rasulullah SAW “ Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitab Allah (Al-Quran), maka baginya satu hasanah (kebaikan), dan setiap satu hasanah baginya 10 pahala. Aku tidak katakan آلم satu huruf, bahkan alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.
(Hadith Sunan Tirmizi (No.2910) dengan komentar “Hadith ini Hasan Sohih Ghorib”. Hadith yang sama maksud boleh didapati dalam kitab Musannaf Ibnu Abi Syaibah (No.29933), Sya’bu Al-Iman (No. 1983), Kanzu Al-‘Amal (No.2429), Sohih Targhib Wa Tarhib (No.1416), Riyad As-Solihin (No.999). Disepakati status hadith ini adalah sohih)
Persoalannya, benarkah kita dituntut, atau dianjurkan, atau digalakkan oleh Baginda Nabi SAW untuk sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada si mati? Inilah yang cuba penulis kupaskan dalam artikel ini. Diharapkan pembaca tekun membaca dan memahami perkara ini.
APA SEBENARNYA YANG DIANJURKAN?
Sebenarnya, Baginda Nabi SAW tidak pernah menganjurkan para sahabat yang hidup menyedekahkan Al-Fatihah kepada sahabat yang meninggal. Bahkan apa yang sebenarnya dianjurkan oleh baginda ialah MENDOAKAN si mati…
Perkara ini dapat dibuktikan dengan dalil berikut :
عن أم سلمة قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم " إذا حضرتم الميت فقولوا خيرا فإن الملائكة يؤمنون على ما تقولون " فلما مات أبو سلمة قلت يارسول الله ما أقول ؟ قال " قولي اللهم اغفر له وأعقبنا عقبى صالحة " قالت فأعقبني الله تعالى به محمدا صلى الله عليه وسلم .
Maksudnya : Daripada Ummu Salamah katanya : Bersabda Rasulullah SAW “ Apabila kamu menziarahi mayat maka katakanlah yang baik-baik. Sesungguhnya para Malaikat percaya (mencatat) apa yang kamu katakan”. Maka ketikamana Abu Salamah meninggal dunia, aku (Ummu Salamah) bertanya wahai Rasulullah apa yang patut aku katakan? Jawab (baginda) “ Katakan :
اللهم اغفر له وأعقبنا عقبى صالحة
(Hadith Sohih Sunan Abi Daud (No.3115), Ibnu Majah (No.1447). Hadith ini juga dinukilkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab sohihnya (No.3005), dengan komentarnya “Sanad Hadith ini sohih mengikut syarat Al-Bukhari dan Muslim”. Namun hadith ini tidak dimuatkan oleh kedua tokoh tersebut dalam kitab sohih mereka)
Inilah yang dianjurkan oleh Baginda dan diamalkan oleh para sahabat, yaitumendoakan si mati, bukannya menyedekahkan atau membacakan Al-Fatihah sepertimana yang kita amalkan hari ini.
Satu lagi bukti yang boleh penulis kemukakan di sini ialah dengan hadith yang sangat mahsyur dalam kalangan masyarakat kita hari ini :
عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن النبي صلى الله عليه وسلم قال إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية وعلم ينتفع به وولد صالح يدعو له
Maksudnya : Daripada Abi Hurairah ra : Sesungguhnya Nabi SAW bersabda “Apabila mati seseorang insan, maka terputuslah segala amalanya melainkan tiga (amalan). Sedekah jariah (yang ditinggalkan), ilmu yang bermanfaat (yang diajarkan), dan anak yang soleh yang mendoakannya.
(Hadith Sunan Tirmizi (No. 1376) dengan komentarnya “Hadith ini Hasan Sohih”. Hadith yang sama juga boleh didapati dalam Sunan Nasa’i (No.3651). Hadith ini dinilai Sohih)
Jelasnya dalam hadith di atas, Nabi SAW menyebutkan anak yang soleh yang MENDOAKANNYA. Tetapi bukanlah anak soleh yang menyedekahkan bacaan Al-Quran. Mungkin ramai yang tahu hadith ini, tetapi tidak ramai yang memerhatikan maksud hadith ini.
Tidak ada satu keterangan pun bahawa Nabi SAW menyuruh menyedekahkan bacaan Al-Fatihah atau Al-Quran kepada si mati. Ini diperkuatkan lagi dengan anjuran Nabi SAW ketika melalui kubur :
عن سليمان بن بريدة عن أبيه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعلمهم إذا خرجوا إلى المقابر فكان قائلهم يقول ( في رواية أبي بكر ) السلام على أهل الديار ( وفي رواية زهير ) السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين وإنا إن شاء الله للاحقون أسأل الله لنا ولكم العافية
Maksudnya : Daripada Sulaiman bin Buraidah, daripada ayahnya berkata : Adapun Rasulullah SAW mengajarkan mereka apabila kamu keluar ke perkuburan maka hendaklah seseorang dari mereka katakan : (dalam riwayat Abi Bakar) Sejahtera keatasmu ahli kubur, (dalam riwayat Zuhair) Assalamualaikum ahli kubur dari kalangan Mukminin dan Muslimin dan aku Insya-Allah akan menyusul. Aku pohon kepada Allah kebaikan ke atas kami (yang masih hidup) dan keatas kamu (yang telah mati).
(Hadith Sohih Muslim (No.104). Hadith yang sama maksud dalam Sunan Nasa’i (No.2040), Sunan Ibnu Majah (No.1547), Musnad Ahmad bin Hanbal (No.23035). Sepakat Hadith Ini Sohih)
Maksud memberi salam adalah mendoakan, yaitu mendoakan kesejahteraan ahli kubur (orang yang telah mati).Nabi tidak mengajarkan para sahabat bahawa hendaklah mereka menyedekahkan Al-Fatihah kepada ahli kubur. Memadailah mendoakan kesejahteraan mereka sahaja. Itulah sebaik-baik amalan yang boleh dilakukan dan dianjurkan oleh baginda.
PERSOALAN MEMBACA AL-FATIHAH ATAU AL-QURAN KEPADA SI MATI
Jika kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada si mati, apakah yang kita sedekahkan? Tidak lain, pastilah PAHALA BACAAN AL-FATIHAH yang kita sedekahkan.
Sekiranya kita membaca Al-Fatihah, pasti kita mengharapkan balasan pahala daripada Allah SWT. Juga mengharapkan keredhaan Allah. Persoalan dapat atau tidak apa yang kita harapkan itu semuanya hak Allah, dan ia adalah perkara ghaib yang kita tidak dapat lihat diterima atau tidak.
Perlu jelas bahawa persoalan pahala ialah persoalan ghaib (perkara ghaib). Perlu difikirkan oleh kita, adakah pahala membaca Al-Fatihah atau mana-mana ayat Al-Quran ini boleh di sedekahkan? Apakah kedudukan pahala yang ghaib ini sama seperti wang ringgit yang zahir yang boleh dipindah-pindah miliknya atau disedekahkan?
Sekiranya seseorang mendakwa pahala membaca Al-Fatihah ini boleh disedekahkan, maka dia perlu membawa bukti dengan Nas Al-Quran atau Hadith, kerana perkara ghaib ini hanya boleh diketahui melalui dua sumber ini sahaja. Adapun melalui sangkaan atau ‘rasa-rasa sampai’ sahaja, maka tidak boleh diterima sama sekali.
Maksud membawa bukti di sini ialah membawakan mana-mana ayat Al-Quran atau Hadith Nabi SAW yang sohih yang menyatakan bahawa sampainya pahala sedekah membaca Al-Fatihah kepada si mati. Hadith Dhaif tidak boleh diterima. Hal ini kerana, Hadith mendoakan bertaraf sohih.Apabila bertembung hadith sohih dan dhaif, maka yang sohih perlu diutamakan.
Sangkaan atau ‘rasa-rasa sampai' tidak boleh diterima kerana, Allah dan Rasul-Nya tidak menyatakan demikian. Sedangkan Nabi SAW orang yang paling faham agama (kerana wahyu disampaikan melalui baginda) pun tidak menyatakan sampainya pahala sedekah, mana mungkin kita manusia biasa ini boleh pula menyatakan demikian.
عائشة رضي الله عنه ها قالت : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد )
Maksudnya : Daripada ‘Aisyah rah : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa beramal dengan amalan yang bukan dari suruh kami, maka ianya tertolak.
(Hadith Sohih Muslim (No.1718). Hadith yang sama maksud dalam Sohih Al-Bukhari (No.2550), Sunan Abi Daud (No.4606), Sunan Ibnu Majah (No.14), Musnad Ahmad bin Hanbal (No.25511))
BAGAIMANA DOA YANG DIANJURKAN
Doa yang disarankan ialah sepertimana yang dinyatakan dalam hadith Ummu Salamah di atas :
اللهم اغفر له وأعقبنا عقبى صالحة
فقولوا خيرا
Maksudnya : …maka kamu katakanlah yang baik-baik…
Sabdaan Nabi SAW ini juga menunjukkan bahawa, apabila berlaku kematian, katakanlah yang baik-baik tentang si mati. Jangan sesekali mengumpat, atau mengatakan keburukan si mati. Sebaliknya, sebutkan hal-hal yang baik tentang si mati serta mendoakannya.
Doa yang biasa di baca oleh masyarakat kita dalam tahlil juga merupakan doa yang baik :
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
Sebaik-baik doa adalah memohon keampunan bagi pihak si mati.
KESIMPULAN
Setelah penulis membawakan bukti-bukti berlandaskan Hadith-Hadith yang sohih, maka terpulanglah kepada para pembaca untuk menilainya. Penulis tidak menganggap bahawa menyedekahkan Al-Fatihah kepada si mati adalah sesat (bid’ah dholalah). Yang jelasnya, individu yang menganjurkan demikian berniat baik, iaitu ingin meringankan seksaan si mati di alam kubur. Tetapi,sebaik-baik amalan yang perlu kita amalkan dan berpegang dengannya adalah, amalan yang berdasarkan Nas yang sohih yang dianjurkan oleh Nabi dan diamalkan oleh para sahabat serta generasi selepasnya yang berpegang teguh dengan sunnah…
Penulis menyeru, sekiranya kita diminta menyampaikan khabar kematian seseorang, maka serulah orang ramai mendoakan si mati..(elakkan menyeru membacakan Al-Fatihah)..
Sekiranya ada orang menyeru membacakan Al-Fatihah kepada si mati, maka kita doakanlah sahaja.. Mengikut sunnah yang diajarkan Nabi SAW adalah lebih utama…
Wallahu A’lam..
Sumber: Shoutus Sunnah Enterprise
Selasa, Julai 02, 2013
Sementara Masih Berpeluang
Assalamualaikum
Setelah agak lama tidak menulis dan bekarya, pagi ini tergerak hati untuk berkongsi pengorbanan ibu ayah dan bagaimana seharusnya mereka dilayan sehingga akhir hayat. Tidak ada seorang pun manusia akan menafikan pengorbanan ibu bapa mereka dari melahirkan sehingga ke dewasa. Tidak ada seorang ibu bapa yang beriman pun akan mendoakan kecelakaan buat anak-anaknya. Bagaimana mereka sanggup berjaga malam demi menjaga anak yang hanya demam, terutama jika anak itu masih bayi...Menahan lapar dan dahaga demi menunaikan permintaan anak untuk makanan dan permainan yang mahal. Tidak dilayan kesian akan anak yang mengharap...Tetapi bagaimana layanan anak ketika ibu makin meningkat usia tua dan anak makin dewasa?
Atuk nenek menjaga cucu? Wajar atau tidak? Perkara ini perlu dilihat dalam 2 situasi yang berbeza. Terdapat ibubapa yang meminta untuk menjaga cucu, bahkan dari bayi. Manakala ada ibubapa yang diminta untuk menjaga cucu. Situasi pertama adalah wajar, tetapi bukan bermakna anak boleh lepas tangan terus. Adakala atuk nenek meminta cucu untuk dijaga dengan harapan anak lebih kerap datang menjenguk mereka di kampung serta mungkin juga sebagai peneman. Ialah, bila anak dah besar semua sibuk dengan keluarga dan kerjaya masing-masing. Maka kesunyian lah ibu bapa di kampung. Jika ada kanak-kanak pasti akan sedikit terhibur...Maka pada pandangan diri aku, situasi pertama adalah wajar jika atuk nenek masih sihat dan cucu sudah boleh menguruskan diri sendiri...
Berbeza dengan situasi kedua dimana pasangan tersebut tidak mampu untuk menjaga anak sendiri. Maksud tidak mampu disini adalah dari segi kekangan masa dan wang. Maka tempat yang paling mudah dan senang adalah meminta atuk nenek menjaga cucu. Pada pendapat diri ini, situasi ini boleh menjadi wajar dan boleh menjadi tidak wajar. WAJAR jika ibu bapa disediakan orang gaji atau pembantu yang secukupnya serta kewaangan yang mantap. TIDAK WAJAR jika ibu bapa turut dibebani dengan masalah keewangan dan kekurangan tenaga.
Masih kukuh dalam ingatan pesanan arwah ibu:
"Anak kita, kita jaga sendiri, jangan minta orang tua jaga...Sewaktu kecil ibu ayah dan bersusah payah jaga...tiba masa kita ada anak kita perlu menjaga sendiri anak, tidak wajar anak dibebankan kepada orang tua kerana telah tiba masa orang tua menikmati hidup dengan belajar dan beramal. Sewaktu anak kecil dan membesar orang tua tidak ada masa yang cukup untuk belajar, beramal dan berehat...Berilah mereka peluang menikmati semua itu sementara masih berpeluang."
Semoga pesanan ini tetap kukuh dan diamalkan sehingga anak-anak ku dewasa. Terima kasih cik, terima kasih ayah.

Sabtu, Januari 26, 2013
Chicken Burger Golden Blue
Selamat bercuti semua, hari nie kami rasa nak makan western skit. maka tgk dlm peti ada ayam 3 ketul, 2 ketul bahagian peha dan 1 ketul bahagian dada... terus dapat idea nak wat buger ayam inti cheese. Kalu chicken chop dikenali sebagai chicken chop golden blue, ini burger aku letak nama chicken burger golden blue. Jom kita belajar cara-cara nak wat benda nie....
- ambik beberapa ketul isi ayam yang telah dibersihkan, lagi sedap jika semua isi adalah dari bahagian dada. kemudian toskan sehingga habis air yang menitik seterusnya blenderkan.
- Gaulkan isi ayam yang telah diblender tadi dengan sedikit serbuk lada hitam dan garam. Perap lebih kurang 30minit.
- kemudian buatkan bulat2 dan leperkan (jgn terlalu tebal...sederhana ja).
- Letakkan cheese ditengah2 lapisan bawah dan tutup dengan satu lapisan lagi.
- kemudian salut dengan tepung gandum, diikuti telur dan seterusnya bread scrum...
- akhir goreng menggunakan minyak yang penuh...
Aku selalu buat tidak ikut sukatan, main agak2 jer....
Hidangkan bersama salad dan french fries....
sekian...
Khamis, Disember 06, 2012
TokKu Paloh
TUKKU PALOH atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al Idrus adalah ulama kerohanian yang berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu. Beliau hidup dalam zaman pemerintahan lapan orang sultan silih berganti; paling lama dan paling kuat pengaruh beliau ialah semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11. Kerana kewibawaannya, beliau diberi mandat oleh Sultan mentadbir kawasan Paloh dan mengawasi kawasan Hulu Terengganu. Beliau juga diterima sebagai penasihat pertama dan utama kepada Sultan dalam berbagai persoalan. Beliau tegas dan pintar dalam bidang diplomatik, dan sering diberi peluang mewakili Sultan berunding dengan pihak British sehingga pada zaman itu British gagal menjajah Terengganu.
Tukku Paloh terkenal sebagai seorang wali ALLAH yang mempunyai berbagai karamah dan sentiasa mendapat bantu-an ALLAH SWT khususnya sewaktu mengendalikan urusan rakyat. Tukku Paloh adalah khalifah Tareqat Naqsyabandiah, dan beliau turut mengamal dan mengembangluaskan ‘Syahadat Tukku’, satu amalan yang disusun oleh ayahnya Tukku Tuan Besar.
“Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun,” kata Tukku Paloh. Tetapi, kalau hendak tanah, silakan. Isilah ke dalam armada tuan sebanyak mana pihak British mahu… ambillah tanah.”
Itulah jawapan Tokku Paloh kepada wakil British, semasa berlaku perundingan antara pihak British dengan Tokku Paloh yang mewakili kerajaan Negeri Terengganu. Jawapan dalam bentuk sindiran itu, yang diluahkan dengan tenang tapi tegas, ternyata menyakitkan hati wakil-wakil British itu. Mereka ba-ngun untuk beredar. Tetapi, dengan kuasa ALLAH, punggung mereka tidak semena-mena terlekat di kerusi. Apabila mereka mengangkat punggung, kerusi turut terangkat sama buat se-ketika sebelum jatuh ke lantai. Waktu itu Tukku Paloh bersuara secara bersahaja: “Sudahlah tuan-tuan hendak ambil tanah Terengganu, kerusi rumah saya pun tuan-tuan hendak ambil.”
Demikianlah gagalnya diplomasi British untuk menjajah Terengganu pada sekitar awal abad ke-20. Taktik diplomasi yang berjaya digunakan di beberapa negeri lain, gagal di Terengganu kerana adanya gandingan rapat antara ulama dan umarak (pemerintah). Tegasnya, antara Sayid Abdul Rahman Al Idrus atau Tukku Paloh, dengan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11 (memerintah 1881-1918).
Dilahirkan pada tahun 1817 (1236 Hijrah) di Kg.Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Tukku Paloh adalah nasab ke-32 daripada Rasulullah SAW di kalangan keluarga Al Idrus. Nasab sebelah bapanya sampai kepada Sayidina Hussein r.a. anak Sayida-tina Fatimah Az Zahrah r.ha. binti Rasulullah. Ibunya, Hajah Aminah, ialah isteri pertama daripada beberapa orang isteri Sayid Muhammad yang terkenal dengan gelaran Tukku Tuan Besar. Semasa pemerintahan Sultan Omar, Tukku Tuan Besar menjadi Syeikhul Ulama iaitu ketua seluruh ulama Terengganu, dan dianugerahkan gelaran Paduka Raja Indra oleh baginda Sultan. Kedua-dua kedudukan itu menjadikan Tukku Tuan Besar sangat dihormati dan berpe-ngaruh di kalangan istana dan rakyat keseluruhannya.
Sebagai seorang ulama yang bertanggungjawab dan berpengaruh, Tukku Tuan Besar berusaha sehingga terlaksana hukum-«iukum Islam secara meluas dalam sistem pentadbiran dan kehidupan di bawah pemerintahan Sultan Omar (memerintah 1839-1875), hingga Terengganu terus terkenal sebagai negeri yang berpegang teguh dengan Islam, di sekitar pertengahan abad ke-18 Masihi. Menyedari pentingnya penyebaran ilmu agama dan bim-bingan amal, maka Tukku Tuan Besar mendirikan masjid di Kampung Cabang Tiga. (Masjid ini kini telah diubahsuai dan meriah dengan ahli jemaah). Di sinilah Tukku Tuan Besar yang juga pengarang beberapa buah kitab itu menyebarkan ilmu dan tarbiah kepada ramai anak muridnya dan anak-anaknya sendiri termasuk Sayid Abdul Rahman (Tukku Paloh). Dengan itu nyatalah Tukku Paloh itu bukan saja berke-turunan Rasulullah SAW yang mulia malah mendapat didik-an dan asuhan dalam keluarga yang kuat beragama. Semua adik-beradiknya juga mempunyai keahlian dalam hal-ehwal agama dan di antara yang terkenal ialah Sayid Zain (dilantik menjadi Menteri Besar pada tahun 1864 oleh Sultan Omar), Sayid Ahmad (bergelar Tuan Ngah Seberang Baroh) dan Sayid Mustaffa (seorang ulama yang juga ahli Majlis Mesyuarat Negeri; merupakan salah seorang dari empat pembesar yang pernah diwakilkan memegang pemerintahan negeri sewaktu Sultan Zainal Abidin HJ. melawat Siam pada Ogos 1896 selaku tetamu Raja Siam).
Di kalangan adik-beradiknya, Tukku Palohlah yang paling masyhur dan mempunyai banyak keistimewaan yang luar biasa. Menurut cucunya Sayid Abdul Aziz, sejak kecilnya lagi sudah ada tanda-tanda pelik yang mengisyaratkan Tukku Paloh akan muncul menjadi orang penting masyarakat. Satu ketika semasa Tukku Paloh berada bersama ayahnya Tukku Tuan Besar, tiba-tiba saja Tukku Paloh melihat seorang yang berserban dan berjubah hijau memanggilnya. Tukku Tuan Besar menahannya seraya berkata, “Engkau jangan pergi dekat orang itu, nanti engkau tidak boleh bersama abah lagi.”
Perkataan Tukku Tuan Besar itu tidak begitu pasti apa maksudnya. Tetapi yang nyata, Tukku Tuan Besar juga seorang yang kasyaf; dapat melihat kemunculan seorang yang berserban dan berjubah hijau itu. Siapa orangnya? Wallahu a’lam. Tukku Paloh mendapat didikan awal daripada ayahnya sendiri dan beberapa orang ulama tempatan. Kemudian beliau mengikut jejak ayahnya mendalami ilmu dan meluaskan pe-ngalaman di Makkah Al Mukarramah. Di sana beliau belajar dengan ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan khatam banyak kitab muktabar dalam berbagai bidang ilmu- tauhid, feqah, tasawuf, tafsir, nahu, saraf dan lain-lain.
Tukku Paloh sangat arif tentang ilmu tasawuf dan ilmu tareqat. Malah beliau ada mengarang kitab dan risalah mengenai persoalan kerohanian. Setelah lebih 10 tahun di Makkah, Tukku Paloh pulang sebagai seorang ulama besar. Beliau seorang yang warak dan terkenal sebagai pemimpin kerohanian yang mengembangkan Tareqat Naqsyabandiah. Beliau adalah khalifah tareqat ini. Sepulangnya dari Makkah, Tukku Paloh terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ini merupakan langkah awal beliau berkhidmat kepada orang ramai, sebelum melangkah kepada kegiatan yang lebih mencabar, bukan saja dalam bidang pengajaran ilmu tetapi juga dalam bidang pentadbiran, pemerintahan dan jihadnya menentang mungkar dan penjajah British. Seperti juga ayahnya, Tukku Paloh seorang yang sangat berpengaruh di kalangan istana dan menjadi tempat rujuk sultan. Malah perlantikan sultan itu sendiri mempunyai kaitan rapat dengan pengaruh Tukku Paloh di kalangan istana, yang diwarisi daripada ayahnya Sayid Muhammad bin Zainal Abi-din, yang terkenal dengan panggilan Tukku Tuan Besar, juga merupakan tokoh agama yang amat terkenal dan pengarang kepada lebih kurang 16 buah buku agama dan nazam.
Hubungan Tukku Paloh dengan sultan ini boleh disamakan dengan hubungan antara Sultan Zainal Abidin I (memerintah 1725-1734) dengan seorang lagi ulama besar Terengganu, Syeikh Abdul Malik bin Abdullah. Ulama yang terkenal dengan gelaran Tuk Pulau Manis ini juga dikenali sebagai wali ALLAH, dan banyak mengarang kitab. Sebagai Syeikhul Ulama dan mufti, Tuk Pulau Manis amat berpengaruh di kalangan istana dan dikatakan bertanggungjawab atas pertabalan Sultan Zainal Abidin I yang kemudian menjadi me-nantu beliau.
Menyedari peri pentingnya pemerintahan raja yang adil yang berlunaskan hukum-hukum ALLAH SWT, Tukku Paloh bersama Sayid Abdullah (Menteri Besar ketika itu) mengetuai sokongan terhadap perlantikan Tengku Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu menggantikan Sultan Ahmad Shah II (memerintah 1876-1881). Sokongan dua orang yang berpengaruh ini sungguh berkesan sehingga Sultan Zainal Abidin kekal sebagai raja yang berjaya menegakkan pemerintahan yang kukuh dan berma-ruah walaupun usianya ketika mula memegang tampuk pemerintahan negeri baru 16 tahun. Kejayaan baginda itu adalah berkat mendampingi serta menerima keputusan ulama. Baginda memerintah selama kira-kira 36 tahun 11 bulan hingga ke akhir hayatnya pada tahun 1918. Ketika Sultan Zainal Abidin III mula naik takhta, Tukku Paloh belum menjawat apa-apa jawatan penting secara ras-mi. Tetapi sebagai seorang tokoh agama, beliau sudah berpengaruh di kalangan istana. Kemudian beliau menjadi Syeikhul Ulama (ketua ulama) Terengganu dan dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Negeri dalam kerajaan Sultan Zainal Abidin. Dengan kedudukan itu Tukku Paloh bertanggungjawab membantu kerajaan mentadbir negeri dan rakyat.
Bagaimanapun, ulama dan ahli tareqat yang arif perjalan-an rohani ini lebih banyak berhubung secara peribadf dalam berbagai-bagai hal dengan Sultan Zainal Abidin. Keistimewaan ini menjadikan Tukku Paloh sebagai penasihat Sultan dan orang yang bertanggungjawab di belakang keputusan-keputusan yang dibuat oleh Sultan dalam pelbagai perkara terutamanya mengenai dasar luar negeri. Ini terbukti dengan keputusan berani Tukku Paloh memberi perlindungan kepada pahlawan-pahlawan Pahang sekitar tahun 1894 dan keengganannya bekerjasama dengan pihak British. Pendirian beliau ini mempengaruhi sikap Sultan Zainal Abidin (kebetulan menantu kepada Sultan Ahmad Pahang) untuk terus-menerus menentang pertapakan British di Terengganu.
Penglibatan Tukku Paloh dalam perjuangan menentang campurtangan British di Pahang berlaku apabila pahlawan-pahlawan Pahang yang memberontak terpaksa berundur akibat tekanan hebat daripada pihak berkuasa. Mereka yang di-pimpin oleh Datuk Bahaman, Tuk Gajah dan anaknya Mat Kilau berada dalam keadaan serba salah dan hampir-hampir putus asa. Akhirnya pada bulan Mei 1894, mereka membuat keputusan menghubungi Tukku Paloh. Ternyata hubungan ini memberi nafas dan tenaga baru kepada perjuangan mereka kerana Tukku Paloh bukan saja bersimpati malah bersedia membantu pahlawan-pahlawan itu menentang pencerobohan British di Pahang. Selama berada di Paloh, pahlawan-pahlawan yang terkenal hebat itu menggunakan sepenuh kesempatan menuntut ilmu agama dan mendalami perjalanan rohani sebagai bekalan dalam perjuangan yang amat sukar itu. Mereka ber-guru dengan Tukku Paloh. Kemudian baru Tukku Paloh menyeru pahlawan-pahlawan itu supaya melancarkan perang jihad. Sebagai bekalan rohani, beliau memberi mereka wirid-wirid dan jampi-jampi tertentu dan menghadiahkan mereka pedang yang bertulis ayat-ayat Al Quran pada matanya. Dan dengan sokongan dan pengaruh Tukku Paloh, pasukan pahlawan itu semakin besar dan mendapat sokongan sultan dan rakyat Terengganu untuk melancarkan serangan tahap kedua berdasarkan kecintaan kepada agama dan tanahair dengan semboyan ‘perang jihad’.
Semangat perang jihad begitu ketara sekali di kalangan para pejuang itu. Ketika inilah, Hugh Clifford, Residen British di Pahang, menyedari bahayanya pahlawan-pahlawan itu berada di negeri jiran kerana mendapat sokongan Tukku Paloh untuk me-lancarkan serangan baru dengan kekuatan agama. Demi menjaga kepentingan British di Pahang, pada bulan April 1895 Clifford mengetuai satu angkatan seramai 250 orang untuk melumpuhkan kekuatan pihak yang disifatkannya sebagai pemberontak-pemberontak. Sesampai di Terengganu, Clifford mengadap Sultan Zainal Abidin untuk mendapat kerjasama baginda. Sultan Zainal Abidin dengan senang hati mengeluarkan surat kuasa (waran) kepada Clifford untuk menangkap sesiapa saja daripada kalangan rakyat baginda yang bersubahat dengan pemberontak-pemberontak. Tetapi surat itu tidak memberi kuasa untuk menyiasat kerabat diraja, keluarga Sayid serta pembesar-pembesar baginda.
Baginda juga mengeluarkan satu surat sulit kepada orang-orang Besut supaya membantu pahlawan-pahlawan Pahang yang bersembunyi di daerah itu. Taktik diplomasi yang bijak itu menyelamafkan semua pejuang Pahang dan mengecewa-kan usaha ketua penjajah Pahang bernama Clifford itu. Clifford sentiasa curiga terhadap Tukku Paloh kerana dalam beberapa perundingan yang diadakan dengannya, pemimpin British itu percaya Tukku Paloh tidak berkata yang se-benarnya mengenai pemberontak-pemberontak. Kadangkala wakil-wakil British itu dipersendakan oleh Tukku Paloh.
Menurut cerita Syed Omar Abdul Kadir Al Idrus (cucu Tukku Paloh) , dalam satu pertemuan antara Tukku Paloh dan Clifford terjadi antara lain seperti berikut:
Clifford: Saya datang mahu mendapat kerjasama Tukku untuk menangkap pemberontak-pemberontak dari Pahang yang berada dalam negeri Terengganu.
Tukku Paloh: Siapa yang dimaksudkan? Kerana kami orang Islam tidak boleh menyimpan pemberontak dan penjahat-penjahat. Kalau ada penjahat tentu kami sudah tangkap dan mengenakan hukuman berdasarkan hukum Islam.
Clifford: Itu, Datuk Bahaman, Tuk Gajah, Mat Kilau dan pengikut-pengikut mereka melakukan banyak kacau dalam negeri Pahang. Sekarang mereka lari ke negeri ini.
Tukku Paloh: Orang-orang itu semua baik-baik, bukan pengacau, bukan pemberontak kerana mereka menuntut pembebasan daripada campurtangan kuasa luar dalam negeri mereka, dan sebagai orang-orang Islam mereka mesti menuntut hak itu.
Sebagai satu helah, Tukku Paloh membenarkan juga angkatan Clifford itu menyiasat di Paloh sama ada benar pahlawan-pahlawan Pahang itu bersembunyi di sana (ketika itu semua mereka sudah bersembunyi di tempat-tempat selamat).
Clifford masih tidak berpuas hati kerana pasukannya gagal menemui ‘pemberontak-pemberontak’ itu. Dia percaya mereka ada bersembunyi di kawasan rumah Tukku Paloh. Ini berdasarkan beberapa bukti yang dia sendiri perolehi semasa siasatan dibuat. Tetapi dia dan pasukannya tidak berdaya berbuat apa-apa walaupun berkali-kali berunding dengan Tukku Paloh. Sebab itu bagi Clifford, penghalang besar kepada usahanya untuk menangkap pahlawan-pahlawan Pahang itu ialah Tukku Paloh sendiri. Malah usaha terakhir Clifford meminta jasa baik Sultan supaya memaksa Tukku Paloh menyerahkan mereka itu juga gagal. Ini membuatkan dia sedar pengaruh Tukku Paloh begitu besar sekali di istana. Akhirnya Clifford mengambil keputusan meninggalkan Terengganu pada 17 Jun 1895.
Percubaan British untuk menjajah Terengganu bermula sejak awal abad ke-20. Gabenor Negeri-negeri Selat, Frank Swettenham, tanpa terlebih dahulu berunding, datang ke Terengganu pada tahun 1902 dan mengadap Sultan untuk mendapat persetujuan sultan mengenai satu rangka perjanji-an yang disediakan di London antara kerajaan British dan Siam. Tetapi perjanjian yang kononnya memberi pengiktirafan yang lebih jelas terhadap naungan kerajaan Siam ke atas Terengganu itu secara rasmi ditolak oleh kerajaan Terengganu. Sultan Zainal Abidin dan penasihat-penasihat baginda menyedari kesan daripada perjanjian itu dan nampak perancangan jauh kerajaan British yang beria-ia benar mempelopori perjanjian itu supaya ditandatangani. Sedangkan kerajaan Siam sentiasa menghormati pemerintahan Terengganu yang berdaulat.
Perkiraan itu ternyata berlaku pada 10 Mac 1909 bertempat di Bangkok di mana kerajaan British secara senyap menandatangani satu perjanjian baru dengan kerajaan Siam. Entah ganjaran apa yang diperolehi oleh kerajaan Siam, melalui perjanjian itu kerajaan Siam memindahkan (menyerahkan) segala hak naungan, perlindungan, pentadbiran, kawalan dan apa saja yang dipunyainya ke atas negeri-negeri Kelantan, Perlis, Kedah dan Terengganu serta pulau-pulau berhampiran. Dengan perjanjian baru itu bermakna Terengganu bulat-bulat duduk di bawah kekuasaan British seperti terkandung dalam butir-butir perjanjian pertama tajaan British yang kononnya untuk menjelaskan pengiktirafan terhadap naungan Siam itu. Sekali lagi kerajaan Terengganu tidak mengiktiraf dan menentang perjanjian berniat jahat itu. Malah pihak istana dan pembesar-pembesar negeri sangat marah dengan taktik halus British.
Tukku Paloh, yang sangat berpengaruh terhadap dasar luar Terengganu, memberi pandangannya mengenai cita-cita British yang berkehendakkan Terengganu dengan pertolongan Siam itu, dengan katanya antara lain:
“Dimaklumkan bahawa perkara ehwal treaty (perjanjian) yang dikehendaki oleh Inggeris dengan kebenaran Siam itu sangat besarlah pada paham paduka ayahanda (maksudnya beliau) waqiahnya dan sangatlah pada Seri Paduka anakanda Sultan Zainal Abidin akan akllahu al dafihi (telah menolong akan engkau oleh ALLAH SWT atas penolakannya) kerana sudah bersatu antara Siam dan Inggeris tetapi insya-ALLAH tiada sekali-kali. ALLAH SWT tasalitkan (beri kekuasaan-Nya) kuffar (orang kafir) atas Muslimin melainkan sebab tadyik (menghilangkan) mereka itu akan huquk (hak) syariat dan tiada bersungguh-sungguh mereka itu berpegang atas syariat yang mutahharah (undang-undang suci Islam) dan pemasukan ke dalam agama Islam akan barang yang dibenci oleh Rasulullah SAW. Maka wajiblah pada sekarang ini Seri Paduka Anakanda (Sultan) berkuat pada menzahirkan agama dan membatalkan segala mungkarat (kejahatan), jangan sekali tidak hirau…”
Walaupun usaha itu gagal, British terus menjalankan diplomasinya dalam berbagai bentuk rundingan. Antara pegawai yang mewakili British ialah W.L. Conlay. Dalam beberapa kali rundingan yang diadakan dengan pihak istana (tidak kurang dua kali), Sultan Zainal Abidin mengarahkan pihak British supaya berunding secara langsung dengan Tukku Paloh. Sultan berkata kepada wakil British, “Terengganu ini ada
tuannya, sila berunding dengan tuannya (yang dimaksudkan ialah Tukku Paloh).”
tuannya, sila berunding dengan tuannya (yang dimaksudkan ialah Tukku Paloh).”
Rundingan pertama yang dijadualkan berlangsung British terpaksa dibatalkan oleh British kerana dikatakan kapal armada itu beberapa kali senget apabila Tukku Paloh menyengetkan serbannya. Ini menakutkan wakil-wakil British yang menganggap kejadian itu satu magic (sihir atau silap mata) sedangkan yang sebenarnya adalah karamah kurniaan ALLAH kepada Tukku Paloh. Ekoran itu, rundingan diadakan juga pada waktu lain dan kali ini di rumah Tukku Paloh. Untuk itu, Tukku Paloh meminjara beberapa buah kerusi bagi meraikan orang putih yang tidak pandai duduk bersila itu. Dengan duduk di atas kerusi, rundingan berjalan dengan panjang lebar dan antara lain wakil British memaklumkan bahawa pihaknya ingin mendapatkan tanah Terengganu dengan alasan membantu membangunkan dan memajukan negeri Terengganu. Dengan kata lain, dalam rundingan itu seolah-olahnya British hendak membantu memajukan Terengganu. Negeri Terengganu ketika itu berpenduduk sekitar 10,000 orang, kebanyakannya bekerja sebagai nelayan, tukang dan petani. Mereka diakui oleh Clifford sebagai “orang Melayu yang paling pandai dan paling rajin di Semenanjung Tanah Melayu”.
Tukku Paloh mempunyai pandangan yang jauh dan dapat membaca niat jahat wakil British yang mahu menguasai negeri Terengganu dan seterusnya menjajah. Lalu dengan selamba Tukku menjawab segala kehendak wakil British itu dengan penuh sindiran tanpa sedikit pun terpengaruh dengan ‘gula-gula’ yang diumpan oleh orang-orang putih itu. Dalam pertemuan inilah berlakunya kerusi yang diduduki oleh wakil-wakil British itu melekat seketika di punggung mereka seperti telah diceritakan pada awal lagi. Wakil-wakil British itu pulang dari rumah Tukku Paloh dengan hati yang berang bercampur takut akan kelebihan yang ada pada Tukku Paloh. Mereka gagal sama sekali untuk menguasai Terengganu menerusi diplomasi.
Tidak berapa lama selepas itu, beberapa buah armada British datang lagi ke persisiran pantai Kuala Terengganu. Tanpa memberi sebarang amaran, armada itu melepaskan tembakan meriam dan senapang ke arah pantai dan mengarah ke udara. Serangan yang bertujuan menggertak itu telah membunuh seekor kambing di Padang Hiliran. Orang ramai menjadi gempar dan cemas, dan sekali lagi Sultan Zainal Abidin menyerahkan urusan ini kepada Tukku Paloh. Lalu dengan tenang dan yakin Tukku Paloh bersama orang-orang kanannya termasuk Haji Abdul Rahman Limbong, Syeikh Ibrahim dan Tuk Kelam dan pengikut-pengikutnya yang lain meronda sepanjang pantai. Operasi rondaan, itu berjalan siang dan malam. Dikatakan ekoran dari itu, British tidak lagi membuat kacau, dan semua armadanya berundur. Mengikut laporan, angkatan perang British itu nampak ‘beribu-ribu’ pahlawan Terengganu’ lengkap dengan senjata bersiap sedia untuk melancarkan serangan balas. Sebab itulah mereka cabut lari. Demikian kehebatan perjuangan Tukku Paloh yang mempunyai karamah menentang British berhabis-habisan. Beliau berpegang kepada firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh. ” (Al Anbia: 105)
Beliau juga berpegang kepada falsafah: Perjuangan tidak kenal hidup atau mati. Dengan benteng iman dan taqwa yang kukuh pada diri Tukku Paloh itu, pihak British gagal menjajah Terengganu sehinggalah beliau kembali ke rahma-tullah pada tahun 1917, dan diikuti dengan kemangkatan Sultan Zainal Abidin IU pada tahun berikiitnya. Perginya ulama dan umara yang berganding bahu dalam pemerintahan. Dalam kesibukannya membantu pihak istana memerintah negeri Terengganu, Tukku Paloh diamanah pula mentadbir kawasan Paloh oleh Sultan Zainal Abidin. Dan dalam masa yang sama beliau diminta menjadi ri’ayah (pengawas) daerah Hulu Terengganu termasuk Kuala Berang hingga,ke Kampung Cabang Tiga yang jaraknya dari hujurig ke hujung kira-kira 50km. Ada juga maklumat yang mengatakan pihak istana meminta Tukku Paloh mengawasi kawasan Kuala Nerus. Di Paloh, beliau mempunyai kuasa penuh sehingga kerana itu mendapat gelaran istimewa ‘Tukku Paloh’. Beliau menyusun struktur pentadbiran yang sesuai dengan keperlu-an semasa bagi memimpin pengikut dan rakyatnya kepada satu cita-cita murni Islam. Untuk itu, beliau menggunakan kaedah tarbiah, ta’lim serta bimbingan rohani dan kuatkuasa undang-undang yang melibatkan pembantu-pembantunya yang amanah.
Biasanya urusan-urusan kemasyarakatan dibincangkan secara syura di kalangan orang kanan dan pengikut setianya. Perbincangan atau mesyuarat itu selalunya diadakan di balai yang didirikan oleh Tukku Paloh bersebelahan rumahnya. Balai ini juga dijadikan tempat beliau mendirikan sembahyang jemaah lima waktu bersama orang ramai. Dalam hal kedudukan raja yang memerintah, Perlembagaan Terengganu 1911, antara lain menyebut: “…Tetapi disyaratkan yang dipilih dan dijadikan raja itu seorang lelaki yang cukup umurnya dan sempurna akal, beragama Islam, berbangsa Melayu Terengganu dan daripda darah daging yang merdeka lagi diakui dengan sah dan halal serta baik pengetahuannya, boleh membaca dan menyurat (menulis) bahasanya dan mem-punyai tabiat perangai yang baik dan tingkah laku yang terpuji.” Dan raja akan hilang kelayakan menjadi raja sebagaimana tersebut pada fasal ketiga perlembagaan itu yang berbunyi: “…Jika ada kecacatan yang besar yang menyalahi sifat raja seperti gila, buta, bisu atau ada sifat kekejian yang tiada dibenarkan oleh syarak (hukum Allah) menjadi raja.”
Perlembagaan ini digubal pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin di bawah nasihat utamanya Tukku Paloh iaitu pada tahun 1911. Ianya bertepatan dengan kehendak Islam di mana tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang ALLAH SWT.
“Tukku mengajar di surau ini juga,” cerita Sayid Abdul Aziz, sambil menunjuk balai serbaguna yang dibangunkan oleh Tukku Paloh itu. Menurutnya, semasa hayat Tukku Paloh, sekurang-kurangnya dua kali Nabi Khidir a.s. datang berjemaah Subuh di balai tersebut. Peristiwa pertama berlaku semasa Tukku Paloh tidak sembahyang berjemaah bersama dengan murid-muridnya. Para ahli jemaah mendapati ada orang asing yang berserban jubah menjadi imam pada pagi itu. Selesai sembahyang, orang yang tidak dikenali itu duduk bersandar di tiang hujung di sebelah kanan balai itu sambil berwirid sebelum beliau pergi menghilangkan diri.
Tukku Paloh tahu hal ini, lalu berkata kepada murid-murid-nya, “Kamu tahu siapa yang jadi imam tadi?” Masing-masing diam dan Tukku Paloh terus berkata, “Beruntunglah kamu, yang menjadi imam itu tadi ialah Nabi Khidir a.s. Dapat pahala besarlah kamu.”
Kali kedua, Nabi Khidir a.s. datang berjemaah Subuh di balai itu ketika Tukku Paloh menjadi imam. Selain balai itu, Tukku Paloh mendiriRan sebuah masjid kira-kira 10 rantai dari rumahnya sebagai tempat mendirikan sembahyang Jumaat dan sembahyang lima waktu. Masjid itu juga menjadi tempat murid-muridnya belajar ilmu dan menga-dakan perhimpunan besar bagi merayakan satu-satu majlis yang berkaitan agama. Di dua pusat inilah (balai dan masjid) Tukku Paloh memimpin dan membimbing orang ramai dengan ilmu, amal dan tarbiah rohani. Beliau mengajar ilmu-ilmu tauhid, feqah, tasawuf, tafsir, Hadis dan juga nahu saraf.
Beliau sangat menekankan ilmu dan amalan tasawuf di kalangan pengikut-pengikutnya. Malah Tukku Paloh mengarang kitab Maarijulah fan (tangga orang-orang yang sangat dahaga untuk naik kepada hakikat-hakikat pengenalan). Kitab. ini membicarakan persoalan hati bagi mereka yang ber-mujahadah sehingga menjadi seorang yang bertakarrub ilallah. Di antara anak murid dan pengikut Tukku Paloh yang terkenal ialah Haji Abdul Rahman Limbong, Haji Mat Shafie Losong, Tuk Kelam, Tuk Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Haji Wan Embong Paloh, Haji Abdullah Chik Fatani, Tuk Gajah, dan Sultan Zainal Abidin HI sendiri.
Baginda sultan sering berulang-alik dari istananya ke Paloh untuk belajar ilmu dan berbincang mengenai berbagai perkara dengan Tukku Paloh. Baginda mempunyai minat dan kebolehan yang luar biasa dalam bidang ilmu pengetahuan. Se-lain Tukku Paloh, guru-guru baginda yang lain termasuklah Hj. Wan Abdullah Mohd Amin (Tuk Syeikh Duyung), Hj. Wan Mohd bin Abdullah, Hj. Wan Abdul Latif bin Abdullah Losong dan lain-lain. Baginda juga boleh berbahasa Arab hasil tunjuk ajar seorang guru khas, Habib Umar. Berkat dari kesungguhan menuntut ilmu dan sikap memuliakan ulama, Sultan Zainal Abidin III diakui oleh rakyat sebagai raja yang alim dan kuat berpegang kepada ajar an Islam. Hingga dikatakan, semasa pemerintahan baginda, susah untuk dicari seorang yang sudah sampai umur yang be-lum khatam Al Quran di Terengganu.
Selain itu, Tukku Paloh juga menjadi guru kepada anak-anaknya sendiri seperti Sayid Abu Bakar (Tukku Tuan Embong), Sayid Akil (Engku Sri Wijaya) dan Sayid Sagof (Engku Kelana). Kesemua mereka diakui sebagai ulama. Dari hari ke hari, anak-anak murid dan pengikut Tukku Paloh semakin ramai. Mereka datang dari merata tempat. Paling ramai ialah orang-orang Pahang yang kebanyakan mereka adalah pahlawan-pahlawan yang menentang British. Di Paloh, mereka dilindungi di bawah pentadbiran yang adil, makmur, tegas berdasarkan hukum ALLAH SWT dan tidak bertolak-ansur dengan pihak British. Untuk memastikan kawasan Paloh terhindar daripada segala perbuatan maksiat dan pelanggaran undang-undang serta untuk menjaga daripada pencerobohan luar maka Tukku Paloh” menubuhkan pasukan penguatkuasa yang terkenal dengan nama Budak Raja. Pasukan ini bertanggungjawab menjaga keamanan sepertimana peranan polis pada hari ini.
Dalam pada itu Tukku suka keluar malam-malam untuk memastikan keselamatan dan kebajikan orang ramai terjamin. “Pada masa tertentu, Tukku keluar malam berselubung kepala dengan kain, meninjau-ninjau tentang kehidupan orang ramai. Jika ada perkara-perkara tak elok, besok Tukku suruh budak raja pergi tangkap,” cerita Sayid Abdul Aziz. Sikap ini memperlihatkan betapa bertanggungjawabnya Tukku Paloh terhadap keselamatan dan kebajikan anak-anak buahnya seperti berlaku pada khalifah Umar Al Khattab r.a. Bagaimanapun, kata Sayid Abdul Aziz, kawasan Paloh sentiasa terpelihara daripada gangguan penjahat luar dan dalam. “Musuh dan penjahat tidak dapat masuk ke Paloh dan kalau ada barang curi yang hendak dibawa keluar pun tak boleh.” Sayid Abdul Aziz tidak menolak kemungkinan adanya ‘pagar kerohanian’ yang dibuat oleh Tukku Paloh selain daripada kawalan Budak Raja umpamanya, dan pagar lahir.
Tukku Paloh mempunyai mahkamah keadilan sendiri di Paloh. Beliau mendapat mandat daripada sultan untuk menyelesaikan persoalan-persoalan besar dan mengadili penjahat-penjahat di kawasan pentadbirannya. Mana-mana keputusan yang di-buatnya dikira muktamad tanpa perlu merujuk kepada sultan. Dan’ dalam soal ini beliau ada mengeluarkan surat kuasa terhadap pembawa ajaran sesat. Dengan itu tidak hairanlah nama Tukku Paloh semakin masyhur sebagai seorang ulama yang berwibawa dalam pemerintahan. Beliau berjaya membangunkan Paloh menjadi kawasan yang aman damai dan mempunyai kekuatan yang di-geruni musuh. Selain itu, Tukku Paloh juga dilantik sebagai Syeikhul Ulama, jawatan tertinggi dalam urusan agama. Jawatan ini pernah disandang oleh ayahnya Tukku Tuan Besar.
Tukku Paloh adalah juga ahli Majlis Mesyuarat Negeri. Bagaimanapun, Tukku Paloh lebih banyak membuat perhu-bungan peribadi dengan Sultan Zainal Abidin III daripada perhubungan secara rasmi. Eratnya hubungan Tukku Paloh dengan Sultan amat nyata di mana salah seorang isterinya, Tengku Mandak, ialah kekanda kepada Sultan Zainal Abidin. Baginda Sultan pula telah menyerahkan anaknya Tengku Sulaiman kepada Tukku Paloh untuk dijadikan anak angkat dan dididik dengan didikan agama. Tengku Sulaiman ini kemudiannya menjadi Sultan Terengganu yang ke-13, memerintah antara 1920-1942.
Demikianlah, setelah begitu lama menyumbang bakti kepada rakyat dan kerajaan maka Tukku Paloh jatuh uzur dan kembali ke rahmatullah menemui kekasihnya ALLAH SWT Pada 1 Zulhijjah 1336 Hijrah (1917) dalam usia 100 tahun. Setahun kemudian Sultan Zainal Abidin m pula mangkat iaitu pada 1 November 1918. Jenazah Tukku Paloh dimaqamkan di satu kawasan tinggi di Paloh. Beliau meninggalkan lebih 23 orang anak daripada lapan orang isteri. Semasa hayatnya Tukku Paloh sentiasa saja beristeri empat orang secara poligami, dan isterinya seramai 13 orang kesemuanya.
Selaku pembawa amalan Tareqat Naqsyabandiah, Tukku Paloh terkenal sebagai seorang yang kuat mengamalkan zikir-zikir yang disusun oleh Syeikh Bahauddin, Syeikhul Tareqat Naqsyabandiah yang susur galumya sampai kepada Sayidina Abu Bakar As Siddiq (maqam Syeikh Bahauddin terdapat di Uzbekistan). Begitu pula dengan amalan ibadah yang asas seperti sembahyang, puasa dan membaca Al Quran dan lam-lain amalan sunat. Dengan kata lain Tukku Paloh sangat wa-rak dan berhalus dalam beribadah.
Selain mengamalkan zikir Tareqat Naqsyabandiah secara istiqamah, Tukku Paloh juga mengamalkan dan mengembangkan amalan yang disusun oleh ayahnya Tukku Tuan Besar iaitu ‘Syahadat Tukku’. Amalan ini terus popular dan hingga kini masih diamalkan di banyak tempat di Terengganu secara jemaah dan bersendirian.
Syahadat Tukku yang diamalkan dengan suara zihar (nyaring) itu ialah maksudnya:
Aku ketahui dan aku iktiqad dengan hatiku dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku akan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH jua yang kaya la daripada tiap-tiap yang lain daripada-Nya dan herkehehdak oleh tiap-tiap yang lain itu kepada-Nya. Lagi yang bersifat la dengan tiap-tiap sifat kesempurnaan yang maha suci la daripada segala kekurangan dan daripada barang yang terlintas la di dalam segala hati daripada barang yang tiada patut la bagi-Nya lagi tiada beristeri dan tiada anak dan tiada yang memperanakkan bagi-Nya. Dan tiada menyamai la pada zat-Nya dan sifat-Nya dan afal-Nya akan seseorang maka Ialah Tuhan yang menjadi la akan segala makhluk yang ‘ulvi-Nya dan syufli-Nya lagi ketunggalan la pada mengadakan dan mentiadakan dengan kekerasan takluk qud-rat dan iradat-Nya maka terserahlah segala kainat intsemuanya pada bawah perintahNya dan tiadalah jenis ‘itirat bagi seorang jua pun akan kehendak-Nya. Dan aku ketahui dan aku iktiqad dengan hatiku dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku akan bahawa sungguhnya penghulu kita Nabi Muhammad anak Abdullah itu hamba Allah dan pesuruh-Nya kepada sekalian makhluk lagi sangat benar ia pada tiap-tiap barang yang ia khabarkan dengan dia daripada Tuhannya. Maka wajiblah atas tiap-tiap makhluk itu benar akan dia dan mengikut akan dia dan hdram atas mereka itu mendusta akan dia atau me-nyalahi akan dia maka barang siapa yang mendusta ia akan dia maka orang itu zalim ia lagi kafir ia, dan barang siapa yang menyalahi ia akan dia maka orang itu derhaka ia lagi binasa ia. Mudah-mudahan memberi taufiq akan kita oleh Allah bagi sempuma mengikut akan dia dan mengumia ia bagi kita akan sempuma berpegang dengan jalannya dan menjadi ia akan kita akan setengah daripada orang yang menghidup ia akan segala hukum syariat-Nya dan memati Ia akan kita atas keagamaan-Nya dan menghimpun ia akan kita serta perhimpunannya. Demikian lagi segala yang memperanak akan kita dan ahli kita dan segala saudara kita dan yang kasih Ia akan kita dan segala sahabat kita daripada segala orang yang Muslimin. Amin.
Syahadat Tukku ini diwariskan kepada murid-muridnya. Pengikut kanan beliau Haji Abdul Rahman Limbong mengembangkan amalan ini kepada murid-murid dan anak cucunya pula. Ini diakui oleh Pak Cik Ali Haji Yusof, cicit Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau berkata, “Saya dapat mengamalkan syahadat ini semasa datuk (menantu Haji Abdul Rahman Limbong) dan ayah saya lagi.”
Menurut beliau, amalan itu masih kekal sebagaimana dilakukan pada zaman Hj. Abdul Rahman Limbong iaitu bermula dengan ratib Al Hadad dan diakhiri dengan Syahadat Tukku, sekali-sekala disusuli dengan burdah pula. Amalan Syahadat Tukku ini pernah menjadi kontroversi apabila salah seorang pembawa amalan ini dihadap ke mahkamah kerana dituduh sesat. Peristiwa ini berlaku kepada Tuan Haji Hussein Haji Mat yang mengembangkan amalan ini di Kampung Gong Ubi Keling, Besut di mana dalam masa yang sing-kat saja sudah meriah dengan ramai pengikut. Tuan Haji Hussein tidak menolak kemungkinan tindakan yang dikenakan ke atas dirinya itu didorong oleh iri hati dan hasad dengki orang-orang tertentu kerana surau yang baru beliau bangunkan lebih meriah berbanding dengan surau-surau lain. Mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas beliau (Haji Hussein) atas alasan yang batil dan fitnah.
Mengenang peristiwa pahit yang berlaku pada sekitar tahun 1950 itu, Haji Hussein bercerita: ”Hampir seribu orang yang berada di Mahkamah Kadhi Besut untuk mendengar keputusan perbicaraan saya yang dituduh sesat kerana mengamalkan Syahadat Tukku ini.”
Orang ramai nampak cemas kerana peristiwa ini besar dan kali pertama berlaku di Besut. Menurut Haji Hussein, sewak-tu perbicaraan, beliau disuruh membaca segala amalan yang diamalkannya selama ini.
“Saya pun membaca habis satu persatu bermula dengan ratib Al Hadad, Burdah dan akhirnya Syahadat Tukku. Selesai saya membaca semuanya, Hakim Cik Awing yang juga Kadhi Besut itu berkata: “Apa yang Tuan Haji baca itu ada pada saya.” Rupa-rupanya Tuan Hakim Cik Awing juga mengamalkan ratib Al Hadad dan Syahadat Tukku.
“Kemudian saya dibebaskan tanpa sebarang tindakan yang dikenakan malah nampaknya tuan hakim itu pula yang se-olah-olahnya menggalakkan amalan ini diteruskan. Mende-ngarkan keputusan yang benar itu maka orang ramai di luar mahkamah turut bersyukur dan ada yang menitiskan air mata gembira,” cerita Haji Hussein lagi. Sehingga kini Haji Hussein terus mengamalkan Syahadat Tukku ini bersama-sama sahabat-sahabatnya, amalan yang pada setengah orang jahil dikatakan ‘syahadat tambahan’.
Syahadat Tukku yang disusun oleh wali ALLAH itu terus popular di kalangan orang yang arif di banyak tempat dalam negeri Terengganu. Amalan yang menjelaskan unsur-unsur tauhid dan pembersihan hati yang amat diperlukan oleh seorang hamba terhadap Tuhannya, ALLAH SWT.
Tentang rupa paras Tukku Paloh, cucunya Sayid Abdul Aziz berkata Tukku Paloh berjanggut tanpa berjambang. Orangnya tidak tinggi tetapi badannya berisi. Rupa kasar itu adalah gambaran yang dilihat dalam mimpinya. “Beberapa kali saya bermimpi Tuk Aki saya,” cerita Sayid Abdul Aziz. Kenyataan mengenai rupa paras Tukku Paloh yang dilihat dalam mimpi itu diakui oleh murid beliau yang masih hidup iaitu Pak Cha yang berumur lebih 90 tahun. “Dia rendah,” kata Pak Cha sambil menunjuk salah seorang yang berada di tepinya yang berbadan agak gemuk tetapi tidak tinggi sangat.
copy & paste from: http://kisahteladan.info/wali/tukku-paloh.html
masihi vs hijrah
Ramai yang sambut hari lahir berdasarkan bulan masihi. Bulan masihi adalah berdasarkan kepada tahun kelahiran nabi Isa, yang juga merupakan kelendar yang digunakan dalam agam kristian. Kenapa kita orang islam tidak mempraktikan menyambut ulang tahun sebagaimana orang kristian, iaitu menggunakan kelendar hijrah untuk menyambut ulang tahun kelahiran. Secara am nya kita hanya menggunakan bulan hijrah untuk menyambut awal muharan, maulidul rasul, hari raya.
Rasulullah lahir pada 20 april bersamaan 12 rabiulawal. Sepanjang saya hidup tidak pernah saya melihat sambutan maulidul rasul dilakukan mengikut tahun masihi. Kerana apa? Adakah kerana Rasulullah pemimpim umat islam? kerana dia seorang rasul? fikir2 kan yer...
Takwin hijrah adalah hak milik setiap mukmin. maka kenapa kita masih nak menggunakan hak orang lain? Maka marilah kita sama2 menyambut ulang tahun kelahiran menggunakan takwin hijrah. Pada yang belum mengetahuan tarikh kelahiran dalam hijrah.. boleh klik link kat bawah

http://www.religious-affairs.gov.bn/?tpl=th003_calendar
Khamis, Oktober 18, 2012
Life...
"I don't want to wake up in twenty years from now and will be more disappointed by the things I didn't do. So I will throw off the bowlines, sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in my sails. Explore. Dream. Discover."
Heartbeat Dropshipper
Heartbeat Dropshipper, inilah perancangan yang terbaru, insyalah hujung tahun nie. Macam mana boleh terlibar dengan bisnes nie? Itu soalan yang di tanya oleh seorang rakan...Begini ceritanya...:
Selepas kawen, saya dah tak bekerja dimana2 tempat. Tak sampai seminggu berkahwin Mr.Y pegi kursus jutawan internet yang dikendalikan oleh Irfan Khairi. Hurm... kursus dia memang best dan menarik. Oleh kerana tarikh kursus sama dengan tarikh oneymoon ke bandung, kami cancelkan perancangan ke bandung..*sob..sob...sob mayb nx time*... Apabila kembali ke sibu, terpikir lah... 'apa aku nak buat yer...nak keja rasa malas.." Mr.Y pun bercerita lah pasal kursus jutawan internet yang dia pergi 2,, Haaa... dtg idea nak edit photo dan jadikan sebagai hadiah.. tp mcm mana ek? mula lah operasi mencari bahan2 di alam maya... jumpa beberapa blog dan web perkhidmatan.. tapi plg tertarik dengan Heartbeat.my..
Mula2 register sebagai ahli biasa dulu, lepas 2 jd alfilate. Alhamdulillah hasil dapat utk setakat nie agak memberangsangkan.... tawaran pun banyak... Menjelang september, Mr.Y tanya tak berminat ker nak jadi dropshipper heartbeat... yelah yg order pun banyak gak kan... kalu jd dropshipper kan lagi untung plus harga boleh dapat lagi murah... Cuma untuk permulaan kena keluarkan duit skit, dalam RM300.... Setelah di hitung dan dikira.... memang tak rugi jadi drop shipper.
Kat bawah nie kelebihan jadi alfilate heartbbeat....
Makanya sesiapa yang nak jain boleh lah klik kat sini... dapat lah untung skit saya kan... kita sama2 kongsi...

|
Makanya sesiapa yang nak jain boleh lah klik kat sini... dapat lah untung skit saya kan... kita sama2 kongsi...
Selasa, Oktober 16, 2012
Takaful Ikhlas kepada Takaful Etika.
Takaful adalah suatu konsep insuran atau perlindungan yang berlandaskan perbankan islam. Banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan takaful di Malaysia. Sebelum berhijrah ke Sibu, Serawak, Mr.Y adalah seorang agen Takaful Ikhlas yang berpusat di Kuala Lumpur. Setelah berhijrah ke Sibu, aktiviti sebagai seorang agen agak terbatas dan mempunyai banyak halangan. Setiap kali ada latihan atau penerangan produk, Mr.Y tidak dapat hadir. Cadangan kes takaful juga menjadi lambat kerana di Sibu tiada pejabat Takaful Ikhlas yang boleh Mr.Y rujukan kes. Masa itu terfikir juga, bukan ke lebih mudah untuk laksanakan kes takaful jika menjadi agen berdaftar di Sibu. Maka nak dijadikan kisah nya....
Alhamdulillah, mungkin rezeki anak. Sewaktu memperbaharui roadtax kereta pada April 2012, Mr.Y bertemu dengan pemilik agensi Takaful Etika di Sibu. Maka bermula lah episod mentauliahkan diri Mr.Y menjadi agen takaful etika di Sibu. Sekarang Mr.Y dah sah jadi agen takaful etika.
Oleh kerana pada Sabtu lepas barangan elektrik dirumah tidak dapat digunakan kerana masalah tertentu, ummu dengan humaira pun ikut abi pergi meeting pasal takaful nie, hehhee... bagus nyer humaira tak nangis pun walaupun lama duduk dalam pejabat tue...Lepas meeting, dapat makan free... humaira pun makan... tapi makanan dia lah...

Ummu, cepat lah Humaira dah lapo nie... |
Ahad, Oktober 07, 2012
Durian... oh Durian...
Ini lah cerita tentang raja buah di serawak. Kalau dekat kampung, mesti dapat makan free je kan... ye lah, nak makan durian pergi dusun... pastu tunggu durian jatuh... Tapi aku tak pernah pun tidur dekat dusun durian pasal rumah dekat jer... pagi2 lepas solat subuh, pergi lah dusun durian... tengok2 lah kot2 ada yang gugur malam tadi..
Bulan lepas balik KL, parents ada kirim durian dekat abg ipar.. tapi oleh kerana terlalu sibuk.. huhuu.. tak sempat nak pegi rumah kakak untuk ambik dan makan durian tue... Bila dah balik sibu, MR.Y pun cari lah durian... beli jugak lah walaupun harga durian dekat sini lebih mahal dari semenanjung...
Kami beli durian dekat pasar iban, sibu... Pergi pasar bersama dengan keluarga ustaz yuki, wife ustaz yuki nak cari daun kesum, ye petang itu kami makan laksa penang.. sedap o... banyyak ikan dia... kena dengan aku yang suka makanan berkuah.. memang terangkat lah...
Berikut adalah Basyirah, budak nie memang hantu durian... yummmy....
Rabu, September 26, 2012
IMAN
Melihat kepada tajuk pasti sudah ramai yang faham apa yang
hendak diperkatakan dalam catatanku kali ini. Bukan ingin bercerita tentang
perhimpunan aman atau bantahan aman yang di anjuerkan oleh pihak-pihak tertentu
atau rusuhan serta pembunuhan yang dilahukan oleh mereka yang marah dan tidak
puas hati apabila Kekasih Allah dihina dan diperkecilkan. Apa yang ingin
dicatat adalah tentang adalah bagaimana Rasulullah bereaksi apabila dihina dan
diherdik.
Alhamdulillah, sempat juga beli majalah IMAN sementara
menunggu untuk menaiki pesawat balik ke Sibu… Banyak isu menarik dalam keluaran
kali ini. Antaranya: Siapa golongan Utrujah, Raihanah, Kurma & Peria… 12
sifat sahabat sejati…. Ada apa dalam kaabah… Dan yang pang menarik adalah bermaafan
agar pahala tidak dicuri serta kisah Rasulullah benarkan yahudi tinggal di
rumahnya…
Setelah dibaca dan difahami, maka terfikir akan situasi
semasa dimana umat islam diserata dunia melakukan pelbagai cara untuk
menyatakan kemarahan dan ketidakpuasan hati apabila filem anti-Islam Innocence
of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW dalam majalah
Perancis, Charlie Hebdo disiarkan. Lupakah kita kepada saranan
Allah dan rasulnya, menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan adalah lebih
baik.
“Sesiapa memaafkan kejahatan orang dan berbuat baik
kepdanya, maka pahalanya dijamin oleh
Allah dengan diberi balasan yang
sebaik-baiknya. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang berlaku
zalim.” (Surah Al-syura:40)
Masih ingat kah kita akan kisah Rasulullah dan perempuan
tua. Perempuan tua yang selalu mengganggu perjalanan Rasulullah untuk
berdakwah. Tetapi Nabi Allah ini tidak pernah memarahi perempuan tua itu,
bahkan apabila perempuan itu sakit, Baginda pergi menziarahinya. Dalam IMAN
edisi kali nie ada lagi satu kisah tentang sifat rasulullah yang satun… Boleh
baca di m/s78, IMAN Bil No.7…
Ini contoh saja... edisi 7 gambo lain... |
Secara ringkas dari pembacaan dan pemahaman yang tak
seberapa.. apabila dihina dan diherdik… Rasulullah membalas dengan budi pekerti
yang terpuji.. tidak dimarahi, tidak dibunuh atau dikasari pesalah tersebut.
Tetapi dia membalas dengan nasihat dan perlakuan secara sopan. Ini tidak
bermakna Baginda bukan seorang yang tidak tegas… Sikap tegas tetapi lembut..
itulah yang kita sekrang sukar lakukan, malah mungkin tidak tahu bagaimana
untuk melakukannya…
Sekian untuk kali ini
Naimy Art
Langgan:
Catatan (Atom)