Isnin, Mac 16, 2020

Elakkan tempat orang ramai-mengurangkan kadar kecepatan penyebaran Conv-19

Assalamualaikum. anda perasan atau tidak penyebaran conv 19 menjadi cepat apabila berlaku perjumpaan agama. Jika di negara bukan islam seperti korea dan itali. Penyebaran berlaku di gereja manakala bagi negara yang ramai penduduk islam, penyebaran meningkat apabila berlaku perhimpunan ijtimak tabligh.

Berikut adalah kenyataan akhbar berkaitan Conv 19. 

Kenyataan Akhbar YBMK 15 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di MalaysiaBY  ON MARCH 15, 2020 
STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIHKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa tujuh (7) kes yang disahkan positif Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) sebelum ini telah pulih dan dibenarkan discaj daripada wad Hospital Sungai Buloh. Ini menjadikan 42 kes telah pulih sepenuhnya setakat ini dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad. 
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIAKKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 15 Mac 2020, 12 jam tengah hari, terdapat 190 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 428 kes. Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes-kes baharu ini adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.Sehingga kini, seramai sembilan (9) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan. 
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19Penyiasatan dan pengesanan peserta perhimpunan tabligh masih sedang giat diteruskan. Justeru, KKM menyeru agar peserta perhimpunan tabligh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan selanjutnya. Peserta perhimpunan tabligh akan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian seksyen 15(1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling atau kontak rapat kepada kes positif COVID-19 mengikut mana yang terkemudian. Begitu juga untuk kontak rapat kepada kes positif COVID-19, PUI yang tidak mematuhi kriteria kemasukan ke dalam hospital, mereka juga perlu diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian mengikut ketentuan di bawah Akta yang sama.Sehubungan itu, KKM ingin memaklumkan bahawa semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah telah menjalankan aktiviti berkaitan bagi kawalan kejadian COVID-19 dalam kalangan jemaah tabligh dan juga lain-lain kes disyaki COVID-19 bagi mengekang penularan jangkitan ini. Semua pihak dipohon memberi kerjasama rapat apabila kepada pihak KKM dan bersama-sama membendung penularan ini dengan mengikuti nasihat-nasihat rasmi yang dikeluarkan.Rakyat Malaysia diminta tidak menularkan sebarang maklumat yang boleh menyebabkan kebimbangan kepada orang awam. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. 
Sekian, terima kasih.YB DATO’ SERI DR. ADHAM BIN BABAMENTERI KESIHATAN MALAYSIA15 Mac 2020 @ 4:30 petang

Setakat ini semalam mencatatkan nilai peningkatan yang paling tinggi iaitu 190 menjadikan jumlah keseluruhan 428.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik