Ahad, Mac 01, 2020

Aku & Wahed Invest (Bahagian 1-pengenalan)

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pernah dengar pasal wahed invest? Aku pertama kali dengar dalam bulan lepas apabila Mr.Y bagitahu di mula melabur dalam pelaburan patuh syariah. Jujur aku cakap, aku tak pandai langsung bab pelaburan konvensional apatah lagi kalau pelaburan patuh syariah. Apa yang aku tahu kalau patuh syariah mestilah halal kan.

Masa mula-mula Mr.Y bagi tahu pasal Wahed Invest. Aku ragu-ragu BETUL KE PELABURAN ITU HALAL DAN SELAMAT? Jawab Mr.Y Insyalah selamat sebab ia telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekeruti Malaysia (SC), maka ia bukan scam atau penipuan. Pelaburan halal kerana ia ada empat orang ahli panel pemantau patuh syariah.

Baca Juga:

Penipuan Pembelian Online


Pastu aku tanya lagi...BERAPA MINIMUN PELABURAN KENA BUAT 1000...10000? Mr.Y balas RM100 SAHAJA DAN BOLEH PILIH NAK MASUK SEKALI SEUMUR HIDUP ATAU SETIAP MINGGU ATAU SETIAP BULAN.

Ok. bila dengar RM100 sekali seumur hidup ini, aku berminat hahahaha kenapa...aku kan surirumah tak berpendapatan..maka untuk dapat RM100 sebulan amat payah (selalu laki aku bagi je duit tapi yang aku maksud payah adalah duit hasil usaha sendiri).

Maka aku teruskan soal jawab dengan laki aku... KALAU SAYA INVEST RM100 SEKALI SAHAJA, BERAPA PULANGAN SAYA AKAN DAPAT? MR.y kata, PULANGAN ADALAH BERDASARKAN RISIKO YANG KITA AMBIK. DALAM INI WAHED KITA BOLEH PILIH NAK AMBIK 'HIGH RISK, MODERATE RISK ATAU LOW RISK'. 

Mr.Y pun keluarkan telefon dia dan aku nampak dia buak Apps Wahed Invest, EH, ADA APPS SENDIRI KE WAHED NI? (soalan agak bodoh lah aku tanya, dah terang-terang nampak laki kau klik icon wahed kan) YE, ADA APPS DIA SENDIRI, DOWNLOAD JE KAT PLAYSTORE. DIA MACAM UNIT TRUST LAH, BEZA NYA UNIT TRUST PAKAI AGEN, WAHED KITA BUAT SEMUA SENDIRI.

Icon Wahed adalah huruf W yang warna hitam biru iru....

Sudah dia cakap pasal unit trust lak. Memang selalu dengar pasal unit trust tapi malas nak ambil tahu sebab rasa unit trust macam untuk orang ada-ada sahaja. Kembali kepada soalan berapa aku dapat kalau invest RM100 je..

Mr. Y kata, ini contoh dia punya pilihan..dia ambil Moderate aggressive risk.
U.S Stok dan Sukuk itu adalah jenis pelaburan yang dilakukan.

Di Bawah pula adalah jangkaan pulangan diperolehi kalau invest RM100 dalam wahed dengan deposit RM100 dalam bank.
Kalau masuk RM100 dalam Wahed invest maka dalam tempoh 5 tahun akan dapat untung sekitar RM51 berbanding RM1 kalau masuk RM100 dalam bank.

Banyak juga bila dibandingkan macam tu. Maka aku tanya macam kalau banding dengan ASB. Mana lagi tinggi dividen dia. Terus dia jawab mesti lah Wahed Invest lagi tinggi... Tahun ini Dividen ASB campur bonus hanya 5.5%. Kalau 5.5% setahun dapat dalam Rm5 sahaja. Wahed 5tahun dapat Rm51, kira setahun dalam RM10. Kalau ikut nilai persen cuba awak kira berapa dividen wahed.

DIa suruh kita buat kerja matematik pulak. Tambah tolak bahagi darab maka aku dapatlah Wahed punya dividen untuk setahun lebih kurang 11%. Betul lah hampir 2 kali ganda lebih nilai Dividen ASB 2019.
Ini aku buat pengiraan menggunakan kalkulator ASb yang terdapat dalam myrakan.com. Untuk tempoh 5 tahun kita hanya dapat sekitar RM23.26 sen. Tak sampai separuh nilai kita dapat kalau melabur dalam wahed invest.
Baca Juga:

MemBAINATkan ceta DRAGON BALL


Perbincangan kali pertama tamat setakat itu sahaja pasal aku tak terus download atau tanya lebih lanjut. Sibuk dengan anak kot...

Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100.
Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus bernilai USD2.5 (RM10).
Kod Jemputan: norbin136

4 ulasan:

  1. Baru tahu pasal ni bulan pertama Covid-19 - PKP ..hahaha... sadis kan? ..Sabar je lah.

    Tapi apapun bersyukur sebab Wahed Invest tak sampai setahun lagi dalam Malaysia. So masih tak terlambat nak melabur sikit demi sikit.

    Tahniah kepada kita mereka yang amik peluang ni. :)

    BalasPadam
  2. Okey ke joint. Cara macam mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok sangat pada saya untuk yang tak ada ilmu te.tang pelaburan tetapi nak melabur. Macam mana nak join boleh rujuk post saya pada link ini https://www.yamanaimy.com/2020/03/aku-wahed-invest-bahagian-3.html?m=1

      Padam
  3. Rugi sikit oh sejak guna Wahed bulan 6 tahun 2021.

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik